9 - CGKB - PAPA (II)

Romance Completed 24182

"Ibu, Along... Kenapa ni?"

"Adik... Takde apa-apa!"

"Adik dengar bising-bising tadi, kenapa? Angah mana?" Qisha yang tadi bergayut di telefon, tiba-tiba turun... Agaknya bising suara Angah tadi yang menarik Qisha turun ke bawah.

"Biasalah, dik... Angah! Bila bercakap pasal Papa, angin je!" Qisha yang mendengar perkataan 'Papa' yang disebut Along, terus terdiam, tidak terkutik. Ibu mengusap lembut rambut Qisha.

"Qisha... kenapa sayang?" Ibu menyoal melihat Qisha yang hanya diam saat mendengar nama 'Papa'.

"Takde papelah, bu."

"Adik tak ingat Papa? Adik tak rindu Papa, ke?" Soal Ibu. Qisha sekadar menggelengkan kepalanya... Dan air matanya menitik... Sedih, sayu, hiba semua berkumpul... Perasaan yang selama ini, Qisha simpan... Akhirnya dilepaskan jua... di bahu Ibu.

"Takpe... Nangislah... Nangislah! Ibu tau anak Ibu kuat." Kepala Qisha diusap lembut. Terhinjut-hinjut Qisha menangis di bahu Ibu. Basah bahu Ibu. Along yang sayu melihat Qisa, duduk disamping adik kesayangannya... Sambil mengelus lembut belakang adiknya... Satu-satunya adik perempuan yang dia ada... Qishalah racun, Qisha jugalah penawarnya...

Angah yang tadi hanya duduk diam di dalam biliknya... turun, saat Qisha masih lagi menangis di bahu Ibu sambil dipujuk Along... Ya, hatinya terusik... Qishalah yang paling terasa sebenarnya. Qisha baru 7 tahun ketika Ibu dan Papa bercerai... Qisha menangis melihat Papa menghalau Ibu tanpa memandang ke arah mereka... Sampai demam-demam Qisha sebab rindukan Papa... Namun, apa yang boleh mereka lakukan...

Puas Ibu memujuk... Qisha cuba memegang wajah Papa setiap kali menemui Papa, namun ditepis kasar oleh Papa. Ibu bawak Along, Angah dan Qisha untuk menemui Papa. Tetapi, maki hamun yang diterima... Qisha mengigau menyebut nama Papa... setiap kali tidur malam... Puas sudah berubat... Akhirnya, Qisha terlena sendiri tanpa perlu menyebut nama Papa...

"Ibu, Angah minta maaf!" Angah sebak dan menyembamkan wajahnya ke lutut Ibu... Sayu hatinya melihat tangisan Ibu dan Qisha...

"Adik, maafkan Angah! Along, Angah minta maaf!" Qisha masih dengan tangisan syahdunya. Berpelukan mereka malam itu... Kesedihan yang selama ini tersimpan seorang diri, terlerai dengan pelukan kasih sayang keluarga kecil mereka. Apa yang mereka harapkan, Papa kembali... Namun, ianya tidak mungkin terjadi... Lantaran talak 3 yang menjadi punca impian mereka tidak akan tercapai...

"Janji dengan Ibu... Apa jua yang berlaku... jangan bencikan Papa! Papa tak sedar dengan apa yang dia lakukan... !"

"Along Angah sendiri tahu apa yang berlaku pada Papa, kan?" Seraya itu Along Angah menganggukkan kepala.

"Jadi, kita hanya mampu mendoakan agar Papa pulih seperti biasa... Kalau takn ak jumpa Papa, takpe! Tapi Ibu masih mengharapkan anak-anak Ibu dapat memaafkan Papa... Kalau Along Angah nak jumpa Papa, pergilah jenguk dia... Ibu tak halang... Adik, pun...!"

"Jangan pisahkan kasih sayang antara Papa dengan anak-anak... Kita kena redha dengan apa yang berlaku...!"

"Ibu tahu, anak-anak Ibu semua anak yang baik... Buruk baik Papa, dia tetap Papa korang...! Darah Papa mengalir dalam badan Along, Angah, Adik!"

"Jadi, Ibu pohon sangat... Jangan buang Papa! Kesiankan Papa...! Dia tengah tak sihat sekarang ni!" Agak mengejutkan kenyataan dari Ibu. Papa tak sihat...

"Tak sihat? Apa maksud Ibu? Papa tak sihat? Kenapa?" Along menyoal mendapatkan kepastian.

"Papa selalu tak sihat sekarang ni... Makcu Qiela yang bagitahu Ibu..."

"Makcu Qiela... Tapi, macamana Ibu boleh jumpa Makcu? Lepas Ibu dan Papa bercerai, kita tak pernah berjumpa dengan sesiapa pun saudara-mara Papa..." Ibu anak yatim piatu yang dibesarkan dirumah anak-anak yatim.

"Beberapa minggu lepas, Makcu Qiela bertembung dengan Ibu di kedai makan... Ibupun tak percaya Papa dah bercerai. Perempuan tu dah kena halau sebab Papa jumpa barang-barang pemujaan bawah katil... Papa dah ceraikan perempuan tu!" Tergamam 3 beradik tu dengar penjelasan Ibu.

"Sekarang ni Papa masih kat rumah lama kita... Selalunya Makcu ngan Pak Lang yang tolong tengok-tengokkan... ! Makcu minta kita datang jumpa Papa... Takut-takut... Papa dah tak panjang umurnya..." Sayu Ibu.

Terdiam semuanya... Macamana hendak dikatakan lagi... Nasi dah jadi bubur... Ya, Papa tak sedar apa yang berlaku sebab dibawah kawalan perempuan perampas tu! Mahukah Qisha, Airul, Airil menemui Papa mereka? Atau... kerana keengganan Qisha yang telah kehilangan kasih sayang selama ini... ? Semuanya terjawab dalam episod akan datang... Jeng... Jeng... Jeng... Dah macam drama lak!

"Ibu tak mintak banyak... Ibu mintak sangat Along, Angah, Adik... Jenguk Papa... Ibu takut terlambat nanti...!" Tiada jawapan dari mereka...

"Ibu faham...Ibu tahu sangat perangai anak-anak Ibu! Tapi Along, Angah, Adik ... kena faham... Yang bercerai, berpisah Ibu... dengan Papa... Bukan dengan anak-anak!"

"Tapi bu... 15 tahun, Bu! 15 tahun, Papa tinggalkan kita terkontang-konting... Semudah itu Ibu nak memaafkan Papa...!" Qisha mula bersuara... Melepaskan isi hati yang terbuku selama ini...

"Adik...!"

"15 tahun Adik tak dapat kasih sayang Papa, tak jumpa Papa! Along, Angahpun sama, kan? Apa yang kita dapat? Kesakitan... kesakitan yang cukup menyimpan 1000 penderitaan...!"

"Qisha sayang... Qisha kena terima Qada dan Qadar Tuhan, dik!"

"Entahlah, bu! Hati Adik sakit sangat... Adik rindu nak peluk Papa... Rindu nak bermanja dengan Papa... Tapi....!" Qisha tak mampu nak menyambung butir bicaranya... Qisha menangis... Tersedu-sedan Qisha menangis...

"Tengok orang lain, ditemani Papa mereka ke sekolah... Hari sukan.. Hari Anugerah... Adik! Ibu, Along dan kekadang Angah yang datang...! Papa...?"

"Adik...! Jangan macam ni, dik!" Angah cuba memujuk.

"Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah... Sampai Adik masuk kolej... ! Semua Ibu yang tolong...! Papa...? Sakit pening Adik... !" Qisha meraup wajahnya yang lencun dengan air mata.

"Adik tak dengar ke tadi Ibu cakap yang Papa dibawah kawalan seseorang!" Angah masih memujuk. Agak kasar sedikit suaranya. Qisha menjeling ke arah Angah.

"Salah ke apa yang Adik cakap! Kadang terasa macam, Papa adik dah tak wujud muka bumi ni!"

"Qisha...!" Suara along seoktaf naik.
"Adik, Ibu faham... Ibu faham sangat perasaan Adik...! Tapi, apapun yang berlaku, dia tetap Papa Qisha!"

"Adik... Adik lupa ke... nama Adik berbintikan siapa? Qalisha Qadeeja binti Muhammad Qader!"
Along menyampuk. Qisha masih tertunduk tak terjawab. Ya, namanya berbintikan papanya... Qalisha Qadeeja binti Muhammad Qader!

"Maaf, jangan paksa Adik! Adik belum terbuka hati nak maafkan atau nak jumpa Papa! Jangan paksa Adik untuk jumpa Papa!" Qisha berlalu naik ke bilik tanpa menoleh ke belakang...

"Allah...!" Ibu keluh kasar. Qisha antara anak yang sukar nak diramal anginnya. Payah nak melembutkan hati panas Qisha. Inilah kelemahan Qisha... Sikap baran dari bekas suaminya terjangkit pada anak bongsunya. Barangkali pengalaman Qisha tidak mendapat kasih sayang seorang Papa menjadikan Qisha begini.

"Sabarlah, bu! Kita bagi masa kat Adik...! Adik benar-benar terkejut lagi tu! Nanti kita pujuk sama-sama ya, bu!" Along cuba memujuk Ibu.

"Yelah, bu! Nanti kita pujuk Adik. Angah percaya, Adik ok tu... Cuma, kita kena bagi Adik masa dulu... ! In shaa Allah... Qisha kuat, bu!"

"Nanti Adik dah ok... Kita jenguk Papa ya, bu?"
Ibu menganggukkan kepalanya sambil tangannya memeluk si kembar... Doa seorang Ibu... Hanya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya...

Isu penceraian ibu bapa memang membawa kesan pada anak-anak... Dilahirkan dalam broken family memang menyakitkan... Tapi apapun yang berlaku... Tanya sama hati... Tepuk dada tanya selera... Kita yang bakal mencorakkan apa yang sepatutnya berlaku... Bukan hanya berserah bulat2 pada takdir... Kita yang perlu menuju ke arah positif, bukan negative... Kita merancang Tuhan menentukan.... New chapter updated... Enjoy reading

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-05 23:36:47 

I don't blame her. If I was in her situation mungkin saya juga mcm Qalessya


NovelPlus Premium

The best ads free experience