Hampir 2 minggu Raf di tempatkan di ICU. Dan selama itulah, Qisha yang menemankan Raf 24 jam... Along dan Angah akan bergilir-gilir menghantar makanan untuk Qisha... Ibu akan memastikan Qisha makan makanan yang dimasaknya sendiri... Itu permintaan Qisha.
Puas dinasihatkan... Puas Along ceramah, agar mereka bergilir-gilir menjaga Raf, tapi ditolak mentah-mentah oleh Qisha...
"Takpe, biar adik yang jaga Raf kat sini. Adik tak nak bila Raf sedar, Adik takde depan mata dia."
"Lagipun, Adikkan isteri Raf. Jadi biarlah Adik yang jaga Raf, ya?"
See, macam tulah, jawapan Qisha... Dia tak nak susahkan orang lain... Bagi Qisha, Raf adalah keutamaannya... Raf syurga Qisha... Moga syurga buatmu, Qisha... Moga Qisha menjadi bidadari syurga buat Raf.
Seminggu dua ni, Qisha sering mengalami sakit kepala... Namun, dibiarkan saja... Barangkali Qisha kepenatan... Menjaga orang yang tidak sedarkan diri cukup mencabar kesabarannya... Namun, demi suami yang cukup dicintai, Qisha campak rasa penat itu jauh-jauh.
Selama 2 minggu, Qisha berkampung dalam wad ICU... Di situlah Qisha akan tidur, mandi, solat.
Sejak Raf dimasukkan ke ICU, Qisha sudah rajin menunaikan solat sunat, solat tahajud. Mohon doa Pada Yang Maha Esa, agar diberi kesembuhan buat suami tercinta. Ada masanya juga, Qisha membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di telinga Raf.
"Adik... Ok tak hari ni?" Tanya Ibu ketika menghantar makanan pada Qisha.
"Alhamdulillah, bu. Kurang sikit sakit kepala ni."
"Ibu masak apa hari ni? Adik lapar ni."
"Kesukaan adik dengan Raf, sambal sotong petai dengan siakap stim."
"Wah! Sedapnya... Terima kasih Ibu. Adik makan dulu, ya!"
Ibu hanya memerhati tingkah laku Qisha... Kesian Qisha... Jari di inai masih merah, namun dugaan besar datang melanda... Ibu tahu, Qisha cukup kuat mengharungi ujian ini... Ibu yakin Qisha akan mengecapi bahagia... In shaa Allah.
"Ibu, esok masakkan Adik asam pedas ikan susu, boleh tak? Adik teringin sangat! Boleh ya, bu!"
"Asam pedas ikan susu?"
"Emm, Adik teringin sangat."
"Yelah. Esok Ibu bawakan, ya! Adik nak makan apa-apa lagi tak?"
"Emm, Adik nak biskut je... Tapi, nak banyak ya, bu. Adik selalu laparlah!" Ibu mengerutkan dahinya. Asam pedas ikan susu. Biskut. Lapar.
'Qisha mengandung ke? Ah! Tak kot! Takde pulak dia muntah-muntah! Takde selera makan. Tengoklah nanti sehari dua lagi, macamana.'
"Adik, Papa tak call Adik?"
"Dah, bu! Pagi tadi... Kesian, Papa nak datang, tapi Adik tak kasi... Tak nak susahkan Papa."
"Takpelah. Nanti Ibu suruh Angah jemput Papa, ya?"
"Yelah!"
"Eh, Raymond! Gary! Rayyan dan Bella pun ada! Come in!" Qisha baru nak melangkah keluar, perasan kedatangan mereka.
"So, Qisha. How's Raf?"
"Emm, masih macam ni, Ray."
"Doktor ada cakap apa-apa?"
"Setakat ni, Raf stabil. Cuma, pernafasannya terganggu sikit... Tapi, ada perubahan positif."
"Atleast, ada perubahan sikit."
"Qisha, kau ok tak ni?" Tanya Rayyan. Nampak Qisha pucat dan lesu.
"Eh, okaylah! Kenapa tanya macam tu?"
"Qisha nampak pucatlah." Sambung Bella.
"Mungkin Qisha penat agaknya."
"Assalammualaikum..."
"Along! Angah, Kak Ngah!" Ketiga-tiganya dipeluk Qisha.
"Adik, Raf macamana?"
"Macam nilah, long. Masih sama!"
"Emm, Along, Angah. Can we go outside for a while." Along dan angah mengangguk sebelum membontoti Ray dan Gary. Rayyan yang perasan, terus meloloskan dirinya dari Bella... Men's talk!
"Yes, anything Ray?" Soal Along.
"Fikry is with us!" Jawab Raymond.
"But how?"
"Fikry cuba melarikan diri ke Singapura. Agen kami sempat menahannya."
"Polis...?"
"Don't worry. Everything is under control."
"Kat mana si bangsat tu, sekarang?"
"Markas!" Tiba-tiba Rayyan menyampuk.
"Good! Biar aku ajar si bangsat tu! Kau jolok sarang tebuan, kan?"
"Let's party!"
"Aku ikut!" Angah dah tentu sekali nak join sama. Nak belasah Fikry... Siapa tak nak!
"Aku, pun!" Rayyan pun nak ikut sama.
"Bila nak gerak?"
"Sekaranglah!"
"Hah!"
"Boleh ke?"
"Aku rasa, boleh kot! Sementara Ibu dan Lia ada melayan Qisha. Bella pun ada!" Semua mengangguk.
"Tapi, kita nk cakap apa dengan dengan Ibu?"
"Takpe, yang tu, pandai-pandailah aku... Korang cuma perlu sokong apa yang aku cakap nanti!"
"Deal! Jadi semua setuju ya... Dah jom!"
"Qisha ikut!" Terkejut dorang mendengar suara Qisha di belakang mereka. Entah bila masa Qisha ada di belakang dorang pun, nobody knows.
"Adik!"
"No, this time, biar Adik buat keputusan! I'm in! Full stop!" Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Akhirnya kata sepakat diambil. Qisha akan ikut ke markas.
"Baik! Adik ikut!"
"Good! Let's have some fun!" Berpusing kepala masing-masing memandang Qisha... Qisha bertukar perwatakkan... 360°... Terkejut melihat sisi lain, Qalisha Qadeeja.
"Ibu, Adik keluar sekejap, ya?"
"Eh, Adik nak pergi mana? Adikkan tak sihat?"
"In shaa Allah, Adik dah ok!"
"Tapi, adik nak ke mana?"
"Adik nak ikut Raymond ngan Gary... Along, Angah, Rayyan pun ada sekali... Ibu jangan risau, ya?" Tubuh Ibu dipeluk erat. Begitu juga Kak Ngah.
"Kak Ngah, tolong teman Ibu sekejap, ya! Adik nak siapkan kerja yang belum selesai!"
"Kerja apa, dik?" Ibu mula menyoal. Curiga sikit dengan anak-anaknya.
"Ibu jangan risau, ya? Adik pergi dengan abang-abang hemsem ni." Saja nak mengelakkan Ibu merasa curiga.
"Baiklah. Tapi, Adik jaga diri, tau!" Qisha menganggukkan kepalanya.
"Bella, tolong, ya?" Bella menganggukkan kepalanya. Dia tahu dan faham dengan arahan yang sudah diterimanya sebentar tadi. Bella tahu kemana Qisha hendak pergi.
Just wait and see, Fikry!
Qisha melangkah ke arah sekujur badan suaminya yang masih belum sedarkan diri. Wajah Raf, diusap dengan penuh kasih sayang. Qisha berbisik di telinga Isyraf.
"Abang, Qisha keluar dulu, ya? Qisha nak 'lunaskan' hutang kita. Nanti, Qisha datang semula, ya? Abang doakan Qisha!" Qisha mencium dahi dan pipi Raf, sebelum tangan Isyraf diciumnya.
Qisha melangkah keluar dengan dendam yang membara. Nampaknya, Qisha akan beraksi sekali lagi menentang Fikry. Tak sabar rasanya tangan dan kaki nak membelasah orang! Lagi-lagi jantan keparat tu! Tunggulah kau, Fikry!
Qisha melangkah dengan penuh dendam yang membara. Hari ini, hutangnya akan dilunaskan. Segala perbuatan Fikry akan dibalas dengan apa jua cara... Kerana Fikry, dia hampir dirogol... Kerana Fikry jugak, dia hampir kehilangan suami kesayangannya yang kini hanya mampu terlantar. Apa akan berlaku pada Fikry... Stay tuned! Enjoy reading
Share this novel