BAB 48 - CGKB - RUSUK KIRI

Romance Completed 24182

"Sayang, abang nak mandi sekejap, ya? Badan abang dah melekit sangat ni!"

"Ok... Abang mandi dulu. Lepas tu, Qisha pun nak mandi... Tak selesa rasanya...!"

Sementara menunggu Raf selesai mandi, Qisha bersandar di kepala katil lalu membuka telefon bimbitnya... Rayyan dah update gambar pernikahannya dengan Raf di Ig milik Rayyan... Beratus ucapan tahniah dari rakan-rakannya...

"Uish, cepatnya Rayyan ni update! Tak menyempat"

Sementara, gambar-gambar yang di ambil Along menggunakan hanpdhonenya, ditelek... Tersengeh-sengeh Qisha melihat satu persatu gambarnya bersama Raf... Bahagia rasanya dapat menikahi insan yang menjadi cinta pertamanya...

Pintu bilik air dikuak...

"Sayang..." Qisha memalingkan wajahnya ke arah Raf.

Qisha tergamam, melihat Raf yang hanya bertuala... Terpampang six pack di perutnya... OMG! So sexy! Nak kata Raf sado, tidak juga... Biasa-biasa je...

Air liur diteguk kelat... Cepat-cepat Qisha mengalihkan pandangannya... Malu, ini kali pertama melihat tubuh Isyraf tanpa baju... Terasa mahu diuli-uli six pack Raf...

"Sayang, tadi kata nak mandi?"

"Ya, ya! Qisha nak mandilah ni." Cepat kaki Qisha melangkah masuk ke bilik air. Hampir 20 minit, Qisha keluar dari kamar mandinya. Qisha dah siap berbaju tidur di dalam bilik mandi tadi.

Segan rasanya... Maklumlah, ini kali pertama, dia dan Isyraf sebilik. Sambil mengelap rambut panjangnya...

"Sayang, kita solat Isyak dulu, ya! Abang tunggu sayang ni. Kita berjemaah ya.?"

"Abang tunggu sekejap ya, Qisha ambik wudhuk dulu...!" Jangan tak caya, Raf menyediakan sejadah dan telekung untuk Qisha.

Qisha yang melangkah keluar dari bilik air, agak terkejut melihat segalanya sudah tersedia. Senyuman diberikan pada suaminya. Qisha menyarungkan telekung... Bersiap sedia di sejadah..

Usai solat, tangan diangkat doa dipohon pada Yang Maha Esa, agar diberikan kebahagiaan dan rahmat buat mereka, suami isteri. Mohon agar tiada lagi rintangan dan dugaan yang datang melanda mereka... Tidak lupa juga doa agar diberikan zuriat yang soleh dan solehah...

Kemudian, Qisha dan Raf bersandar di kepala katil sambil membelek gambar pernikahan mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit. Along menjadi jurugambar tidak bertauliah Qisha, manakala Raymond untuk Isyraf.

"Abang, tengok ni... Cantik gambar yang Along ambikkan?" Sambil menghalakan telefon bimbitnya ke arah Isyraf.

"Emm, cantik... Sayang tengok ni... Raymond ambikkan...!"

"Wah, not bad! Cantikkan gambar kita, bang?"

"Cantik, cantik sangat! Ni gambar awek kat sebelah ni lagi cantik...!"

"Abang ni...! Awek mana?"

"Ya Allah, sayang ni! Awek nilah... " Seraya menunjukkan gambar Qisha yang cantik mengenakan tudung. Tertunduk malu Qisha.

"Hei, sayang ni! Ok, ok! Abang minta maaf! Abang gurau, je!"

"Sayang..."

"Emm..."

"Terima kasih..."

"Untuk...?"

"Sebab dah lengkapkan rusuk kiri abang" Owh, romantiknya... Tangan Qisha digenggam erat.

"Terima abang sebagai suami... sebagai kekasih... bakal papa untuk anak-anak kita nanti. Thanks, sayang!" Satu kucupan singgah di dahi Qisha...

"Abang..."

"Emm..."

"Terima kasih jugak..."

"Untuk...?"

"Terima kasih sebab jadi suami idaman Qisha, buah hati Qisha dan sebagai bakal mama buat anak-anak kita." Satu kucupan dilayangkan di pipi kanan Isyraf.

"Banyak dugaan buat kita, kan? Alhamdulillah, kita berjaya harungi"

"Tiada apa lagi yang abang mahukan selain sayang sentiasa di sisi Abang."

"Qisha pun begitu juga... Qisha bahagia sangat cinta pertama Qisha dah jadi suami Qisha sekarang...!" Mata bertentangan. Qisha cepat mengalihkan pandangannya. Malu, walaupun sudah menjadi isteri yang sah kepada lelaki yang didambakan.

"Sayang juga cinta pertama dan terakhir Abang. Moga kita akan terus kekal begini sehingga nafas yang terakhir."

"Abang, jangan cakap macam ni!" Lantas tubuh Isyraf didakapnya. Isyraf membalas dakapan isterinya.

"Qisha sayangkan abang! Sayang sangat! Jangan cakap macam abang nak tinggalkan Qisha! Qisha tak sanggup hadapinya!" Esakan Qisha mula kedengaran.

"Sayang, abang minta maaf! Abang tak maksud apa-apa!" Qisha menghamburkan air matanya di dada Raf.

"Tak! Tak! Abang takkan tinggalkan sayang! Jangan sedih, ya! Abang janji tak tinggalkan sayang!" Terhinjut-hinjut tubuh Qisha menahan tangisan.

"Sorry! Sorry! Takmu nangis lagi... Abang minta maaf!" Dahi Qisha dikucup.

"Jangan tinggalkan Qisha! Abang dah janji takkan tinggalkan Qisha, kan?"

"Ya, ya! Abang janji...! Ok! Dah! Dah! Takmu nangis lagi... Sakit dada abang tengok sayang nangis macam ni...!"

Bunyi noti telefon mengganggu malam mereka...

"Siapa pulak yang hantar mesej ni?"

"Mesej siapa, yang?"

"Ya Allah, Angah ni... Abang tengok ni!" Sambil menunjukkan telefonnya ke arah Isyraf.

'Selamat menempuh malam pertama'

"Angah ni... teruk tau!"

"Dah lah tu, yang! Biarkan je...!"

"Nanti lagi dibiarkan, lagi Angah ganggu kita!"

"Ya tak ya jugak, kan? Kacau je orang nak berasmaradana, kan yang?" Wajah Qisha merona lalu tertunduk malu...

Isyraf cuba mengusik Qisha... Tubuh Qisha ditarik lalu dibaringkan... Tangan Isyraf mengelus lembut wajah Qisha... Wajahnya dirapatkan...

"Abang...!" Qisha kelihatan tak keruan.

"Shu..." Raf dah tak keruan...Hidung mancungnya digeser ke leher jinjang Qisha... Qisha kegelian...

"Abang..."

"Emm..."

"Qisha gelilah!" Tubuh Raf ditolak perlahan... Tergelak kecil Raf... Belum sempat Qisha melarikan diri... Pinggangnya dirangkul dari belakang... Sebelum Raf mencium bahu dan tengkuknya... Qisha berdebar...

Pelukan bertambah erat. Wajah kesayangannya diusap... Satu getaran yang melanda. Kuat jantung mereka bekerja ketika ini... Bagai ada karan yang menarik... Kedua-dua tubuh berpelukan...

Raf tahu, Qisha merasa malu...

Wajah Qisha dikucup berkali-kali... Qisha hanya membiarkan kelakuan Isyraf... Kucupan Isyraf terhenti di bibir comel Qisha... Kali ini ciuman yang didominasi Isyraf, dibalas Qisha... Walau masih kekok, Qisha cuba mengikut rentak Isyraf.

"Sayang, boleh Abang minta hak abang, malam ini?" Lama Raf menantikan jawapan Qisha... Melihat wajah Raf yang keresahan, Qisha menganggukkan kepalanya. Walaupun malu, namun Qisha tidak boleh menafikan hak Isyraf sebagai suami. Itulah pesanan Ibu dan nenek selepas majlis pernikahan mereka siang tadi.

'Isyraf, syurga Qisha kini! Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya'

Lampu bilik ditutup...

Dengan bacaan Bismillah dan doa, Isyraf dan Qisha melayari bahtera perkahwinan mereka buat pertama kali sebagai suami isteri.

'Moga mereka diberkati dunia dan akhirat! Aamiin...'

Dua ketui ni dah kahwin... Alhamdulillah... nak mengharungi bahtera perkahwinan yang penuh onak duri... perlukan kesabaran... kejujuran, kesetiaan... komunikasi sangat penting... Moga keduanya dibawah lindungan Yang Maha Esa.. Enjoy reading... hanya tinggal beberapa bab sebelum kisah dua ketul ni tamat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience