BAB 47 - CGKB - TIDUR LUAR

Romance Completed 24182

Usai melayan tetamu yang hadir selepas majlis pernikahan Qisha dan Raf... Atok dan nenek meminta izin untuk pulang ke kondo Raf bersama Bella...

"Raf, aku hantar Bella ngan atok nenek dululah, ya? Atok nenek dah letih sangat tu..."

"Eh, cepatnya... Atok, nenek... Takkan nak balik dah?"

"Kami balik dululah, Raf! Letih rasanya ni... Nanti, esok kami datang semula ya... Lagipun, atok nenek tak bawak apapun ni... Badan pun dah melekit-lekit...!"

"Emmpphh, yelah! Tapi, kejap ya atok... Araff panggil Ibu ngan Qisha jap."

"Sayang, atok ngan nenek dah nak balik."

"Eh, awalnya... Atok nenek tak nak tidur sini?"

"Takpelah Qisha, lain kali ya... Lagipun atok, nenek takde bawak apa-apapun masa datang tadi... Tu yang nak balik!"

"Tak pun, makanlah dulu...!"

"Ish, udah-udahlah tu... Kenyang lagi ni."

"Baiklah, nek! Sekejap ya, Qisha panggil Ibu..."

Qisha dan Ibu menghampiri atok, nenek lalu menyerahkan bekas makanan buat makan malam atok nenek dan Bella malam nanti.

"Atok, nenek... Ni ada nasi dengan lauk untuk makan nanti... Takpun untuk esok... Kalau dah letih sangat! Maaf, Qisha tak dapat hantar atok nenek..."

"Eh, kenapa sampai nak berbekal ni... Nanti, kalau lapar... Nenek ngan Bella boleh masak tu..."

"Takpe nek... Atok, nenek ngan Bella dah letih, kan? Balik rehat je... Malam nanti panaskan aje nasi dengan lauk pauk ni... Qisha tahu, atok ngan nenek suka lauk ni, kan?"

"Bertuah siapa dapat Qisha ni...! Lepas ni Araf, habislah perut tu!"

"Ish, nenek ni! Araf jaga badanlah...! Takpe nanti Araf kena rajin pergi gym... Kan, sayang?" Sambil memeluk pinggang ramping Qisha.

"Yelah tu... Mula-mula, mungkin! Lepas tu, entahlah!"

"Araf janji... Atok nenek akan tengok badan Araf macam ni je... Maintain, perut Araf tak buncit...!"
Sambil memegang perutnya.

"Atok, nenek jangan risau ya... Qisha akan jaga abang elok-elok...! Atok ngan nenek pun, jaga diri, ya...!"

"Yelah, kalau Qisha dah cakap macam tu... Ria, kami balik dulu ya.. Araf, Qisha, atok nenek balik dulu, ya... Nanti kami datang semula...!"

"Araf, ubat jangan lupa!"

"Nenek ni... yelah, Araf tak lupa."

"Jaga diri elok-elok!"

"Baik, atok, nenek!"

"Terima kasih pakcik, makcik...!" Ibu dan Papa menyalami atok dan nenek.

Qisha dan Raf menyalami lalu dipeluk tubuh kedua-duanya.

"Rayyan, thanks ya hantarkan atok nenek balik...!"

"No hal, bro! Lagipun, aku pun nak balik ni...! Anyway, selamat pengantin baru, Raf, Qisha!"

"Thanks Yan! Err, Yan... Be careful ya...!"

"Err, Raf, Qisha... Jangan nakal-nakal, tau!" Sambil mengenyitkan matanya ke arah Qisha dan Raf... Malu pulak Qisha dan Raf dengan usikan Rayyan...

"Assalammualaikum!"

"Waalaikumussalam...!" Qisha dan Raf menemani mereka hingga ke pintu rumah.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri mereka sejak tadi. Penumbuk dikepal.

'Sial! Korang dah kahwin, ya! Tunggu apa aku akan buat kat korang!'

"Sayang, jom kita masuk!" Isyraf menarik tangan Qisha. Baru kaki nak melangkah naik tangga menuju ke bilik...

"Aik, dah nak tidur dah? Awal lagi ni...!" Ah sudah! Angah ni... Terbantut niat keduanya...

"Raf, mehlah kita borak-borak! Awal lagi ni...!" Saja je Angah nak menyakat. Sabar jelah Raf! Papa dan Along turut berada di ruang tamu rumah itu... Along menemani Papa tidur di bilik tamu di tingkat bawah.

Ibu dan Kak Ngah turut serta dengan membawa air Nescafe panas, yang menjadi minuman kegemaran keluarga mereka. Nasib baik Raf ni tak cerewet... Apa yang dihidang, semua dibedal...

"Kak Ngah, sorry tau, adik tak tolong."

"Takpe, dik! Ibu ada tadi dengan Kak Ngah!"

"Yelah tu, dik! Adikkan memang sajakan tak nak tolong!" Angah, as usual...

"Ish, mana ada! Tadikan adik bekalkan lauk untuk atok nenek ngan Bella yang nak balik..." Qisha mempertahankan dirinya...

"Whatever...!"

"Abang, sudahlah tu...! Asyik nak menyakat orang je kerjanya" Hah, padan muka angah... Isteri tercinta dah tegur...

"Ala, rilekslah yang... ! Saja je buat gurau-gurau!"

"Ialah tu bergurau! Abang saja je kan nak kenakan dorang! Nak kacau pengantin baru, kan?"

"Apa pulak! Kitapun pengantin baru, apa?" Hish, bercakap dengan Angah memang takkan menanglah! Geleng kepala Kak Ngah dengan perangai suami kesayangannya.

"Meh kita minum! Layan Angah ni memang sampai bila pun tak habis... Minum... Raf, Jangan dilayan Angah tu!" Ibu dah bersuara...

"Along, bagi air kat Papa..."

"Adik, Raf... tak nak makan dulu, ke?"

"Kenyang lagilah, bu!"

"Nanti, lapar...turun makan... Lauk tadi ibu dah panaskan... Ada kat atas meja tu..."

"Baik, bu!" Selesai minum, Qisha dan Raf minta izin nak ke bilik... Badan dah melekit-melekit... Tak selesa rasanya...

"Raf, Qisha, naiklah... Rehat... Dah malam...!"

"Ya, bu! Memang nak naik, pun! Nak mandi! Badan melekit sangat, ni!"

"Rehat tau... Jangan nakal-nakal!" Ya Allah, Angah tak habis lagi mengusik...

"Angah..."

"Naik je Raf, Adik!"

"Raf..." Baru Angah nak sambung usikannya, Angah agak terkejut, apabila bibirnya ditonyoh dengan jari telunjuk Kak Ngah. Padan muka!

"Ish, apa ni, yang?"

"Sudah tu!"

"Ala, yang..."

"Abang tak malu ya, Papa, Ibu tengok abang macam ni!"

"Abang tak buat apalah...!"

"Abang usik lagi adik dengan Raf, abang tidur luar!" Hah, ambik ubat! Padan muka! Kacau lagi!

"Ala, yang! Janganlah macam ni...! Ok... Ok! Abang tak kacau dorang dah... Yang! Yang...!" Kak Ngah dah melangkah laju naik ke bilik... Padan muka kau, ngah!...

"Hahaha! Padan muka... Kacau orang lagi...! Tidur luarlah, Angah!" Qisha membalas dengan gelakkan... Suka betul dorang... Kali ni Angah dah tak boleh nak usik-usik orang lagi...

"Ibu, Papa, Along, kami naik atas dulu, ya?"

"Yelah... Naiklah berehat!"

"Baik, bu! Assalammualaikum!" Kedua-duanya melangkah naik ke bilik Qisha yang kini dah jadi bilik kelamin mereka.

"Along, nanti bawak Papa tidur, ya! Dah lewat ni...! Nanti ibu kemas meja ni!"

"Baik, Ibu. Papa, jom kita tidur...!"

"Ria, terima kasih, ya."

"Sama-sama, bang! Abang tidurlah, rehat..."

"Baiklah!"

Padan muka Angah, kena tidur luar... sakat orang lagi... Maaf, mendatar sikit... Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience