"Buka..."
Arah Lia kepada orang yang menjaga pintu besi itu. Lelaki itu pantas mendengar arahan.
Klak!
Lelaki berbadan sasa itu bersusah payah untuk bangun. Dia menggunakan deria pendengarannya. Ada seseorang sedang menghampirinya.
"Siapa kau!??"
Lia diam. Kain yang membalut mata lelaki itu direntap kuat. Kosong. Lia terkejut.
"AKMAL!!!!!"
Suara Lia nyaring memanggil Akmal. Akmal terus berlari sebaik namanya dipanggil.
"Apahal buta!?? Korang buat apa!!? Apa yang aku suruh buat? DAN APA YANG KORANG BUAT!!!?"
Marah Lia.
Akmal tergagap gagap mahu menjawab. Pandangan terus menunduk memandang lantai. Tidak berani bertentang mata dengan Lia. Walaupun Lia lebih muda darinya tetapi aura yang Lia bawa sungguh mengerikan.
"A-aku ikut arahan kau...tapiiii.."
Lia tunggu.
"A-aku minta maaf..."
"Huh? Maaf?? KAU TAHU KAN AKU TAK AKAN SENTUH MATA MUSUH AKU!!sekarang ni , kau nak ganti dengan mata kau ke macam mana?"
Tanya Lia. Akmal telan air liur. Terus geleng laju. Lia pegang bahu Akmal.
"Jelaskan! Aku tak nak dengar perkataan maaf!"
"Err..a-aku ikut arahan kau..ta-tapi budak budak ni yang melampau...aku dah suruh berhenti tapi diorang tetap teruskan...aku tak boleh buat apa..."
"Siapa?"
Akmal diam. Dia mencari jawapan yang selamat.
"Tak payah nak pertahankan diorang!!"
"Err ri-ridhuan..."
Lia terus berlalu pergi. Akmal mengekori. Adoh , nak pergi mana pula ni. Segala doa tolak bala dibaca oleh Akmal.
Ridhuan dan rakannya yang lain sedang berborak sakan. Mulut masing masing mengeluarkan asap dari sebatang rokok.
Pap!
Sebuah parang terpacak diatas meja. Masing masing tersembur. Langkah diundur. Sama seperti Akmal tadi , mereka juga menundukkan pandangan.
"Apa kau buat dengan mata tiger!!?"
Tanya Lia. Ridhuan terketar ketar mahu menjawab.
"Err aku seksa sikit je...diorang dua ni ha yang melebih..."
Jelas Ridhuan pula. Yang lagi dua orang tertelan air liur. Terkejut bila Ridhuan berkata begitu.
"Perlu ke tunding jari dekat orang yang tak bersalah? Tak nak ngaku kesalahan sendiri!?"
Tanya Lia sambil memegang parang tersebut. Ridhuan terdiam. Dia mencari idea lain untuk menyelamatkan dirinya.
"A-aku...err....aku ikut arahan Akmal je..."
Kali ni Akmal pula tersentak apabila namanya disebut.
"Tetap tak nak ngaku??"
"Lia...aku tak buat Lia...aku tahu kau macam mana...."
Terang Akmal. Sungguh sungguh dia menjelaskannya bahawa dia tidak melakukan hal tersebut.
"Aku tahu....yang sekarang ni ,, APAHAL SUSAH SANGAT NAK MENGAKU KESALAHAN SENDIRI!!?"
Gulp. Gelap masa depan. Akmal diam. Dia berasa lega apabila Lia mempercayainya. Ridhuan pula sudah tidak tahu ingin berkata apa. Matanya melilau kiri dan kanan.
Tiba tiba Ridhuan melutut.
"Lia...a-aku minta maaf. Memang aku punca mata Tiger buta....aku buat bersebab"
"Sebab apa?"
"Dia rogol adik aku sampai mati....Mata dia tu....seronok tengok tubuh badan adik aku tanpa dia fikir kesakitan yang adik aku alami ...abang mana yang sanggup tengok adik dia macam tu..dari situ aku dah berdendam dengan dia."
Lia diam.
"Apa sebab Tiger buat macam tu?"
"Se-sebab aku tolak tawaran dia untuk join kumpulan dia...sebab tu dia marah...tapi silap aku juga sebab aku tak perasan pun yang pengikut dia ekori aku sampai ke rumah..."
Jelas Ridhuan tunduk. Air mata diseka.
"Kali ni aku maafkan kau...."
Kata Lia seraya bangun lantas langkah diatur pergi. Ridhuan menangis teresak esak. Mengimbau kembali saat adiknya dirogol oleh Tiger. Maafkan abang dik...abang tak mampu nak lindungi adik..nak selamatkan adik...maafkan abang.
===
"Hello bro...mana? Jom ah lepak..."
Tanya Amir dalam talian.
"Tempat biasa ke?"
"Yalah , mana lagi."
"Ooo hmm aku tak berapa sihat ni...korang datang rumah aku boleh?"
"Ha ok ok...15 minit lagi kitorang sampai...chaw..."
"Eh silap...bukan rumah aku..."
Tutt!tutt!!tutt!!
Panggilan dimatikan. Mangkuk betul dia ni! Aku tak habis cakap lagi dah letak. Haish. Nombor Amir ditekan.
"Mir..."
"Apa dia? Kau nak kitorang bawak buah tangan ke? Jangan risau ah , sentiasa ada..hahaha"
"Bukan laa...haish. Aku ada hantar location dekat kau..kau ikut location tu...bye."
Amir terus melihat ke arah lokasi yang diberikan oleh Arfan tadi. Tanpa sebarang soalan mereka berdua bergerak.
"Er bang..."
Panggil Arfan kepada pengawal peribadi Lia. Lelaki itu mendekat.
"Ya , ada apa Tuan Muda panggil saya ni?"
"Nanti kalau ada kereta BMW warna merah cili berhenti depan rumah ni...suruh diorang masuk ya...terima kasih"
"Baik...itu saja?"
Angguk. Lelaki itu beredar. Uhuk!uhuk!uhuk! Arfan batuk taK henti. Haish dah nak mati ke apa aku ni. Letih la.
Setibanya dirumah Lia , mereka berdua keluar dari perut kereta. Melihat sekeliling kawasan rumah. Bapak luas. Macam jstana pun ada. Rumah siapa do. Gila kaya.
Klak!
Pintu pagar dibuka. Seorang lelaki lingkungan usia dalam 30 an menghampiri mereka.
"Tuan Muda sudah menunggu anda berdua diruangan sana...silakan.."
Kata Pengawal peribadi itu.
Aik sejak bila mamat ni dah bertukar gelaran jadi Tuan Muda pula ni. Amir pandang pakaian lelaki itu. Kemas.
"Sekejap...Tuan Muda yang kau maksudkan tu , Arfan ke?"
Angguk.
"Silakan.."
Mereka berdua menggarukan kepala. Langkah perlahan diatur. Hakim mula bisik sesuatu.
"Arfan member kita ke wei?"
Bahu diangkat. Sampai dipondok , kelihatan Arfan sedang duduk bersandar sambil menunggu ketibaan mereka. Amir dan Hakim menghampiri.
"Bro...sejak bila gelaran kau bertukar jadi tuan muda ni.."
tanya Amir.
"panjang ceritanya.."
"pendekkan..."
celah Hakim pula.
"haish nanti la..ni bukan masa yang sesuai.."
"Oo ya , rumah siapa do...gila besar. ibarat istana..bapak kau kahwin lain ke wei?"
Tanya Amir lagi sambil melihat sekeliling.
"otak kau...ni rumah Lia la..."
"Lia? Lia mana?"
"Adelia Syafinaz..."
"what!!? serious ah kau..kau kata dia miskin..tapi ni apa??"
"aku pun baru tahu ah mir...haish.."
Kak Hanum datang membawa dulang berisi air untuk mereka bertiga. Amir dan Hakim senyum.
"Jemput minum Tuan Muda dan kawan kawannya.."
"Terima Kasih kak.."
Kak Hanum senyum lantas beredar.
"Jap..aku pelik..asal kau duduk rumah Lia bukan rumah kau? Apa hubungan kau dengan dia sebenarnya??"
Giliran Hakim pula mengajukan soalan.
"Isteri aku..."
"APA!? wei bro , tak lawak tau.."
"Apa kau ingat aku main main ke!? Aku dengan Lia dah lama dah nikah , cuma aku sorokkan dari pengetahuan korang.."
Amir dan Hakim pandang Arfan tak puas hati. Kata sahabat. Tapi benda besar macam ni pun kau rahsia hampeh!
"kau sorok sebab kau malu ada isteri yang miskin macam tu ke?"
Angguk. Amir dan Hakim serentak tepuk dahi. Arfan menunduk. Aku tahu aku salah , aku tak patut buat dia macam tu. Dan aku tahu nak bersihkan nama dia dekat sekolah tu susah sebab cerita cerita yang aku buat. Tapi aku nak berubah , aku nak tebus balik salah aku pada dia.
Share this novel