20 - CGKB - TERUS TERANG

Romance Completed 24182

"Raf, sorry, Along tanya sikit! Kau jangan marah Along lak!"

"Eh, taklah Long... Tanyalah! Selagi saya boleh jawab, saya jawab!"

"Korang bertiga ni kerja apa, sebenarnya...? Along curious bila setiap kali Qisha ada masalah, Raf tentu ada sekali... Nak kata kebetulan. Entahlah!" Along cuba serkap jarang.

"Yelah, Raf... Angah pun perasan.. dari Qisha kena rompak... Pastu kena serang dengan mamat 4 ekor tu."

"Emmpphh, macamana ya saya nak cakap." Terdiam seketika... Cuba mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara. Mata diarahkan pada kedua-dua pembantunya, Raymond dan Gary.

"Macam ni... Kami sebenarnya sebuah syarikat yang memberi perlindungan atau bahasa senangnya menyediakan pengawal keselamatan untuk golongan-golongan VIP dan kami juga berhubung kait dengan pihak polis... Sebab, siapa saja yang kami lindungi, perlu diketahui oleh pihak polis..."

"Selalunya, VIP ni yang mahukan perlindungan untuk ahli keluarga... especially anak dan isteri mereka... Tapi, kami hanya ambik kes yang tidak berkaitan dengan jenayah... A big no!" Terang Isyraf lagi.

"Macam tu, ramailah anak dato, tan sri yang Raf dah jumpa?" Angah saja mengusik.

"Saya tak berminat bahagian jumpa VIP ni, saya bahagian pengurusan... Masa saya lebih di pejabat. Hanya Raymond, Gary dan 2 orang lagi pembantu yang akan berhubung dengan VVIP yang berkaitan." Panjang lebar penjelasan Isyraf. Raymond, Gary dari tadi sekadar memerhati bos mereka berbicara.

"Dan kebetulan juga, ofis kami di tingkat atas tempat kerja Qisha... Tu yang boleh dikatakan kebetulan aje berada di lokasi yang sama masa kejadian."

"Ya ke... ? Bukan kebetulan ada usha-usha Qisha?"

"Hah!"

"Usha Qisha... Takkan sikitpun takde?"

"Angah! Apa ni?" Qisha menegur. Tergelak Along, Angah. Ibu hanya mengelengkan kepalanya, sementara wajah Isyraf dah merona, menahan malu.

'Macamana dorang tahu!' Gelak besar Along, Angah.

"Raf, berapa umur? Raymond, Gary! Makcik tak percaya kerja macam ni, agak bahaya dalam usia yang makcik rasa semuanya belum sampai 35, kan?" Betullah kata orang, orang lama ni banyak pengalaman.

"Raymond, Gary sebaya, 32 tahun. Saya 27!"

"27! Tapi, macam tak percaya je Raf 27...! Raf sebaya kami, tau! Serius doh! Macam tak percaya je kau 27?"

"Yelah, Raf! Macam awet muda je! Pastu, kerja macam ni..."

"Saya sambung delegasi Papa. Hanya saya seorang je anak dalam keluarga. Saya takde adik-beradik lain." Slow je suara Raf.

"Takpe Bro, kau boleh share kasih sayang dengan kami bila dah jadi adik ipar kami!"

"Angah, apa ni!" Laju Qisha larikan diri ke dapur.

'Ya Allah, malunya!'

"Angah, udahlah tu! Kesian Raf... Merah dah muka dia. Tengok, adik dah lari." Ibu menegur Angah yang tak sudah-sudah mengusik Isyraf.
Masing-masing tergelak melihat Raf yang tak senang duduk lepas diusik Angah... Begitu juga Raymond dan Gary... Dorang pun duk sama gelakkan bos dorang... Kelakar siot... Merona wajah Isyraf...!

'Aduh... mana nak letak muka ni?' Hahaha... Malu siot...

"Memandangkan Along Angah macam dah dapat baca isi hati saya... Saya rasa baik saya terus-terang je."

"Hah, terus-terang jelah... Kan, aku dah cakap, long!"

"Saya nak minta izin, Makcik, Along, Angah... Saya... saya nak berkawan dengan Qisha?" Raf memberanikan diri meluahkan isi hatinya...

"Kawan je... Takde lebih-lebih?" Isyraf dah tak senang duduk.

"Ya Allah, budak ni! Sudahlah tu, Ngah!"

"Emmmpphh... Macamana ya!"

"In shaa Allah, jika tiada halangan dari Makcik, Along, Angah... Untuk permulaan ni kami berkawan, mungkin lepas tu... ke fasa lain kot!" Malu Isyraf nak sambung ayat akhir tu...

"Hah, macam tulah adik ipar aku!" Along bersorak.

"Ops... Bakal adik ipar!"

"In shaa Allah, Makcik izinkan. Asalkan tahu jaga diri. Jaga nama, jaga maruah diri, ya! Makcik tak kisah dengan siapa Qisha nak berkawan... Asalkan Qisha bahagia, itupun Makcik dah bersyukur sangat..."

"Qisha susah nak kawan dengan lelaki selama ni... Rayyan tulah teman dia kesana sini. Tapi, bila Raf dah minta izin nak berkawan dengan Qisha, takkan Makcik nak halang, kan?"

"Terima kasih, Makcik, Along, Angah. In shaa Allah, saya akan jaga Qisha sebaik-baiknya. Terima kasih sebab restu kami..."

"Eh...Eh... Bukan restu tau.. Ni baru bagi keizinan nak berkawan je... Kau jangan macam-macam, Raf!"

"Angah, sudahlah tu. Sorrylah Raf, Angah ni memang suka menyakat. Nanti, lama-lama, Raf biasalah!" Along mengendurkan hati Raf yang tengah berdebar tu. Angah masih dengan gelak tawanya.

Qisha yang dari tadi mendengar segala perbualan dari dapur... senyum sampai ke telinga... Tak sangka Isyraf berani nak luahkan isi hatinya... Gentleman kan, Raf...?

Kawan bercinta, lepas tu, tunang, lepas tu nikah, kahwin... husband and wife... Wah, bestnya... Tak sabar nak jadi hak mutlak Raf... Gatal kau, kan! Agak-agaknya, apalah yang si Raf sukakan dengan kau ni, Qisha?

Nampaknya, Qisha dah kena loteri... Angau dek panahan asmara Isyraf... Hailah, anak...

"Tapi, Along nak ingatkan... Qisha tahun akhir belajar tu... Lagi 2 bulan rasanya, dia nak habis belajar... Along minta sangat Raf bantu Qisha, ya. Once dah habis belajar, lantaklah korang kalau nak kahwin pun!"

Bruuuss...! Tersembur air yang diminum Isyraf ke muka Along...! Terkejut kot bila Along bagi lampu hijau nak kahwin dengan Qisha lepas habis periksa...

"Bertuah kau Raf! Kau sembur Along, Raf!"

"Sorry long! Sorry!"

"Baru cakap macam tu, kau dah sembur Along...! Bertuah punya adik ipar...!"

"Aip... Bakal adik ipar...!"

"Sorry long!" Isyraf mengelap muka Along dengan tisu kotak yang berada di atas meja.

"Dah! Dah! Along ok!"

"Sorry long!" Pandangan dialihkan ke arah Raymond dan Gary yang tak henti-henti gelakkan Bos mereka. Terasa diri ditenung, kedua-duanya terhenti gelak.

Tergeleng-geleng kepala Ibu melihat gelagat teruna idaman Malaya. Gary dan Raymond dah takleh nak tahan gelak... Kelakar tengok Isyraf menyembur air ke muka Along...

"Maaf long! Maaf sangat! Terkejut sikit...!''

"In shaa Allah, saya faham situasi Qisha... Saya takkan ganggu waktu belajar dia... Saya akan tolong apa yang patut."

Qisha masih berangan kat dapur. Tersengeh-sengeh sorang diri... Angau dah... Dengar lak along cakap pasal 'kap alip win'... Kahwin... Siapa yang tak nak kahwin dik...

'Ibu, Adik nak kahwin!' Gediksss kau Qisha!

Angah tak habis-habi dengan loyar buruknya... menyakat je kerjanya... Kesian Isyraf... asyik kena je dengan Angah... Tapi, gentleman Raf... minta izin nak kawan dengan anak dara orang... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience