Seperti yang dijanjikan, pertemuan antara keluarga Fikry dan keluarga Qisha diadakan di pejabat balai polis Ampang. Turut berada di lokasi, Isyraf, Raymond dan Gary beserta Ketua balai polis Ibu Pejabat Ampang.
"Macam ni, Dato', Datin... Pihak kami dah dapat bukti kukuh yang menunjukkan Fikry Firdaus dalang sebenar dalam kes mencederakan Qalisha Qadeeja." Telefon milik Fikry dan lelaki yang diupah yang berada di dalam plastik diserahkan ke tangan bapa Fikry.
"Dan, Fikry sendiri dah mengaku... yang dia mengupah orang untuk mencederakan mangsa. Jadi, Fikry boleh dikenakan hukuman penjara beserta denda, walaupun dia dah mengaku kesalahannya."
Ada 4 orang lelaki yang turut berada di situ, dengan tangan digari... Sekadar menundukkan kepalanya. Sunyi seketika ruang pejabat itu. Yang pasti, salah tetap salah. Hanya menanti kata putus dari kedua-dua pihak.
"Apa yang Fik buat ni? Fik tak fikir ke sebelum buat sesuatu? Kenapa nak malukan mama, papa? Fik tak sayang mama, papa, ke?" Mama Fik menangis sambil tangannya memukul-mukul badan Fikry. Kesian pulak.
"Fik minta maaf mama, papa! Fik tahu Fik salah! Fik tak fikir semua tu!! Fik hanya fikirkan marah Fik, dendam Fik! Fik minta maaf! Fik minta maaf!" Fikry beria-ia memohon maaf sambil memeluk mamanya. Dato' Fakhrudin hanya mampu diam tanpa reaksi.
"Mama malu Fik! Malu sangat! Fik buat hal dengan orang, mama papa boleh diam lagi! Tapi kali ni, Fik boleh upah orang pukul Qisha! Ya Allah, Fikry! Kenapa macam ni! Qisha ni perempuan tau? Fik nak ke kalau kakak Fik, mama kena pukul macam Qisha kena? Allahuakhbar, Mama tak pernah ajar Fik berkasar dengan perempuan, Fik! Tak pernah!"
"Fik minta maaf, Mama! Papa! Maafkan Fik! Sumpah, Fik betul-betul dah menyesal... Tolong Fik, Papa! Jangan diam macam ni! Fik minta ampun!" Fikry merayu-rayu tapi, Papa masih berdiam diri. Air mata Fikry tanpa segan silu mengalir laju.
Baik Qisha, Ibu, Along, Angah mahupun Isyraf... Masing-masing sekadar mendiamkan diri. Tak mahu mencampuri hal keluarga Fikry. Namun, bila dilihat, Mama dan Papa Fikry terlalu kecewa dengan sikap Fikri. Madu yang diberi, tuba yang dibalas.
"Bagaimana Fik boleh terfikir nak cederakan seorang gadis seperti Qisha? Kat mana Fik letak otak Fik? Fik lupa ke Mama, Kak Fieqa juga perempuan! Kalau kami alami nasib yang sama dengan Qisha, macamana? Fik tak fikir ke? Allahuakhbar!"
"Mama, Maafkan Fik, ma! Fik betul-betul menyesal, ma! Mama, maafkan Fik!" Fikry masih lagi memegang lutut Datin Melinda dengan juraian air mata.
Akhirnya Dato' Fakhrul bersuara...
"Macam nilah... Saya minta maaf bagi pihak keluarga saya sendiri... Saya dah tak tahu nak cakap apa sebenarnya... Saya benar-benar tak sangka yang Fikry sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kami... Jadi, saya serahkan sepenuhnya pada pihak polis untuk membuat apa yang patut!"
Terkejut masing-masing mendengar kata-kata dari Papa Fikry. Fikry lagi terkejut.
"Papa, Papa tak kesiankan Fik ke? Tolong Fik Papa! Mama, tolong Fik, Mama! Jangan buat macam ni! Fik janji Fik takkan ulangi lagi kesalahan macam ni! Percaya cakap Fik, Ma, Pa!" Fikry merayu-rayu. Kesian pulak Qisha melihatnya. Qisha memandang wajah Ibu, Along, Angah dan akhirnya Isyraf. Isyraf faham apa yang Qisha fikiran ketika ini.
"Dato' Datin... Maaf, boleh Qisha katakan sesuatu?"
Tangan Qisha ditarik dan Qisha disuruh duduk disebelah Mama Fikry.
"Emm, Qisha rasa tak perlu kita panjangkan hal ini. Qisha pun ada silapnya. Qisha maafkan Fikry...! Qisha nak tarik semula report yang Qisha buat...!"
"Qisha tak takut kalau Fikry hantar orang lain untuk cederakan Qisha?" Soal Datin Melinda.
"Tak, Qisha pasti... Fikry tak berani nak buat semua tu!"
"Lagipun, Qisha tak nak persahabatan Qisha dengan Fikry terputus sebab benda-benda macam ni!" Fikry memandang Qisha dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
"Ibu, Along, Angah... Kita tarik semula report tu, ya? Isyraf... Boleh, kan?" Satu persatu wajah-wajah insan kesayangannya dipandang untuk mendapatkan persetujuan. Dan, Alhamdulillah, semua menganggukkan kepala.
Ibu memandang Qisha dengan senyuman. Ibu faham sangat dengan sikap Qisha... Begitu juga dengan Along dan Angah. Mereka setuju dengan keputusan Qisha. Qisha mengalihkan semula pandangannya ke arah Isyraf seraya itu Isyraf menganggukkan kepalanya.
"Betul ke Qisha? Betul ke?" Fikri yang tadi tersedu-sedu menahan tangisan, tergamam sambil memandang Qisha dengan 1000 pengharapan.
"Ya, itu keputusan Qisha."
"Qisha percaya... Fikry dah berubah, kan? Dia dah insaf... Qisha pun tak teruk mana. Qisha pasti, Fikry tentu dah insaf, kan?"
"Qisha...!" Datin Melinda memeluk tubuh Qisha.
"Terima kasih, Qisha! Aunty tak tahu nak cakap macamana lagi! Terima kasih sekali lagi!"
"Terima kasih Qisha! Terima kasih sangat! Maafkan saya, Qisha! Saya janji tak ganggu awak lagi!" Qisha tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih banyak Qisha. Uncle terhutang budi pada Qisha. Qisha memang anak yang baik! Tapi, uncle tetap dengan keputusan uncle!"
Masing-masing mengalihkan padangannya ke arah Dato' Fakhrul.
"Papa akan hantar Fikry ke Johor. Fik akan sambung pelajaran di kolej sana dan stay dengan kakak Fieqa. Itu keputusan Papa!" Fikry terdiam sejenak...
"Baik, Pa! Fik terima andai ianya dapat memuaskan hati semua orang, terutamanya Papa Mama."
"Qisha, terima kasih sekali lagi. Aunty, uncle minta maaf bagi pihak Fikry. Terima kasih sebab sudi memaafkan Fikry. Terima kasih sebab tarik balik report! Terima kasih banyak!" Sambil tubuh Qisha dipeluk erat.
"Puan, terima kasih. Bertuah Puan punya anak seperti Qisha. Terima kasih sekali lagi." Datin
Melinda menggenggam tangan Ibu Qisha.
"Sama-sama Datin. Takpe, kami terima keputusan Qisha. Macam nilah anak-anak. Buat keputusan terburu-buru. Makcik harap Fikry belajar dari kesilapan, ya? Jangan diulang perkara-perkara yang mengaibkan keluarga!"
"Baik, Makcik... Terima kasih sebab maafkan Fik! Fik janji... Perkara begini takkan berulang lagi!" Janji Fikry kepada semua orang di hadapannya.
"Terima kasih Qisha! Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sebab maafkan saya!"
"Terima kasih Qisha dan keluarga dan juga buat hero-hero yang dah bantu Qisha! Saya sekali lagi mohon maaf dan terima kasih sebab beri peluang pada Fikry. Terima kasih sangat! Saya cukup terharu!"
"Saya mohon untuk undur diri dulu! Banyak perkara yang perlu kami selesaikan sebelum Fikry dihantar ke Johor. Terima kasih sekali lagi... Saya takkan lupa jasa baik Qisha sekeluarga... Begitu juga kerjasama dari polis. Cukup saya hargai... Assalammualaikum...!"
"Walaikumussalam!" Jawab mereka serentak...
Alhamdulillah, selesai sudah satu perkara.
'I'm proud of you, my love!'
Another chapter updated malam ni... saja je bagi lebih... penatkan asyik tersenyum dengan dua ketul tu, kali ni bagi babak sedih sikit... Enjoy reading
Share this novel