BAB 34 - CGKB - CULIK

Romance Completed 24182

Sampai di rumah atok, Rayyan menghubungi pihak polis... Memandangkan mereka berempat saksi kejadian, dengan keadaan Isyraf yang masih lemah, Rayyan memohon pihak polis datang dengan kadar segera...

Isyraf sempat menelefon Raymond dan Gary serta beberapa agennya untuk membantu... Agen Isyraf ada di serata Malaysia... jadi, tentu tiada masalah untuk menemui Qisha dan Bella dala waktu terdekat...

Hampir 25 minit memberi maklumat dan detail mengenai penculikan Qisha dan Bella pada agen-agennya... manakala, Rayyan sedang memberi keterangan kepada pihak polis yang baru tiba, di ruang tamu rumah atok dan nenek...

Penumbuk dikepal... Siapa yang berani culik Qisha dan Bella...? Tumbukan dilepaskan ke dinding papan bilik... Buk! Pecah dinding bilik! Atok dan nenek yang terkejut mendengar bunyi yang kuat, melangkah laju ke arah Isyraf.

"Aku akan pastikan korang yang buat hal dengan aku, menerima balasan setimpal...!"

"Araf... Jangan buat yang bukan-bukan Raf! Ingat Tuhan, cu!" Atok dan nenek cuba memujuk Isyraf. Bimbang akan terjadi panic attack semula.

"Maafkan kami Tuan, dengan keterangan dan maklumat yang Tuan sampaikan ini, pihak kami bertindak untuk mencari mangsa penculikan itu...!"

Kesian atok dan nenek... Dalam keadaan macam ni, apa saja yang boleh mereka lakukan melainkan berdoa agar Qisha dan Bella dalam keadaan selamat...

"Tuan, boleh lebih terperinci... Van hitam jenis biasa atau jenis Vellfire atau Alphard...?

"Maaf Tuan, itu saya tak beberapa pasti... Keadaan kelam kabut sedikit waktu itu... Yang pasti, berwarna hitam... Tapi saya rasa perasan nombor platnya...!"

"Ya, nombor plat...! Saya ingat!"

"CDC ****! Tapi, saya bimbang andainya mereka menggunakan nombor plat palsu...!"

"Takpe tuan. Bagaimana pula rupa penculik tersebut? Tuan perasan?"

"Maaf tuan! Penculik lelaki berbadan besar, sado. Rasanya dalam 4 orang. Berpakaian serba hitam... yang pasti mereka semua orang kita, orang melayu! Saya tak dapat pastikan wajah, sebab dorang tutup separuh muka...!"

"Tolong tuan! Tolong seamatkan kedua-duanya sebab mereka bakal isteri kami, tuan!"

"In shaa Allah tuan! Kami akan cuba sedaya upaya... Kami akan pastikan penculik-penculik ini ditangkap...! Terima kasih tuan atas penerangan yang diberi. Kita sama-sama berdoa semoga bakal isteri tuan-tuan dapat ditemui...! Kami minta diri dulu!"

"Baik, Tuan! Terima kasih!"

Sebaik sahaja, kenderaan polis bergerak dari perkarangan rumah atok nenek, Isyraf melangkah keluar dari bilik...

"Rayyan, macamana? Apa kata polis tu?"

"Aku dah bagi segala keterangan dan maklumat yang diperlukan dan dorang akan berusaha mencari Qisha dan Bella!"

"Tak boleh berharap sangat dengan polis...!"

"Apa maksud kaum, Raf?"

"Aku dah hubungi Raymond, Gary dan beberapa agen aku kat sini... Diaorang akan tolong kita detect kedudukan Qisha dan Bella!"

"Tak membahayakan dorang ke Raf?"

"In shaa allah. Aku pasti kita dapat tangkap penyangak-penyangak tu sekaligus menyelamatkan Qisha dan Bella!"

"Allahuakhbar, macamanlah keadaan Qisha, Bella? Apa yang kita nak jawab dengan Ibu Qisha...?" Nenek dah mula bimbang.

"Nenek, atok, jangan bimbang ya... Araf tahu apa Araf nak buat!"

"Tapi, Araf tak sihat lagi...!"

"In shaa Allah, Araf ok...! Atok nenek doakan Raf ya...!"

"Kau nak buat apa, Raf! Jangan buat kerja giler!"

"Hei Rayyan, lupa ke kerja kita macamana? Jangan bimbang, aku dah inform Raymond dan Gary...! Aku pasti agen-agen aku kat sini, sedang berusaha... Dorang akan tolong kita cari Qisha dan Bella...!"

"Aku akan pastikan orang yang usik Qisha akan terima balasannya...!" Sekali lagi penumbuk dikepal...

Rayyan nampak sisi lain Isyraf Iskandar... Gerun jugak! Mahunya tak! Buah hati kena culik depan mata...! Si penculik tu keluarkan pistol lagi...!

"Oh, ya! Aku baru teringat...! Rayyan, Bella pakai jam tangan warna apa...? Kau perasan tak...?"

"Jam tangan warna pink, favourite dialah...! Memang itupun dia pakai selalu, kan...?"

"Itu bukan jam sebarangan...! Jam tu ada GPS...!"

"GPS?" Isyraf menganggukkan kepala.

"Qisha...? Dia ada pakai gelang ke jam tangan ke...?"

"Wait! Jam tangan Qisha... Aku tak perasan pulak!"

"Takpe! Sekurang-kurangnya, Bella ada pakai jam jam tangan GPS tu! Kita boleh trace kedudukan mereka...! Kita berdoa agar Bella tekan button di tepi jam tangan tu... ! Kita tunggu dulu..!"

Nenek dan atok yang melihat gelagat Isyraf dan Rayyan, hanya memandang tanpa mampu bersuara...

"Nenek, atok, Araf minta maaf! Tak sangka benda macam ni terjadi lak! Araf minta maaf ya! Atok nenek rehatlah dulu... Pergi tidur dulu ya... Nanti ada berita Araf bagitahu..."

"Araf ok ke? Nak atok tolong apa-apa?"

"Tak tok, terima kasih...! Atok bawak nenek rehat ya...! Bagi Araf selesaikan hal ni! In shaa Allah, takde apa-apa! Qisha Bella pandai jaga diri...!"

"Baiklah, kalau Araf cakap macam tu! Kalau perlukan bantuan atok, nenek, bagitahu, ya?"

"Baik tok! Atok rehat ya! Nenek pun"

"Rayyan, tolong tengok-tengokkan Araf, ya?"

"In shaa Allah, tok! Atok masuklah berehat!"

Isyraf kembali ke bilik lalu mengeluarkan dua buah laptop beserta 2 biji telefon bimbit... Dua laptop yang yang punya fungsi berlainan...

Rayyan memandang Isyraf yang masih serius memandang ke arah kedua-dua laptop di hadapannya. Sambil jari-jemarinya menekan butang-butang di telefon bimbitnya.

Deringan telefon Isyraf menghentikan kerjanya sebentar... Rayyan hanya mampu melihat Isyraf yang masih dengan telefon bimbitnya di tangan... Ke hulu ke hilir menjawab panggilan...

"Ok... Roger! Anything let me know!"

Satu lagi deringan telefon.

"Ya, dah dapat! Thanks bro...!"

Entah apa yang ditekannya di laptop, tidak Rayyan ketahui...

"Bingo!"

"Hah, apa yang bingo!"

"Kita dah dapat detect kedudukan dorang! Dorang ada berdekatan dengan kita...!" Terkejut gak Rayyan mendengar suara pekikan Isyraf...

"Jadi, apa tindakan kita selanjutnya?"

"Kita kena tunggu feed back dari agen aku, dulu!"

"Raf, kenapa lampu merah tu blinking...?"

"Good job, Bella! Kita dah dapat kesan kedudukan Qisha dan Bella! Tu dari jam yang Bella pakai!"

"Alhamdulillah...! Tapi, kat mana dorang? Jomlah kita cari dorang kat sana...!"

"Nanti, aku perlu pastikan kedudukan sebenar Qisha dan Bella...! Agen aku sedang menunggu arahan... Once kita dapat tempat yang tepat, bom! Kita gempur! Aku takkan teragak-agak nak bunuh orang yang ganggu hak aku!"

Rayyan terkejut melihat Isyraf mengeluarkan sepucuk pistol, jenis Glock 45 GAP, buatan Austria.

"Raf, pistol tu...?"

"Jangan bimbang! Kami syarikat yang berkait rapat dengan polis... Kerja macam kami ni memang memerlukan senjata...! Melindungi VIP, senjata yang kami miliki punya lesen...! Tak semua ada senjata macam ni...!"

"Maksud kau, Bella?"

"Tak, Bella tak pegang senjata...! Lagipun, Bella dalam ofis, je! So, kau takyah risau ya?"

Rayyan hanya mampu menganggukkan kepalanya. Huh, main-main ke! Kalau macam ni, keputusan Rayyan melepaskan Qisha pada Isyraf, satu keputusan tepat! Rayyan percaya, Isyraf mampu melindungi Qisha...

Namun, hatinya masih bimbang, memikirkan keselamatan kekasih hati dan sepupunya.

'Ya Allah, selamatkanlah insan-insan yang aku sayangi. Aamiin!' Tapak tangannya diraup ke wajahnya.

Isyraf dari tak sihat terus sihat, bila berkaitan dengan keselamatan Qisha... Kesian dorang... lepas satu, satu hal berlaku... Siaplah korang penyangak... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience