BAB 4

Action Completed 78235

Seminggu berlalu , Lia semakin selesa disekolah tersebut. Setiap malam dia pasti meninggalkan sekolah tersebut untuk menenangkan fikirannya. Tetapi malam itu , Lia berhasrat untuk menghabiskan masa bersama mereka bertiga.

"Bukan biasanya malam malam macam ni kau lepak luar ke..asal malam ni lepak dengan kitorang pula?"

Tanya Amy.

"Minyak habis ke sis? Hahahahaha"

Celah Zira.

"Tak ada urusan penting untuk aku keluar sebab tu aku lepak dengan korang. Tapi kalau tak boleh tak apalah.."

Terang Lia. Aisy sedikit terperanjat dengan perubahan sikap Lia.

"Wow...dah tunjuk taring. Bagus bagus."

Kata Amy. Lia tersenyum sinis. Baru salam perkenalan belum lagi pembukaan.

"Kau keluar seorang seorang kau pergi mana?"

Tanya Aisy.

"Cari darah hahaha."

Mereka bertiga terdiam. Masing masing terkaku mendengarkan jawapan Lia. Bukan gurauan tetapi mereka merasakan Lia memang memaksudkan itu.

"Hahaha gurau la. Aku cari ketenangan je. Ambil angin malam."

Sambung Lia semula. Masing masing tersenyum kelat. Muka Aisy pula sudah berubah pucat.

"Tak apalah. Aku macam menganggu pula. Korang lepak la k. Aku nak masuk dalam."

Diam. Lia masuk ke dalam bilik dan segera merebahkan diri diatas katil. Aisy menelan air liur yang terasa pahit itu. Sementara Amy pula sudah menggosok gosok lengannya. Meremang satu badan apabila Lia berkata begitu.

"Scary siot."

Ujar Zira perlahan.

"Shss!"

Marah Amy. Mereka bertiga menoleh ke belakang. Kelihatan Lia sudah terlena. Fuh selamat. Sesuatu sungguh la budak ni.

===

Awal pagi , pintu bilik Aisy diketuk oleh seseorang. Semakin lama semakin kuat. Lia yang kegeraman terus bangun menuju ke arah pintu.

Mata Arfan membulat melihat ke arah gerangan yang membuka pintu. LIA? ehh sekejap sekejap. aku mimpi ke apa ni. Arfan mengosok kedua biji matanya. Tetap wajah Lia yang berada di depannya. Sementara Lia hanya memberikan reaksi bersahaja.

"Ya? Nak apa?"

Tanya Lia seakan tidak mengenalinya.

"Er tolong serahkan ni dekat Amy."

"Ok..ni je kan?"

Angguk. Lantas pintu segera ditutup. Arfan tergamam. Dia tutup macam tu je!?? Pura pura tak kenal aku ke macam mana ea!?

Sampul surat diletakkan diatas meja Amy. Lia kembali ke katilnya. Matanya terkebil kebil. Arfan Hareez? Huh kecilnya la dunia. Pusing pusing sini juga jumpa. Patut la orang tua tu suruh aku pindah sini , rupa rupanya hahaha.

Lia memejamkan matanya. Menyambung semula tidurnya memandangkan hari tersebut merupakan hari minggu. Sekolah itu ibarat rumah sendiri , hari minggu dibenarkan untuk membuat aktiviti sendiri tanpa ada sebarang gangguan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience