"Along, kita nak melawat siapa?" Tanya Qisha ketika di dalam lif.
"Kawan Along..." Jawab Along pendek.
"Kawan mana? Adik kenal ke...?" Qisha tak puas hati. Along hanya berdiam diri.
Ting! Pintu lif terbuka.
Kaki Along melangkah laju, Qisha hanya membontoti Along... Tangannya masih dipegang Along...
"Eh, Raymond, Gary... You all buat apa kat sini?" Raymond dan Gary berpandangan...
"Qisha... Come...!"
"Hei! Kenapa semua ni?"
"Adik..." Belum sempat Along menyambung percakapannya...
"Waris Isyraf Iskandar...!" Terdengar nama Isyraf Iskandar dipanggil dari dalam operation room...
"Qisha go... They call you...!" Qisha masih terpinga-pinga tak faham apa yang berlaku... Namun, dadanya hebat berdegup ketika ini...
Along menarik tangan Qisha dan bertemu dengan doktor yang bertugas...
"Maaf, Puan, Tuan?" Seorang doktor wanita, mula bertanya...
"Saya abang ipar pesakit... dan ini adik saya, isteri pesakit"
"Oh... Macam ni, Tuan, Puan! Pesakit masih belum sedarkan diri... Pesakit mengalami patah kedua belah kaki, tangan dan rusuk kiri... Pihak kami dah melakukan terbaik... Namun, pesakit masih belum sedarkan diri...
"Walaubagaimanapun, pesakit dalam keadaan stabil... Kami akan pindahkan pesakit ke unit rawatan rapi... Waris boleh melawat selepas sejam pemindahan ya... nanti, pihak waris akan diinform oleh nurse yang bertugas."
"Terima kasih doktor"
"Sama-sama... Doa agar pesakit terus kuat... Dan, Puan, banyakkan bersabar dan Puan kena kuat hadapi kenyataan... Bagi pesakit semangat... In shaa Allah... Segalanya akan baik... Kita berserah pada Allah, ya!"
"Along..." Qisha yang tergamam dari tadi... terkejut yang amat sangat... Terus memeluk tubuh Along... Qisha menghamburkan tangisannya di dada bidang Along... Along memeluk tubuh Qisha seolah-olah memberi kekuatan padanya... Belakang Qisha diusap...
Suasana hiba menyelubungi ruang rehat diluar bilik ICU... Suara tangisan Qisha bergema digenap ruang... Bella yang baru tiba bersama Rayyan... Mengalihkan pandangannya... Air matanya tidak dapat ditahan... Bella menangis di dalam dakapan Rayyan... Rayyan sendiri tergamam dengan suasana yang penuh kesedihan itu...
"Along... Raf...! Raf! Ab..." Qisha sudah pun terkulai layu di dalam dakapan Along... Suasana panik seketika... Qisha pengsan...
"Adik! Adik! Pipi Qisha ditepuk berkali-kali...
"Nurse, Doktor! Tolong!" Doktor wanita yang memberi penerangan mengenai Raf datang membantu... Qisha dibaringkan di katil di ruang bersebelahan bilik ICU... Pipi Qisha ditepuk berkali-kali... Masih tiada reaksi...
Along panik... Namun, sedikit kelegaan dirasakan melihat tubuh Ibu di hadapanya...
"Ibu...!" Tubuh tua itu dipeluknya...
"Allahuakhbar! Apa semua, Along...! Adik mana?" Along menarik tangan Iu menghala ke arah Qisha yang terbaring kaku... Wajah pucat itu diusap... Air mata Ibu mengalir juga...
"Adik... Bangun, dik! Ibu datang ni! Adik, bangun sayang!" Ibu menangis melihat Qisha tidak memberi apa-apa reaksi.
"Ibu, sabar ya." Kak Ngah memujuk Ibu. Bahu Ibu diusap... Angah hanya mampu menundukkan kepalanya... Wajahnya diraup...
"Raymond, Gary! Apa yang berlaku sebenarnya!?"
"Raf kena langgar...! Langgar lari...!"
"Langgar lari? Siapa yang langgar?"
"Fikry! Kami dah dapat bukti kukuh... Tapi, jangan risau, aku takkan serahkan pada polis! Aku tahu nak buat apa dengan si jahanam tu!"
"Bawak dia ke markas bila dah dapat tangkap si jahanam tu!" Arah Along.
"Don't worry! Aku tahu!" Raymond membalas.
"Good! Kalau macam tu, aku nak join nanti...! Celaka punya jantan! Tak habis-habis dengan perangai syaitan!" Sambung Angah.
Hampir sejam, Qisha tidak sedarkan diri...
"Abang..." Suara Qisha bergetaran.
"Ibu, adik!"
"Adik...! Ibu ni, sayang! Ibu ada!" Wajah Qisha diusap...
"Abang...! Qisha nak abang! Mana abang, Ibu? Abang mana?" Qisha meracau memanggil Raf... Ibu tak mampu menahan air matanya...
"Qisha sayang...Sabar, ya! Raf ada! Adik jangan macam ni... Adik!"
"Qisha nak Raf, bu! Raf! Qisha nak Raf!" Qisha masih menangis sambil menyebut nama Raf. Suasana cukup hiba waktu itu. Masing-masing hanya mampu menundukkan kepala...
"Adik... Adik, sabar ya! Raf ada kat dalam tu..! Adik jangan macam ni ya!" Along memujuk. Kak Ngah hanya mampu memeluk tubuh suaminya... Air matanya cukup mudah mengalir saat melihat adik iparnya yang dalam kesedihan...
"Along, adik nak Raf! Adik nak Raf! Along! Tolonglah... Adik nak jumpa Raf!" Tangan Along digoyang-goyangkan... Pilu hatinya melihat adik kesayangannya begini...
"Adik... Along bawak Adik jumpa Raf! Tapi, adik tak boleh macam ni... Adik kena tenang!" Qisha masih dengan tangisannya...
"Ibu..."
"Ya, sayang! Adik tenang ya! Istighfar banyak-banyak! Adik nak tengok Raf, kan?" Qisha menganggukkan kepalanya.
"Kalau macam tu, dengar cakap Ibu. Cakap Along! Adik kena tenang...! Kalau tak, macamana Adik nak jumpa Raf...! Raf tentu tak suka tengok keadaan Adik macam ni...!" Terhinjut-hinjut badan Qisha menahan tangisannya...
"Adik dah ok! Adik nak jumpa Raf, bolehkan Along, Ibu?" Qisha mengelap air matanya yang masih bersisa dengan lengan bajunya... Berkali-kali diulanginya... Air matanya seolah-olah tidak mahu berhenti dari mengalir.
"Ya... Mari! Along tunjukkan...! Adik kena kuat ya...!" Along memimpin tangan Qisha ke bilik ICU yang menempatkan Raf... Yang lain, hanya mampu memandang dari luar bilik kaca itu... Tangan Qisha kuat menggenggam tangan Along...
"Adik... Kita masuk, ya!" Qisha memandang sayu tubuh badan kesayangannya... Dengan wayar yang berselirat... Raf masih menggunakan bantuan pernafasan untuk bernafas... Sayunya hati Qisha saat ini...
"Abang... Allah!" Mulutnya dikatup dengan kedua belah tapak tangannya. Qisha tak mampu nak bersuara lagi... Air matanya mengalir semula... Melihat keadaan Raf yang cukup menyayat hati, menambahkan lagi kesedihannya.
Bagaimana perasaan Qisha selama ini... Patutlah jantungnya berdebar-debar... Hatinya sentiasa tak rasa selesa... Tak sedap hati...
"Abang! Abang dah janji takkan tinggalkan Qisha, kan? Abang janji takkan lukakan hati Qisha... Abang janji nak call Qisha...!"
"Abang! Bangun, bang! Abang, bangunlah! Jangan buat Qisha macam ni, bang!"
"Abang, abang bangunlah... Abang tak kesiankan Qisha, ke? Bangunlah, bang! Qisha takde teman nak tidur nanti! Abang...!" Berkali-kali tubuh Raf digoyang-goyangkan... Namun, Raf masih kaku.
"Adik... Adik... Istighfar sayang... Istighfar...! Jangan macam ni...! Kesian Raf, dik!" Ibu tak mampu bersuara. Sedih melihat keadaan Qisha. Bahu Ibu diusap Angah...
"Tolonglah, adik nak Raf! Kejutlah Raf bangun..! Abang, bangunlah!" Qisha masih menghamburkan tangisannya... Tangan Raf digenggam dan digoyangkan.
"Adik, jangan macam ni...! Adik kena kuat! Adik kena tabah! Raf tak suka tengok Adik macam ni, kan? Tolong! Dengar cakap Along!" Tubuh Qisha dipeluk, erat. Sedih... Along terlalu sedih melihat keadaan Qisha dan Raf. Tidak pernah dibayangkan, Qisha dan Raf akan jadi begini...
Masing-masing yang berada di luar bilik ICU, hanya mampu memandang dengan wajah sayu... Begitu juga dengan doktor dan nurse yang berada di situ. Masing-masing kelihatan mengelap tubir mata... Suasana sedih dan pilu menyelubungi wad ICU itu.
'Ya Allah! Dugaan apa yang Kau beri padaku! Kau berikanlah aku kekuatan, Ya Allah! Lindungilah suamiku!'
Ok, part ni sedikit sukar... Nak mendalami kesedihan... meracau... siap kena berlakon lagi... Kesian Raf! Qisha dah macam orang kena rasuk... Sedih sangat... Kita dah tahu, siapa pelakunya... Stay tuned... Enjoy reading...
Share this novel