Dalam kesibukan membuat persiapan majlis pernikahan Qisha dan Raf, mereka tetap berhati-hati agar setiap langkah mereka tidak diketahui Fikry.
Jangan tak percaya, Angah akhirnya berjaya pujuk tunangnya, Kaseh Kamelia untuk nikah sama dengan tarikh pernikahan Qisha dan Raf... Sibuk je... Tapi, impian dia nak nikah sekali dengan Qisha, tercapai... Along je belum jumpa-jumpa, jodohnya...
"Abang, barang-barang dah cukup je...?" Soal Qisha saat membeli barang-barang hantaran pernikahan mereka yang semakin hampir.
"Emm, barang-barang abang dah siap! Barang-barang sayang, macamana?"
"Setakat ni, Alhamdulillah... Semua dah lengkap."
"Err... rasa macam tak cukuplah..."
"Eh, barang apa...? Qisha rasa macam dah cukup ni... Baju nikah, kasut, sejadah dan Al-Quran, bunga, telekung, sampin, cincin kita, bunga... Eh, cukuplah, bang!" Berkerut dahi Qisha bila mendengar kata-kata Raf.
"Sayang lupa agaknya ni...!"
"Lupa apa pulak? Qisha dah catatkan tadi dalam kertas... Tu, kat tangan abang..." Sambil jari runcingnya menghala ke arah kertas di pegangan Isyraf.
"Barang apa pulak, bang?" Isyraf masih tersengeh-sengeh.
"Sayang lupa hati sayang kat abang..." Sambil berbisik ke telinga Qisha... Allah, dah lamalah ni tak bersweet-sweet bagai... Ngada tau! Merona wajah Qisha... Malunya...
"Abang ni..." Qisha dah tersipu-sipu menahan malu. Haishhh, mengadanya... Sis dah letih tau...!
Sedang Raf memasukkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet kereta, tiba-tiba Raf terperasan kelibat Fikry di seberang jalan... Sambil memandang ke arahnya...
"Raymond! Gary!" Jerit Raf... Qisha terkejut mendengar jeritan Raf...
"Bos!" Kaget mereka melihat Raf agak kelihatan terkejut.
"Fikry! Fikry! I saw him! I saw him! Stay here! Jaga Qisha...!"
"Raf! Stop! Jangan Raf!" Raymond menahan tangan Raf dari terus mengejar Fikry.
"Sabar, Raf! Jom kita balik dulu! Raf!" Gary cuba memujuk Raf, bimbang akan berlaku panic attack nanti.
"Abang, kenapa ni? Raymond, Gary?" Raymond dan Gary berpandangan... Macamana nak beritahu Qisha ni...
"Abang, abang pucat ni...! Ray, Gary... kenapa dengan Raf?" Tangan mereka digoncang Qisha...
"Ray! Gary...? Kenapa Raf ni?"
"Abang... Abang..." Dada Raf di urut perlahan... Laju pernafasannya. Air mineral di tangannya, dituangkan sedikit ke tapak tangannya dan disuap ke wajah Isyraf.
"Fikry...! Kami nampak Fikry di seberang jalan" Terang Raymond... Melopong mulut Qisha...
"Fik... Fikry?" Tanya Qisha lagi... Raymond dan Gary mengangguk... Wajah Raf dipandangnya... Patutlah Raf kena panic attack... Dia terkejut... Tak sangka Fikry akan mencari mereka hingga ke sini...
"Raymond, boleh hantar kami ke rumah Qisha...?"
"Baik Qisha...!" Gary diarahkan menaiki kereta di belakang. Kereta Range Rover milik Raf dipandu Raymond. Isyraf dibaringkan di seat belakang berbantalkan paha Qisha...
Sepanjang perjalanan mereka, Qisha tak henti-henti beristighfar dan berzikir di telinga Isyraf... Wajah Isyraf sesekali di sapukan dengan air mineral... Pucat wajah Isyraf... Allah, nasib baik tak teruk macam hari tu...
Gary sentiasa rapat mengekori kereta milik Raf yang dipandu Raymond. Janji mereka pada Papa Raf, apapun yang berlaku mereka akan melindungi Raf. Raymond dan Gary orang kepercayaan arwah Papa Raf...
Sebelum Raymond dan Gary, Papa Raymond dan Papa Gary merupakan share partner. Jadi secara tidak langsung, mereka bertiga penyambung delegasi papa-papa mereka.
Setibanya di rumah Qisha, Raf di papah masuk dan dibaringkan di sofa panjang. Gary sempat menelefon beberapa agen mereka yang berdekatan untuk melindungi rumah Qisha...
"Eh, adik! Kenapa ni? Kenapa dengan Raf?" Ibu tergamam melihat Raf terbaring dengan wajah yang agak pucat.
"Hah! Raf, kenapa? Kenapa?" Along dan Angah yang mendengar jeritan Ibu, turun berlari ke tingkat bawah.
"Raf kena panic attack!"
"Hah, panic attack...? Meh sini Along tengokkan..." Along cuba memeriksa nadi Raf...
"Apa yang berlaku ni, dik?" Ibu masih cuba mendapatkan penjelasan dari Qisha.
"Raf nampak Fikry!"
"Hah! Fikry! Kat mana?" Angah tak puas hati.
"Biar saya terangkan..." Raymond menceritakan segala yang berlaku. Berbagai reaksi wajah yang ditunjukkan mereka.
"Oh, patutlah beli barang pun, ada bodyguard temankan...! Allah, macamana sekarang ni?"
"Haishh! Macamana Fikry boleh tahu korang ada kat sana...?"
"Entahlah, bu...! Memang tak tahu nak cakap apa!"
"Raf, tiba-tiba menjerit panggil Raymond ngan Gary...! Adik tengah isi barang... Tapi, adik tak perasan Fikry... memang adik tak nampak...!"
"Raymond, Gary... apa yang kita perlu buat ni?" Sayu mereka melihat keadaan Raf yang kelihatan sangat pucat dan lesu... Namun, sedikit kelegaan, apabila terdengar dengkuran kecil dari mulut Raf, menandakan Raf sedikit tenang. Barangkali dia terlalu letih lalu tertidur.
"Qisha masih simpan ubat Raf yang saya serahkan hari tu, kan?" Qisha menganggukkan kepalanya.
"Raf dah tak nak ambik ubat tu lagi... Tapi, saya pohon sangat, dalam keadaan macam ni, Qisha kena paksa Raf makan ubat tu..."
"Ubat apa, dik?"
"Ini ubat Raf, kalau dia terkena panic attack... Tapi, Raf memang tak nak makan... Dia takut nanti dia terlalu bergantung pada ubat saja!" Terang Qisha...
"Allah, kesiannya, Raf..."
"Macam ni! Saya dah minta tolong agen untuk tengok-tengokkan kawasan rumah Qisha. Saya minta sangat, jangan keluar dulu hari ni..."
"Sekarang ni... Raf hanya perlukan pemantauan... Dia perlukan seseorang, jangan biarkan dia sendirian ya..."
"Hal atok, nenek, nanti saya inform Bella... Takut atok nenek terkejut dapat tahu keadaan Raf." Tambah Gary.
"Baik Gary... Anyway, thanks Gary, Raymond..." Ucap Along setelah Raymond dan Gay membawa masuk barang-barang pernikahan Qisha dan Raf.
"Nampak gayanya, si Fikry ni dah nekad nak tempah batu nisan, agaknya!" Angah mengepal penumbuknya...
"Angah!" Ibu menegur.
"Qisha, kami perlu ke balai polis untuk buat report... Apa-apa perkembangan, inform kami, ya...?"
"Ok, Ray! Thanks ya, tolong Raf, tolong kami!"
"No problem...!"
"Bye"
Raymond dan Gary melangkah keluar... Qisha memandang sayu wajah Raf... Kemudian, mengalihkan pandangannya ke arah Ibu, Along dan Angah...
"Macamana Raf boleh kena panic attack, dik?"
"Kan, tak sangka pulak... Dia macam ni...! Kita nampak dia macam ok je...!"
"Ada cerita di sebaliknya, Ibu, Along, Angah. Nanti adik ceritakan!"
"Takpe... nantilah...! Adik tengokkan Raf... Ibu masakkan bubur sekejap, ya!"
"Terima kasih, bu"
"Along, rasa-rasanya apa yang perlu kita buat, ya? Takkan kita nak duduk diam je, long! Kesian Raf!"
"Entahlah, ngah! Along pun pening nak fikir hal si Fikry ni! Apa lagi yang dia tak puas pun, Along tak tahu!"
"Tulah tu! Dia kira bernasib baik tau, kita tak bagi dia masuk lokap dulu...! Tapi, masih cuba nak jolok sarang tebuan... Berani betul dia!"
"Takpelah, kita tunggu ajelah berita dari Ray dan pihak polis... Sekarang ni, kita kena berjaga-jaga... Adik dengar kan Raymond cakap apa tadi...? Kesian, Raf!"
"Kan, long! Kesian Raf! Adik pun tak tahu nak buat macamana..."
"Adik tengok sendiri, macamana Raf punya sayang kat adik... Sampai tertekan dia...! Hargai Raf... Jangan sia-siakan dia, ya!"
"Baik, ngah! Along! Adik ikut nasihat Along Angah. Terima kasih sebab selalu backing Adik ngan Raf... "
"Sudahlah tu!"
"Adik temankan Raf, ya...?" Ujar Along sambil mengusap kepala Qisha.
Kesian Raf... Again panic attack... Betapa Raf menyayangi Qisha.. Hargai Raf, nasihat Angah. Cinta Gadis Kick Boxer hanya tinggal beberapa bab sebelum melabuhkan tirainya... Enjoy reading...
Share this novel