Hampir 3 hari di tahan di hospital, Qisha semakin pulih. Setiap hari Isyraf memastikan Qisha dapat berhubung dengan Ibu, Along dan Angah... Makanan akan dihantar oleh Rayyan dan Bella yang akan membawa nenek dan atok bersama...
Sayu hati Nenek melihat keadaan Qisha selepas Rayyan membawanya melawat Qisha di hospital... Menangis nenek di sisi Qisha... Mana tidaknya, kalau isu 'Papa' tak keluar hari tu, tentu tak jadi hal...
Namun Qisha dan Isyraf menafikannya... Rayyan dan Bella juga memujuk nenek... Begitu juga atok... Atok percaya, semua tu dah ditakdirkan berlaku... Dan atok dapat rasakan, apa yang Araf rasakan juga mungkin kebetulan...
Isyraf sudah berjanji dengan Ibu untuk membawa Qisha pulang ke KL... Apa yang penting sekarang ini, nenek dan atok tidak boleh ditinggalkan sendirian... Bahaya! Selagi Fikry tidak ditangkap, selagi itu orang-orang kesayangannya dalam bahaya!
"Abang... !"
"Ya, sayang..."
"Jadi ke nak balik hari ni?" Soal Qisha saat sedang mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam bag. Qisha sudah diberi kebenaran untuk discaj.
"Ya... Kenapa? Sayang tak nak balik lagi, ke?" Terhenti pergerakkannya. Tubuh Isyraf dipeluk. Melihat wajah Qisha tiba-tiba bertukar mendung, Isyraf mengeratkan pelukkannya.
"Kenapa ni, sayang?"
"Qisha suka duduk kat sini" Pelukan dileraikan dan tangan Qisha ditarik menghala ke kerusi.
"Sayang... Keadaan tak mengizinkan kita duduk lama-lama kat sini. Sayang tahukan...?" Qisha hanya sekadar menganggukkan kepalanya.
"Selagi Fikry tak ditangkap, selagi itu sayang tak boleh bebas ke sana sini...!" Tiada sahutan dari Qisha.
"Sayang, abang faham sangat... Tapi, kita settle dulu hal si Fikry...! Once dah settle, kita stay lama kat rumah nenek atok, ya? Boleh tak?"
"Abang sayang sangat dengan Qisha... Abang tak nak apa-apa berlaku pada sayang.... Sayang fahamkan...? Abang janji, dah settle segala masalah, abang ikut je kemahuan sayang abang ni... Nak pergi mana pun abang akan ikut, ya?" Pipi comel tu diusap. Sedikit senyuman diberikan.
"Ataupun...!" Berkerut dahi Qisha...
"Atau...?"
"Kita nikah cepat... Nanti dah boleh pergi honeymoon lama-lama!" Qisha sudah memalingkan wajahnya... Malulah tu...
"Hah! Bagus tak idea abang...? Sayang... pandanglah abang...? Betulkan... idea abang bernas, kan?"
"Hahaha... Sayang ni... asyik malu je dengan abang...!
"Qalish Qadeeja, kita kahwin ya...?" Wajah comel Qisha dihadap ke arahnya. Mata bertentang mata.
"Sayang, abang tak pandai nak bermadah-madah."
"Selama ni, Abang tak pernah sukakan mana-mana perempuan macamana abang sukakan sayang. Abang tak pernah bawak mana-mana perempuan walaupun kawan sekolah ke rumah atok nenek."
"Tapi, dengan sayang... abang rasa lain sangat! Abang rasa seolah-olah sayang memang jodoh abang sejak awal kita bertembung... Segala hal sayang, abang ceritakan pada atok, nenek...!" Tangan Qisha digenggam. Sesekali diletakkan di bibirnya.
"Abang takde ramai kawan. Raymond, Gary dan staf-staff abanglah, kawan abang...!
"Sekarang ni, sejak kenal sayang, abang dah tahu. Abang dah kenal apa erti sayang, rindu, cinta! Abang macam orang gila bila tak dapat tengok wajah sayang...! Tapi, kejadian yang berlaku pada sayang tu, memang abang tak sangka sangat. Tapi, abang bersyukur tau, abang dapat jumpa sayang lepas selamatkan sayang...!"
Qisha menutup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Malunya... manalah nak letak muka ni! Ya Allah, malu sangat!
"Abang tak nak janjikan bintang dan bulan... Tapi, apa yang dapat abang janjikan... Selagi nyawa di kandung badan... selagi abang masih bernafas, selagi itulah kasih sayang abang takkan berbelah bagi."
"Abang...!" Qisha dah jadi serba salah. Terasa hangat di tubir mata... Betapa Isyraf menyayanginya selama ini.
"Abang takde harta benda, emas permata nak abang serahkan pada sayang...! Abang hanya ada kasih sayang dan cinta untuk abang serahkan...! Dengan kewujudan sayang, Ibu, Along, Angah, Rayyan, sedikit sebanyak membahagiakan abang.
"Selagi ada kudrat dan tulang empat kerat ni, selagi itu abang akan berusaha membahagiakan sayang...!"
Wajah kesayangannya diusap lembut. Qisha merenung wajah Isyraf. Wajah yang sentiasa mendamaikan hatinya... Wajah yang sentiasa dirindui... Air mata yang mengalir di pipinya diusap dengan belakang tapak tangan...
Tubuh Isyraf didakapnya... Erat! Isyraf membalas pelukan Qisha...
"Qisha minta maaf dah buat abang risau...! Qisha minta maaf sebab tak dengar cakap abang! Qisha sayang abang! Qisha tak nak abang tinggalkan Qisha... Qisha tak nak abang jauh dari Qisha...Qisha...." Air matanya mengalir lagi...
Allah, letih lak sis nak menulis... kalau manis, asyik bersemut je... kalau dah meleleh, meleleh je... Sis yang sebak, tau!
Wajah Qisha dipegang... Jari-jemarinya mengusap air mata Qisha yang masih mengalir laju... Dah macam air terjun...
"Abang sayang sangat comel abang ni! Abang tak sanggup nak tengok sayang terluka lagi... Tak nak tengok sayang cedera macam ni..." Bibir Qisha yang terluka, di usap... Lalu dikucup sekilas bibir Qisha... Ciuman terlerai...
"Tak boleh lama-lama, nanti ada orang masuk...!" Tergelak kecil kedua-duanya...
"Janji dengan abang, kita jumpa Papa nanti... Kita bawak, Ibu, Along dan Angah sekali...!"
"Tapi..."
"Kenapa...? Sayang takut Papa tak restu kita...?" Qisha menganggukkan kepalanya...
"Sayang, negara kita ada undang-undang. Dalam hal perkahwinan memang rukun nikah, wajib ada wali... tapi, Along dan Angah, kan wali sayang juga...! Atas sebab-sebab tertentu, wali hakim juga boleh diguna pakai..."
"Qisha..."
"Ok, macam ni, nanti kita tanya mana-mana ustaz atau kita boleh pergi pejabat agama... Kita dapatkan nasihat ya...! Lagipun dalam kursus perkahwinan nanti semua isu berkaitan akan dikongsikan dan diterangkan. Sayang jangan risau ya?"
"Abang boleh ke...?"
"Boleh apa...?"
"Err... tunggu lama lagi..."
"Tunggu lama lagi apa...? Kahwin...?" Qisha angguk..
"Hahaha! Sayang yang tak boleh tunggu lama, ni, kan...?"
"Ma...Mana ada? Habis tu abang tak nak kahwin dengan Qisha, ke...?"
"Sayang ni...! Kalau boleh sekarang jugak abang nak nikah tau...! Mana tahan nak tunggu lama-lama! Ramai sangat orang nak bawak sayang lari! Tapi, abang tahu kita ada hal lain yang perlu diselesaikan...!"
"Sekarang, kita settlekan hal Fikry! Then, hal Papa! Lepas tu, baru fikir hal kahwin kita, ya!"
"Emph, ok!"
"Sayang doa banyak-banyak, moga segala urusan kita dipermudahkan, ya!" Satu ciuman dilepaskan di dahi Qisha, lama... Syahdu sangat Qisha rasa.
"Qisha sayang abang! Sangat-sangat!"
"Abangpun sayang sangat kat sayang abang ni!"
"Sekarang ni, abang nak sayang cepat sembuh! Abang bimbang sangat tengok keadaan sayang macam ni!"
Tiba-tiba Rayyan dan Bella meluru masuk. Nasib tak bercium tadi... Kalau tak, alamatlah confirm kena kutuk!
Mangkuk dua ekor n pun satu, bagilah salam ke, ketuk pintu dulu ke... main terjah je! Sabar jelah...!
"Korang ni memang reti nak bagi salam ya! Main terjah je... Terkejutlah!"
"Hah, terkejut? Apasal lak?"
"Hah... Korang buat apa tadi?"
"Buat apa pulak? Kau jangan macam-macam, Yan!"
"Takdelah... Aku curiouslah... Terkejut lak!"
"Yelah, kau tiba-tiba masuk macam tu je...! Nasib takde sakit jantung, tau! Kan, sayang?"
"Yelah, yelah! Aku minta maaf. Dah siap ke?"
"Dah! Tadi lagi aku dah settlekan... Ubat, bayaran!"
"Kalau macam tu, dah jom...!"
Dalam bab ni, ada dimasukkan scene sedih, happy, sebab sis nak bagi ada keseimbangan dalam bab ni... Enjoy reading...
Share this novel