Di markas...
"Well... Well... Well!" Fikry yang sudah mamai akibat dibantai dengan teruk... Mendongakkan kepalanya apabila terdengar suara seorang perempuan...
"Fikry Firdaus, anak Dato' Fakhrudin dan Datin Melinda ..." Bahunya ditepuk... Fikry telah diikat dikerusi kayu... Kelihatan lebam-lebam di sana sini, bibir yang pecah dan berdarah... Rambut yang kusut-masai...
"Qisha... Tolong aku, Qisha... Tolong aku!"
"Tolong...? Tolong kau? Kenapa aku kena tolong kau... Lepas apa yang kau buat pada aku, pada suami aku...! Kau nak aku tolong, kau... Kau memang gila, Fikry!
"Aku minta maaf, Qisha! Aku betul-betul minta maaf!"
"Senang betul kau, kan! Lepas langgar suami aku sampai koma... Kau minta maaf? Senang betul kau, kan?"
"Mentang-mentang kau anak Dato anak Datin, kau bebas melakukan apa sahaja...! Hah!" Rambut Fikry ditarik!... Fikry menjerit sakit...
"Qisha, aku merayu Qisha! Tolong lepaskan aku!"
"Tak semudah itu, Fikry! Tak semudah itu!"
"Aku nak kau rasa macamana aku rasa..." Qisha menghayunkan tumbukan padu ke muka Fikry... Berkali-kali sehingga pecah dan berdarah kening dan bibir Fikry dibuatnya...
"Qisha, aku pohon, Qisha! Lepaskan aku! Aku minta maaf sebab buat kau macam tu. Aku minta maaf sebab langgar suami kau!" Qisha meneruskan tumbukkannya... Fikry tak mampu mengelak... Dia seolah-olah pasrah dengan kelakuan Qisha..
"Qisha, tolong aku... Benarkan aku pergi dari sini... Aku takkan ganggu hidup kau lagi....!"
"Semudah itu Fikry? Aku nak kau rasa macamana aku rasa... bila suami aku dilanggar hingga koma...!" Qisha melayangkan tendangan padunya ke muka dan dada Fikry...
Buk! Fikry yang terikat di kerusi kayu itu, terus terlentang dan badannya kesakitan akibat hentakan tadi...
"Qisha, tolong aku! Aku merayu Qisha... Aku sanggup sujud di kaki kau Qisha! Aku sanggup!"
"Senang betul kau, kan Fikry? Senang betul... Dari mula kau dah menjengkelkan... Dan kau masih menjengkelkan... Apa kata aku serahkan kau pada pihak polis... Tapi sebelum tu aku akan hantar kau mengadap mak bapak kau... Aku nak kau mengaku semua yang dah kau lakukan pada aku... pada suami aku...!"
"Jangan Qisha! Aku rayu... Jangan libatkan mama dan papa aku... Tolong Qisha, jangan!"
"Ish...Ish...Ish! Fikry... Fikry... Kau tahu tak macamana Ibu aku rasa, macamana perasaan Ibu aku bila melihat keadaan kena pukul, hampir dirogol... Kau tahu tak macamana rasanya... ?" Qisha mencangkung bersebelahan tubuh Fikry yang terlentang tadi...
"Aku akan bagi mama papa kau rasa apa yang Ibu aku rasa... Aku akan pastikan yang dorang takkan mengaku kau sebagai anak mereka lagi!" Qisha mengambil sebatang kayu beloti yang berada di situ... Along, Angah, Raymond, Gary dan Raf dah berpandangan...
'Apa pulak Qisha nak buat ni?'
"Qisha, jangan Qisha! Kau dah gila... Kau gila Qisha....!"
"Ya, aku gila! Aku memang gila lepas apa yang kau buat pada aku, pada suami aku...! Aku takkan biarkan kau hidup bahagia... Aku takkan lepaskan kau! Aku takkan lepaskan kau!"
"Kau memang jahanam Fikry! Kau setan! Kau penjahat! Kau buat suami aku koma! Aku bunuh kau Fikry! Aku bunuh kau!" Sambil tangannya menghayun kayu ke badan Fikry, berkali-kali...
"Tolong Qisha! Tolong Qisha... Lepaskan aku, Qisha!" Qisha bagai dirasuk...
Along meluru ke arah Qisha.. Tubuh Qisha dirangkul... Angah menarik kayu dari genggaman tangan Qisha...
"Adik! Sudah, dik! Sudah!"
"Lepaskan adik, long! Biar adik ajar si jahanam ni! Biar adik ajar si setan ni!"
"Qalisha Qadeeja... Dengar cakap Along... Sudah!"
"Along... Dia pukul adik, long! Dia langgar Raf! Raf koma, long! Raf koma! Setan ni! Dia yang langgar! Biar adik bunuh dia!"
Tubuh Qisha dirangkul... Serentak itu, Along dan Angah membacakan ayat-ayat suci Al-quran... Tubuh Qisha dicempung selepas tidak sedarkan saat berada dalam pelukan Along...
"Raymond, Gary... Macamana sekarang ni?"
"Kau bawak Qisha balik!"
"Jantan jahanam ni?"
"Takpe, aku akan serahkan dia ke pihak polis... Segala pengakuan dia aku dah rakam... Aku akan inform parents dia jugak..."
"Kau bawak Qisha ke hospital... Nanti, aku inform kalau ada apa-apa perkembangan...!"
"Ok, Raymond, Gary! Kami gerak dulu!"
"Rayyan... jom!" Sempat Rayyan memandang keadaan Fikry yang mengerang kesakitan..
Teruk juga keadaan Fikry... Lunyai dikerjakan Qisha... Padan muka kau, Fikry!
******************************
Qisha masih pengsan ketika tiba di hospital...
Ibu yang terkejut melihat Qisha pengsan... terus menerpa ke arah anak bongsunya...
"Kenapa ni, Along? Angah? Rayyan? Kenapa ni?"
"Takde apa-apa bu... Kami pergi melawat Fikry tadi... Adik terlalu stress... tu yang dia pengsan.. Ibu jangan risau ya...!" Along berbohong... Angah dan Rayyan menganggukkan kepala mereka... Bersetuju dengan kenyataan Along.
"Angah, Rayyan! Betul ke?"
"Betul bu! Kami tak tipu!" Jawab Angah seraya memandang Rayyan dan isterinya. Takutlah tu!
Tubuh Qisha dibaringkan di katil kosong... Seraya itu, seorang doktor wanita, meluru masuk ke arah Qisha setelah dipanggil...
"Nanti, Along... Meh sini!" Ibu menarik tangan Along ke tepi... Lalu berbisik... Along kelihatan agak terkejut...
"Betul ke, bu?" Ibu menganggukkan kepalanya...
"Baik, ibu!" Along terus melangkah keluar dari bilik... Masing--masing masih terpinga-pinga... Wajah Qisha dilap dengan kain basah... Kesian Qisha...
Macam-macam dugaan Qisha hadapi... Berbagai ujian yang Qisha terima dari kecil... Dah besar begini... Dah berkahwin pun... Lagi banyak masalah... Banyak betul ujian buat anak gadisnya...
Namun doa seorang Ibu takkan terhenti begitu saja... Doa Ibu doa yang paling mustajab buat seorang anak...
'Ya Allah, Kau lindungilah anak-anakku... Kau selamatkanlah menantuku... Kau selamatkanlah kami dunia dan akhirat'
"Angah, Papa?"
"Angah belum inform Papa lagi!"
"Takpe...! Nanti Angah beritahu Papa... Buat sementara ni, biar Qisha sedar dulu, ya...!" Wajah adik kesayangannya diusap...
"Cepat sedar ya, adik!" Dahi Qisha dikucupnya...
Sayu hati si Ibu melihat anaknya, terkulai begini.
"Yang, Raf ada apa-apa perkembangan ke?" Soal Angah pada isterinya...
"Setakat ni masih tiada apa-apa perubahan...!"
Puas hati tak Fikry kena belasah dengan Qisha...? Qisha dah macam kena rasuk... Perasaan marah dan dendam bermain dalam hatinya... Apa akan berlaku selepas ini... Nantikan chapter baru... Stay tuned... Enjoy reading
Share this novel