BAB 10

Action Completed 78235

MALAM!

Lia duduk disebuah kerusi mewah berwarna merah darah. Rahang diketap sekuatnya. Jari jemari digenggam membentuk sebuah penumbuk. Gambar menyayat hati Pakcik Norman dilihat kembali.

Sampai masanya , giliran kau pula. Aku akan seksa kau cukup cukup. Apa yang kau buat pada Pakcik Norman , aku akan buat pada kau dua kali ganda daripada itu. Tunggu masa , nanti aku ambil nyawa kau. Lia tersenyum nipis.

Lia bangun dan segera keluar dari bangunan itu. Kereta terus menderum laju meninggalkan kawasan tersebut. Ingatan Lia terimbas kembali pada hari pengebumian Pakcik Norman.

Orang ramai mula memenuhi ruang ditanah perkuburan itu. Ramai yang datang untuk memberi penghormatan kali terakhir kepada arwah. Mata Lia menikam tajam ke arah Papanya dan Ibu tirinya Maria.

Huh! Kejinya perangai. Tak ada rasa serba salah langsung! Kau yang ambil nyawa dia , berani kau datang tunjuk muka simpati kau tu. Dasar manusia hipokrit!

Air mata yang membasahi kedua belah pipinya itu diseka serta merta. Pakcik Man dah bebas dari kesengsaraan yang selama ni pakcik Man rasa , berehatlah sepuasnya. Lia akan menuntut bela atas kematian Mama dan Pakcik Man. Lia tak akan benarkan dia orang berdua hidup dengan tenang!

===

Suasana di dewan makan agak riuh sedikit berbanding sebelum ini akibat ketiadaan guru yang memantau sekeliling. Mata Arfan tercari cari akan kelibat Lia tetapi tidak kelihatan.

Macam macam persoalan yang muncul difikiran Arfan. Aik tak akan demam kot? Semalam aku tengok elok je main bola jaring tu. Makanan dihadapan dimainkan saja oleh Arfan.

"Woi bro , kau ok tak ni.."

Tegur Hakim. Arfan terjaga dari lamunannya.

"Ha? Apa dia?"

"Ha berangan! Haish kau ni , sejak dua tiga hari ni kerap kali termenung , dah kenapa. Ada masalah cerita. "

"Er aku..aku tak ada masalah pun. Cuma kusut sikit fikiran aku tentang family tu je. Jangan risau la."

Balas Arfan untuk menyedapkan hati kedua rakannya itu. Aku nak cerita perkara sebenar dekat dua ekor ni? Huh lambat lagi. Nak perkenalkan Lia tu sebagai Isteri aku? Lagi la tak. Dah la kampung , buat malu aku je kenalkan dia. Eh sekejap yang aku ni asyik fikirkan dia dah kenapa!!? bangun la Fan! dia tu pemusnah masa depan kau! dia tu hanya nak kan harta keluarga kau..kau kena ingat tu!!

Makanan di hadapan disuap ke dalam mulut dan dikunyah dengan kejam. Matanya kembali fokus menghabiskan makanannya. Dia cuba sedaya upaya untuk menyingkirkan wajah Lia dari ingatannya. Hakim dan Amir hanya memerhatikan Arfan saja. Mereka dapat merasakan ada benda yang Arfan sorok daripada dia orang berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience