BAB 7

Action Completed 78235

Suasana di blok G mulai sunyi apabila para pelajar sedang fokus menuntut ilmu yang diberi. Arfan , Amir dan Hakim mengatur langkah menuju ke arah 5 sains 1.

Tok!tok!tok!

Pintu diketuk lantas salam diberikan kepada guru yang mengajar. Arfan masuk dengan senyuman yang manis. Muka Ain pula sudah menjadi kemerahan apabila diusik oleh rakan rakannya tentang kehadiran Arfan.

"Maaf menganggu. Saya nak jumpa pelajar yang bernama Adelia Syafinaz sebentar boleh?"

"Boleh. Adelia , sila ikut Arfan sebentar..",

Mata terus mengerling ke arah Lia. Lia mengetap rahang. Langkah diatur keluar dari kelas.

"Nah.."

"Apa ni??"

"Senarai untuk kau buat selama seminggu ni..."

Lia membaca senarai tersebut. Tolong basuh baju , kemas katil , masakkan sarapan , lipatkan baju , kemaskan baju. Mata Lia membulat besar membaca senarai tersebut.

"ATAS SEBAB APA AKU KENA BUAT SEMUA NI!!!!"

Marah Lia.

"Atas sebab kau tak bagitahu aku nak keluar awal masa dalam bilik wayang haritu! So tu denda kau!"

Terang Arfan. Lia memejamkan mata menahan amarah. lantas senarai direnyukkan. Muka masam menghiasi tatkala kaki melangkah masuk ke kelas. Semua pelajar memandang ke arahnya.

"Wei Lia kau ok x ni?"

"TAK!"

Sepatah perkataan sebagai penutup segala persoalan. Sara dan Iman terus memandang semula ke arah hadapan. Biar lah Lia meredakan kemarahannya sendiri. Niat dihati ingin membantu Lia meredakan kemarahannya dipadam serta merta apabila Lia mempamerkan reaksi wajah yang tegang.

Arfan tersenyum puas apabila niatnya ingin mengenakan Lia tercapai. Hakim dan Amir memandangnya penuh dengan kecurigaan.

===

Disebuah gudang besar yang terbiar terdengar bunyi palang berdentingan dengan lantai. Seorang lelaki yang berlumuran darah diikat pada sebatang kayu memandang ke arah seseorang yang sedang menghampirinya.

"Rii..aku tak buat ri. Aku setia dengan kau , aku kena fitnah. Percayalah cakap aku.."

Rayu lelaki itu. Rambut lelaki itu dicengkam kuat membuatkan lelaki itu mendongak memandangnya.

"Huh percaya!? Kepercayaan aku dah lama hilang la Norman! Yang ada sekarang ni DENDAM!!!"

"Kau lunaskan dendam pada orang yang salah rii!! Syirah tak salah , dia kena fitnah macam aku juga! Yang jahat , TU perempuan belakang kau tu!!!"

Luah Norman. Khairi memandang ke arah Maria yang terkedu disitu.

"Huh kau nak kata Maria ni macam Syirah!??"

"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau Rii. Kau sememangnya dah buta , BUTA dengan segala galanya!!!!sanggup jadi hamba kepada syaitan bertopengkan manusia macam dia tu! Percaya orang luar dari sahabat baik kau sendiri!!!"

Khairi berjalan ke arah meja mengambil sebilah kapak. Norman tersenyum nipis. Dia tahu khairi akan mengambil nyawanya menggunakan kapak tersebut.

"Aku percaya sebab aku ada bukti!! Bukan aku percaya kosong!!"

"Huh bukti yang dipalsukan!! Kau tak boleh beza mana asli mana yang palsu ke ri!? Mana Khairi yang dulunya aku kenal!! Yang teliti yang tahu bezakan mana yang asli mana yamg palsu! Mana ri , MANA!!?"

Khairi terdiam. Dia cukup terasa dengan kata kata Norman itu. Betul ke dia dah berbeza dari Khairi yang dulu. Betul ke Maria khianat aku. Dan betul ke Syirah tak pernah khianat aku jauh lagi menduakan.

"Rii...Syirah tak pernah dua kan kau. Aku dengan Syirah tak ada apa apa hubungan selain kawan. Lia tu anak kandung kau , darah daging kau Rii."

Mendengarkan nama Lia disebut. Kemarahan yang baru saja reda kini marak kembali. Dia memandang Norman seperti harimau yang sedang kelaparan.

"Lia bukan anak aku!!!"

"Kau ada bukti yang kukuh ke!? Kau dah buat ujian DNA!? atau kau percaya bulat bulat dengan hasutan perempuan syaitan tu!"

"Aku tak perlukan semua tu laa!!! Hati aku cakap tu bukan anak aku! Lia hasil hubungan haram korang dua!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!! KAU SEMEMANGNYA TELAH DIPERBODOHKAN!! KAU MANUSIA YANG TAK GUNA KHAIRI!!!"

Kata Norman. Kini kapak telah pun tepat dilehernya. Norman tersenyum nipis.

"AKU HARAP KAU TAK AKAN MENYESAL DENGAN APA YANG KAU DAH BUAT NI. DAN JANGAN SALAHKAN AKU MAHUPUN ARWAH SYIRAH KALAU SUATU HARI NANTI PENGAKHIRKAN KAU LEBIH MENGERIKAN DARI APA YANG KAU SANGKA!!!"

ZASSS!! Terputus la kepala daripada badan. Khairi menjerit kuat di dalam gudang itu melepaskan amarahnya. Maria yang melihat tubuh Norman yang sudah tidak bernyawa itu tersenyum puas. Huh!bagus! Makin senang kerja aku hahahahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience