"Aku terima nikahnya Qalisha Qadeeja binti Muhammad Qadeer dengan mas kahwinnya, 10 ribu Ringgit, tunai!"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!" Alhamdulillah... Qisha dipeluk Ibu dan nenek serta makcu yang berada berdekatan dengannya. Bergenang air mata Ibu... Anak gadisnya kini dah dapat gelaran isteri.
"Alhamdulillah!" Kedua tapak tangan diraup ke wajahnya. Qisha dinikahkan oleh Papanya sendiri. Tertunai sudah hajat Papa untuk menjadi wali yang sah kepada satu-satunya anak perempuannya, Qalish Qadeeja, ketika majlis pernikahan Qisha dengan Isyraf.
Kini Qisha sudah secara rasminya menjadi hak Isyraf yakni, isteri kepada Isyraf Iskandar.
Kelihatan senyuman manis terukir di wajah kesayangannya, Qisha yang duduk tersimpuh di sisi Ibu dan nenek. Qisha cukup cantik dengan tudung yang tersarung di kepalanya...
Baju kurung moden warna putih, yang dihiasi batu swaroski, simple but elegant, terletak cantik di tubuhnya. Isyraf memakai baju Melayu dari warna yang sama, kelihatan cukup segak... Disertakan dengan songkok hitam turut dihiasi kerongsang swaroski.
Kedua-duanya kelihatan sama cantik sama padan. Dalam masa setahun, mereka berkenalan dan akhirnya menjadi suami isteri yang sah. Nikmat mana yang kamu dustakan?
Angah terlebih dahulu telah dinikahkan sehari awal dengan pasangannya, Kaseh Kamelia yang diadakan di rumah Kamelia atas permintaan keluarga pengantin perempuan.
Saat upacara pembatalan air sembahyang...
"Assalammualaikum, sayang..."
"Waalaikumussalam, abang!" Tangan Isyraf disambut dan diciumnya kekura tangan Isyraf yang kini menjadi miliknya yang sah! Suami idamannya... Dahi Qisha dikucup... Syahdu rasanya saat ini... Air matanya berguguran...
"Hei, sayang! Jangan nangis ya... Tak cantik nanti." Qisha tersenyum lalu menganggukkan kepalanya... sambil Isyraf mengusap air mata Qisha yang mengalir.
"Sabar dulu, Raf!" Agak-agak suara siapa tu? Tergeleng-geleng kepala yang lain dengan gelagat Angah yang sememangnya terkenal dengan perangainya yang suka menyakat.
Kelihatan di situ, Raymond dan Gary, Rayyan dan Bella dan beberapa staff Raf turut berada di masjid. Mereka mewakili Raf dari pihak lelaki.
Isyraf menyarungkan seutas rantai emas putih di leher jinjang Qisha, seutas rantai tangan dan sebentuk cincin emas putih di jari runcing Qisha... Tergamam Qisha... Terkejut dengan barang kemas yang diterimanya dari Isyraf. Entah bila Isyraf membelinya pun, Qisha tak pasti.
Qisha menyerahkan 7 dulang hantaran, manakala Isyraf menyerahkan 5 dulang hantaran yang berupa, senaskhah Al-Quran, sejadah dan telekung, sirih junjung, set minyak wangi, sepersalinan pakaian, kasut serta buah-buahan dan manisan.
"Jangan bergerak Raf! Jangan gerak... Ok, satu, dua, tiga!" Siapa punya suara, kalau bukan Angah. Terkejut Raf saat mencium dahi Qisha selepas acara membatalkan air sembahyang.
Klik! Klik! Berpinar mata Qisha dan Raf apabila tak berhenti-henti flash kamera dihalakan ke arah mereka. Raf telah mengambil jurukamera bertauliah untuk mengabadikan gambar pernikahan mereka pada hari ini. Senyuman tak lekang di bibir mereka. Naik lenguh rasanya bila kena senyum untuk bergambar ni.
"Senyum Raf, Qisha!" Ok dah tahu, kan... siapa punya suara tu!
Selesai upacara membatalkan air sembahyang, pengantin diminta bergambar di pelamin comel yang direka khas di satu ruang yang disediakan di masjid itu.
"Pengantin... kita bergambar ya... Dengan family pihak perempuan lepas tu family lelaki ya...!" Angah jadi MC tak bertauliah hari ni...
Qisha menyalami Ibu, Papa, Along, Angah dan isterinya yang digelar Kak Ngah... Meleleh air mata Ibu dan Papa saat ini... Hilang sudah tanggungjawab mereka pada Qisha... Mereka harus bersedia melepaskan Qisha kepada insan yang baru bergelar suami.
