KEESOKKAN PETANG.
Para pelajar mengheret beg masing masing menuju ke arah kereta. Lia perhati dari jauh. Hmm nak balik juga. Tapi tulah , dua ekor biawak hidup tu tak mati lagi haish.
"Oii tak balik ke?"
Sapa Sara. Lia tersenyum lantas mengeleng.
"Laa kenapa? Rumah kau jauh ke dari sekolah ni?"
"Ehh tak juga...dalam 30 ke 45 minit sampai la.."
"Ooo jauh juga tu..."
Sara diam mencari idea untuk menyambung semula perbualan mereka.
"Habis tu , kau nak tinggal sini seorang seorang ke?"
"Mungkin..."
"Hmm apa kata kau ikut aku balik...dekat rumah aku tak ada siapa siapa. Al maklum la aku anak tunggal."
Lia pandang wajah Sara. Hidup tunggal pun kau sepatutnya gembira sebab mak ayah kau terima kau seadanya. Daripada aku ni , SEDIH! Kata kata itu hanya terlafaz di dalam hati saja.
"Tak apa ah wei. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa..."
"Laa menyusahkan apanya. Jom jelah. Mak ayah aku ok laa.."
Kata Sara beria ria mengajak. Haish kalau aku tolak , dah tentu tentu perempuan ni merajuk.
"Jom la Lia...."
"Haish yalah yalah. Tapi naik kereta asing. Aku duduk rumah kau mungkin dalam 2 3 hari..selebihnya tu aku ada hal lain."
" Ok boleh. Asalkan kau ikut aku balik hahaha."
Kata Sara gembira. Lia hanya tersenyum.
"Untung ah ada teman..."
celah Iman.
"Masa ni saja lah aku merasai. Lain hari lain bulan lain tahun , entah dapat rasa lagi ke tak.."
Ujar Sara sayu. Iman segera memeluknya erat. Lia pula hanya memerhati. Untung korang dua ada keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain. Keluarga aku!? Huh penuh dengan dendam!
===
Pintu kereta dibuka , seorang lelaki berbadan sasa keluar dari perut kereta. Cermin mata hitam diturunkan sedikit. Aik bukannya cuti sekolah ke? Tak akan minah ni tak balik sini kot.
Telefon dipoket dicapai lantas terus membuat panggilan. Panggilan tiada sahutan.
ANGAH
• Mana? Cuti sekolah kan..tak akan tak balik kot?"
Mesej dihantar. Kalau mesej pun kau tak jawab lebih baik kau baling telefon kau dalam kandang buaya je. Angah mengatur langkah memasuki rumah.
Maria dan Angah terserempak di tangga ,
lantas senyuman segera diukir kepada Angah dan reaksi Angah pula hanya mempamerkan wajah kereknya sahaja. ni lagi seorang , haish kau dengan komodo tiada beza ah. Dua dua kejam dan hodoh hahaha.
Tingg!!!
LIA
• Tak. Nak tahu selebihnya tanya Kak Hanum. Chaww.
Dahi berkerut. Apa kaitan dengan Kak Hanum ni. Ke orang tua tu ada cakap apa apa. Angah segera mendapatkan Kak Hanum yang berada di dapur itu.
"Kak.."
"Yer.."
"Orang tua tu ada suruh akak cakap apa apa ke dekat Lia??"
Tanya Angah dengan wajah yang tegang. Kak Hanum terus menunduk. Diam untuk mencari jawapan selamat.
"Err tak ada pun.."
Angah mengambil sebilah pisau. Dimainkan pisau itu ditangannya.
"Betul ni?? Jangan tipu saya Kak. Saya dapat hidu. Lebih baik akak berterus terang."
Air liur ditelan kasar. Badan Kak Hanum mula mengigil kuat. Telefon dicapai dan diserahkan kepada Angah.
Angah melihat dan membaca setiap mesej yang masuk dan dihantar. Matanya membulat. Patut pun Lia tak nak balik sini. Haish orang tua ni memang dah lama hidup ea.
"Terima kasih kak. Lain kali tak perlu takut dengan dua ekor biawak komodo tu. Diorang tak seram. Ada yang lagi seram dan kejam dari diorang tu. Akak tahu kan siapa yang saya maksudkan ni?"
Kata Angah sinis. Kak Hanum segera mengangguk. Faham akan siapa yang dimaksudkan oleh Angah tadi.
Share this novel