BAB 39 - CGKB - ALONG ANGAH

Romance Completed 24182

Perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir 4 jam setengah... Seperti yang dirancangkan, atok dan nenek akan ikut Isyraf menetap di KL buat sementara waktu... Lagi-lagi, Isyraf mengharapkan atok dan nenek untuk meminang Qisha...

Dalam masa yang sama juga, pihak polis dan agen-agen Isyraf masih bertungkus-lumus mencari Fikry yang hilang bagaikan ditiup angin... Dari apa yang diceritakan Qisha dan Bella serta maklumat yang mereka perolehi, Qisha pasti memang jantan 4 orang itu yang cuba mencederakan Qisha sebelum ini.

Jangan terkejut, Along dan Angah dah plan dengan Isyraf untuk 'melawat' 4 jantan jahanam di markas Isyraf. Siaplah korang... Kau ingat adik dia je terror bertarung... Abang kembar diapun hebat tau... Main-mainlah!

"Raf! Jadi tak plan kita malam ni?"

"Kau pun, ngah! Rilekslah...!"

"Rileks apanya! Kaki tangan aku dah gatal nak belasah orang ni!" Isyraf tergelak.

"Kot, ya pun, sabarlah.. Along?" Panjang umur along. Baru disebut-sebut namanya, dah muncul.

"Raf, jadi ke malam ni...?"

"Along?"

"Kita orang dah standby lama, dah! Kau jangan bagitahu Qisha, Raf? Rosak program kita nanti...!"

"Giler nak bagitahu Qisha...! Kau janganlah risau sangat! Aku tahulah apa nak buat!"

"Kau ni... yelah, tu!"

"Aku tahulah, ngah! Sementara atok ngan nenek kat sini... bolehlah kita buat 'kerja' kita dulu!"

"Lagipun Rayyan ngan Bella ada temankan Qisha ngan Ibu. Takdelah kekok atok ngan nenek nanti!"

"Emm, atok, nenek, Ibu... Raf nak keluar sekejap, ya. Ada urusan sikit..."

"Atok, nenek, Ibu, kami pun sama!"

"Eh, Abang... nak pergi mana dengan Along, Angah ni...?" Tanya Qisha... Nampak curious ni...

"Abang...?" Si kembar dah bersuara... Ah, sudah! Raf dah malu, dah... Qisha terlepas... Aduh, malunya... Qisha menjeling ke arah Along dan Angah... Suka menyakat orang, kan?

"Sekejap je... Ada hal nak jumpa Raymond ngan Gary...!"

"Abang...!"

"Sekejap je, sayang! Tadi Raymond Gary call nak discuss pasal hal Fikry...! Sekejap ya...!"

"Sayang..." Ya Allah! Si kembar ni... Raf pulak terlepas cakap... Aduh, mulut ni, pun...

"Sekejap ja! Raymond call tadi, ada urusan yang belum selesai. Tolong tengokkan atok ngan nenek, ya?"

"Rayyan, Bella, tolong ya, temankan Qisha... Atok ngan nenek tu tengah berbincang dengan Ibu, kan?"

"Atok, nenek, Ibu... sekejap ya... Raf bawak Along Angah keluar, sekejap!"

"Yelah, Raf! Jangan lambat sangat, ya?"

"Baik, tok!"

"Abang!"

"Sayang, please...! Sekejap je...! Boleh ya! Sayang temankan atok nenek ya?" Qisha dah mencuka.

"Nanti balik abang explain!"

"Abang... Sayang..." Angah dengan perangai menyakatnya memang tak boleh dipisahkan.

"Woi, woi...! Takkan aku kena tinggal...?"

"Ala, sekejap je Rayyan...!"

"Kot ya pun, takkan aku takleh ikut?"

"Engkau diperlukan, Yan! Kaukan handal...? Nanti, apa-apa kau call kita orang ya..!"

"Apa barang, aku sorang je lelaki kena tinggal?"

"Kepala hotak, kau! Habis, atok tu bukan lelaki ke?" Angah mengutuk Rayyan.

"Bengonglah korang ni! Maksud aku , lelaki yang muda, gagah perkasa..."

"Hah, kaukan gagah perkasa, muda lagi...! Kau jaga dorang eh!" Ambik kau! Angah tambah lagi.

"Bye Sayang...!"

Jelingan tajam, Qisha berikan... Tunggulah nanti! Ah, sudah!

********************************

Markas Isyraf...

"Cakap dengan aku, siapa yang arahkan korang culik adik aku, hah!"

"Sumpah, bang! Kami memang tak tahu!"

"Bila masa aku jadi abang, kau?"

"Baik korang cakap, kalau tak nak sakit...!"

"Korang memang tak faham bahasa ke? Kita orang tak tahu! Tak tahulah...!"

"Wow, berani kau, ya!"

"Kau jangan tipulah... Telefon korang, kami dah rampas...! Baik cakap, siapa yang bagi arahan...!"

"Kami dah dengar semua perbualan korang dengan bos korang...!"

"Bukti pun dah cukup untuk sumbatkan korang dalam penjara, tau!"

Tiada sebarang reaksi atau jawapan dari jantan jahanam tu. Isyraf masih bolah bersabar lagi. Kalau sis, alamat makan pakai kakilah!

"Sekarang cakap, siapa bos korang...! Cakaplah!" Melihat tiada sebarang reaksi dari mereka... Buk! Satu tumbukan mengenai muka mereka.

"Takpe... Korang tak nak bukak mulut, ya? Aku akan pastikan korang semua meringkuk dalam penjara...! Bukti semua dah ada... Begitu juga saksi!"

Muka mereka sedikit berubah.

"Sekarang kau cakap, siapa yang bagi arahan untuk culik adik aku!"

"Kami tak tahu...!"

"Tak tahu? Kau ingat adik aku, barang curi boleh jual sana sini!"

"Sekarang, jawab! Siapa yang bagi arahan untuk culik adik aku!"

"Tiada siapa yang suruh! Memang kami nak culik untuk jual dorang ke Thailand!" Jawab salah seorang dari penculik.

"Thailand...? Untuk apa?" Tiada sahutan. Isyraf merentap kolar baju penculik dan tergamam si penculik tadi... Tersentak perutnya selepas dihentak dengan lutut Isyraf.

"Jawab! Untuk apa?"

"Pe...la..cur...!" Akhirnya terjawab juga, itupun sebab dah kena sepakan.

"Kurang ajar kau!" Satu tendangan padu dihadiahkan Along.

"Kau cabar aku...! Aku belum pernah sekalipun jentik adik aku... Kau berani cederakan dia...!"

Bum! Sepakan padu dari Angah mengenai dada salah seorang dari 4 jahanam... Darah meleleh dari bibirnya.

"Baik kau cakap, siapa bagi arahan tuk culik adik aku...?" Masih tiada jawapan...

"Korang punya setia nak pertahankan bos korang... sedangkan dia seronok kat luar sana..! Bodoh!"

"Arrgghh...!" Seorang lagi tumbang, kali ini Along keluarkan ilmu kuntau!

"Bos korang sedap-sedap rehat, tidur atas tilam 20 inci...korang dalam lokap ni... "

"20 inci, tebal tu...!"

"Bongoklah kau Ngah!" Along dan Angah menghala ke salah seorang dari 4 jahanam yang nampaknya tidak gentar langsung berhadapan dengan mereka.

"Nanti! Yang ini serah pada aku...!"

"Kau kenapa Raf...?"

"Ini bahagian aku...! Aku ada perhitungan dengan si bangsat ni!" Along dan Angah berpandangan.

"Kau...! Tangan kau yang menampar wajah Qisha, kan?"

Satu tumbukan mengenai pipi kirinya.

"Kau pukul dia sehingga pecah bibir!"

Satu lagi pukulan mengenai pipi kanannya... tergeleng kepala si jahanam tu.

"Raf, sudah!" Along menarik tangan Isyraf.

"Lepaskan aku, long! Lepaskan aku! Biar aku ajar tangan yang koyakkan baju Qisha!" Raf meronta-ronta minta dilepaskan... Along dan Angah terkejut. Darah mula mendidih!

"Apa kau cakap Raf? Dia koyak baju adik aku?"

"Ya, si jahanam ni cuba nak rogol, Qisha!"

"Sialan kau! Kau memang sial...! Kau memang binatang...!" Ah, sudah! Along dah mengamuk... Ingatkan Angah je naik hantu... Rupanya Along naik hantu dulu...

"Berani korang usik adik aku...! Adik aku setan! Adik aku!" Angah memang dah hilang akal...
Separuh nyawa juga dibantainya si jahanam tu...

Kali ni bukan sorang aje yang dibantanya... Keempat-empat jadi mangsa amukan si kembar.

"Aku tak nak cederakan korang tapi, korang mencabar kesabaran aku... jawab soalan aku... siapa bos korang? Itu je!"

"Baik, kau tak nak cakap, kan?"

Belum sempat kaki Isyraf sampai ke muka jahanam nombor 3...

"Saya cakap, bang... saya bagitahu..." Ingat tak dalam ramai-ramai tu, ada yang macam sengal sedikit.. hah tulah 'Bob'... dialah yang pecah rahsia...

"Woi Bob! Kau jangan nak bukak rahsia... Kau nak mati ke?" Ugut salah seorang kawan jahanam.

"Woi... Woi...! Dalam keadaan macam nipun masih nak ugut bagai... ! Kau tak takut mati kat tangan aku, ke?" Angah mengugut.

"Ah, sudahlah! Aku tak nak fikir lagi...! Kita bagai gila buat kerja bodoh ni... Dia sedap-sedap kat luar sana... Aku dah tahan! Cukuplah!" Allah, si Bob berdrama...

"Saya cakap, bang!"

"Baik, aku takkan cederakan kau kalau kau bagitahu siapa bos kau!"

"Saya memang tak tahu nama dia bang! Tapi... dorang panggil dia dengan nama Tuan Fik... "

"Tuan Fik...! Fikry tak...?" Soal Angah.

"Kau pernah tengok muka dia...?"

"Pernah, bang... Pernah!"

"Raymond, tunjukkan gambar si jahanam, tu!" Sekeping gambar wajah Fikry ditunjukkan pada 'Bob'..

"Hah! Inilah bos kami, bang!" Masing-masing berpandangan...

'Fikry Firdaus, anak bongsu Dato' Fakhrul dan Datin Melinda.

'Kau dah salah jolok sarang tebuan, Fikry!'

Hah, amacam? Best tak kena belasah dengan 3 teruna??? Kalau dorang ni dah bersatu... ambik kau! Buat hal lagi... Rahsia dah terbongkar... Siap kau , Fikry! Kat mana kau nak sorok lagi??? Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience