"Sayang... ! Cepatlah! Boleh ke...? Setuju ke dengan syarat mudah, Raf?"
"The choice is in your hand. I'm ok with it! No regret!"
"Raf, cepatlah...! Kau ni... Nak bertarung tak...? Tak jantanlah macam ni...!"
"Sabarlah sikit...! Aku tengah tunggu keputusan buah hati aku sorang ni...!"
"Sayang... just say it...! Yes or no...!"
"Takpelah... Raf cakap dengan Zack, tak jadilah nak bertarung dengan dia...!" Qisha memandang wajah Isyraf dengan kerutan di wajahnya.
"Sayang... Hei... Kenapa ni...! Ya Allah, sayang Raf ni...! Raf minta benda simple je sayang buat...! Bukan susah pun...! Just call me, Abang... That's all...!" Isyraf tergelak, tak sangka Qisha semalu ini...
"Ok... Macam ni...! Sayang call Raf, dengan panggilan Abang, bila kita berdua je... Once ada orang lain sekeliling kita, Qisha panggil Raf macam biasa... Ok... ?"
"Boleh, tak...?"
"Janji, ya! Bila kita berdua je...!" Jari kelingking dihulur pada Isyraf...
"Ok, deal!"Jari kelingking mereka bertaut.
Melihat tindak balas positif dari Qisha, Isyraf menguntumkan senyumannya... Isyraf akan pastikan dia menang pertarungannya dengan Zack...
'Oh... panggil Zack, Abang, takpe...! Siap Qisha!'
Isyraf akan pastikan Qisha memanggilnya degan panggilan eksklusif, A.B.A.N.G, Abang...!
"Woi... Raf, cepatlah...! On tak on?"
"Ok... Ok! Aku on... Bagi aku 5 minit...!"
"Sayang duduk sini diam-diam ya...! Jadi penonton kat sini...! Sokong Raf, tau! Maklumlah, Raf bukannya pandai bertarung pun!" Saja je kau kan, Raf!
Qisha yang memandang Isyraf, menganggukkan kepalanya...
Keadaan di pusat latihan sepi seketika... Masing-masing kelihatan tidak sabar nak menonton aksi pertarungan antara jurulatih, Zack dan senior mereka, Isyraf...
Qisha terkejut sebenarnya, mana tak.. tak sangka Raf menerima pelawaan Zack bertarung dengannya... Sebelum memulakan pertarungan... Raf terlebih dahulu memandang Qisha yang duduk di hadapan gelanggang... Kenyitan mata diberikan... wajah Qisha dah merona... Malu siot... depan orang tu...!
Memang Qisha tidak sangka langsung... Rupa-rupanya Isyraf pemilik terbesar dalam syarikat milik Zachary ni... Bermakna, pusat latihan ini, adalah milik Isyraf... Banyak betul rahsia Isyraf ni...
Hampir 25 minit... pertarungan tamat dengan kemenangan berpihak pada Isyraf... See, i told you... Rahsia Isyraf yang Qisha tidak tahu... Qisha tidak sangka sama sekali... Isyraf rupanya pandai bertarung, especially kick boxing...! Zack boleh kalah dengan Isyraf... Main-main ke...?
"Raf, tahniah...! Tak sangka, kau masih handal macam dulu...!"
"Haish! Mana ada...! Aku biasa jelah!"
"So, macamana...? Nak second round ke...?"
"Surrender! Aku surrender...! Aku ingat nak main-main je..!"
"Main-main...! Kau agak-agaklah, pun!"
"Qisha... Kalau nak menang dalam pertarungan nanti... Berlatih dengan Raf...! Tak salah, kan berlatih dengan buah hati sendiri...! Mana tau, lagi banyak ilmu yang Qisha dapat..."
Qisha hanya mampu tersenyum kelat. Masak! Raf dah menang... Macamana nak sebut ni!
"Eh, Sayang, kenapa senyap je...?"
"Tak sangka ke, Raf boleh kalahkan 'abang' Zack...?"
"Emph...!" Senyum kelat Qisha... Aduhai... panggilan tu... Macamana nak sebut ni... Matilah...!
"Okaylah Zack! Kami blah dulu... Nanti jumpa lagi... In shaa Allah." Seraya tangan Qisha ditarik
Isyraf... Isyraf dah tersenyum-senyum... Siaplah Qisha...
"Ok, Raf! Next time, aku pastikan, aku kalahkan kau pulak!"
"We'll see!"
"Sayang... Kita pergi makan dulu, ya? Raf laparlah...?" Soal Raf dalam kereta... Qisha menganggukkan tanpa memandang ke arah Isyraf...
"Kenapa ni, sayang?" Tangan Qisha digenggam...
"Qisha malu nak panggil Raf dengan panggilan Abang, ya?" Anggukan kepala Qisha menjelaskan segala-galanya...
"Ok...Ok...! Raf tak akan paksa sayang panggil Raf macam tu...! Dah... Dah! Raf tak kisahlah! Takpe, Raf tunggu sampai sayang betul-betul ready nak panggil Raf dengan panggilan tu, ya?" Qisha menoleh ke arah Isyraf...
"Betul ke...? Raf tak marah kalau Qisha tak panggil Raf, Abang...?" Oppss... cepat-cepat mulutnya dikatup dengan tapak tangannya. Wajah Qisha dah merona merah... Isyraf dah tergelak...
"Boleh pun, kan...! Takpe... Raf faham... ! Nanti sayang berlatih banyak-banyak ya... Practice makes perfect, kan?"
Qisha menekup wajah comelnya dengan kedua-dua tapak tangannya... Ya Allah, malunya...! Malunya...!
"Raf... Sudahlah...!"
"Ok... Ok... ! Raf tak kacau...! Dah tu! Jom, kita pergi makan dulu, ya? Sayang nak makan kat mana?" Tangan sebelah Qisha digenggamnya...
"Qisha tak kisah... Ikut Abanglah... Qisha ikut je...!" Jeng... Jeng... Jeng... Raf dah rasa nak pengsan, bila Qisha menyebut nama Abang... OMG... Isyraf pulak yang tertunduk... Malunya... Qisha panggil Isyraf dengan panggilan Abang...
Qisha masih dengan blurnya... Tetiba, mulut dikatup... Allah, Qisha dah sebut nama Abang! Allah, malunya....!
Ah, sudah...! Kedua-duanya dah tertunduk malu...! Aduhai... sis pulak yang tergelak sendiri... Malu pulak bila dipanggil Abang... Sudahnya, kedua-dua tergelak sendiri... yang menyebut malu... yang disebut pun malu... Hahaha... sis tak boleh blah dengan dua ketul ni...!
Allah, letih betul kalau melayan si Qisha dengan Raf ni... Penat mulut ngan pipi sis ni... Nak senyum, sengeh... Menahan malu... Enjoy reading...
Share this novel