Tanpa pengetahuan Qisha dan Raf, Along, Angah dan Kak Ngah, telah menyediakan bilik Qisha dan Raf... Sebahagiaan barangan bayi juga telah disediakan mereka...
"Thanks, sayang! Abang syukur sangat... Rezeki Allah ni!"
"Alhamdulillah... rezeki kita, kan bang! Qisha pun teruja sangat!"
"Kesian sayang! Bawak perut ke hulu ke hilir... Jaga Abang... Mandikan Abang... Makan Abang!"
"Kenapa cakap macam tu? Qisha sayang abang... Itu dah jadi tanggungjawab Qisha, kan? Jangan cakap macam tu, ya...?"
"Abang sayang sangat dengan Qisha... Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup Abang... Jadi peneman Abang... Abang sentiasa mendoakan isteri Abang ni akan menjadi bidadari syurga Abang selamanya...!"
"Aamiin! Abang doakan Qisha ya... Sekarang ni, Qisha nak Abang tumpukan perhatian pada fisioterapi Abang... Qisha nak Abang sendiri sambut baby lahir nanti."
"Boleh, kan?"
"In shaa Allah! Memang itu niat Abang. Abang nak lihat dan sambut sendiri setiap kelahiran anak-anak kita!"
"Qisha sayang Abang! Sayang sangat!" Ciuman penuh kasih sayang Qisha berikan di pipi kiri dan kanan Raf.
*********************************
Alhamdulillah, Raf sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke rumah mereka... Pada mulanya Qisha berhasrat nak balik rumah Ibu, tapi sebabkan Raf dah lama tak balik ke kondo miliknya... Qisha setuju untuk pulang ke kondo mereka...
Kebetulan juga, nenek dan atok juga sudah tiba dari kampung... Memang niat mereka berdua nak jemput atok dan nenek tinggal sekali... Tapi, Rayyan dan Bella awal-awal lagi dah menjemput kedua-duanya dari kampung.
"Abang, kita makan, ya? Abang nak Qisha bawak nasi untuk Abang?"
"Eh, tak payah! Abang makan di meja sekali ya.. Terima kasih, sayang!"
"Atok, nenek, mari makan..."
"Qisha, sudah tu...Jangan lasak sangat! Takut nenek tengok perut ni!"
"Hahaha... nenek ni... Takde apalah! Qisha larat lagi nak ke buat semua ni... Jangan risau ya!"
Waktu tidur adalah waktu yang paling memenatkan buat Qisha... Dengan keadaan perut yang membesar, memang sukar nak tidur lena... Raflah yang selalu menemani Qisha... Kaki Qisha akan disapukan dengan minyak... Badan Qisha akan di urut dengan lembut...
"Abang, terima kasih... Sedap Abang urut Qisha...!"
"Itukan tugas Abang... Sayang dah mengandungkan anak kita... Takkan Abang tak boleh nak buat sesuatu untuk sayang?"
"Sayang rehat ya... Abang nak mengaji sekejap sebelum tidur ni! Nak bagi baby selesa dalam perut mama."
"Emm, ok Abang! Abang jangan tidur lambat ya... Ubat Abang dah makan?"
"Sudah sayang! Sayang rehat! Nanti Abang habis ngaji, abang tidur ya...?"
"Ok Abang! Abang..." Qisha mendepangkan tangannya... Fahamlah Raf... Qisha mahu dipeluk setiap kali tidur... Lena katanya dapat peluk tubuh Raf...
Semenjak usia kandungan semakin besar, Qisha semakin manja dengan Raf. Lagi-lagi setelah Raf dah mampu berjalan sendiri... Hampir setiap masa nak berpeluk je... Tapi Raf tetap melayan karenah isteri kesayangannya... Selama berbulan-bulan Qisha menjaganya tanpa sedikitpun rungutan, tak kan untuk melayan karenah Qisha sebeginipun nak berkira, kan?
Raf akan memastikan tidur Qisha lena... Perut Qisha akan disapukan dengan losyen... Selalunya Raf akan bercakap-cakap dengan bayi mereka... Ataupun mengaji... Dan setiap kali itulah, bayi mereka akan memberi tindak balas... Makin teruja Raf menanti kelahiran buah hati mereka.
Kandungan Qisha kini sudah pun mencapai usia 8 bulan... Dan mengikut perkiraan doktor, Qisha akan melahirkan bayi mereka pada 31Julai, bersamaan dengan tarikh kelahirannya...
Tapi, sudah 2 - 3 hari, Qisha mengalami kesakitan di pangkal rahimnya... pada mulanya Qisha hanya membiarkan saja... Tapi selepas dinasihatkan Raf... Qisha mendapatkan nasihat dari doktor yang memeriksanya setiap bulan.
"Nenek, atok, Raf nak bawak Qisha pergi hospital ya?"
"Qisha dah nak bersalin ke?"
"Entahlah, nek! Kalau ikutkan Qisha ada sebulan lagi nek! Tapi, macam dah ada tanda, tu yang doktor suruh pergi hospital terus!"
"Kalau macam tu, Raf bawaklah Qisha...! Barang-barang dah siap ke?"
"Awal-awal lagi Qisha dah masukkan dalam kereta, nek...!"
"Araf nak nenek atok ikut ke?"
"Rasanya tak payah kot... Nanti Araf telefon Bella ngan Rayyan temankan atok nenek, ya?"
"Yelah... Baik-baik bawa kereta tu! Nanti apa-apa telefon kami ya?"
"Baik, nek!"
"Mari, sayang!"
"Atok, nenek... Doakan Qisha ya... Ampunkan Qisha ya nenek, atok! Halalkan makan minum Qisha ya...?"
"Qisha jangan cakap macam tu... In shaa Allah, Qisha dan baby akan selamat." Qisha mencium tangan atok dan nenek sebelum memeluk tubuh kedua-duanya.
Tiada siapa yang tahu akan rahsia yang disimpan kedua-duanya...
Setelah diperiksa, doktor menyarankan Qisha perlu menjalani pembedahan dengan segera, apatah lagi melihat keadaan Qisha yang agak lemah.
"Macam ni Encik Isyraf! Puan Qisha sepatutnya bersalin pada 31Julai... tetapi, memandangkan ada bukaan 4 cm. Jadi sebaik-baiknya pembedahan perlu dilakukan dengan segera. Bimbang akan berlaku sebarang komplikasi nanti pada baby dan ibu."
"Apa maksud doktor...?"
"Kita menjangkakan Puan Qisha akan melahirkan babies secara normal, tapi, bila dah ada bukaan sepanjang 4 cm, bimbang Puan Qisha tak berdaya nak 'push' tiga kali... Ada kes, yang bersalin kembar begini. Seorang lahir normal dan seorang lagi kena ceaser.
"Jadi, kita bimbang itu akan berlaku. Kesian kat pesakit..."
"Oh, saya faham. Tapi doktor, tak terlalu awal ke... Dari tarikh jangkaan... Yang sepatutnya lagi sebulan..."
"Ini perkara biasa, bagi ibu-ibu yang mengandung anak kembar, lagi-lagi Puan Qisha mengandungkan kembar 3... Keadaan di dalam rahim yang sempit, babies yang semakin membesar, semua tu tak mustahil..."
"Baiklah, kalau doktor yang berkata begitu... Saya ikut mana yang baik untuk isteri dan anak-anak saya."
"Alhamdulillah. Encik Isyraf buat keputusan yang tepat... Ini borang yang perlu Encik Isyraf isi... Lepas ni, kita terus proceed emergency ceaser..." Isyraf menganggukkan kepalanya... Apa yang penting sekarang ini adalah keselamatan isteri dan kembar tiganya...
Sebelum Qisha ditolak ke bilik pembedahan...
"Abang, doakan Qisha selamat ya...?"
"In shaa Allah, sayang! Abang doakan sayang dan babies selamat."
"Abang, Qisha minta ampun, minta maaf. Halalkan makan dan minum Qisha selama menjadi isteri Abang."
"Sayang, jangan cakap macam tu! Sayang tak pernah salah apa-apa dengan Abang! Sayang bidadari syurga Abang... Abang sayang Qisha. Sayang sangat... In shaa Allah, sayang akan selamat. Kita akan jaga babies kita sama-sama ya?"
"Qisha sayang Abang."
"Abang sayang Qisha dunia akhirat! Sayang bidadari syurga Abang." Seraya itu, Isyraf melabuhkan kucupan penuh syahdu di dahi isteri kesayangannya.
Sementara menanti kedatangan Ibu, Along dan Angah, Isyraf menghabiskan masanya di surau hospital... Solat sunat 2 rakaat dibuat dan doa dipohon untuk keselamatan isteri dan anak-anaknya...
'Ya Allah! Kau lindungilah mereka yang aku sayangi. Kau selamatkanlah, lindungilah isteri dan anak-anakku.'
'Aamiin' Wajah diraup.
Qisha menanti saat melahirkan babies... Isyraf Tak henti2 berdoa... Moga segalanya dipermudahkan... Hanya tinggal 3 Bab termasuk epilog sebelum tamat... stay tuned... enjoy reading
Share this novel