"Adik, macamana? Ok tak?"
"Entahlah, ngah! Pening kepala adik dibuatnya...!"
"Adik sabar, ya? Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya... Along tahu, Adik Along ni kuat, tabah, kan?" Sambil mengusap bahu Qisha. Qisha memandang abangnya dengan senyuman kelat.
"Yang penting sekarang ni, Adik kena lawan perasaan sedih ni... Raf perlukan Adik... Kalau Adik tak kuat, Raf akan rasa yang sama..." Pujuk Angah.
"In shaa Allah, Along, Angah, terima kasih sebab sentiasa sokong Adik dengan Raf...!" Qisha memeluk abang-abangnya.
Sayangnya Qisha pada abang-abangnya tidak terhingga... Merekalah pelindung Qisha selama ini.
"Along sayang Adik Along, ni! Raf, Along dah anggap macam adik Along sendiri... Jadi, korang berdua dah jadi tanggungjawab Along..." Terang Along... Saja nak sejukkan suasana dan menghilangkan kegusaran di hati Qisha.
"Angah pun sama... Angah sayang Qisha! Angah janji akan jaga Qisha dan Raf... Ibu juga!"
"Takpe, sekarang yang penting, kita follow the flow... Kita ikut plan kita sebelum ini... Pernikahan nanti tak perlu ajak ramai-ramai... Cukup untuk buat syarat..."
"Kita nikah di masjid... Along dah bagitahu Papa ngan Makcu... Takut, kalau kat rumah, orang perasan!"
"Angah setuju je...!"
"Setuju je! Tahulah nak nikah sekali, kan?"
"Jangan jealous, long! Ini namanya rezeki... Rezeki dari Allah!" Angah dengan loyar buruknya memang tak boleh nak dipisahkan.
"Yelah... Takde maknanya Along nak jealous... Along suka sangat bila masing-masing dah ada kehidupan sendiri... Hilang beban Along... Along sentiasa doakan kebahagiaan adik-adik Along..." Mereka berpelukan untuk kesekian kali.
Ibu yang memandang gelagat anak-anaknya, cukup terharu... Bahagia melihat mereka... Namun, di hatinya, masih tersimpan kerisauan yang membabitkan Qisha, anak bongsunya.
Dalam mereka berpelukan dan dipenuhi dengan gelak ketawa, tidak disedari mereka, Raf sudah tersedar... Tubir matanya terasa hangat. Cepat-cepat jari Raf mengesat air matanya sebelum mengalir.
"Eh, Raf dah bangun...?" Qisha yang terdengar suara Ibu, bergerak laju ke arah Isyraf.
"Abang, abang dah ok?"
"Raf..."
"Maaf semua..."
"Takpe, Raf... Raf kejap lagi makan ya... Ibu dah masakkan bubur untuk Raf..."
"Maaf, Raf susahkan Ibu, pulak..."
"Jangan cakap macam tu, Raf! Raf dah nak jadi anak Ibu, dah... Tak mu cakap macam tu..."
"Yelah, Raf! Kita dah nak jadi keluarga, kan?"
"Terima kasih sebab sudi terima Raf! Raf rasa terharu sangat..."
"Hei, bro! Come onlah... Jangan macam ni... Kalau tak kerana kau, Qisha dah takde depan mata kami, tau...!"
"Ya, Raf... Ibu rasa cukup bertuah sebab Raf hadir dalam hidup kami sekeluarga...!"
"In shaa Allah, kita doa yang baik-baik, ya! Yang penting sekarang ni... majlis nikah korang, tetap akan dilangsungkan..."
"Terima kasih bu, Along, Angah! Raf rasa bertuah sangat dapat kenal semua... Rasa diri ni, dihargai, disayangi...Terima kasih sangat" Sayu je luahan hati Raf...
"Dah Raf... Takmu sedih-sedih... Tiba-tiba lak sedih macam ni. Dah jom, kita makan..."
"Abang, lepas ni kena dengar cakap Qisha... Lepas makan, Abang kena makan ubat...No excuse!" Ah, sudah! Qisha dah jadi mak tiri...
"U... Ubat!"
"Ya, U.B.A.T, ubat!" Air liur ditelan kesat... Raf sebenarnya memang tak suka makan ubat... Tak sedap katanya... Along dan Angah memandangnya dengan kerutan di dahi...
"Kau kenapa, Raf? Takut makan ubat, ke?"
"Bukan takut! Cuma ubat tu tak sedap... Pahit!"
"Ya Allah, Raf! Kau jangan cakap kau takut makan ubat... ! Dah besar doh! Kata anak jantan!" Tergelak besar Angah. Angah dah start nak menyakat Raf.
"Dah! Dah! Budak-budak ni, kalau dah bercakap, mulalah tak reti-reti nak berhenti...! Sudah! mari makan!"
"Jom, Raf! Makan... Kau jangan mengelak makan ubat...! Along, kali ni kita kenakan Raf kalau dia tak nak makan ubat! Hahaha!" Angah dengan niat jahatnya... Raf dah telan air liur.
"Angah jangan nak macam-macam, ya...!"
"Ala, rileks lah dik... Adik nak Raf makan ubat ke tidak...?" Qisha memandang wajah Isyraf yang terkulat-kulat meminta bantuan.
"Sorry ya Abang...! Abang makan nasi lepas tu makan ubat, ya! Nanti Raymond ngan Gary marah Qisha!"
"Sayang tak kesiankan abang ke?" Ibu dah menggelengkan kepalanya... Along menepuk dahinya... Hancus! Ganas-ganas, tapi takut ubat!
"Raf... macam nilah!" Along cuba memujuk.
"Kau nak kahwin dengan Qisha tak?" Kepala Isyraf angguk.
"Kalau nak, kau kena ikut cakap Along!"
"Apa, long?" Angah dah tergelak-gelak kat belakang Ibu.
"Kau makan nasi, lepas tu makan ubat!" Marah Along. Terkejut masing-masing dengar suara Along.
"Kalau kau tak makan... Siap kau! Kau dengar tak?" Cepat-cepat kepalanya dianggukkan... Hah, padan muka... Takut ubat! Ceh! Anak kembar sis pun tak takut makan ubat, tau!
Qisha dah tak dapat menahan hati... Tersengeh-sengeh mengejek Raf. Ibu pun begitu. Angah jangan cakaplah... Memang kaki gelak! Malu giler Raf...
Seusai makan tengah hari, Qisha, Ibu, Along dan Angah mengadap Isyraf. Berpeluh-peluh Raf. Masing-masing nak melihat Isyraf makan ubat di dapan mereka. Ah, sudah! Macam budak kecik! Raf! Raf!
"Cepatlah, Raf! Makan ubat tu!" Arah Angah. Dah tak tahan nak gelak.
"Ya Allah, Raf! Kau jangan, Raf!" Raf masih terkial-kial nak makan ubat. Percaya tak, Angah dah siap-siap ambik video Raf makan ubat...
"Astagfirullahalazim... Ya Allah, kenapalah susah sangat nak makan ubat, ni?"
"Raf, kau telan masukkan ubat kat dalam mulut, lepas tu minum air masak... Telan ubat tu... Itu je!"
"Tak pahit ke?"
"Ya Allah, Raf! Last warning... Kau tak makan ubat ni, Along batalkan pernikahan kau dengan Qisha!"
Tanpa dipaksa, tanpa disuruh, terus ubat dimasukkan ke dalam mulut, diikuti dengan air masak yang rasanya hampir sebotol besar diteguknya...
"Tahu takut!"
Masing-masing tak boleh nak tahan dari tergelak dengan kelakuan Raf.
Raf! Raf!
Raf! Raf! Serius, takut ubat... Aduhai, buat malu je... Kena ugut nak batal nikah, terus telan ubat tu... Boleh pun, kan? Enjoy reading...
Share this novel