23 - CGKB - PRAKTIKAL

Romance Completed 24182

Alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan akhir. Yeah... Free! Qisha dan Rayyan kini sedang cuba-cuba mencari kerja-kerja yang sesuai sementara menanti keputusan akhir tahun atau dalam erti kata lain, praktikal. Raf awal-awal lagi sudah meminta izin dari Ibu untuk mengambil Qisha bekerja dengannya sementara menanti keputusan peperiksaan.

Pada mulanya Ibu seakan melarang, memandangkan kerja-kerja yang Raf lakukan agak berbahaya... Namun, dengan campur tangan Along, Angah... Raf berjaya meyakinkan dan melembutkan hati Ibu sebab seperti yang Raf katakan sebelum ini, Raf di bahagian pengurusan dan tentunya Raf hanya akan stay di pejabat. Rayyan, pandai-pandailah dia cari kerja dia sendiri. Lagipun, Raf ngan Rayyan tak boleh bertemu... Faham-faham jelah...

"Makcik jangan risau, Qisha akan teman Raf dalam pejabat je... Hal-hal luar ni, Raymond dan Gary yang handle..." Terang Isyraf. Ibu masih bimbang... bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak baik pada anak bongsunya...

"Ibu... Janganlah risau sangat! Adik boleh jaga diri sendiri... Lagipun, adik duduk kat ofis je..."

Ibu masih lagi terdiam. Macamana nak buat Ibu yakin...

"Macam nilah... Apa kata Rayyan kerja sekali dengan saya, sekurang-kurangnya, Rayyan ada sekali dengan Qisha... Dan tak timbul isu berdua je dengan Qisha dalam ofis nanti! Balik, saya akan pastikan Qisha sampai denpan rumah Makcik, ya!"

"Qisha dan Rayyan akan bantu saya buat paperwork, akaun dan hal-hal pejabat je!"

"A'ah! Suruh dorang kemas sekali, sapu sampah. Qisha jadi tealady ke...! Jangan nak goyang kaki je!"

"Eleh, Angah ni! Adik taulah!"

"Angah bagitahu je...! Adik ni bukan boleh percaya... ! Awak dibayar gaji tau!"

"Yelah Angah... Adik taulah...! Ish, sibuk je!"

"Bolehlah, bu! Raf pun bagi Rayyan kerja sekali... Adik ada kawan nanti...! Boleh ya, bu?"

"Biarlah, bu! Bukan dengan orang lain pun... Raf ngan Rayyan kan ada... Ibu takyah risau sangatlah...!" Along cuba meyakinkan Ibu.

"Betul tu, bu! Lagipun, Raf, kan... bakal menantu Ibu!" Ah, sudah! Angah dah mula... Aduh... Raf dah menggosok tengkuknya yang tak gatal... Angah... Angah... Qisha menjeling je Angah yang kelihatan tersengeh-sengeh...

"Baiklah, kalau semua dah cakap macam tu... Tapi, Ibu minta sangat Adik jaga diri... Ibu takut hal sama berulang... Ibu takut Adik diapa-apakan...!"

"Ibu jangan risaulah... Adikkan ada kick boxing!" Angah meyakinkan Ibu.

"Oh, ya! Cakap pasal kick boxing... Habis tu, latihan Adik, macamana? Takkan nak separuh jalan je?" Along mahukan kepastian.

"Tak... Adik dah bincang dengan abang Zachary... Dengan Kak Eisya... Adik hanya datang training hujung minggu je... ! Kalau hari biasa, takut terkejar-kejar pulak...!"

"Tak penat ke, dik?"

"Taklah, bu! Hujung minggu, Adik ambik hari Sabtu... atleast Ahad, Adik boleh rehat sebelum kerja semula hari Isnin...!"

"In shaa allah, Ibu jangan risau... Raf, Rayyan ada, kan! Kita doa yang baik-baik aje, ya!" Ibu mengangguk setuju... Along mengusap lembut bahu Ibu...

"Terima kasih Ibu... Nanti adik call Rayyan...!" Qisha memeluk tubuh Ibu...

"Eh, Adik! Bukan bulan depan adik ada tournament ke? Kan, Adik dah bagi nama. Adik lupa, ke?" Qisha terkejut... OMG, tournament! Aduh, Qisha betul-betul terlupa... Mana taknya... dok angau setiap hari dengan buah hati... Taekwando ke mana, kick boxing ke mana!

"Ya Allah! Adik betul-betul lupa! Nasib baik Along ingatkan...!"

"Tournament... Qisha ada tournament? Tournament apa? Kick boxing ke? Awak biar betul?" Soal Isyraf yang masih terkejut...

"Tak payah terkejut, Raf! Ini bukan pertama kali Qisha bertanding...!" Isyraf masih tak boleh nak hadam kata-kata Along, Angah... Macam-macam
benda bermain di fikirannya...

"Ala... Rilekslah, Raf! Ibu pun sebelum ni, macam Raf... Tekejut...! Takut Qisha cedera... Tapi, alhamdulillah...Qisha ok... Tak cedera, pun!"

"In shaa Allah, Raf... Takyah bimbang...! Hari bertanding nanti, ikut sekali... Tengok Qisha bertarung...!" Ajak Along.

Qisha terdiam saat melihat wajah cemberut Raf. Dia tahu Isyraf bimbang keselamatannya... Tapi, bukan itu yang Qisha mahu... Qisha mahu Raf sentiasa menyokongnya... Takpe, nanti Qisha pujuk Raf. Biar keadaan tenang dulu.

*************************************

"Awak..." Qisha nak menerangkan keadaan sebenar lalu membuat panggilan video. Dia nak tengok wajah risau Raf... Sebenarnya lebih kepada merajuk... Sis ulang, merajuk..! Hailah, siapalah yang tak risau... kick boxing tu... Buah hati nak bertarung!

"Awak...!"

"Raf... Janganlah macam ni!" Tiada sahutan, hanya renungan tajam yang Raf beri... Aduh, sudah! Payah macam ni... Qisha mana pernah pujuk orang... Dengan Rayyan pun, belanja McDonald je.. Dengan Raf... Nak ke dia McDonald...?

"Qisha janji... Qisha hati-hati nanti! Tolonglah Raf... Janganlah buat macam ni...!" Raf masih memandang wajah Qisha di screen telefon.

"Ok... Ok...! Lepas ni Qisha janji... Kalau ada apa-apa Qisha inform, minta persetujuan Raf dulu, ya? Raf...?" Ayo... lelaki kalau dah merajuk...

'Hai... macamana lagi nak pujuk ni?'

"Raf... benda ni dah lama dirancang... lepas dari tournament pertama dulu... lepas Qisha menang! Dah berbulan-bulan dah. Lagipun ni semua, sebelum kita bersama, kan? Tolonglah, jangan macam ni... Raf tak kesiankan Qisha, ke? Awak tak sayang Qisha, ya?"

"Sebab Raf sayanglah, Raf tak nak bagi Qisha masuk tournament tu!" Finally, Raf bersuara... Agak tinggi sedikit suaranya, namun bukan menengking atau memarahinya... Cuma nak menegaskan yang dia tak mahu Qisha masuk bertanding...

Qisha yang agak terkejut dengan ketegasan Raf, sudah mencebik bibirnya... Hailah, ngada kau, kan! Terasa kehangatan di tubir mata... Air mata mengalir perlahan di pipi comelnya...

'Ah, sudah!'

"Sayang... Raf tak marah...! Raf cuma takut Qisha cedera je! Raf tak nak apa-apa berlaku pada Qisha! Sayang faham, kan!" Raf cuba memujuk. Tiada sahutan... Hanya kedengaran esakan kecil...

'Ya, Allah! Tengah menangis pun, comel. Aduhai, macamana nak marah!'

Ni siapa kena pujuk siapa ni! Tadi, Raf merajuk, Qisha kena pujuk... Sekarang ni, Qisha pulak yang merajuk... So, Raf, pandai-pandailah kau pujuk, ya! Hailah, dua ketul ni!

"Qisha sayang! Please, sorry... sorry! Raf minta maaf... Raf tak sengaja... Please jangan macam ni!"

Hailah, kes merajuk pulak... tadi Raf, sekarang Qisha pulak... Pandai-pandailah korang pujuk ya... Sis malas nak layan...Enjoy reading

Share this novel

@Autumn Levander
2021-09-13 13:12:41 

Comei aje dia merajuk. Cepat2. Pujuklah dia Raf


NovelPlus Premium

The best ads free experience