BAB 32 - CGKB - PANIC ATTACK

Romance Completed 24182

"Nenek, cakaplah dengan Qisha...! Kenapa dengan Abang...? Apa yang berlaku...? Kenapa abang macam ni...?"

Bella yang melihat Qisha seperti hilang akal... cuba memujuknya... Tubuh Qisha dipeluk...

"Qisha... sabar ya... Nanti nenek cakap... Qisha, cool down dulu!"

"Ya, Qisha... Bagi atok selesaikan semua..."

Setelah hampir 5 minit... atok mula bersuara...

"Isyraf ni, masalah dia satu je, dia tak boleh terlalu bimbang, lepas tu panik...Bila dia panik, dia jadi takut sangat, badan dia, dan tangan akan berpeluh, menggigil... Apa doktor cakap... panic attack! Hah, macam tulah bunyinya..." Terang atok. Nenek sekadar menganggukkan kepalanya.

"Panic attack?"

"Tapi, macamana abang boleh kena panic attack?"

"Selama berbulan-bulan Qisha kenal abang, Qisha tak pernah nampak pun abang macam ni... Waktu Qisha kena serang malam tu, abang okay je berlawan dengan orang jahat tu...! Qisha tak faham...!"

"Macam ni Qisha... Araf akan rasa susah hati, terlalu memikirkan hal orang-orang yang rapat dengannya, lagi-lagi orang yang dia sayang... Macam arwah papa Araf... sebelum meninggal dunia, Araf mengalami panik attack ni... sebab terlalu runsing... terlalu fikirkan arwah...Araf dok fikir-fikir macam-macam akan berlaku... Lepas tu, arwah papanya meninggal dunia..."

"Kemudian, anak atok, arwah mamanya pula yang meninggal sebab kanser... Sebelum tu, Araflah yang menjaga arwah... ke mana Araf pergi, dia akan bawak sekali arwah mamanya... jadi Araf ni terlalu sayangkan kedua-dua arwah mama dan papanya..."

"Dia keseorangan... Sebab terlalu risau, terlalu runsing, bimbang... Dia akan rasa seolah-olah dia akan ditinggalkan. Tu yang buat dia ketakutan... "

"Atok nenek pernah ajak dia duduk sini... Tapi, tahu jelah, dekat kampung ni apa sajalah yag dia boleh lakukan... Lagipun, Isyraf je yang boleh sambung tugas papa dia..."

"Sekarang ni... Sebab dia sayangkan sangat Qisha... Dia bimbang, risau, takut apa-apa akan berlaku pada Qisha..."

"Atok harap sangat Qisha bersabar dengan Isyraf ya... Nak harapkan atok, nenek, kami jauh... Jadi, Qishalah orang yang paling dekat dengan dia. Atok nenek harap sangat Qisha dapat faham keadaan dia..."

"Kalau tak silap atok, kawan baik dia kat pejabat besar tu... Siapa ke namanya... Raman..."

"Raymond ngan Gary, tok...!"

"Hah, ya... budak-budak tu tahulah... Kalau Araf kena macam tu, dorang tahulah nak buat apa... ubat Araf pun dorang tahu kat mana... Tapi, kalau atok... Atok tak nak bagi Araf ubat tu... Biar atok ubatkan dia cara lama... cara tradisional..."

"Qisha tak pasti pasal ubat tu... Takpe, nanti Qisha tanyakan Raymond atau Gary... Eh, nanti! Dalam beg abang... Nanti Qisha carikan..."

Masing-masing memandang sayu Isyraf yang sedang terbaring lesu...

"Takpe, atok, nenek pergi rehat ya...! Biar Qisha, yang jaga Abang malam ni, ya?"

"Rayyan dan Bella teman Qisha kat sini...!" Rayyan mula bersuara.

"Boleh ke...? Tak susahkan Qisha, Rayyan, Bella?"

"In shaa Allah, boleh je nenek!"

"In shaa Allah, tak susah apapun! Apa-apa nanti, Qisha beritahu, ya...? Atok, nenek rehatlah..."

"Kalau Qisha dah cakap macam tu... Baiklah! Atok ngan nenek masuk rehat dulu, ya?"

"Baik, tok!" Serentak mereka menganggukkan kepala.

Atok dan nenek melangkah ke bilik mereka... Qisha ke dapur mengambil air panas... dan sehelai tuala bersih... Tubuh Isyraf tiba-tiba panas membahang... Pasti Isyraf mengalami kejutan...

Tuala bersih itu, Qisha basahkan dengan air panas yang telah dicampur air paip, kemudian dilapkan di dahi dan wajah Isyraf... Begitu juga tangan dan tubuh Isyraf...

Terpampang lesu dan kerutan di wajah kesayangannya... Qisha tidak sangka sama sekali hidup Isyraf... Kehilangan orang yang disayanginya, menjadikan Isyraf trauma begini...

'Qisha akan jaga abang, sayang abang macamana abang sayang Qisha... Qisha takkan tinggalkan abang!'

Wajah kacak Isyraf yang pucat itu diusap... Tak terucap betapa sayangnya Qisha pada Isyraf... Tangan Isyraf digenggam erat... Sesekali diletakkan di bibirnya... dicium...

"Abang cepat bangun, ya...? Qisha tunggu abang!" Sambil mengusap wajah kesayangannya. Bella yang melihat perilaku Qisha melelehkan air matanya... Rayyan cuba memujuk Bella yang terhinjut-hinjut tubuhnya menahan kesedihan.

Berkali-kali juga tuala dibasahkan dan diletakkan di dahi Isyraf... Kekadang dilapkan di seluruh wajah dan tangan dan sesekali ditubuh Isyraf...

Jam menunjukkan hampir 3 pagi... Rayyan sudah pun melelapkan matanya di kerusi panjang... Bella berbaring di lantai beralaskan kusyen... Qisha masih setia menunggu Isyraf...

Qisha baru nak melelapkan mata... terasa ada gerakan di genggaman tangannya...

"Abang..." Perlahan suaranya agar tidak mengejutkan yang lain... Wajah Isyraf diusap....

"Abang..." Perlahan Isyraf membuka matanya.

"Alhamdulillah...!" Wajah kesayangannya diusap.

"Abang nak air...? Qisha ambikkan...!" Belum sempat Qisha melangkah, tangannya ditarik, terduduk Qisha.

"Abang tak nak air...! Abang nak sayang...!" Tangan Qisha digenggam... Wajah mendung Qisha direnung...

"Abang minta maaf, dah susahkan sayang...!"

"Tak mahu cakap macam tu... Qisha yang patut minta maaf, sebab susahkan abang...! Maafkan Qisha...!" Air mata keduanya mengalir...

Qisha mengusap air mata Isyraf... Kali pertama melihat air mata lelaki, milik cinta hatinya... Isyraf mengusap air mata Qisha yang laju mengalir menuruni pipinya...

"Qisha minta maaf... Qisha tak tahu abang risaukan Qisha sampai macam tu sekali... Qisha..."

Isyraf meletakkan jariya di bibir comel Qisha...

"Abang minta maaf sebab dah takutkan sayang...! Abang takut kalau sayang tinggalkan abang...! Abang tak nak sayang tinggalkan abang! Abang..." Isyraf semakin sebak, begitu juga Qisha...

"Tak! Tak! Qisha janji! Qisha takkan tinggalkan abang...! Qisha akan sentiasa menemani abang...!" Sayangnya Qisha pada Isyraf tak terperi...

Tangan Qisha digenggam erat dan sesekali Isyraf akan meletakkan kekura tangan Qisha di bibirnya... Diciumnya, lama...

"Abang tidur ya... Qisha temankan Abang...!" Rambut Isyraf diusap, lembut.

"Terima kasih sayang...! Terima kasih sebab sudi terima kekurangan abang! Abang sayang Qisha" Senyuman manis Qisha berikan.

"Qisha sayang abang. Terima kasih juga sebab terima baik buruk Qisha."

"Dah, abang rehat ya... Qisha ada je kat sini"

"Qisha sayang abang... Sayang sangat!" Dahi Isyraf dicium... Tubuh tegap itu dipeluk erat... Sehingga terlena kedua-duanya... Qisha terlentok sisi tubuh Isyraf... Kesian Qisha, tidur dalam terduduk...

Panic attack ni kalau dah kena, masalah tau... Kesian Isyraf kan... Banyak kenangan yang menyakitkan yang menjadi punca dia kena panic attack... Qisha, jaga Raf ya... Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience