BAB 36 - CGKB - MARKAS

Romance Completed 24182

"Binatang kau! Jahanam!" Masing-masing terkejut mendengar suara yang tiba-tiba menerpa.

"Abang...!" Perlahan suara Qisha...

"Berani kau usik Qisha...! Setan! Kau memang jantan sial!"

Berdas-das tumbukan di lepasan ke arah jantan celaka itu... Isyraf bagai dirasuk syaitan... Hampir lunyai dibuatnya jantan jahanam tu...

"Abang... sudah! Abang...!" Bergetar suara Qisha.

"Raf! Sudah tu! Sudah tu!" Rayyan bertindak menahan tubuh Isyraf dari terus membelasah jantan jahanam tadi...

"Lepaskan aku! Lepaskan aku Rayyan! Biar aku ajar binatang ni! Lepaskan aku Rayyan!"

"Sudah Raf...! Qisha dah selamat...! Jangan buat gila, Raf!"

Turun naik nafasnya...

"Manusia macam ni tak layak untuk hidup!" Disepaknya kepala jantan jahanam tu.

"Sudah Raf! Mati dia nanti! Jadi satu hal pulak! Istighfar Raf! Istighfar...!"

"Abang...!"

"Rileks Raf! Mengucap Raf...! Mengucap...! Qisha selamat Raf...! Dia selamat, Raf!" Akhirnya Isyraf melepaskan tubuh lunyai jantan jahanam tu.

"Bos!" Kedengaran suara agen-agen yang baru tiba, mendatangi Isyraf. Mereka lengkap berpakaian dan bersenjata, melangkah ke hadapan Isyraf...

"Ikat mereka semua...! Ambik semua yang ada pada mereka...! Pastikan dorang tak terlepas!" Tegas suara Isyraf.

"Baik, bos!"

"Rileks Raf... Kau pergi lepaskan Qisha... Aku tolong Bella..." Dengan wajah sayu... Isyraf melangkah ke arah Qisha yang masih terikat... Air mata jantan mengalir... Sayu hati melihat insan kesayangan dalam keadaan menyayat hati...

"Sayang..." Qisha terlalu lemah akibat kecederaan yang dialaminya.

Keempat-empat jantan jahanam telah siap diikat dan pakaian di tubuh mereka ditanggalkan... Hanya kelihatan seluar pendek dan t-shirt hitam yang masih melekat di tubuh mereka.

"Bos, nak bawak dorang ke balai atau markas kita?"

"Markas kita! Raymond dan Gary tahu apa nak buat!" Rayyan yang mendengar perkataan 'markas' menelan air liur...! Serius doh, markas!

"Baik Bos! Kami gerak dulu!" Anggukan di berikan...

Selepas ikatan dilepaskan... Tubuh Qisha dipeluk erat... Lambat Qisha membalas pelukan Isyraf. Badan-badannya terasa sakit ketika ini.

Jaket tebal di badan Isyraf, ditanggalkan dan dipakaikan pada Qisha untuk menutup dada Qisha yang terdedah. Isyraf memeluk semula tubuh Qisha... Qisha menangis hiba...

"Sayang..." Wajah Qisha diusap... Terlihat kecederaan di wajah Qisha hingga meninggalkan kesan merah dan lebam hingga ke lehernya... Bibir Qisha yang pecah diusap... Lembut..

Kemarahnnya tidak dapat dibendung lagi.

'Korang akan mati di tangan aku!'

"Abang...!" Qisha masih dengan tangisannya...

"Shu...! Shu!" Kepala dan tubuh Qisha diusap dengan penuh kasih sayang.

"Sayang selamat...! Sayang selamat! Maafkan abang sebab lambat selamatkan sayang!" Tangisan Qisha bergema. Terhinjut-hinjut badannya menahan tangisan dan kesakitan di tubuhnya.

"Raf, aku rasa, kita kena keluar dari tempat ni!"

"Aku tahu!"

"Rayyan, Bella macamana...?"

"Alhamdulillah, dia ok! Tak seteruk Qisha...!" Rayyan memapah Bella...

"Maafkan saya tuan sebab tak jaga Qisha dengan baik! Maafkan saya!"

"No, it's ok Bella! Saya yang patut ucap terima kasih sebab masih bertahan dengan Qisha...! Rasanya kalau awak takde dengan Qisha, entah apa kan berlaku pada Qisha!"

"Terima kasih Bella!"

"Sayang..."

"Abang..."

"Ya, sayang..."

"Qisha nak balik rumah atok, nenek." Perlahan dan tergagap-gagap sebutan Qisha yang masih dalam tangisan.

"Ya, kita balik ya sayang..."

"Raf, aku rasa itu bukan idea yang baik!"

"Maksud kau?"

"Raf, kita kena bawak Qisha ngan Bella ke hospital...! Report kita dah buat...!" Rayyan menegah...

"Lagipun kecederaan Qisha, agak teruk...!" Rayyan menunggu jawapan dari Isyraf. Isyraf masih terdiam, memandang wajah insan kesayangannya yang sudah memejamkan matanya...

"Baik, aku ikut cakap kau...!"

"Sayang, kita pergi hospital dulu, ya! Abang teman sayang...!"

"Tapi, Qisha nak balik... Qisha... "

"Sayang... Dengar cakap abang! Sayang cedera...! Abang tak nak kecederaan sayang makin teruk...! Abang janji abang teman sayang!" Qisha menangis... Dia nak balik... Balik ke rumah atok dan nenek... Puas dipujuk, akhirnya Qisha mengalah...

"Tapi, Raf... Macamana report yang kita buat, tu...? Kita nak jawap apa... Qisha, Bella kita dah jumpa... Tapi, apa jawapan yang kita nak bagi kalau Tuan Inspektor tu tanya...?"

"Itu, kau jangan bimbang... Tahulah aku nak cakap apa...! Dah jom, kita bawak Qisha, Bella ke hospital! Nanti kita call Tuan Inspektor tu."

"Baik, aku ikut! Mari, Bella! Kita ke hospital...!"

Tubuh Qisha dicempung masuk ke dalam keretanya. Qisha di baringkan di seat penumpang di belakang beralaskan paha Bella, sementara Rayyan menemani Raf di seat penumpang bersebelahan Isyraf. Setiap detik, mata Raf akan memandang ke cermin pandang belakang. Kebimbangannya benar-benar terjadi hari ini.

Range Rover putih bergerak membelah kegelapan malam.

See, Raf dah belasah jantan jahanam tu... Tunggulah kat markas nanti... Siap siagalah ya tubuh badan korang... Bagaimana keadaan QIsha dan Bella selepas ini? Nantikan chapter baru... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience