Subuh yang hening, Isyraf, Qisha, Rayyan dan Bella solat jemaah sama-sama dengan atok dan nenek.
"Araf, subuh ni, Araf jadi imam ya? Dah lama kita tak jemaah sama, kan? Atok nak tengok Araf ingat lagi tak?"
"Alhamdulillah tok. Araf tak lupa..."
Qisha dan Rayyan berpandangan sama sendiri. Isyraf jadi imam!
Takbiratul diangkat. Dari Al-Fatihah ke surah-surah pendek hingga ke bacaan doa, cukup menyentuh perasaan Qisha. Suara merdu Isyraf benar-benar memukau. Dan Qisha percaya, jodohnya dengan Isyraf. Mungkin sudah tertulis.
"Alhamdulillah..." Selesai sudah solat jemaah subuh. Qisha yang memandang Isyraf, tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya.
"Araf, nanti bawak Qisha pergi pasar kat jeti kampung sana... Pagi-pagi macam ni memang banyak ikan naik ke darat..." Arah nenek.
"Rayyan pun nak ikutlah atok, nenek! Rayyan tak pernah tengok orang naikkan ikat kat jeti... Mesti best, kan...?"
"Bella, pun...! Bella pun nak ikut!"
Atok dan nenek tersenyum melihat gelagat cucu-cucu mereka. Maklumlah, orang bandar.
Mereka bertiga mengikut Isyraf ke pasar besar. Tak sampai 15 minit, mereka tiba di tempat yang dimaksudkan nenek... Rayyan dan Bella melopong melihat ikan-ikan segar, sotong, udang, ketam yang baru dinaikkan.
Jakun sekejap! Banyak giler. Nampak sangat tak pernah pergi pasar, kan korang! Qisha dan Isyraf tergeleng-geleng kepala melihat gelagat Rayyan dan Bella.
"Sayang, sayang nak beli apa?"
"Qisha tak tahulah! Banyak sangat ni... Rambang mata di buatnya!"
"Ok, hari ni nak masak apa? Sayang dah janji dengan nenek, kan? Tapi, nak masakkan apa untuk nenek?"
"Ya, tapi Qisha tak tahu nak beli apa!"
"Emmph, Abang?"
"Ya...?"
"Atok, nenek makan semua benda ke? Maksud Qisha, takde pantang ke?"
"Takde pulak! Sayang masak je, atok nenek tak kisah tu!"
"Kalau camtu, kita masak sambal udang petai, sebab atok, nenek suka petai, kan! Pastu Qisha nak masak ikan siakap masak stim ngan kailan ikan masin! Ok tak? Abang ok ke?"
"Abang tak kisah, selagi sayang yang masak untuk abang, abang makan je!" Qisha dah tersipu-sipu. Malulah tu.
"Abang, jom kita pergi sana! Qisha nak tengok kat situ pulak!" Tangan Isyraf di tarik...
"Yelah, yelah. Sayang, perlahanlah...!"
Entah kenapa, dada Isyraf berdebar-debar... Namun, ditepis. Barangkali dia keletihan.
Tiba-tiba terdengar suara Qisha.
"Auch...!"
"Sayang... Kenapa ni?" Isyraf segera mendapatkan Qisha yang sudah jatuh terduduk.
"Maaf, maaf! Saya tak sengaja langgar!"
Kelihatan Qisha jatuh terduduk di tengah jalan... Pemuda itu menyapanya. Qisha mendongak, apabila Isyraf membantunya untuk bangun.
"Eh, Qisha!"
"Eh, Fikry...! Awak buat apa kat sini? Bukan awak kat Johor ke?" Isyraf memandang Fikry dengan kerutan di dahi. Sedikit cemburu melihat Fikry berada di depannya.
"Sorry, Qisha! Saya tak sengaja. Nak cepat!"
"Err, takpe! Saya ok...! Sikit je ni!"
"Saya memang kat Johor! Saja datang sini, bercuti, nak rehatkan minda, tenangkan hati!"
"Oh... Eh, awak datang sorang ke?"
"Eh, taklah! Dengan kekawan."
"Awak dengan siapa Qisha."
"Dengan saya... Isyraf!" Isyraf tiba-tiba menghulurkan tangannya. Fikry menyambut genggaman tangan Isyraf. Sedikit ketegangan di wajah kedua-duanya.
"Emmpphh, Fikry, ini Isyraf, bakal suami saya." Terkejut Fikry, namun dikawalnya...
"Oh... saya, Fikry."
"Bertemu lagi kita." Isyraf bersuara. Qisha memegang tangan Isyraf. Bimbang akan berlaku sesuatu nanti. Fikry mengerutkan dahinya.
'Bertemu lagi kita!' Aku pernah jumpa mamat ni ke? Siapa dia?
"Qisha, saya gerak dulu, ya. Kawan-kawan saya tengah tunggu, tu! In shaa Allah, kita jumpa lagi nanti."
"Ok, Fikry. In shaa Allah."
"Abang, dah ya. Dia dah takde pun." Isyraf masih memandang Fikry dengan perasaan yang sukar digambarkan.
"Abang, please jangan macam ni!"
"Tak, abang ok! Sorry, abang masih tak boleh nak lupa dengan apa yang dia dah buat kat sayang."
"Dahlah tu! Qisha ok, kan. Qisha ada depan abang, ni."
"Ya, abang tau."
"Ok, jom. Dah beli ke barang yang sayang nak?"
"Dah, ada ni." Sambil menunjukkan bungkusan di tangannya.
"Duit tu, cukup ke?"
"Terlebih cukup. Abang bagi Qisha banyak sangat."
"Takpe, bukan untuk orang lain, pun."
"Sayang, barang yang nak dibeli, dah complete?"
"Dah. Tapi, kita beli lebih ya. Nanti takyah datang sini lagi. Boleh guna untuk 2-3 hari," Isyraf tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Bak sini, barang-barang tu. Abang bawak! Berat tu." Isyraf mengambil plastik di tangan Qisha.
"Takpelah, bang. Tak berat manapun."
"No, nanti tangan sayang, sakit. Kang nak masak lagi."
"Abang ni... Qisha kuatlah. Tengok ni." Lengannya diangkat.
"Agak-agak, lengan sayang besar, ke lengan abang?"
"Yelah... Yelah. Qisha kalah!" Comel je dorang ni kan?
"Eh, Rayyan dengan Bella! Mana dorang ni? Dari tadi tak nampak-nampak."
"Ada tu kat sebelah sana. Seronok agaknya tengok hasil laut depan mata."
"Kan? Qisha suka duduk sini. Best, kan Abang?"
"Kita kahwin cepat, ya. Lepas tu kita duduk sini." Qisha tertunduk malu. Wajah Qisha dah bertukar jadi udang kena bakar. Malulah tu.
"Hahaha... Sayang ni kelakarlah. Asyik malu je. Dengan abang je, pun."
"Ok... Ok... Jom. Jom. Kita balik. Atok nenek dok tunggu cucu kesayangannya tak sampai-sampai lagi. Jom sayang."
"Yelah, kesian pulak atok nenek nanti."
"Abang...?" Mendayu je bunyinya.
"Emm..."
"Petang nanti kita jalan-jalan kat tepi pantai. Boleh tak?" Lengan Isyraf dipegang.
"Boleh sayang. Untuk sayang abang ni, semua boleh."
"Thank you abang. Ni yang Qisha sayang, ni."
"Ya ke sayang, abang?"
"Eh, yelah! Qisha sayang abanglah!"
"Banyak mana?"
"Seluas lautan. Cia... cia... cia! Hahaha!"
"Ok...Ok. Abang percaya. Abangpun sayangkan sayang abang ni. Infinity tau." Ah, sudah! Letih dah pipi ni nak tersenyum. Sweet lah tu konon.
"Abang, satu lagi."
"Apa dia, sayang?"
"Terima kasih sebab jadi imam untuk Qisha subuh tadi." Senyuman di bibir Qisha dan Isyraf menunjukkan betapa bahagianya mereka dilamun cinta.
Dalam mereka mengejar kebahagiaan, gelagat mereka diperhatikan sepasang mata yang memandang dengan gambaran yang tidak dapat diungkapkan.
Penumbuk dikepal.
'Nanti korang!'
Agak-agaknya siapa yang dengki ya... Tentu tak sangkakan, Fikry akan bertembung dengan Qisha semula... Apa akan berlaku selepas itu... nantikan dalam episod akan datang... Enjoy reading
Share this novel