#
Kalau ku pandang kelip bintang nun jauh di sana
Sayup kudengar melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Kerna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut
Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Kerna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut
Irama kopi dangdut yang ceria
Membuat hati menjadi ghairah
#
Terkumat-kamit bibirnya menyanyi mengikut rentak lagu dangdut yang berkumandang di corong radio, sambil bergelek dan bergoyang sakan, tangan pantas meneruskan tugasannya memasak lauk tengahari untuk keluarganya.
"Amboi! Anak dara! Menyanyi time masak. Dapat laki tua, nanti, padan muka!"
Terhenti gelarkan Qisha saat terdengar suara garau, Alongnya yang sememangnya kaki menyakat.
"Potong ah, along, ni! Along percaya ke semua tu, menyanyi kat dapur, nanti kahwin dapat suami tua...?"
"Banyak adik punya potong! Ibu balik nanti, adik jugak yang kena, tau!"
"Apa pulak! Adik dah siap masak, dah ni. Tinggal nak hidangkan aje...! Jealouslah tu, suara tak sedap!"
"Bertuah punya, Adik!"
"Eh... Along...! Angah, mana?"
"Kejap lagi turunlah tu! Angah, nipun satu hal lagi... Dah nak kahwin dah, pun tak reti nak bangun awal, ya!"
"Angah dah bangunlah, subuh tadi... pastu tidur balik... Cuti ni, long! Nak rehatlah sikit!" Tetiba suara Angah mencelah... Entah bila masa lak Angah turun...
"Yelah kau punya rehat! Macam Along tak tahu kau bergayut dengan tunang, kau kan?"
"Eh, apa pulak! Gayut malam tadi... ! Hari ni, belum lagi!" Angah dah bertunang dengan gadis nya sendiri, beberapa bulan yang lalu. Kamelia Khayra... seorang doktor di wad kanak-kanak hospital swasta.
"Ala, Along jealouslah tu!"
"Bergayut? Bukan monyet ke yang suka bergayut. Tak sangka pulak Angah pun nak jadi macam... mo...nyet...!" Belum sempat, ayat dihabiskan, Angah sudah memulakan langkahnya mengejar Qisha... Dah, berkejaranlah dua beradik ni... Along sekadar memandang telatah adik-adiknya sambil menggelengkan kepala.
"Assalammualaikum!"
"Waalaikumussalam.... Ibu dah balik!" Jerit Qisha sambil mendakap tubuh Ibunya.
"Ish, budak kecik ni! Menjerit je, sakit telinga Angah,lah!"
"Suka hatilah... Mulut adik! Buekkkkk!" Jawab Qisha sambil menjelirkan lidahnya...
"Qisha... Angah!" Mam besar dah berbunyi...
"Sudah tu...!"
"Adik masak apa hari ni?"
"Ala bu, lauk biasa je... Ayam masak lemak cili api, sambal ikan bilis petai, ikan masin goreng dan sayur campur. Favourite Ibu, sambal belacan pun ada, ni." Mulut bercakap sambil tangan Qisha menyediakan lauk-pauk di atas meja... Airul dan Airil juga turut membantu menyediakan hiangan untuk makan tengah hari.
"Ibu nak makan sekarang, ke?"
"Boleh juga... Ibu rasa lapar pulak!"
"Along, Angah, meh makan sekali!"
"Hah, sekali je makan...! Bukan sehari kita makan, 3-4 kali, ke?" Along menyakat Ibu.
"Kelakarlah Along... Kelakarnya...!" Usik Angah.
"Sudah tu...! Asyik nak bergurau je...! Makan...! Along, baca doa!"
Itulah keluarga bahagia Qisha... Bergurau senda satu kemestian bagi mereka. Tak mahu melihat Ibu dirundung duka... Jadi, mereka 3 beradik, lebih gemar duduk di rumah menemani Ibu jika tiada keperluan untuk keluar.
Lagi-lagi Qisha yang sememangnya lebih suka menemani Ibunya di rumah jika tiada urusan di luar. Bukan Qisha anti-sosial... Tapi, Qisha lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama Ibunya, membuat kraftangan, memasak, menjahit, membuat kek atau berkebun di belakang rumah.
Agak-agaknya, sekarang ni, ada tak anak-anak gadis macam ni? Payah nak cari, kan? Qisha punya kelebihan yang jarang dimiliki oleh anak-anak dara lain... Pandai memasak dan membuat kek, boleh menjahit, berkebun dan dalam masa yang sama cukup handal dalam seni mempertahankan diri.
Usai mengerjakan solat Zohor yang diimamkan oleh Along, Qisha bersiap... Qisha membuat kerja sambilan di kedai serbaneka 24 jam yang berdekatan dengan rumahnya... Jika tiada kelas tambahan di hujung minggu atau kelas kick boxing, Qisha akan menghabiskan masanya di kedai serbaneka itu. Dapat jugaklah Qisha merasai gaji dari titik peluhnya sendiri.
Bukan tidak pernah dihalang oleh Along, Angah dan Ibunya... Bahkan, duit saku setiap bulan Ibu, Along dan Angah selalu 'top-up'... Tapi, Qisha mahu merasa mencari wang saku sendiri.
Qisha tidak betah duduk diam tanpa melakukan apa-apa.
"Dik, kerja ke?" Tanya Angah
Qisha menganggukkan kepalanya...
"Ala... Angah baru nak ajak jadi geng sparing! Dah 2 minggu tak practice ni!"
"Along kan ada?" Qisha menjawab...Sambil tersengih... Nampak sangat Angah memang saja nak kenakan Qisha...
"Ngah, kita sparing dua, ah! Apa barang sparing dengan adik!"
"Ala kau ni, long! Kacau daunlah!"
"Adik dah bagi nama kat Boss, Adik masuk hari ni... Ganti orang cuti... Nanti bila-bila free kita sparing ya, Ngah?" Cuba memujuk...
"Yelah, yelah! Dahlah, pergilah kerja tu! Jangan nak merayau balik nanti!"
"Baik Angahku sayang!"
Qisha menyalami Ibu, Along dan Angahnya sebelum kaki melangkah keluar dari rumah.
Memang menjadi kebiasaan, apabila cuti, Qisha dan abang kembarnya, gemar berlatih bersama-sama... Almaklumlah, ketiga-tiganya, memiliki tali pinggang hitam Taekwando. Ibu yang menghantar mereka mempelajari ilmu pertahankan diri sejak kecil lagi. Ada cerita di sebaliknya... Nanti ya sis ceritakan... Kita settle satu persatu dulu.
"Kau ni, Long! Angah saja nak tengok Adik berlawan! Hari tu, Ibu cakap Adik lulus ujian kick boxing, tu! Betul ke Long?"
"Ya... Along yang teman Adik masa ujian hari tu!"
"Along temankan Qisha ke, Along nak tengok Eisya?"
"Eh... Sudahlah kau! Jangan nak mengarut!" Tetiba wajah Along , merona... Eh,malu ke?
"Apalak mengarut! Betul apa Angah cakap... Eisya tu cantik, hebat tu... Kau tak nak tackle dia, ke Long?"
"Aku tak rasa, Eisya suka kat aku, Ngah! Banyak kali aku cakap dengan dia, dia tak layan sangat... Aku takut, kalau aku beria-ia... Sedangkan dia takde apa-apa... Jadi, biar jelah!"
"Sedih doh, dengar pengakuan kau ni! Hahaha... Ibu, Along suka Eisya!" Angau tiba-tiba menjerit... Sudah, satu hal lak si Angah ni!
"Woi! Woi! Apa ni! Astagfirullahalazim!" Ya Allah, Ibu pula tepuk dahi melihat anak teruna yang dah besar panjang berkejaran. Namun, Ibu bahagia melihat anak-anaknya bahagia. Cukuplah selama ini, anak-anaknya kehilangan kasih sayang seorang ayah. Tiada apa lagi yang Ibu mahukan, hanya kebahagiaan mereka sekeluarga.
New chapter updated... Nak jadi geng sparing... Pilih je... Nak Along, Angah atau Qisha... Enjoy reading...
Share this novel