11- CGKB - SPECIAL

Romance Completed 24182

Seperti yang dijanjikan... waktu Prof Zailin... Taekwando time... Terdapat lebih kurang 38 orang pelajar, yang menghadiri kelas hari ini... Memandangkan hari ini adalah hari ujian kelayakan tali pinggang, masing-masing bersemangat berlatih...

Qisha hanya tenang seperti biasa... Rayyan sekadar memandangnya dari jauh... Kelihatan Fikry and the gang masuk ke dewan dengan lagak... as usual... berlagak je... Bak kata Awie... 'Ini semua...Poyo!'

"Ok, kelas! Berkumpul...!"

"Seperti yang semua tahu, hari ini merupakan ujian ketangkasan untuk mendapatkan tali pinggang hitam... atau bagi yang belum sampai ke tahap ini... tetap ada ujiannya...! Saya akan panggil nama seorang demi seorang...!"

"Ok... Ready semua!"

Hampir 2 jam setengah... Selesai semua ujian...

"Prof... Kenapa Qisha dikecualikan... Apa yang special sangat sampai Qisha hanya sekadar jadi pemerhati?"

"Sebab dia speciallah, saya kecualikan dia...!"

"Ok, semua! Buat pengetahuan anda, Qisha sudahpun memiliki tali pinggang hitam dalam taekwando... Dah dapat pangkat GrandMaster, pun!"

"Oh...! Dashyatlah Qisha...! Tahniah Qisha!" Ada yang terkejut... Yang ucapkan tahniah, pun ada... Tapi bagi Fikry and the gang... masing-masing buat muka kerek...

"Ya ke... Prof?"

"Awak tak percaya ke, Fikry? Qisha dah lama masuk kelas taekwando di luar... ! Tak macam awak semua... ! Lembab! Kelas 2 kali seminggu pun susah nak datang!"

Masing-masing tergaru-garu kepala yang tak gatal.

"Takdelah nak kata tak percaya... Tapi, kamipun nak tengok hebat mana Qisha ni... Entah-entah tali pinggang beli...!"

Qisha sekadar memandang si sepet ni... dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan...
'Kecik besar-kecik besar, aku tengok kau ni, sepet!'

Gelak besar masing-masing... Wah... Kelakar! Kelakar!

'Berani kau, ya... Sepet!'

"Apa kata, Fikry, awak yang test Qisha... Jadi geng sparing dengan Qisha, ke?" Qisha sekadar tersenyum sinis.

"Boleh ke Prof?"

"Serius ke, Fikry? Tak takut ke?"

"Takut...? Kenapa saya nak kena takut, pulak? Qisha je pun!"

"Wah... Berani betul awak, ni!"

"Takdelah Prof...! Cuma, rasanya unfair pada yang lain... Kami ada ujian... Dia sekadar jadi pemerhati je...! Betul tak kekawan?" Fikry 'menganjing'... Saja je nak bagi panas keadaan...

"Betul...! Betul tu!" Rakan-rakan lain menyokong statement Fikry... Fikry tersenyum sinis...

'Wah! Berani kau ya...! Siap kau...! Aku geram je dengan kau, ni!' Getus hati Qisha...

"Qisha... Awak macamana? Orang dah cabar ni...?"

"Saya ok, Prof... In shaa Allah, saya ok!"

"Baik...! Saya izinkan awak, Fikry, dan Qisha bertarung... Cuma saya mintak, don't take it serius, ya? Ini bukan pertarungan sebenar... Bukan nak tunjuk siapa yang lebih hebat! Anggap ianya sekadar latihan, ok? Fikry, Qisha?"

"Baik Prof...!" Kedua-duanya mengangguk.

"Baik... As usual... Dengar arahan saya... Saya kata, start... baru start... stop... that's mean stop... Clear?"

"Yes Prof!" Sahut kedua-duanya... Fikry macam tak sabar nak belasah Qisha... Kau ingat Qisha, anak patung... nak diam macam tu, aje...!

"Ready...!"

"Ready, Prof!"

"1,2,3 start!" Kedua-duanya menundukkan kepala sebelum memulakan pertarungan.

Pertarungan bermula... Pertarungan yang amat dinantikan oleh kedua-duanya... antara Qisha dan Fikry. Rayyan yang tak senang duduk. Gelisah. Fikry memulakan langkah dengan menghayunkan penumbuk, namun dapat Qisha elak dengan mudah. Tangan Fikry ditarik dan dikilas ke belakang lalu dihentak belakang badan Fikry dengan lututnya... Tersembam Fikry ke mate tile.

Fikry bangkit, cuma menyerang Qisha dengan tendangan... Sekali lagi pergerakannya dapat dibaca... Qisha menendang semula kaki Fikry... Dan sekali lagi Fikry tertunduk... menahan sakit... Fikry rasa tercabar dengan kehebatan Qisha, lalu cuba menendang Qisha. Qisha sempat mengundur ke belakang sebelum flying kick dihadiahkan ke dada Fikry.

Wajah Fikry merah menahan marah... Fikry menegakkan badannya lalu membalas pukulan Qisha... Kaki dihayun tinggi, Qisha terlebih dahulu memberi sepakan padu mengenai dada Fikry... Buk! Fikry terlentang. Dalam keadaan Fikry tak berdaya nak bangun... Qisha mendarat di badan Fikry... Tumbukan dilayang... Namun, belum sempat tumbukan singgah di muka hemsem Fikry, Qisha menghentikan tumbukkannya...

Terdiam Fikry... Begitu juga kekawan yang menyaksikan pertarungan yang penuh dramatik itu tanpa sebarang bunyi... Qisha bangun... Qisha menarik tangan Fikry selepas menghulurkan tangannya untuk membantunya bangun.

Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan. Masing-masing bersorak gembira. Macam tengok wrestling lak! Jangan salah faham, ya! Qisha memang takde hati langsung dengan mamat sepet ni! Qisha buat macam tu sebab malas nak gaduh dengan Fikry! Tak fightlah!

"Tahniah Qisha! Awak semakin matang!" Qisha tersenyum.

"Fikry, macamana...? Nak lagi tak?" Seraya itu Fikry menggelengkan kepalanya. Terasa sakit-sakit badannya ketika ini. Berkerut dahi menahan kesakitan. Tersenyum Prof. Tulah, tadi berani sangat!

"Ok... yang lain, boleh teruskan latihan sampai tamat waktu, lepas tu... bersurai!"

"Baik, Prof!"

Qisha masih dengan latihannya. Fikry masih menahan sakit di badannya. Walau malu bertandang, hatinya tetap terpaut pada gadis bernama Qalisha Qadeeja. Gadis ini amat menarik minatnya. Namun, entahlah! Apa yang membuatkan Qisha tak dapat menerima dirinya, Fikry sendiri tak pasti.

Rayyan masih lagi memerhati... Memerhati dari jauh... Apapun dia bersyukur, Qisha tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma, melihat cara Fikry memandang Qisha, membuatkan dia sedikit sentap... Dia tahu, Fikry ada simpan hati dengan Qisha... Walau Qisha tidak langsung menunjukkan minatnya pada Fikry.

Qisha bergerak menghala ke Rayyan yang dari tadi sekadar duduk di tepi...

"Rayyan... Jom!" Tangan Qisha hulurkan ke arah Rayyan... Qisha tahu Rayyan berkecil hati dengannya...

"Sorry Yan... Aku minta maaf, sangat! Aku... emosi sikit... Sorry ya!" Qisha memegang tangan sepupu kesayangannya... Rayyan sekadar memandang...

"Rayyan, janganlah macam ni! Jom, aku belanja makan McDonald's... !" Kedua-dua jari telunjuknya dicantumkan... Qisha cuba nak minta maaf... Sambil buat muka comelnya... Dengan mata-mata yang dikerdipkan.

'Ya Allah, comelnya! Nasib baik sayang... Kalau tak... Isshhh, budak comel ni!'

"Yelah... yelah...! Lain kali janganlah marah aku macam tu! Pedih hati aku, tau!"

"Ok... Ok... Sorry ya...Lepas ni, aku tak marah lagi... Aku belasah je!" Tergelak Qisha melihat wajah cemberut Rayyan.

"Hihihi... Tak... Tak... Aku janji... Tak marah kau, lagi!"

"Ok... Yang penting, belanja aku... Kau dah janji McDonald's, kan?"

"Yelah... Untuk kau, takde hal! Dah jom!"

'Hailah, Qisha!' Tersenyum riang Rayyan melihat Qisha kembali ceria. Ini yang dia mahukan. Qisha yang ceria, comel dan positif.

Pertarungan ni sebab Fikry, si sepet tu yang cabar... Qisha malas nak layan sebenarnya... Nasib tak serius... Kalau tak Qisha nak keluarkan teknik kick boxing dia... Kau bernasib baik Fikry... Rayyan...jangan merajuk lagi, ya...Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience