BAB 54 - CGKB - RINDU

Romance Completed 24182

"Adik? Adik ok?"

"Kenapa Adik kat sini...?"

"Adik pengsan, sayang!"

"Pengsan! Lama ke bu?"

"Setengah hari..."

"Hah! Setengah hari? Lamanya...?" Qisha seperti tak percaya yang dia pengsan selama itu... Laju di turun dari katil.

"Eh! Eh! Adik nak kemana?"

"Adik nak tengok Raf! Kesian Abang... Adik tak bersihkan badan Abang lagi...!" Ibu menghela nafasnya...

"Hati-hati, dik!"

Ibu menggelengkan kepalanya... Macamana Ibu nak terangkan... Walaupun hakikatnya, Ibu gembira dengan berita yang baru diketahuinya... Tapi, melihat keadaan Raf yang masih terbaring dalam keadaan yang menyayat hati, mematikan hasratnya untuk memberitahu Qisha berita baik itu.

Qisha sempat mencuci wajahnya dan meneguk segelas air sebelum menuju ke bilik ICU yang menempatkan suami kesayangannya...

"Assalammualaikum, Abang... Qisha datang, ni! Maaf ya, Abang. Qisha tak sihat. Kepala Qisha asyik sakit je... Tapi, Abang jangan risau, ya? Ibu ada temankan Qisha..."

"Abang sekejap ya... Qisha nak bersihkan badan, Abang! Qisha tak perasan Qisha pengsan lama sangat." Kakinya melangkah ke bilik air yang terletak bersebelahan bilik ICU...

Itulah yang Qisha lakukan sepanjang Raf tidak sedarkan diri... Selepas membersihkan tubuh badan Raf, Qisha akan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran...

Sambil mengelap dan membersihkan wajah dan tubuh, Qisha berbual-bual dengan Raf walaupun tiada balasan dari Raf... Doktor menggalakkan Qisha bercakap... walaupun Raf tidak membalasnya...

Kata doktor, Raf masih mendengar... dan dalam masa yang sama dapat memberi semangat untuk Raf terus bertahan.

"Abang, Fikry jahanam tu dah ditangkap! Qisha dah belasah dia sampai lunyai... Qisha dah balas dendam untuk abang...!"

"Lepas ni dah takde lagi yang nak kacau kita!"

"Abang, Qisha rindu Abang... Qisha rindu sangat dengan Abang... Dah lama sangat Abang tidur ni...!"

"Abang, Abang bangun cepat, ya? Qisha selalu tak sihat... Qisha takut Qisha tak larat nak jaga Abang, nanti! Abang bangun ya?"

"Abang tak kesiankan Qisha, ke? Abang tak nak peluk Qisha, ke? Qisha rindu, Abang! Qisha rindu nak peluk Abang...!" Puas di tahan... Akhirnya mengalir juga air matanya...

Ibu, Along, Angah dan Kak Ngah yang dari tadi berdiri di luar pintu, turut mengalirkan air mata... Suasana hiba dalam ruang ICU tu... Doktor dan nurse yang merawat, turut merasai kesedihan yang Qisha alami...

******************************

"Adik, mari makan! Ibu ada bawakan asam pedas ikan susu, ni?"

"Wah! Bestnya...! Terima kasih, Ibu! Sayang Ibu!"
Pipi Ibu diciumnya berkali-kali...

"Ni, pakaian Adik! Semua benda yang Adik nak, ada dalam ni...!"

"Ok, Ibu! Kejap lagi Adik nak mandi... Nak solat sekali! Adik nak makan dulu... Ibu, meh makan dengan Adik!"

"Ibu dah makan dengan Along, tadi kat rumah!"

"Eh, Along mana?"

"Ada, tengah parking kereta...! Tadi, Raymond call... Tu yang naik lambat agaknya...! Takpelah, Adik makan dulu, ya?"

"Raymond? Raymond nak apa?"

"Pasal si Fikry! Pihak polis nak ambik keterangan... Adikkan pengsan hari, tu...!"

"Oh..."

"Angah ada call. Katanya, nak bawak Papa datang. Angah datang tak, bu?"

"Tadi ada Angah call Ibu bagitahu benda yang sama... Nanti-nanti sampailah dorang tu!"

Berselera betul Qisha makan asam pedas tu... Seingat Ibu, Qisha bukan penggemar asam pedas ikan susu... Mungkin perubahan hormon agaknya...

"Ibu, dah! Terima kasih Ibu! Sedap sangat!"

"Adik nak makan apa-apa lagi, tak?"

"Emm, namakan apa ya...? Entahlah, bu! Rasanya Adik berselera je kot nak makan... Tapi, asam pedas ikan susu, tu... memang Adik nak makan sangat!"

"Lagi?"

"Emm, hari tu, Adik ada suruh Abang belikan Adik, ABC... Teringin sangat! Tapi, takde rezeki..." Suara Qisha berubah...

"Adik rindu Abang! Adik rindu sangat!" Air hangat bergenang di tubir mata... Ibu kesian melihat Qisha yang tak henti-henti melafazkan kata rindunya pada Raf...

"Adik, Adik kena redha dengan apa yang berlaku... In shaa Allah, segala yang berlaku ada hikmahnya, sayang!" Qisha memandang wajah Ibu...

"Adik tahu tak Adik bakal menjadi seorang Ibu...?" Perut Qisha disuapnya...

"Hah, Ibu?"

"Qisha, sayang... Adik tak sedar ke selama ni, ada satu nyawa dalam rahim Adik, ni?" Kepalanya digelengkan...

"Adik betul tak tahu yang Adik mengandung?" Sekali lagi Qisha meggelengkan kepalanya... Ibu ketawa kecil...

"Adik dah mengandung hampir 2 bulan dik...!" Qisha terkejut... Melopong mulut Qisha mendengar kata-kata Ibu...

"Adik... mengandung...? Hampir 2 bulan...?" Ibu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya...

"Betul ke Ibu? Betul ke?"

"Ya, sayang! Adik mengandung! Adik bakal menjadi seorang Ibu...! Ibu bahagia sangat...!"

"Ya Allah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!" Wajahnya diraup berkali-kali. Tapi senyuman berubah...

"Tapi, bu! Qisha baru nikah tak sampai 2 bulan, pun...?"

"Itu namanya bunting pelamin, sayang!"

"Hah, bunting pelamin...?"

"Takpe... Takpe...! Adik pergi mandi, lepas tu solat...! Nanti Ibu terangkan, ya? Dah pergi cepat!" Qisha melangkah berlalu pergi... Qisha masih memikirkan hal kandungannya... Syukur Alhamdulillah... Senyuman terukir di wajahnya.

Tak sabar rasanya nak sampaikan pada suami kesayangannya mengenai berita kehamilannya... Anugerah yang tidak terhingga... Buat Qisha dan Raf... Berita yang dinanti-nantikan mereka selama ini...

Sementara itu, Ibu menghubungi Along, minta dicarikan ABC buat Qisha... Ibu cuba memenuhi permintaan Qisha sementara dia berkemampuan. Betullah kata orang... Kasih Ibu bawa ke syurga, kasihnya ayah berpisah tiada...

"Eh... Adik...?"

"Kenapa...?"

"Tak! Adik nampak cantik berhijab... Along suka sangat tengok Adik macam ni..."

"Alhamdulillah...! Cantik Adik Along, ni!"

"Alhamdulillah. Ibu suka tengok perubahan Adik... Tahniah sayang sebab tak lama lagi nak jadi Mama..."

"Terima kasih Ibu, Along. Terima kasih sebab selalu ada dengan Qisha.. Sokong apa yang Qisha buat... Tolong Qisha, tolong Raf...!"

"Kenapa cakap macam ni? Kami sayang Adik, sayang Raf! Kitakan sekeluarga...!" Qisha dipeluk Along... Ibu yang dari tadi memerhati, mengesat tubir matanya...

"Assalammualaikum..." Mereka memalingkan wajahnya... Kelihatan Papa, Angah dan Kak Ngah di muka pintu.

"Papa...!" Terus diterpa badan tua itu...

"Alhamdulillah... Adik nampak cantik! Berseri wajah!" Tangan Papa, dicium...

"Cantiknya Adik, Angah ni...! Tahniah sayang!"

"Qisha, tahniah! Makin berseri mom-to-be ni... Cantik Adik berhijab!"

"Terima kasih, Angah, Kak Ngah!" Kedua-duanya dipeluk.

Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk...

Qisha dah tahu dia mengandung... Bunting pelamin... Pandai-pandailah cari sendiri... Alhamdulillah, Qisha juga dah berhijab... Hanya menantikan Raf sedar... Tentu Raf suka bila dapat tahu yang Qisha mengandung kan... Dan melihat Qisha dah mula berhijab

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience