"Sayang...!" Isyraf masih dalam proses memujuk Qisha.
"Qalisha Qadeeja...!" Lembut suara Raf memujuk. Aduhai... Manja sangat kau ya, Qisha...!
"Please sayang! Raf minta maaf... Raf takde niat pun nak marah Qisha! Raf bimbang, Qisha cedera! Raf tak nak apa-apa berlaku kat Qisha!"
"Raf tahu, Qisha mampu jaga diri sendiri! Tapi, Qisha cinta hati Raf... Raf tak nak Qisha disakiti...!"
Qisha masih dengan esakannya. Terhinjut-hinjut badannya menahan tangisan. Sebenarnya dah tak sedih sangat, sebab Raf dah pujuk... Tapi, mengada-ngada je sebenarnya! Sekeh kepala tu, kang! Baru tahu! Sabar jelah!
"Sayang, please! Jangan buat Raf macam ni! Raf minta maaf sangat-sangat. Pandang Raf! Qisha, pandang Raf sayang!" Perlahan-lahan kepalanya diangkat... Mata tepat memandang satu sama lain. Sayu hati melihat mata dan wajah Qisha kemerahan. Video call tau!
Rasa bersalah menerjah. Rasa bersalah membuat orang yang disayangi bersedih, mengalirkan air mata akibat sikap paranoid Raf. Ialah, sebelum ni dia dah lihat sendiri Qisha hampir dibelasah orang... kena rompak... Mana dia tak gelabah... Sayang, kan!
Inikan pula nak melihat cinta hatinya bertarung... Kick boxing doh! Ganas tu!
'Haish... Macamana lagi nak pujuk ni!'
"Raf datang sana, ya!" Raf dapat idea giler...
Belum sempat Qisha jawab... Raf dah letak telefon... Ah, sudah! Qisha berkali-kali dail nombor telefon Raf, tapi tak berjawab! Ish, tulah Qisha, merajuk lagi! Kan, susah hati Raf! Mesti Ibu, Along, Angah marahkan dia nanti!
'Aduh, Raf ni, pun!'
Beberapa minit kemudian, pintu bilik diketuk... Kelihatan Along menjulurkan kepalanya...
"Adik... Raf kat bawah tu! Pergilah, ada hal dia bincangkan! Jangan balik lambat, ya!" Along tiba-tiba bersuara... Raf... Raf telefon Along! Biar betul! Tentu Raf dah cerita kat Along pasal kes merajuk ni!
"Pergilah! Bawak kunci sekali... Nanti Along beritahu Ibu! Jangan risau! Jangan merajuk lama sangat... Raf tu cuma risau! Bincang baik-baik, ya! Jangan lupa kunci pintu, keluar nanti!"
"Thanks Along...!" Tubuh Along dipeluk... Qisha menyarung cardigan labuh dan seluar skinny ke tubuhnya... Sling bag tidak dilupa... Saat pintu dikuak, kelihatan Isyraf sedang menantinya dengan senyuman yang terukir di bibirnya... Isyraf memakai jeans gelap dan hoodie... Smart doh!
"Assalammualaikum... Come..!" Salam diberi tangan dihulur... Qisha perlahan-lahan menggapai tangan Isyraf... Pintu kereta dibuka... Qisha duduk di hadapan... Bersebelahan pemandu... Sunyi seketika... Berbeza sebelum ini... Kedua-duanya melayan perasaan...
Food court bersebelahan taman permainan dipilih... Kedudukan mereka di hujung food court, agak tersorok dari pandangan orang ramai... Selepas memesan minuman dan sedikit snack, Isyraf kembali merenung wajah kesayangannya. Wajah mendung itu bisa menggugat hati kecilnya. Wajah yang sentiasa dirindui...
Jari-jemari Qisha ditarik lalu diletakkan di atas pahanya. Tangan kecil itu digenggam erat. Tiada sebarang bunyi yang keluar dari mulut kedua-duanya... Qisha masih lagi menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang wajah Isyraf. Selang beberapa minit, pesanan mereka tiba. Air disedut membasahkan tekak sebelum bicara dimulakan.
"Sayang..." Tiada sahutan.
"Qalisha Qadeeja..." Suara lembut Isyraf, menggetarkan jiwa Qisha. Tangan Qisha masih digenggaman.
"Sayang! Pandang Raf! Please, pandang Raf!"
Akhirnya, Qisha mengalah. Renungan Raf dibalas... Raf tersenyum... Air mata Qisha tiba-tiba meleleh... Allah, cengengnya Qisha. Tapi memangpun, anak Ibu, kan...! Raf dah tak tentu arah...
"Sayang, jangan macam ni. Please, takmu nangis camni. Raf minta maaf..." Air mata Qisha tak henti-henti mengalir... Dah macam air terjun dah! Isyraf mengusap pipi mulus Qisha.
"Raf minta maaf... Raf takde niat nak marahkan Qisha... Raf cuma bimbang je! Takmu nangis lagi, ya? Please..." Raf masih berusaha memujuk Qisha yang masih tersedu-sedan menahan tangisannya... Nasib orang tak ramai... Tisu di atas meja digunakan utuk mengelap air mata Qisha... Ala kesiannya Qisha...
"Qalisha... Sudah sayang. Takmu nangis... Please sayang! Raf minta maaf... Raf tahu, Raf salah! Jangan macam ni... Raf tak senang hati tengok Qisha macam ni!"
"Raf sayang sangat kat Qisha... Raf tak nak Qisha cedera... Raf minta maaf... Please sayang... Raf tak halang Qisha nak masuk tournament tu. Raf akan sokong apa yang Qisha buat. Raf janji!" Tangan diangkat seolah berikrar... Demi cinta dan sayangnya pada Qisha, Raf perlu bertolak ansur...
"Janji ini yang terakhir ya... Qisha masih boleh berlatih... tapi, kalau boleh, takmu masuk bertanding lagi, ya! Raf risau sangat!"
"Qisha tahukan betapa Raf sayang sangat kat Qisha...?"
Renungan Raf dibalas... Sisa air di tubir mata, diusap Isyraf. Senyuman manis terukir di wajah Raf.
"Raf minta maaf... Raf salah... Raf buat sayang Raf menangis macam ni... Pedih hati Raf. Maafkan Raf, ya. Tak tenang jiwa Raf rasakan selagi Qisha tak maafkan Raf...!"
"Sorry sayang! Sorry sangat...! Raf tak sengaja... Please sayang, say something! Jangan buat Raf macam ni...!" Tangan Qisha digenggamannya dicium sekilas. Qisha memandang setiap perlakuan Isyraf dengan perasaan sebak. Raf terlalu baik buat dia.
"Raf..." Finally Qisha bersuara...
"Qisha minta maaf... Maafkan Qisha sebab buat Raf risau... Qisha..." Tak terucap butir bicara Qisha, air matanya mengalir semula... Aduhaii... lain kali sis sediakan tisu jamban segulung ya... Letih doh!
"Hei, sayang... Dah! Dah... Takmu nangis lagi... Raf minta maaf... Raf salah. Please, takmu nangis..." Fuh! Payah juga nak pujuk buah hatinya sorang ni! Lagi dipujuk, lagi cengeng jadinya...!
Nak dipeluk tak boleh, ramai orang ni! Kang tak pasal-pasal kena belasah...! Hailah... sabar jelah...! Sayangkan... Terima jelah!
"Dah, ya! Raf minta maaf sangat. Raf akui Raf salah... Raf takde niat nak marah sayang. Please, Raf minta maaf. Takmu nangis lagi ya... Raf sayang Qisha, sayang sangat! Raf akan ikut kemahuan Qisha... Nanti Raf ikut pergi training, tournament sekali ya!" Qisha menganggukkan kepalanya. Senyuman diberikan walaupun air mata masih mengalir...
Genggaman tangan dipereratkan. Air mata Qisha dilap menggunakan jari-jemarinya. Sayang sangat Raf pada Qisha... Hish... Sis pulak yang jealous! Hahaha! Takde maknanya!
"Raf, Qisha minta maaf... Qisha janji lepas ni apa yang Qisha buat, apa jua keputusan Qisha nak buat, Qisha akan bincang dengan Raf, ya..."
"Qisha... Qisha sayangkan Raf..." Melebar senyuman Raf... Dah buah hati cakap dia sayang kita, mestilah happy, kan?
"Raf tahu, Qisha sayang Raf, Raf pun sayangkan Qisha... Jadi, lepas ni boleh tak kita bincang apa jua tindakan yang perlu atau patut kita buat, ya?"
"Tapi, pasal tournament tu..."
"Ok, Raf faham... Raf tahu semua tu berlaku sebelum kita bersama, kan! Cuma lepas ni, Raf harap sangat, apapun yang sayang nak buat, even Raf pun, apa jua Raf nak buat, kita bincang dulu, ya! Raf takut... takut sangat andai apa-apa terjadi pada Qisha...! Boleh, kan sayang?" Qisha dah macam burung belatuk! Mengangguk aje kepalanya... Pipi mulus Qisha diusap...
"Kita balik ya, Raf! Along tunggu nanti!"
"Balik... ingatkan tak nak balik tadi!"
"Kalau tak balik, nak buat apa...? Nak tidur mana? Tentulah Qisha nak balik...!"
"Mana tau, nak terus jumpa Tok Kadi ke...? Senang sikit... terus balik rumah kita, je!" Ok, dah berbaik... dah start nak buat sis sakit pipi lagi nak tersengeh sorang-sorang!
"Raf...! Jangan nak mengada, ya! Nak kena belasah ke?"
"Belasah? Qisha nak belasah Raf? Sampainya hati? Memang tak sayang Raf, kan?"
"Mengada je Raf ni! Takkanlah Qisha nak belasah kesayangan Qisha ni!" Sambil mengusap wajah Isyraf. Isyraf pulak terasa di awang-awangan... Ah, sudah! Rasa nak pengsan pun ada ni!
"Isyraf Iskandar...! Jangan mengada, boleh tak? Qisha merajuk, nanti!"
"Ok... Ok! Tak... Tak! Raf tak buat lagi...! Sorry ya! Takmu merajuk lagi... Raf tak tenang tau! Susah hati Raf...! Nasib Along tolong...!"
"Oh... Patutlah...! Minta tolong Along, ya?"
"Ala, sikit je...! Sayang, sorry tau...! Raf takde niat pun nak marah...! Raf cuma terkejut je!"
"Ok... Qisha dah ok!"
"Betul ni...? Sayang Raf, tak?"
"Ya... Qisha ok... Dah jomlah balik...!" Tangan Isyraf ditarik... Tapi, Isyraf tak berganjak.
"Raf... Kenapa ni? Jomlah balik!"
"Tak sayang Raf, eh?"
"Ya Allah, Raf ni! Qisha sayanglah...!"
"Sayang macamana? Banyak mana...?" Ya Allah, mula dah... Aduh dua ketul ni! Tolonglah, letih tau, tadi meleleh. Ni tersengeh-sengeh... nanti orang ingat sis giler tau...!
"Raf ni! Sayanglah... Sayang sangat kat Raf! Dah jom balik...!" Tersenyum lebar Isyraf.
"Banyak mana.."
"Infinity... Ok tak, jawapan Qisha..." Isyraf tersenyum.
"Ni yang sayang lebih ni! Sayang awak Qalisha Qadeeja...!" Tersengeh-sengeh Qisha mendengar luahan Raf . Ok... Ok... Dah ya... Sis dah letih tau, nak layan korang dua ekor ni...
"Sayang awak juga, Isyraf Iskandar!" Sudah tu!
Dahlah, pergi balik...! Penat tau!
Kes merajuk tak habis lagi... sesi pujuk-memujuk antara keduanya... Sekejap je merajuk... Buah hati sanggup datang nak pujuk punya pasal... Start semula mengadanya... Apa pulak lah dua ketul ni...
Share this novel