BAB 41 - CGKB - MENANTU

Romance Completed 24182

Setelah mencuba berhari-hari, akhirnya mereka kembali ke rumah lama mereka di mana Papa masih setia menghuni rumah itu.

Kehadiran mereka berlima disambut oleh Makcu, adik bongsu Papa.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Kak Ria, Along, Angah, jemput masuk...!" Satu persatu disalamnya. Mata makcu terhenti saat memandang seraut wajah cantik milik Qisha... Qisha yang masih keadaan serba salah, hanya memandang dengan kerutan di dahinya... Pandangannya dialihkan ke arah Isyraf. Isyraf menganggukkan kepalanya...

"Qalisha Qadeeja..." Tegur Makcu... Qisha menganggukkan kepalanya....

"Allahuakhbar... Allahuakhbar! Qisha... Makcu minta maaf, Qisha...! Makcu minta maaf! Allah...! Cantiknya anak buah Makcu ni!" Qisha dipeluknya dan wajah Qisha dicium bertalu-talu.

Qisha membalas pelukan Makcu. Pelukan dileraikan. Qisha tergamam.

"Mari kita masuk...! Nanti Makcu bawak Papa keluar, ya?"

Sedang leka berborak sesama sendiri, kelihatan Makcu sedang menolak Papa menggunakan kerusi roda.

Masing-masing tergamam sebenarnya. Papa berkerusi roda.

Bagaikan ada karan yang memanggil, Along menghulurkan tangannya menyalami Papa, kemudian dipeluknya tubuh tua itu.

"Papa" Diikuti Angah dan Isyraf. Saat Isyraf menyalami Papa, Papa sedikit terkejut. Lama dipandang wajah Isyraf bersilih dengan wajah Qisha. Namun Qisha langsung tidak memandang ke arah Papa.

"Ria, apa khabar?"

"Alhamdulillah... Macam nilah! Abang macamana?"

"Macamana yang Ria nampak...! Dah tak berdaya, tak bertenaga! Hanya bergantung pada kerusi roda!"

"Papa...!" Tangan Papa digenggam Along.

"Barangkali ini balasan buat Papa... Kifarah atas kejahatan yang Papa dah lakukan pada korang..." Sambung Papa lagi.

"Papa... Tak perlulah ungkit semua tu...!"

"Setiap hari setiap masa, Papa sentiasa dihantui perasaan bersalah, long! Papa rasa sangat bersalah buat Along, Angah, Adik dan Ibu macam ni!"

"Papa, sudahlah...! Kami dah ada depan mata Papa, kan?"

"Ya, Papa bersyukur sebab anak-anak Papa ada depan mata! Tapi, Papa dah rugikan masa Papa melihat anak-anak Papa membesar... Berjaya macam sekarang ni...!" Papa menghamburkan tangisannya... Kesian Papa...

"Adik... salam Papa!" Along memanggil Qisha. Namun Qisha diam tak terkutik. Tangan Ibu masih digenggamnya... Diramas-ramasnya tangan Ibu.

"Qalisha Qadeeja, anak Papa!" Papa memanggil dengan tangisan yang berlagu.

"Adik tak ingat Papa? Adik marahkan Papa? Adik bencikan Papa?" Tiada jawapan.

"Adik, tak baik buat macam tu. Papa, tu kan?" Angah pula cuba memujuk.

"Papa tahu, Adik bencikan Papa, marahkan Papa! Papa tahu Papa berdosa, Papa salah sebab abaikan korang...!"

"Papa, sudahlah..."

"Papa bodoh, ngah! Bodoh sangat! Senang diperbodohkan! Papa halau korang... ! Allahuakhbar!" Dada Papa Angah urut... Isyraf hanya mampu memandang suasana pilu itu...

"Papa hanya mahukan kemaafan dari anak-anak Papa, dari Ibu kalian... sebelum mata Papa tertutup..!"

"Papa, jangan cakap macam tu!"

"Papa rayu, ampunkan Papa... Papa rela sujud kaki korang untuk pohon kemaafan...!"

Buk! Papa jatuh ke lantai... Papa mengesotkan dirinya menghala ke Qisha...

"Papa! Papa, maafkan Adik, Pa! Maafkan Adik! Qisha sayangkan Papa! Qisha minta ampun!" Pelukan Qisha dieratkan. Kerinduan Qisha selama ini terubat sudah.

"Papa rindu anak-anak Papa! Papa sayang anak-anak Papa! Maafkan Papa! Maafkan Papa!" Pelukan dipereratkan. Along, Angah dan Qisha berpelukan dengan Papa. Rindu mereka selama ini terlerai sudah.

Ibu dan Makcu tidak mampu menahan air mata dari mengalir deras. Isyraf yang memandang keluarga bahagia ini, mengusap tubir matanya. Matanya bertentang dengan mata Qisha dan senyuman manis terukir di bibir keduanya.

"Ria, abang minta maaf banyak-banyak! Terima kasih sebab dah didik anak-anak kita jadi orang yang baik! Abang bangga dengan Ria!"

"Ria hanya lakukan apa yang diamanatkan...!"

"Terima kasih Ria, Along, Angah, Adik...! Terima kasih sebab maafkan Papa dan terima kasih kerana masih mampu menerima Papa dalam hidup korang!" Papa masih dengan sisa air matanya.

Keadaan sunyi seketika...

"Maaf Ria, ini siapa?" Along Angah dah tersengeh-sengeh.

"Papa, ini Isyraf! Bakal menantu Papa!" Qisha dah menyorok wajahnya di belakang Ibu.

"Menantu Papa? Maksudnya.... Adik nak kahwin... Anak Papa dah nak jadi isteri orang? Allah, Papa tak sangka anak Papa dah besar...!" Papa menarik tangan Isyraf lalu dipeluknya tubuh Isyraf... Terpinga-pinga Isyraf dibuatnya... Tubuh bakal mertuanya dipeluk kembali.

"Alhamdulillah... Papa restu! Papa restu anak menantu Papa nak disatukan...! Alhamdulillah!"

"Angah pun, Pa! Angah pun nak kahwin dah!"

"Alhamdulillah, Alhamdulillah! Allah, syukur Papa masih diberi kesempatan melihat anak-anak Papa naik pelamin..."

"Err... Along?"

"Along takde orang nak, Pa!" Ah, sudah! Angah dah start dengan perangai menyakatnya...

"Along belum ada jodoh, Pa...! In shaa Allah, nanti Papa doakan Along, ya?"

"In shaa Allah, Papa akan doakan moga Along juga akan bertemu jodoh!"

Ibu memegang bahu Isyraf.

"Terima kasih Raf!"

"Untuk apa, bu?" Dah panggil Ibu tau, bukan makcik lagi...

"Untuk segala-galanya... Kehadiran Raf banyak membahagiakan hidup Qisha, hidup Ibu sekeluarga...!"

"Itu yang kita mahukan... Kebahagiaan hakiki! Sekurang-kurangnya Raf dapat menumpang keluarga bahagia Ibu!"

"In shaa Allah!"

Hari ini, hari yang cukup membahagiakan mereka sekeluarga, termasuk Isyraf. Papa cukup berselera hari ini dapat menghabiskan masa bersama-sama bekas isteri dan anak-anaknya yang telah lama terpisah.

Berselera benar nampaknya Papa, dapat makan tengahari bersama-sama. Lagi-lagi dapat merasai air tangan bekas isterinya yang sememangnya tak dapat disangkal lagi kehebatannya dalam menyediakan masakan.

"Alhamdulillah, terima kasih Ria... Ria pandai tarik selera abang, masih macam dulu..." Suara Papa semakin perlahan.

"Abang..."

"Kalau tak kerana kebodohan Abang, kita tentu dah bahagia sekarang ni, kan?" Papa masih dengan kesedihannya.

"Sudahlah, bang...! Tak perlu diungkit benda yang lepas...! Ria dah maafkan abang, dunia akhirat" Pujuk Ibu... Ya, talak 3 yang Papa ucapkan, benar-benar menyentak hati perasaan Ibu... Tiada siapa mahukan perpisahan... Suasana sunyi seketika... Masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri...

"Abang minta maaf, Ria... Abang minta maaf sangat! Sebab Ria kena harungi kesusahan hidup... Membesarkan anak-anak sendirian"

"Papa... tak yah cerita benda yang lepas, ya?" Qisha cuba memujuk...

"Takpe dik! Biarlah, hari ni Papa nak lepaskan semuanya... Papa malu dengan diri Papa sendiri...! Hanya kerana harta pusaka... Papa jadi buta... buta hati!"

"Papa jadi tamak haloba...! Papa lupa keluarga Papa! Papa lupa anak isteri Papa...! Dan... inilah balasan Tuhan... pada Papa!"

"Selama ini, Papa ingatkan 'dia' manusia sebaik malaikat, rupanya syaitan bertopengkan manusia... Papa kehilangan keluarga Papa kerana 'dia'... Bodohnya Papa!"

"Sekarang, Papa sendirian... Di kerusi roda ini... Menghabiskan sisa-sisa hidup mengharapkan kemaafan dari kalian semua... Keluarga Papa!" Papa menghamburkan tangisannya...

"Papa, Along janji... Along akan jaga Papa... Selagi hayat di kandung badan, Along takkan biarkan Papa sendirian...! Along janji, Pa! Along janji!" Along memeluk tubuh Papa dengan linangan air matanya...

"Angah pun sama...! Angah takkan biarkan Papa sendirian...!"

"Adik sayang Papa... Jangan macam ni, Pa! Kita akan jadi satu keluarga semula, ya!" Berpelukan anak-beranak itu untuk kesekian kalinya. Isyraf menjadi sedih melihat suasana yang meruntun jiwa itu.

"Sudah, sudahlah tu... Takmu sedih-sedih lagi... Kita dah bertemu, kan... Kita buang yang keruh ambik yang jernih... Harap semua ni kita jadikan pengajaran... Sudahlah! Makcu dah tak tahan asyik meleleh je ni... !" Usik Makcu... Ya, betul tu... Buang yang keruh ambik yang jernih...

Suasana yang tadinya suram, kini diselangi dengan gelak tawa dengan usikan Angah yang memang terkenal dengan perangai menyakatnya... Dan tentunya Isyraf menjadi mangsa... Merah padam muka Isyraf kena sakat...

Jelas kegembiraan di wajah mereka semua. Isyraf bersyukur Qisha akhirnya dapat memaafkan Papa... Alhamdulillah... Doanya moga perkahwinan dengan Qisha, dipermudahkan.

'Terima kasih Ya Allah!

Alhamdulillah, keluarga Qisha dan bersatu dan Isyraf dapat bertemu dengan bakal mertuanya... Maaf, lewat sedikit malam ni update... ada teknikal problem... sorry guys! Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience