Dari tadi, Fikry memandang wajah kesayangannya dari jauh... Nak dekat, dia tak berani... Nanti, sia-sia je kena belasah... Maliki, Razin dan 3 orang lagi kawan Fikry berkerut dahi melihat wajah Fikry...
"Woi... Fikry! Kau dah kenapa? Giler eh, sengeh, kerut, sengeh!" Tegur si Razin.
"Otak kau dah mereng ya, lepas kena belasah dengan Qisha!" Tambah Maliki.
Hilang terus senyuman di wajah Fikry. 'Haish, potong stim, betullah!'
Tergelak mereka melihat gelagat Fikry... Qisha sempat memandang ke arah Fikry sebelum bergerak ke arah Rayyan. Sempat Fikry mengenyitkan matanya. Qisha menjengilkan matanya lalu ditayangkan penumbuk ke arah Fikry. Tertunduk Fikry. Padan muka!
Qisha saja menayang kemesraannya dengan Rayyan.
'Nanti kau Qisha! Kau belum kenal aku siapa! Dan kau, Rayyan...! Kau ambil kesempatan kat Qisha, kan! Tunggulah korang...!' Fikry pasang angan-angan jahatnya.
**************************************
Heboh di kolej mengenai kekalahan Fikry di tangan Qisha. Angin Fikry... Cukup-cukuplah dia dimalukan, nasib takde video viral! Kalau dah viral, memang taklah, dia nak datang kolej nanti!
Masing-masing yang terserempak dengan Fikry, tentu akan memandangnya dengan senyuman sinis, terengeh-sengeh macam kerang busuk... Pastu berbisik-bisik...
Pada mulanya memanglah Fikry tak kisah sangat. Tapi, lepas dapat tahu, ada orang yang mula bercerita pasal kekalahan Fikry pada Qisha, membuatkan Fikry panas. Marah, benci dan dendam tersimpan dalam hatinya. Ini tentu Qisha atau Rayyan yang hebohkan hal ni! Nanti korang! Kalau hati sudah hitam... Macam nilah jadinya...
Fikry mula memasang rancangan jahatnya... Qisha dan Rayyan perlu diberi pengajaran... Fikry tak siasat siapa dalangnya, tapi sibuk susun planning nak kenakan Qisha dan Rayyan. Pandai-pandai nak buat andaian sendiri.
'Aku tak kira...! Korang perlu diajar! Nanti korang!'
Tanpa memikirkan kesan dan akibatnya... satu panggilan telefon telah dibuat...
"Aku nak korang ajar sikit budak-budak ni...! Gambar nanti aku send kat wassup!"
"Jangan cederakan teruk-teruk...! Ajar sikit je...! "
"Jangan risau pasal bayaran! Nanti aku transfer!"
Talian ditamatkan. Tahulah anak orang kaya... Senang-senang aje nak arah orang itu, ini...! Inilah dunia sekarang... Dengan wang, kita bisa memerintah orang... Dengan wang, kita mampu mengaburi mata orang...! Tanpa perlu memikirkan salah betulnya, halal haramnya!
'Siap kau Qisha!'
*************************************
Dalam perjalanan pulang Qisha ke rumah selepas habis shift kerja, Qisha ditahan 4 orang lelaki. Semuanya memakai topeng muka... Berpakaian gelap...
Qisha tergamam...
"Maaf, saya nak lalu...!"
"Kau kena ikut kami, kalau nak selamat!" Tangan Qisha ditarik.
"Kenapa lak? Awak siapa, nak tarik-tarik saya, nak halang saya? Lepaslah! Saya nak balik!"
"Ikut kami!" Tangan Qisha masih dipegang.
"Lepaslah!"
Tiba-tiba tubuh Qisha dipeluk dari belakang... Qisha tersentak, lalu mode bertarung terusik! Tangannya direntap dari pegangan jantan tadi.
Kedudukannya dibetulkan... Standby mode. Ready!
'Pantang betul aku, suka-suka nak pegang aku!'
Qisha menyiku badan lelaki yang memeluknya... Sebelum kaki kanan Qisya dihayunkan tegak ke wajahnya yang bertutup. Serangan dari lelaki di hadapannya, Qisha elak. Qisha cuba melibas kaki lelaki tadi... Namun sempat dielak... Side kick Qisha halakan...
Buk! Lelaki tadi terlentang! Qisha tersenyum sinis. Qisha yang terleka seketika, tersentak saat
terasa tendangan di perutnya. Tertunduk Qisha waktu itu menahan kesakitan...
Dari jauh, kelihatan sepasang mata yang memandangan dengan senyum sinisnya...
'Padan muka kau! Kau hebat sangat, kan!'
Lelaki-lelaki tadi cuba mengepung Qisha... Belum sempat mereka menarik dan memukul Qisha... Tendangan padu dihadiahkan pada mereka... 3 lelaki tiba-tiba muncul dan berlakulah pertarungan antara mereka...
Qisha yang pada mulanya terkejut dan dalam masa sama... cuba bangkit dan melawan salah seorang dari jantan tadi. Hatinya cukup sakit waktu ini! Ditambah dengan kemarahan... Qisha tak bagi peluang... Lunyai juga dibuatnya mangkuk hayun, tu!
Walau dalam kesakitan... Qisha bersemangat berlawan... Sebab apa... Sebab Isyraf is here! Isyraf dan kawan-kawannya yang tolong Qisha. Wah... Ok... Masuk intro lagu Hero - Mariah Carey.
'There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away...'
Sempat lagi...! Qisha masih terus memukul lawannya... Walau lawannya sudah terduduk menahan sakit... Qisha seolah-olah hilang pertimbangan... Entah apa yang merasuknya ketika ini. Isyraf yang tadinya hanya memandang, terpaksa menahan Qisha dari terus menghentam penjahat tadi. Bimbang ada yang tidur lokap malam ni!
"Qalisha Qadeeja! Stop!" Tersentak Qisha... Qisha terduduk menahan tangisan... Isyraf cuba memujuknya... Bahu Qisha diusap lembut... Qisha menangis... Entah kenapa, dia sendiri tak pasti... Persoalannya, siapa mereka ni! Qisha takde musuh...! Pelikkan! Isyraf memandang sayu wajah gadis dihadapannya...
Hero dah mai dah... Siapa punya kerja kenakan Qisha... 4 lelaki lawan sorang perempuan... Agak-agaklah... Dasar pengecut! Enjoy reading
Share this novel