"Araf, tahniah! Selamat Pengantin Baru!" Atok memeluk tubuh satu-satunya cucu yang dia ada. Kemudian Isyraf beralih ke arah nenek yang sedang menahan sebaknya... Sebak melihat cucunya kini sudah berumahtangga.
"Nenek..."
"Araf, cucu nenek" Nenek yang tidak dapat menahan kesedihannya, terus memeluk Isyraf.
"Nek... takmu nangis...!" Isyraf mengelap sisa air mata nenek dengan jari-jemarinya.
"Araf dah jadi suami... Kena tahu jaga hati isteri, ya... Jangan ikut kepala sendiri... Apa jua yang berlaku jangan sekali ikut rasa hati... Bincang elok-elok... Jaga Qisha baik-baik!"
"Baik, nek! Raf janji...! Terima kasih nenek, atok.. Jaga Araf selama ini... Besarkan Raf, bagi Raf pendidikan.. sampai Raf dah berjaya macam ni...!"
"Sudah, Raf! Araf cucu kami...! Araf dah banyak berkorban untuk atok, nenek!"
"Terima kasih atok, nenek! Araf tak mampu nak balas jasa atok, nenek..."
"Tak perlu fikir semua tu, Araf...! Itu tanggungjawab atok nenek, kan?"
"Qisha sayang..." Tubuh nenek Qisha peluk... Sayang sangat Qisha pada atok nenek Raf.
"Nenek, atok...!" Qisha menyalami keduanya.
"Dalam rumahtangga ni, banyak pancarobanya... Banyakkan berbincang... Jangan lawan cakap suami... Kalau salah macamana pun, bawak berbincang..." Banyak nasihat dan ingatan yang nenek dan atok berikan pada Qisha dan Isyraf.
"Baik nek!"
"Tolong jagakan Araf untuk nenek, untuk atok, ya?"
"Nenek, apa ni? Takkan Qisha kena jaga Raf pulak... Araf yang kena jaga Qisha, kan?" Malulah Isyraf, jatuh saham!
"Yelah, nenek suruh Qisha jaga Araf bab makan ubat. Susah sangat nak makan ubat!" Ah, sudah! Nenek nipun...
"Nek...!" Isyraf dah meletakkan dahinya di bahu Qisha... Ya Allah! Malunya...
Terdengar gelakkan di belakang mereka... Siapa lagi kalau bukan si Angah... Kalau part gelakkan orang, cukup terror...
"Hai, ngah! Angah lupa ke... Semalam sampai 3 kali angkat nikah... Buat malu je... !"
"Hahaha! Tulah ejek orang lagi..." Isyraf membalas...
"Sekurang-kurangnya aku, sekali je ngah! Kau 3 kali... Tak jantanlah...!" Ah, sudah! Angah dah terkena.. padan muka... Angah dah terdiam... Siot je!
"Abang, sudahlah!"
"Sorry sayang!"
"Yelah! Yelah! Angah mengalah...!" Angah dah tarik wajah cemberut... Nasib, si isteri tercinta, Kaseh Kamelia sentiasa di sisi, menemaninya... Di genggam erat tangan suaminya yang tiba-tiba merajuk... Masing-masing tergelak dengan gelagat Angah...
"Dah! Dah! Jom jemput semua ke rumah... Ada jamuan sedikit...! Silakan!" Along mempersilakan semua ke jamuan yang disediakan dan sekaligus menamatkan perang dingin antara Isyraf dan Angah.
"Rayyan, sudah tu...! Seronok ya gelakkan orang!Tunggulah waktu kau nanti...!" Angah masih tak puas hati...
"Eh, apa pulak! Aku gelakkan je...!"
"Tunggulah waktu kau nikah dengan Bella nanti! Angah kenakan kau!"
"Ngah, kau jangan nak buat giler ya...!"
"Ah, takde! kau gelakkan aku beria-ia...! Kau tunggulah waktu kau nanti!" Wah! Angah main ugut lak... Along dan Raf dah tak nak campur...
"Lantaklah korang! Mari semua...! Tinggalkan dorang ni...!"
Papa yang melihat suasana meriah ini, tersenyum lebar... Papa bangga dengan anak-anaknya... Bangga dengan sikap mereka yang cukup mesra, penuh dengan kasih sayang... Betapa bodohnya Papa rasakan saat ini...?
"Papa, jom..! Balik rumah kita...!" Along menolak kerusi roda Papa... Along tahu, Papa sedih... Sedih sebab tak dapat tinggal bersama-sama mereka... Namun, Papa kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak-anaknya....
Alhamdulillah, dua ketul ni dah nikah... Maaf, mendatar sikit... A little bit headache... In shaa Allah, malam nanti satu bab lagi akan di update... Enjoy reading
Share this novel