BAB 29 - CGKB - ATOK NENEK

Romance Completed 24182

Kesibukan Qisha dan Rayyan menjalankan tugas yang diamanatkan tidak sedikitpun merenggangkan hubungan Qisha dan Isyraf... Lebih kurang seminggu, majlis graduasi Qisha dan Rayyan akan berlangsung di kolej mereka.

Segala-galanya perlu diselesaikan sebaik mungkin sementelaah, Rayyan dan Qisha kini pekerja tetap di syarikat milik Isyraf. Rayyan pula sudahpun mengikat tali pertunangannya dengan Bella... Tarikh pernikahan akan dilangsungkan dalam masa setahun...

Isyraf telahpun berjanji untuk menemukan Qisha dengan atok dan neneknya di kampungnya di Pahang. Isyraf juga sudah meminta izin dari Ibu, Along dan Angah. Isyraf ada menyuarakan hasratnya untuk membawa Ibu bersama, namun, Ibu menolak... Katanya, kedai makan tiada siapa yang jaga. Isyraf akur.

"Sayang, jadi tak nak ikut Abang balik kampung? Sayang dah beritahu ibu? Along Angah pun tahu pasal ni!"

"Rayyan, Bella, jadi ke? Takdelah kita penat nak ganti-ganti drive nanti...!"

"Dah, Rayyan ok je! Bella pun on!"

"Abang memang tak sabar ya nak balik kampung...?"

"Eh, mestilah...! Abang kan takde keluarga lain... Atok nenek je, keluarga yang Abang ada!" Perlahan je suara Isyraf. Qisha pulak jadi serba salah.

"Abang ni... Qisha, kan ada! Qisha bukan sebahagiaan dalam hidup abang, ke...?" Tangan Isyraf, Qisha genggam...

"Sorry sayang...! Bukan itu maksud abang...!" Nampak muka Isyraf jadi cuak.

"Hahaha...! Abang ni, emosionallah... Serius sangat! Takde apalah... Qisha saja je kacau, abang!"

"Saja je, kan...! Siap sayang!" Habis digeleteknya perut Qisha... Terkekek-kekek Qisha... Dahlah dia memang jenis penggeli...

"Abang... Stop! Qisha tak tahan geli...! Abang...!" Amboi bahagia sangat, ya!

"Abang ni... Semput Qisha tau..! Qisha tak tahan geli...! Tengok ni, bulu roma Qisha dah tegak... Ish...!"

"Ok... Sorry! Sorry! Mana Abang tahu sayang tak tahan geletek...? Sorry sayang...!" Isyraf merapatkan dirinya. Ketinggian Qisha hanya separas bahu...Tubuh kecil Qisha didakapnya... Erat... Kepala Qisha disandarkan ke dada bidangnya...

Terdengar degupan jantung Isyraf yang kuat bekerja...

"Sayang betul budak comel ni, tau! Jangan marah abang lagi, ya?" Senyuman yang paling manis Qisha berikan... Dan sekali lagi bibir Qisha menjadi sasaran bibir Isyraf... Terbuai Qisha...

Mentang-mentanglah dalam bilik bos besar... Berani korang ya. Ciuman terlerai saat pintu bilik Isyraf diketuk...

"Ibu, betul ke tak nak ikut kami pergi Pahang? Dapat gak cuci-cuci mata...!"

"Takpelah dik... Nanti kedai makan tu takde orang jaga... In shaa Allah, lain kali ya...! Lagipun kesian kat Along Angah. Balik nanti dorang nak makan, kesian pulak! Sampaikan salam Ibu kat atok nenek Raf, ya!"

"Baiklah Ibu! Nanti ada rezeki, kita pergi sama-sama, ya...!" Ibu menganggukkan kepalanya... Lagipun, perkahwinan Angah bakal berlangsung tak lama lagi... Tentu Ibu sibuk nak bantu Angah... Banyak persediaan yang perlu dilakukan...

"Jaga diri! Jangan bawak kereta tu, laju-laju Isyraf! Rayyan, tengok-tengokkan ya... Jangan leka sangat! Jaga bicara kat rumah orang, dik!"

"Ya, bu! Adik ingat!"

Perjalanan Isyraf dan Qisha ke Pahang akan ditemani Rayyan dan Bella. Sekurang-kurangnya, mereka berempat boleh bergilir-gilir memandu. Bimbang juga bila Isyraf memandu, Qisha akan terlelap dan tiada siapa yang akan menemai Isyraf waktu itu... Bijak tak?

Sepanjang perjalanan beberapa kali juga mereka berhenti... Berhenti untuk makan dan solat... Qisha akan menjadi peneman setia, apabila Isyraf yang memandu... Begitu juga bila Rayyan yang memandu, Bella yang akan menjadi penemannya.

"Woi... Woi... Agaklah! Jealous tau!" Rayyan menegur Qisha dan Rayyan yang berpegangan tangan saat Rayyan memandu di hadapan dan ditemani Bella.

"Ala, rileks Rayyan... Kau ni... Pegang je kot! Tangan je... Kau pandu jelah... Aku dah penat! Bagilah aku rehat sekejap...!" Qisha dah tergelak dengan telatah dua orang ni. Isyraf masih memegang tangannya.

"Sayang, bagi Abang lelap sekejap ya... Nanti sampai R&R, turn Abang nak drive pulak... !"

"Emph, ok... ! Tidur je... nanti Qisha kejutkan! Come... Abang tidur sini... " Qisha menepuk seraya menunjukkan pahanya... Wah! Best ni dapat tidur kat paha gebu Qisha... Ish! Lambatnya dapat kahwin...

"Abang tidur ya... Nanti Qisha kejutkan!" Isyraf dah senyum sampai ke telinga... Qisha panggil Raf, Abanglah...!

"Uwerk...!" Rayyan sengaja membuat gaya nak termuntah. Lagi-lagi nampak Isyraf mencium tangan Qisha...

"Eleh... Jealouslah tu!" Qisha membalas. Bella si sebelah Rayyan tersengeh-sengeh memandang Rayyan...

Setelah hampir 4 jam perjalanan, mereka tiba di kampung halaman Isyraf. Qisha terpegun melihat suasana kampung Isyraf yang cukup tenang dan mendamaikan.

"Assalammualaikum... Atok, nenek! Araf dah sampai ni...!" Kelihatan dua kelibat warga emas yang berlari-lari ke arah pintu yang sememangnya sudah terbuka...

'Araf! Isyraf gelarkan namanya Araf dekat atok nenek! Nama timangannya kot!'

"Waalaikumussalam... Allah! Cucu nenek dah sampai. Araf, masuk cu! Mari masuk!" Isyraf menyalami tangan kedua-dua atok neneknya dan memeluk keduanya erat.

"Allah, rindunya nenek ngan atok kat Araf"

"Araf pun rindukan nenek, atok!"

"Nenek, atok sihat? Maaf Atok, nenek, Araf balik ni bawak kawan-kawan!"

"Takpe Araf... Mari masuk semua... Mari..! Nenek ngan atok dah lama tunggu!" Rayyan dan Bella menyalami kedua-duanya. Nampak mereka sungguh mesra. Saat Qisha menyalami atok dan nenek... Nenek memeluk tubuh kecil itu sambil tersenyum...

"Cantik Qisha... Pandai Araf pilih pasangan." Qisha terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut nenek, menunduk malu. Isyraf dah tergelak kecil melihat Qisha dah tertunduk malu.

"Neneknya pun, bagilah budak-budak tu masuk dulu.. Kot ya pun teringin sangat nak jumpa cucu menantu tu!" Sekali lagi Qisha terkejut. Kali ini dari mulut atok pulak... Ya, Allah, malunya!

Rayyan dan Bella turut tergelak melihat tingkah laku Qisha yang masih tertunduk malu.

"Yelah... yelah! Mari masuk cu... Masuk!"

"Mari masuk! Nasib baik Araf bagitahu nak balik... Nenek dah siap bilik korang...!"

"Dah, mari masuk...! Boleh rehatkan diri...!"

***********************************

"Nenek nak masak apa? Qisha tolong, ya?"

"Emmpphh, boleh ke? Qisha kan penat. Perjalanan jauh tadikan."

"Takde apalah nek! Yang pandu kereta Isyraf dengan Rayyan, kami berdua teman je, nek...!" Bella turut membantu nenek di dapur.

"Teman apanya, tidur, kan?"

"Ish, awak ni Rayyan... Buat malu je!"

"Kita masak yang mudah-mudah je ya.. tadi lauk siang tadi, ada lagi...! Ni, nenek masak telur dadar, sambal ikan bilis petai dengan ikan kembong goreng...! Cukup tak ni?"

"Ish, banyak ni nek...!"

"Takpelah, sekali sekala, dapat makan ramai-ramai macam ni... Dah lama tak rasa macam ni!"

Sementara Qisha dan Bella membantu apa yang patut... Untuk makan malam, Nenek sempat berbual...

"Bella, Qisha pandai masak...?"

"Bella, masak biasa-biasa untuk makan sendiri, bolehlah nek...!"

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya boleh masak untuk diri sendiri, dah memadai"

"Qisha...?"

"Qisha pandai masak nek! Araf suka makan masakan Qisha!" Isyraf tiba-tiba menyampuk. Jelingan diarah pada Israf. Ish malulah!

"Betul ke? Alhamdulillah...! Baguslah macam tu..."

"Betul nek! Ibu Qisha ada kedai makan sendiri.. Kekadang Qisha yang akan jadi tukang masak...!" Rayyan pula menyampuk.

"Bagus macam tu!"

"Kita ni perempuan, kena pandai serba-serbi... Memasak, membasuh! Menjahit tu ada yang tak gemar...!"

"Tapi, kalau nak pikat suami, kena ikat perutnya dulu...!"

"Sekarang ni, nenek banyak perasan. Anak-anak dara sekarang, bangun tengah hari, lepas tu, tak pandai masak... malas nak belajar masak... ! Macamana nak masuk meminang macam tu?"

"Hantaran berpuluh ribu, tapi, masak pun tak pandai! Macamana?"

"Lepas kahwin, orang gaji buat semua kerja... Itu lagi tak bagus... Baju kita suami isteri... biar tangan kita yang pegang, jangan bagi orang lain yang pegang!"

"Belum lagi bab anak... Buat anak pandai! Bab jaga anak, ke laut! Semua serah kat orang orang gaji...! Jadi anak siapa sebenarnya tu... kalau anak tu buat salah, siapa yang kita nak salahkan...? Kalau bukan kita sendiri yang salah!"

"Udahlah neneknya... Dari tadi, saya dok dengar awak berbebel je...! Kesian budak tu! Lapar dah dorang! Saya pun dah lapar ni dok asyik dengar bebelan awak tu!"

"Ish, awak ni! Saya bagi nasihat...!"

"Yelah, nasihat, nasihat jugak...! Mehlah kita makan, lepas ni, kita borak panjang ya...!"

Masing-masing tergelak melihat wajah cemberut nenek. Gurau senda orang-orang lama. Sweet, kan...!

"Oh, ya!"

"Apalagi awak ni...?"

"Ish, awak ni! Kalau esok nenek nak minta Qisha masak, boleh tak Qisha? Nenek nak rasa air tangan orang bandar"

"In shaa Allah, boleh nek!"

Senyuman terukir di wajah Isyraf. Tanpa suara, Qisha memahami perkataan yang disebut Isyraf.
'Thank you, sayang!'

Seronokkan ada kampung halaman... Sis anak bandar... Nenek atok tak sabar nak tengok bakal isteri cucu kesayangannya... Sayangnya dua ketul ni... Sis [un syang tau... jangan nakal-nakal ya. Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience