BAB 47

Action Completed 78235

Arfan tiba dikondo kepunyaan Lia sendiri. Matanya membulat. Betul betul kaya minah ni. Kondo yang sangat sangat mahal. Harga yang mencecah setengah juta ataupun lebih dari itu.

Klak!

Lia membuka pintu. Arfan masuk. Fuhh cantik. Bersih. Dan paling penting , tenang. Lia menghilangkan dirinya ke dalam bilik.

"Nahhh..."

Lia mencampakkan tuala ke arah Arfan. Arfan menyambutnya.

"Mandi dulu.."

"Kau tak nak mandi sekali dengan aku ke??"

Tanya Arfan nakal. Tuala diletakkan. Langkah menuju ke arah Lia yang sedang membancuh air minuman untuknya.

"Huh sorry , tak hingin. Haish pergilah mandi..."

Arfan bertindak mengunci pergerakkan Lia. Lia memandangnya. Mereka saling bertatapan. Mata Arfan jatuh ke bibir Lia. Dia mendekatkan bibirnya ke arah bibir Lia.

Pap!

Tapak tangan Lia menekup wajah Arfan. Lia senyum.

"Kau jangan nak mengada ea..pergi mandi.."

"Haish aku nak pakai baju apa? Tak akan baju kau kot err..."

Marah Arfan. Apa salahnya aku nak rasa bibir kau tu , bukannya orang lain pun. Suami kau sendiri err.

"Ada baju dalam bilik tu..pakai jelah..."

Arfan memandang ke arah bilik yang ditunjuk oleh Lia tadi. Langkah diatur menuju ke bilik tersebut. Almari dibuka. Terdapat lima ke enam helai baju tergantung disitu. Saiz baju dilihat , saiz XL? Ni bukan saiz baju aku ni.

"Kau bawak jantan masuk dalam kondo ni ke!?"

Tanya Arfan panas. Api cemburunya menyala. Lia menghirup air yang dibuatnya tadi. Ahh lega.

"JAWAB LIA!!?"

Marah Arfan. Lia tertawa sinis.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

Hampir mahu terkeluar biji mata Arfan mendengarkan jawapan itu. Jari jemarinya membentuk penumbuk.

"Siapa!!?"

"Haish tak payah tahu la. Tak penting..."

Dada Arfan sudah naik turun menahan geram bercampur marah.

"Aku ni siapa Lia? Suami kau kan!! Mana rasa hormat kau pada aku!? Hilang dah!?"

Marah Arfan.

"Hormat? Hmm memang tak dinafikan..kau tu suami aku. Tapii kan , untuk apa aku tunjuk rasa hormat pada seorang suami yang tak layak langsung digelar suami!!?"

Kata Lia. Pangg!!!! Lia tertoleh ke kiri. Ada darah yang mengalir keluar dari tepi bibirnya.

"Aku cuba tebus balik salah aku pada kau Lia...."

Kata Arfan dengan nada yang lembut.

"Tebus balik? Untuk apa fan??"

Arfan diam. Air jernih mula bergenang ditubir mata Arfan.

"Jawab la! untuk apa!?"

"Sebab aku dah mula jatuh cinta pada kau Lia! Aku dah mula rasa suka pada kau...aku nak ubah diri aku..aku nak bahagiakan kau..."

Lia senyum. Dah agak. Patut la sejak akhir akhir ni kau kisah sangat pasal aku. Risau gila kalau aku tak ada depan mata kau. Rupanya hahaha.

"Kau nak bahagiakan aku? Macam mana fan? Kau boleh bersihkan nama aku ke? Boleh ke kau diamkan mulut mulut yang mengata aku ni perempuan murah , perempuan kampung..BOLEH!!??"

Arfan terdiam. Dia tahu dia tak mampu untuk melakukan apa yang dikatakan oleh Lia itu. Arfan melutut.

"Ma-maafkan aku Lia...a-aku tahu..aku banyak buat salah pada kau...bagi aku peluang untuk tebus balik semua ni..."

Rayu Arfan. Air mata mengalir jua dipipi Arfan. Sungguh dia sangat sayangkan Lia. Lia memegang dagu Arfan. Matanya memandang ke dalam mata Arfan.

"Boleh...aku boleh bagi kau peluang tapi dengan syarat! Kau ikut apa yang aku nak..boleh?"

"Ok boleh..asalkan kau bagi aku peluang.."

Kata Arfan tanpa berfikir terlebih dahulu. Lia tersenyum.

"Dah bangun...kau pergi mandi..."

Arah Lia. Arfan akur. Lia melihat Arfan yang bergerak menuju ke tandas itu. Huh! Kau nak sangat peluang kan? Nak bahagiakan aku kan? Kau tunggu!

===

MALAM.

Amy menghentikan keretanya di tengah jalan yang gelap. Masing masing mula tertanya tanya.

"Weii asal kau matikan kereta dekat sini?"

Tanya Zira ketakutan.

"Kau bawak kitorang ke mana ni?"

Tanya Aisy pula. Amy mencabut kunci keretanya.

"Keluar la...korang sendiri nak tahu kan tempat Lia selalu pergi...jom aku tunjukkan."

Arah Amy. Masing masing curiga dengan Amy. Haish betul ke tak minah ni. Dah la gelap...tempat pula terpencil..jadi apa apa kang tak ke naya.

"Ya memang la nak tahu...masalahnya sekarang ni...kenapa kita berhenti dekat sini?"

Tanya Aisy sambil memandang sekeliling. Gelap. Tiada sebarang cahaya disitu. Sara dan Iman merapat dengan Zira. Amy tersenyum sinis.

"Jom masuk situ...tapi sebelum tu...jangan keluarkan sebarang bunyi kalau korang nak selamat!"

Kata Amy memberi amaran. Lantas kakinya masuk ke dalam semak disitu.

"Wei amy...hadoi perempuan ni..."

Panggil Aisy. Aisy pandang mereka bertiga. Berpandukan cahaya bulan , dapat menyaksikan wajah wajah ketakutan dari mereka bertiga.

"Wei jom la balik...tak sedap hati ah.."

Pujuk Zira. Aisy diam. Dia turut rasai benda yang sama. Tapi perasaan ingin tahunya lebih tinggi daripada perkara itu.

"Alang alang dah sampai sini...jom jelah..."

Ajak Aisy tekad. Mereka bertiga terlunga. Serious ah perempuan ni..hadoi semangat betul. Aku dah ketar lutut dah ni. Dalam keadaan terpaksa mereka akur akan kata kata Aisy.

Mereka berlima berjalan masuk ke dalam hutan itu. Tidak lama kemudian , mereka ternampak cahaya dibalik pokok pokok disitu.

Amy mengarahkan mereka semua menunduk. Amy melihat keadaan sekeliling. Kelihatan ada dua orang lelaki sedang duduk santai diluar. Haish tak selamat ni. Ni kalau masuk ni sia sia kena tembak.

"Tunggu sini jap!"

Arah Amy. Aisy diam mengikut arahan.

"Weii aku rasa seram sejuk laa.."

Kata Zira.

"Sama la...kak Amy bawa kita kemana ni kak? Saya takut ni..."

Tanya Sara.

"Shhss diam la..aku sendiri tak tahu apa yang berlaku sekarang ni...haish kita ikut jelah cakap Amy tu.."

Kata Aisy. Mereka bertiga diam.

"Dan kau juga yang cadangkan benda ni kan? Nak sangat tahu Lia tu buat apa malam malam macam ni..ha sekarang , sama sama hadap!"

Kata Aisy kepada Sara. Sara menunduk. Rasa menyesal pula bila cadangkan perkara itu. Tapi nak buat macam mana , dah berlaku dah pun hmm. Amy kembali semula ke arah mereka berempat.

"Jom.."

Mereka berlima berpegangan tangan masuk ke dalam gudang tersebut. Mata Amy melihat sekeliling. Ok selamat. Amy membawa mereka berempat naik ke tingkat atas. Tanpa disedari mereka , Lia sudah pun melihat mereka dari arah cctv . Dia tersenyum sinis. Tak serik ea..nak juga tahu perkara sebenar. Tapi tak apa..malam ni aku belanja pertunjukkan menarik untuk korang berlima k.

"AKMAL!!!"

Jerit Lia.

"Mana dia?"

" Dalam bilik kurungan. "

Kata Akmal. Lia bangun. Dia menuju ke arah tingkat bawah yang menempatkan buaya peliharaannya.

"Bawa dia.."

Arah Lia. Amy memberi amaran kepada mereka berempat agar kekal senyap. Akmal mengheret seorang lelaki kepada Lia.

"To-tolong lepaskan aku..aku janji..aku akan tinggalkan malaysia ni dan tak akan balik sini semula..."

Rayu lelaki itu. Lia memandangnya sinis.

"Kau ingat semudah tu ke??"

"Er...ok , aku janji..kalau kau lepaskan aku..aku akan serahkan diri kepada polis..aku akan ngaku semuanya depan papa kau.."

Kata Lelaki itu bersungguh sungguh.

"HAHAHAHAHAH Try hard sangat kau ni...bosan.."

Kata Lia. Lia bangun ingin meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu sedaya upaya mengejar Lia.

"Tunggu! Ya aku mengaku , memang aku palsukan bukti bukti tu...aku ikut arahan Maria..dan dalam masa yang sama kami berdua jatuh cinta antara satu sama lain..dan ya anak yang Maria kandung tu anak aku..hasil daripada hubungan sulit aku dan Maria...maafkan aku...memang papa kau suruh aku cari maklumat berkaitan kecurangan arwah mama kau dan Norman..tapi aku tak jumpa bukti apa apa yang berkaitan kecurangan diorang pun...maria juga suruh aku palsukan dna kau...maria yang suruh aku palsukan semua tu..maafkan aku.."

Kesal lelaki itu. Amy , Aisy , Zira , Sara dan Iman terkedu mendengarkan perkara tersebut. Lia tersenyum.

"Huh aku dah tahu dari awal lagi...."

Lelaki itu memandang Lia pelik.

"Habis tu? Kau nak apa dari aku kalau kau dah tahu semua ni?"

"Bukti..pengakuan daripada kau...hahahah!"

Kata Lia. Dia mengarahkan Akmal mengangkat lelaki itu.

"Selesaikan..."

Arah Lia. Akmal mengangguk.

"Tunggu! Kau dah dapat segalanya kan...kau lepaskan jelah aku...aku janji aku tak akan jumpa maria lagi..."

"Oppss sorry. Tiada istilah LEPAS dalam kamus hidup aku...sekarang ni kau dah tak berguna..boleh pergi mampos..."

Kata Lia. Bushhhh!! Akmal mencampakkan lelaki itu ke dalam air. Dalam sekelip mata buaya tembaga itu membaham lelaki tersebut. Segala raungan lelaki itu menjadi muzik indah ditelinga Lia.

Mereka berlima yang menyaksikan perkara itu terus ketakutan. Perlahan lahan mereka mengorak langkah untuk keluar daripada gudang tersebut. Tetapi sudah dihalang oleh Lia di pintu masuk.

"Aik nak blaa dah? Tak nak tengok bagi habis ke?"

Tanya Lia sinis. Mereka berlima tersentak. Mata pula meliar ke arah kiri dan kanan , mencari jalan keluar selain pintu disitu. Namun mereka semua menemui jalan buntu.

"Er Li-lia..."

Kata Aisy gugup.

"Yes...ehh asal ni..muka pucat je...korang baru lepas nampak hantu ke apa ni?"

Tanya Lia sinis.

"Akmal...tolong bawa kan air untuk tetamu kita ni..."

Arah Lia.

"Ehh Lia...tak payah la...kitorang pun nak balik dah ni...kan?"

Sambung Aisy mengigil. Masing masing angguk setuju dengan kata kata Aisy. Lia diam. Dia mengusik kukunya.

"Relax dulu..minum dulu..baru balik k..."

Kata Lia tenang. Akmal membawa 5 gelas untuk mereka berlima. Mereka mengambil gelas tersebut.

"Minum la...jangan risau , aku tak letak racun pun..."

Mereka berlima sengih. Akmal pula tersenyum nipis. Mereka teguk air dengan rakus.

"Dah...kitorang boleh balik kan?"

Tanya Iman.

"Sekarang korang dah dapat jawapannya kan?"

Serentak Angguk.

"Hahaha tapi tak semudah tu untuk korang lepas dari tempat ni!!"

"A-apa mak-maksud kau Lia?"

Tanya Aisy. Lia bangun.

"Korang dah nampak kan apa yang aku buat tadi..."

Angguk.

"Satu je aku minta. DIAM! Tutup mulut kalau nak selamat. Tapi kalau tak sayangkan diri tu..nak jadi macam jantan tadi...silakan la sebar..dan aku tahu...salah seorang daripada korang ada yang rakam!"

Iman menunduk tatkala mata Lia memandang ke arahnya. Telefon pintarnya disorokkan. Aisy memandang Iman tajam. Ishh dia ni pon! yang bijak sangat pergi rakam tu dah kenapa! Daripada senang keluar terus jadi payah disebabkan kau!!

"Ada soalan?"

"Er ada....ke-kenapa kau bunuh lelaki tu macam tu? Kenapa kau tak tembak je terus? Kan lagi senang.."

Tanya Sara berani. Masing masing memandangnya. Fuh kemain maut soalan kau ya.

"hahaha sebab aku suka tengok mangsa aku terjerit jerit. Jeritan diorang tu melodi bagi aku...kalau tembak ni cepat sangat..bosan....lagi?"

"Err kau ma-marah aku ke sebab a-aku bawa diorang ke sini?"

Tanya Amy.

"Tak...sebab aku faham apa yang kau rasa. Mesti kau rasa rimas kan dengan soalan soalan diorang. So jalan terakhir..kau bawa diorang ke sini..."

Amy angguk.

"Ma-maafkan aku.."

Lia senyum. Lantas beredar. Sempat dia menyuruh Akmal untuk menghantar mereka berlima pulang.

"Ingat satu benda! Selepas ni korang tak akan selamat. Mata mata aku akan selalu perhatikan gerak geri korang. So faham faham la ya...Good Night.."

Kata Lia. Mereka berempat menelan air liur. Amy diam. Rasa itu biasa baginya. Tidak seperti masa mula mula dulu. Yes! Rasa rimas diperhatikan. Tapi dah lama lama akan jadi terbiasa dengan semua ni.

===

Klak!

Arfan terjaga tatkala terdengar pintu ditutup. Dia memandang ke arah jam di dinding. 4 pagi.

"Lewat balik? Pergi mana?"

Tanya Arfan risau. Lia hiraukan. Arfan diam. Hmm sabar fan. Cuba lagi. Kau kena usaha lebih sikit untuk dapatkan hati dia.

"Dah makan?"

"Dah...yang kau tu kenapa tidur luar..."

Tanya Lia acuh tak acuh.

"Err aku tunggu kau...tak sangka pula jam segini kau baru balik...."

"Aku ada hal tadi...tu yang lewat..dan lain kali tak payah tunggu...buat penat badan kau je.."

Kata Lia seraya terus masuk ke dalam tandas. Arfan mengosok tengkuknya. Dia sengih. Kisah juga dia dekat aku ea. Arfan terus terjun ke atas katil. Matanya dipejam.

Eh sekejap. Dia pergi mana ea? Tak akan jumpa jantan kot? Haish. Arfan duduk kembali. Dia menunggu Lia selesai mandi. Setengah jam kemudian , Lia keluar dalam keadaan berkemban. Arfan telan air liur. Nafsunya bergoncang kembali.

"Asal tak tidur lagi?"

"Jujur dengan aku...kau pergi mana? Kau jumpa jantan ke?"

Lia mendekatkan dirinya dengan Arfan. Mata Arfan memandang ke arah tuala Lia yang menampakkan lurah dadanya itu.

"Tak...aku ada kerja. Aku bukan murah la. Dan lagi pun baju yang kau pakai ni , baju angah...puas?"

Terang Lia.

"Ooo baju Angah...ok..sorry."

Lia tersenyum nipis. Yes! Dia tak ada lelaki lain selain aku. Yahuuu!! Arfan memukul mukul katil.

"Kau ok tak ni?"

"Ha..ok..."

"Betul ni?"

Angguk. Lia pandang pelik. Aneh! Mental ke apa jantan ni. Haish macam macam la.

"Dah tidur...esok sekolah..."

"Iya sayangku..."

Kata Arfan. Lia memusingkan bola matanya. Lampu bilik segera ditutup. Arfan bertindak memeluk Lia dari arah belakang. Lia membiarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience