Tiba hari pertandingan Qisha... Isyraflah yang paling sibuk... Isyraf yang menjemput Ibu, Along, Angah bersama menyaksikan pertarungan Qisha... Dengan menggunakan kereta milik Raf, mereka bergerak ke tempat yang dijadikan gelanggang perlawanan.
Rayyan akan datang bersama Bella... Opss... lupa lak nak inform. Setelah mencuba selama 1 bulan setengah untuk mendampingi Bella, akhirnya Rayyan berjaya memetik bunga di taman.
Hati Bella berjaya dimiliki... Bukanlah sepenuhnya, tetapi Bella menerima Rayyan sebagai kekasihnya... Mereka merancang untuk mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat, memandangkan Rayyan sudah pun menamatkan pelajarannya...
Macam-macam tips dan nasihat sudah Isyraf berikan pada Qisya... begitu juga latihan peribadi yang Isyraf sediakan khas untuk buah hatinya... Memain ke... Ada personal trainer tau... Along dan Angah sedikit pun tidak terkejut pun saat mengetahui kehebatan Isyraf bertarung...
Dah tentu dapat diteka... Pekerjaan macam Isyraf memerlukan kehebatan dalam seni pertahankan diri... Jadi, tak mustahillah Isyraf hebat bertarung.
"Sayang, stay fokus... Take a deep breath... Jangan panik... Fokus ya...!" Pesan Isyraf sebelum pertarungan bermula... Isyraf memakaikan punching glove pada tangan kecil Qisha... Along, Angah, Ibu, Rayyan dan Bella sedia menanti di hadapan gelanggang perlawanan...
Sedikit kegusaran di hati Qisha ketika ini. Apatah kali ini, Isyraf, kekasih hati menemaninya... Ditambah lagi dengan kehadiran keluarganya...
"Sayang, are you, ok? Kenapa ni?" Pipi mulus Qisha diusap... Qisha tersenyum kelat...
"Takde apa-apa... Qisha gentar sikit...!"
"Just relax, ok...! Banyakkan istighfar... Banyakkan selawat...! In shaa Allah, you will be fine!"
"Qisha, all the best! Good luck!" Ucapan dari Rayyan dan Bella.
"Adik... Ibu doakan Adik berjaya...! Banyakkan istighfar ya...! Jangan hilang fokus...!"
"Terima kasih, Ibu" Tubuh tua itu didakapnya, erat. Along dan Angah tidak lepaskan peluang mendakap Ibu dan Qisha, adik kesayangan mereka.
"Adik, all the best ya... Jangan panik...! Dengar apa yang Raf cakap!"
Hanya tinggal beberapa minit sebelum pertarungan bermula... Qisha mengikut segala nasihat yang Isyraf berikan... Bibir comelnya tak berhenti dari berzikir dan berselawat... Isyraf setia menemani Qisha...
Pengumuman telah dibuat... Kedua-dua pihak lawan diminta berada di tengah gelanggang... Isyraf menggenggam kedua tangan Qisha...
"Sayang, ingat, stay fokus... Jangan hilang fokus, ya! I always be there for you... Raf doakan sayang berjaya...! Trust yourself! You can do it!" Kata-kata azimat dari Raf membuatkan Qisha bersemangat untuk menang dalam pertarungan yang berkemungkinan terakhir buat Qisha.
Ting! Loceng dibunyikan... Qisha kini berada di tengah gelanggang... Lawan Qisha kini agak besar sedikit tubuhnya dari Qisha... Namun, itu semua bukan alasan untuk Qisha mengalah...
Segala ilmu dan tunjuk ajar dari jurulatihnya, Kak Eisya tidak dilupa... Begitu juga dengan tips dari buah hatinya, Raf yang bertungkus-lumus mengajar Qisha berhadapan dengan musuh...
"Qisha, good luck!" Senyuman dilemparkan pada Rayyan, Ibu, Along dan Angah yang menjadi penonton malam ini.
Dengan lafaz Bismillah dan mulut yang tidak henti-henti berzikir, Qisha memulakan langkah kanannya dengan berhati-hati.
Tumbukan pertama dari pihak lawan dapat Qisha tepis... Qisha balas dengan sepakan di dada... Terlentang pihak lawan... Qisha menghadiahkan 'axe heel kick' ke arah pihak lawan... Buk! Terlentang pihak lawan untuk sekali lagi...
Pihak lawan menyerang Qisha dengan 'jump kick', tapi, belum sempat mengenai tubuh Qisha, Qisha membalas dengan 'spinning heel kick'... again, pihak lawan tersembam ke lantai gelanggang...
Tepuk sorak dari penonton dan jeritan sokongan dari ahli keluarganya membuatkan Qisha bertambah semangat...
Sepanjang perlawanan, Isyraflah yang menjadi pembantunya...
"Come on, Qalisha Qadeeja...! You can do it!" Jeritan dari Rayyan...
"Fokus sayang... stay fokus!"
Serangan dari pihak lawan berterusan. Beberapa jab/pukulan dihalakan ke wajah Qisha, namun dapat dielak... 'Elbow strike' Qisha hadiahkan... Tergerak sedikit pihak lawan ke belakang, Qisha sambung dengan 'curving knee strike'... Terlentang pihak lawan untuk kesekian kalinya...
Lawan Qisha kali ini bukan calang-calang... Jadi segala tindakan dan pemerhatian amat penting... 'Flying kick' diarahkan pada Qisha, Qisha balas dengan 'sideways foot-trust'... Terhentak badan pihak lawan...
Setiap saat, Isyraf memberi Qisha tips dan kata-kata semangat... Tanpa henti...
Round 12, pusingan terakhir untuk perlawanan malam ini... Pusingan penentuan, yang bakal menentukan kemenangan Qisha...
Sedikit kelekaan, bisa menggagalkan impian Qisha bergelar juara...
Entah di mana silapnya, belum sempat Qisha mengelak, jab dari pihak lawan mengenai bibirnya... Qisha tersentak...
"Qisha!"
"Adik!" Jeritan Ibu mengejutkan Qisha... Fikirannya menerawang sebentar... Berpinar kepala Qisha...
"Sayang, stay fokus! Come on, Qalisha Qadeeja...! You can do it! Last round ni!" Suara Isyraf... Last round! Qisha perlu fokus... Bibirnya dibiarkan... Walau perit sedikit. Terasa ada bendalir mengalir di bibirnya... Ibu dah menutup wajahnya... Takut nak melihat anak kesayangannya dipukul orang...
Last round, Qisha... Fokus! Fokus!
Pihak lawan menyerang Qisha dengan 'elbow strike'... Qisha tak mahu melakukan kesilapan... 'Spinning heel kick' Qisha hadiahkan dan mengena tepat pada wajahnya. Pihak lawan berpusing seketika sebelum tersembam ke lantai gelanggang...
Perlawanan yang memakan masa 1 jam 10 minit... berjaya membuktikan Qisha masih berbisa. Qisha telah membuktikan yang dia berjaya memenangi pertarungan hebat itu. Lelah Qisha rasakan... Terasa lenguh-lenguh badannya saat ini.
"Tahniah sayang! I'm pround of you!" Ciuman di dihadiahkan Isyraf di kanan dan kiri pipi Qisha. Tersipu-sipu Qisha... Hilang penat dan kesakitan seketika lepas kena 'jab' kat pipi... Hahaha...! Sempat kau kan Isyraf! Nasib kat dalam bilik persalinan, tiada orang lain...
"Thanks Raf...! Terima kasih sebab sokong Qisha!" Qisha perlu membersihkan diri sebeum pulang... Sebentar tadi ucapan tahniah dan sedikit nasihat diberi oleh Zachary...
Malangnya, kemenangan Qisha malam ini tidak dapat disaksikan oleh jurulatih kesayangannya, Eisya. Namun Qisha bersyukur, Raf, ibu, Along, Angah malah Rayyan juga hadir memberi sokongan padu buatnya.
"Raf! Still Raf? Sayangkan dah janji!"
"Ok.. Ok... Sorry! Thank you abang sayang!"
"Oh... I'm flattered!"
"Haha! Gedikkan... Saja je, tau!" Allah, dah start!
"Ouch...!"
"Kenapa sayang?"
"Bibir ni... ! Pedih! Terluka sikit!" Isyraf mengusap luka di bibir comel Qisha...
"Sikit je, ni!" Tiba-tiba Isyraf menundukkan wajahnya dan menghadiahkan 'jab' di bibir Qisha yang terluka.... Lembut sehingga membuatkan Qisha terbuai dalam dunianya sendiri... Sikit aje! Takleh banyak-banyak...! Bahaya!
Saat ciuman terlerai... Wajah Qisha dah merona merah... Isyraf memandang wajah comel kesayangannya... Wajah itu diusap berkali-kali.
"Sakit lagi, tak? Kalau sakit lagi, Abang sambung!" Abang Raf mengusik... Qisha dah termalu sendiri...
"Sayangnya dengan dia ni!" Tangan Isyraf masih mengusap pipi yang kemerahan.
"Come! Ibu tentu dah tunggu lama kat luar...! Lepas ni nak pergi mana?"
"Kita pergi makan, boleh tak Abang? Qisha laparlah!" Perut kecilnya diusap berkali-kali... Raf dah buat gaya nak pengsan... Gediksss!
"Hahaha... Abang ni...!"
"Ok... Kali ni Abang belanja sayang sebab dah menang pertarungan ni!" Oh...Malunya Qisha dengar Raf menggelarkan diri sendiri dengan panggilan Abang.
Ngada-ngadakan... Sis dah penat tau mulut pipi ni nak senyum je...
"Abang, kita je...? Ibu, Along, Angah, Rayyan, Bella...?"
"Allah, abang lupalah...! Sayanglah ni..."
"Apalak Qisha... Abang yang kiss Qisha...!"
"Ok... Oklah...! Abang salah...! Dah jom, kita pergi makan!"
"Thank you, abang! Love u, abang!" Tubuh Isyraf didakap.
"My pleasure dear! Love you too."
Hah, kalau nak detail lagi pasal kick boxing ni boleh google tau... Sis tahu sedikit pasal kick boxing ni... Kalau ikutkan lagi ganas, tapi sis taknak nampak keganasan tu... nak jadikan ianya lebih ke arah percintaan... So, here we are... Enjoy reading
Share this novel