BAB 57 - CGKB - SURPRISE

Romance Completed 24182

"Abang, esok Sabtu, kan?"

"Emm, kenapa?"

"Jangan lupa... Si kembar ada kelas taekwando... Pukul 10 macam tu!"

"Nasib baik, Sayang ingatkan! Abang baru nak plan nak ajak balik rumah Ibu. Along dah call banyak kali... Nak jumpa si Kembar... Ibu rindu sangat... Angah dan Kak Ngah pun nak balik... nak bawak si bujang sorang tu... ngan Papa!"

Oppss... lupa lak... Jangan terkejut, Along dah pun bernikah dengan Doktor Maria... Majlis hanya dibuat di rumah pihak perempuan je... Sebab, Kak Ngah baru habis berpantang... Alhamdulillah, Angah dapat baby boy... Muhammad Qasha Qadif.

"Yelah, bang! Allah! Nasib Abang ingatkan! Qisha pun lupa..! Takpe, nanti Qisha siapkan barang-barang ngan pakaian kita... Lepas si kembar habis taekwando, kita balik rumah Ibu, ya?"

"Ok Sayang! Abang ikut je...!"

"Isyraq, Irfan, Qarmila... siapa nak ikut baik rumah Wan Bu?"

"Nak ikut! Nak ikut! Adik nak ikut!"

"Yeah! Balik rumah Wan Bu! Yeah! Yeah!" Seronok anak-anak dengar nak balik rumah nenek mereka.

"Abang..."

"Emm..." Tiba-tiba Qisha terdiam... Takut Raf akan membantah cadangannya nanti...

"Sayang nak balik rumah atok, nenek ya?" Terkejut Qisha, tak sangka Raf dapat membaca hatinya...

"Mana Abang tahu? Abang boleh baca hati Qisha ya?"

"Ish, Sayangkan isteri kesayangan Abang, buah hati Abang... Mesti Abang tahu apa yang Sayang fikirkan selama ini."

"Boleh ya, bang?"

"Boleh sayang. Abang dah ambik cuti minggu depan... Kita balik rumah atok, nenek ya... Atok nenek pun dah bising... Rindu dengan cicitnya... "

"Terima kasih Abang! Qisha sayang Abang!" Chup! Satu ciuman yang sepatutnya dilabuhkan di pipi Raf, mengenai bibir Raf, saat Raf mengalihkan wajahnya... Saja je kan... Terkejut Qisha... Merona wajah Qisha...

"Sayang ni... anak dah 3 tau...? Masih nak malu lagi dengan Abang?" Tersipu-sipu Qisha.

*******************************

"Anak-anak dah tidur?" Soal Raf, sebaik sahaja Qisha menutup pintu bilik mereka...

"Dah, bang! Si kembar suruh Qisha bacakan doa tidur... Tak sempat habis, dah terlelap... Penat sangatlah tu!"

"Sayang..."

"Emm..."

"Terima kasih sebab bersusah payah melahirkan anak-anak kita... Terima kasih sebab jadikan Abang seorang Papa yang bertuah memiliki 3 cahayamata dalam satu masa...

"Terima kasih sebab jadikan abang seorang suami yang lengkap segala-galanya... Terima kasih banyak Abang syukur sangat..." Seraya melabuhkan ciuman di pipi dan dahi Qisha...

"Abang... Jangan macam ni...! Apa yang ada pada kita selama ini, anugerah dari Allah swt buat kita... Kita sama-sama melengkapi. Qisha bersyukur dianugerahkan dengan suami yang penyayang, bertanggungjawab seperti Abang... Dan Qisha bersyukur sangat dikurniakan kembar tiga... cinta hati kita... "

"Abang syurga Qisha...! Abang dan anak-anak segala-galanya buat Qisha... Kasih sayang Qisha tak pernah berubah buat Abang walaupun ada kembar tiga... Malah makin bertambah..." Seraya itu ciuman dilabuhkan ke pipi dan dahi Raf.

"Abang sayang Qisha. Abang sayang anak-anak Abang. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk Abang. Jaga Abang masa Abang sakit... Sayang sudi jaga Abang, terima Abang selama ni, buat Abang benar-benar rasa bertuah..." Mengalir juga air mata jantan Raf. Tidak pernah dia merasakan semua ini... Terharu dengan sikap prihatin isterinya, kasih sayang Qisha... Nikmat mana yang kamu dustakan.

"Abang..." Seraya mengusap air mata suaminya...

"Abang syurga Qisha... Qisha hanya harapkan Abang terus menyayangi Qisha dan anak-anak. Abang segala-galanya buat kami... In shaa Allah. Qisha dan anak-anak akan sentiasa bersama Abang dalam susah dalam senang..." Kedua-dua mata Raf dicium Qisha... Isyraf mendakap tubuh isterinya dengan erat.

Moga Qisha dan Raf terus dilimpahi bahagia hingga ke hujung nyawa. Moga hubungan mereka sebagai suami isteri, terus dirahmati Allah swt...

******************************

"Surprise...!" Terdengar jeritan dari Ibu, Papa, Along, Kak Long, Angah, Kak Ngah, Atok dan Nenek juga Rayyan dan Bella... Saat melangkah masuk ke rumah Ibu...

"Ya Allah! Terkejut Qisha! Terima kasih semua!"

"Eh, atok nenek! Bila sampai?"

"Pagi tadi... Rayyan dan Bella yang jemput kami..."

"Terima kasih semua... Terkejut Qisha!"

"Ini semua idea Raf, suami kesayangan Adik, tu!" Omel Angah.

"Raf yang bagi idea nak buat kejutan untuk Adik."

"Abang..." Qisha dah memalingkan wajahnya ke araf Raf...

"Happy birthday Sayang..." Satu ciuman dilabuhkan di dahi Qisha.

"Terima kasih Abang. Mana hadiah Qisha...?" Sambil memeluk suaminya...

"Abang tak bawak... Ada kat rumahlah... Abang lupa sangat..."

"Takpelah, bang! Qisha bergurau je... Qisha tak nak semua tu... Abang dah ada dengan Qisha dan anak-anak dah cukup buat Qisha."

"Hello! Mama Papa korang ni... Kalau dah melekat, memang payah nak ditanggalkan..!"

"Meh, sayang-sayang Pak Long! Isyraq, Irfan, Qarmila! Jom, kita tengok tv jom... Pak long ada belikan hadiah buat si kembar... Meh!"

"Sebenarnya, kita celebrate sekali birthday Mama ngan si kembar... Hari tu kan tak sempat kan... Lagipun birthday kembar 3rd July and Mama, 31st July... Jadi kita sekalikan... Bolehkan sayang?"

"Abang ni... Buat susah-susah je. Terima kasih sangat... Qisha pun ada kejutan buat Abang dan semua...!" Masing-masing terdiam, tak terkutik...

"Sayang... Kejutan apa ni?"

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya... Ini..." Qisha menghulurkan sehelai kertas ultrasound kepada Raf... Melopong mulut Raf... Terkejut... Memang terkejut...

"Sayang... Betul ke?" Qisha meganggukkan kepala...

"Ya Allah! Alhamdulillah... Terima kasih sayang! Allahuakhbar!" Isyraf terus memeluk tubuh isterinya... Along meluru ke arah Raf dan terus merampas kertas ultrasound dari tangan Raf.

"Apa ni, yang?" Along menghulurkan kertas ultrasound itu pada Kak Long Maria... Yelah, Kak Maria tu, kan doktor!

"Oh... ini... Hah...! Kembar? Qisha mengandung kembar! Again?"

"Seriusly?" Angah tak puas hati.

"Alhamdulillah... Rezeki Adik dan Raf...! Dah ada kembar 3, lepas ni kembar 2...! Allahuakhbar... " Bukan main seronok Ibu... Papa juga teruja mendengar Qisha mengandung anak kembar lagi...

"Tak sangka nenek! Rezeki Allah ni... Bertuah Qisha ngan Raf..."

"Bila sayang tahu ni...? Dah berapa bulan?"

"Qisha kan dah seminggu sakit kepala... Dua hari lepas, Qisha pergi klinik... Kan Qisha cakap ngan Abang..."

"Long, Along kena usaha keras ni... Qisha nak masuk 5 dah...!" Angan dan menyakat, berpisah tiada.

"Eh, kau ni Ngah!"

"Rayyan... kau, pun!" Rayyan baru nak melangkah ke dapur... Tahu sangat dengan perangai Angah... Satu hari tak menyakat, memang tak sah!

"Aku dah agak dah! Mesti kena punya! Kau ni, Ngah! Satu hari tak kenakan orang, tak sah, ya?

"Takpe, sayang! Nanti kita usaha lagi, ya! Kita buktikan kat dorang, kita pun boleh dapat baby kembar, kan?" Ya Allah, si Rayyan ni! Bella dah menyorok belakang nenek... Malunya lah hai!

"Ala, Yan! Rilekslah! Macam tak biasa lak!"

"Banyaklah kau punya rilek! Dahlah, yang! Jom kita makan...! Layan si Angah ni, boleh sakit jiwa dibuatnya! Jom nek!" Tangan Bella dan nenek ditarik...

Gelak besar Angah...

"Alhamdulilah, tq sayang. Sayang dan anak-anak anugerah terindah buat Abang... Terima kasih sayang! Terima kasih!"

Tiada apa lagi yang mereka harapkan... Hanya berdoa moga hidup mereka sekeluarga dirahmati Allah swt dan sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa...

Assalammualaikum wbt... Akhirnya Cinta Gadis Kick Boxer melabuhkan tirainya... Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pembaca... Buat sahabat penulis... terima kasih atas sokongan... dari segi mental, fizikal mahupun ncoins... Moga kalian dirahmati Allah swt... Nantikan novel terbaru sikit masa lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience