BAB 50 - CGKB - LANGGAR LARI

Romance Completed 24182

Segala percakapan Qisha masih terngiang-ngiang di kepalanya... Isyraf baru melangkah keluar dari keretanya apabila kelibat Raymond dan Gary kelihatan di tangga pejabat...

Tiba-tiba...

Bam! Raf dirempuh dan kenderaannya remuk dilanggar kereta jenis Harrier SUV menyebabkan Raf terpelanting ke tengah jalan raya... Kereta yang melanggarnya... masih berada di situ, tetapi tidak pemandunya. Pemandunya sudah melarikan diri...

"Raf! Raf!"

"Oh my gosh! Raf! Bangun Raf!" Pipi Raf ditepuk beberapa kali...

"Ray, call the ambulance! Quick!"

"Raf! Raf!" Tiada gerakan atau tindak balas dari Raf...

Orang ramai mula mengerumuni lokasi kejadian kemalangan... Namun, tindakan pantas Gary dan Raymond serta beberapa agen yang kebetulan berada di lokasi kejadian, berjaya menghalang orang ramai daripada mendekati mereka.

Hanya beberapa minit kemudian, pihak polis tiba dengan ambulance...Tubuh Raf diangkat dan dimasukkan ke dalam ambulance...

"Ray, kau ikut Raf. Aku ikut dari belakang!"

"Roger!"

*********************************

"Ouch!" Gelas terlepas dari pegangan tangan Qisha... Pecah berderai tika jatuh ke lantai. Debaran makin kuat terasa...

"Eh, Qisha, darah!"

"Takde apa-apa ni. Sikit je"

"Tak payah kutip... Nanti Bella sapu je! Macamana gelas ni boleh terlepas...?"

"Licin agaknya..." Jawab Qisha... Sedikit pelik... Tangannya tak basah... Gelas yang dipegang juga tidak basah...

Qisha memegang dadanya... Debaran dirasakan... 'Abang...!'

'Ya Allah, lindungilah suamiku'

Sementara di hospital...

"Ray, macamana dengan Qisha...? Do we need to inform her?"

"Aku takut Qisha terkejut!"

Keadaan semakin kelam-kabut saat doktor memberitahu harapan Raf untuk selamat, tipis... Allah!

Baik Raymond, mahupun Gary... Kedua-duanya tidak keruan... Macamana dorang nak bagitahu Qisha pasal Raf?

"Ray, kau dah suruh orang kita check pemilik kereta yang langgar Raf?"

"Setiap maklumat yang ada, kita simpan dulu... Aku tahu siapa dan apa nak buat...!"

"But we need the proof!"

"Don't worry! Kereta Raf ada dashcam, kan? So, we can check from there!"

"Kau yakin ke 'dia' yang langgar Raf?"

"100% sure! Aku akan pastikan 'dia' terima setiap balasan yang dia buat!"

"Ok! Anything i'll let you know!"

"But, are you sure, you ok?"

"Don't worry! Just let me handle this!" Penumbuk dikepal... Just wait and see!

Few minutes later...

"Gary, kita dah dapat maklumat berkaitannya perlanggaran tadi... Nanti aku send all the details!"

"Good! Send it now!"

'Macamana aku nak inform Qisha...? Pity her'

"Along! That's it!"

Nombor Along didailnya...

"Along... it's me, Gary! I need to tell you something! Cuma, jangan terkejut ya...?"

"Gary, what's wrong?"

"Raf! Raf kena langgar lari?"

"What! Langgar lari!? Qisha?"

"Qisha di kondo dengan Bella! Aku tak call dia lagi... Aku takut dia terkejut...!"

"Allah! Macamana dia boleh kena langgar?"

"Nanti aku terangkan...!"

"Along, I just need a favour...!"

"Yes, anything!"

"Tolong jemput Qisha dan Bella kat kondo...! Tapi, jangan cakap apa-apa, ya?"

"Ok, Bro! Tapi atok nenek macamana?"

"No, aku tak fikir nak inform atok nenek pasal ni...! Kita tengok keadaan Raf macamana... Nanti atok nenek tentu terkejut...!"

"Ok... Kau wassup aku lokasi hospital... l'll see you there. Thanks bro!"

"No hal, bro!" Talian dimatikan...

"Allah, Raf! Macamana Along nak inform Qisha ngan Ibu, ni!?" Keluhan kasar Along lepaskan.

"No, Ibu tak boleh tahu... ! Qisha!"

Along memandu keretanya menghala ke kondo Raf. Kakinya laju melangkah... Dengan bibirnya tak habis-habis melafazkan zikirullah...

Ting! Tong! Loceng rumah berbunyi... Bella melihat melalui CCTV...

"Assalammualaikum...!"

"Waalaikumussalam... Eh, Along!" Qisha mendapatkan Along... Tubuh tegap itu dipeluknya...

"Bella..."

"Along..."

"Adik sihat?" Kepala Qisha diusap....

"Alhamdulillah... Sihat sangat! Along macamana, Ibu?"

"Alhamdulillah, kami semua sihat... Adikkan baru call ibu malam tadi, kan?"

"Hihihi! Along nak minum? Adik buatkan..."

"No! No! Adik duduk sini... Adik nampak pucat ni... Are you sure you ok?"

"Ya, Adik ok! Along ni kenapa?"

"Eh, Adik, Along ingat nak bawak Adik ngan Bella keluarlah! Jom! Along dah minta kebenaran Raf tadi...!"

"Ya, ke long? Wah, bestnya... Adik memang nak keluar, tapi Raf tak kasi... Sebab sorang-sorang, kan? Tapi dengan Along, ok rasanya...!"

"Mesti ok kalau dengan Along! Raf dah bagi lampu hijaulah! Adik nak pergi mana?"

"Adik teringin nak makan ABC lah, long?" Along buat muka pelik...

"ABC?"

"Bolehlah, long! Tekak ni tiba-tiba teringin sangat..."

"Yelah! Dah, pergilah siap!"

"Kalau macam tu, Along tunggu sekejap ya! Adik bersiap! Bella, ikut sekali ya!" Qisha berlari-lari anak masuk ke biliknya...

"Ok!"

'Macamana Along nak beritahu Adik yang Isyraf dilanggar lari...?' Wajah Along diraup, kasar!

'Ya Allah! Beri aku kekuatan! Kau lindungilah adik iparku!'

Wassup dibuka... Pesanan di hantar pada Gary...

"Any news?"

"Not yet... He still inside!"

"Ok, just let me know if anything..."

"I will"

"Thanks bro... Gary do inform Bella about this!"

"Ok, i'll inform her!"

"Thanks Gary"

"My pleasure" Telefon ditutup... Tak mahu Qisha perasan...

"Along, ok... Kami dah siap...!"

"Ok jom!"

Pemanduan yang mengambil masa lebih kurang 10 minit, tiba di lokasi yang dimaksudkan... tadi sebelum datang, Along dah inform Angah... Angah terkejut sangat... Sampai tak mampu ak cakap apa-apa.. Along hanya minta Angah datang ke hospital membawa Ibu bersama...

"Eh, Along! Kita nak buat apa kat sini?"

"Sekejap ya... Kita melawat kawan along kejap, ya?"

"Come" Tangan Qisha ditarik... Bella, tiba-tba menghentikan langkahnya...

"Hah!" Bella terkejut... Dan Qisha memusingkan tubuhnya melihat Bella yang tiba-tiba kaku..

"Eh, Bella... Kenapa ni...?"

"Err, takde apa... Qisha naik atas dulu, ya! nanti Bella naik...! Nak buat panggilan, urgent!"

"Ok...!"

Qisha hilang dari pandangan, nombor Rayyan dicari...

Kesian Qisha.. Dia tak tahu apa-apa... Bella sendiri terkejut menerima wassup dari Gary... Dan Rayyan juga sudah mengetahuinya... Memandangkan semasa kejadian, Rayyan berada di pejabat...

Keluhan dilepaskan... Kesian Qisha... Kesian Raf...

Siapa dan mengapa Raf dilanggar, belum diketahui... Bukti diperlukakan sebelum tindakan lanjut diambil... Debaran yang dirasakan, amat menyakitkan... Bagaimana penerimaan Qisha...? Nantikan episod yang akan datang... Stay tuned... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience