BAB 40

Action Completed 78235

Lia masuk ke sekolah seperti biasa. Seperti tiada apa apa yang berlaku. Walhal namanya semakin lama semakin buruk. Macam macam cerita tersebar mengenainya.

Lia mengambil tempat dibelakang barisan. Menjauhi Sara dan Iman yang berada di hadapan. Sara dan Iman memandang sesama sendiri.

"Apahal tu? Macam tak ok je.."

Tanya Sara.

"Ishh mana la aku tahu. Tapi bagus juga kalau dia menjauhkan diri daripada kita..."

Kata Iman selamber. Sara diam. Dia pandang ke arah Lia. Dari raut wajah Lia , Sara dapat agak yang Lia tengah dalam masalah.

Sampai dikelas , Lia seperti tadi. Diam tidak bersuara. Sara mencuit bahu Iman.

"Apa?"

Sara memberikan isyarat mata kepada Iman. Iman pandang Lia. Keluhan dilepaskan.

"Kena ke?"

Bisik Iman.

"Haish kau ni...."

Sara terus mengambil tempat disebelah Lia. Lia pandangnya pelik.

"Apahal korang ni? Ok tak ok?"

"Ehh tanya kita lak...dia tu ha , ok tak ok. Bukan main jauh lagi duduk..."

Iman diam. Dia berpura pura menyiapkan kerja sekolah dek kerana malas mahu bercakap dengan Lia.

"Hahaha aku ok je. Cuma aku tak ada mood hari ini...tu yang aku menjauh dari korang."

"hmm kau ada masalah ke? kalau ada , share la dengan aku..mana la tahu aku boleh tolong sikit sikit..."

Pelawa Sara.

" Tak ada masalah pun. Tapi kan ,, bukan ke korang memang ada niat nak jauhkan diri daripada aku??"

Tanya Lia. Lantas matanya beralih ke arah Iman. Senyuman sinis. Iman pula terketar ketar. Tidak berani mengangkat muka untuk bertatapan dengan Lia. Aura yang dibawa lain daripada sebelumnya.

"Ha? menjauhkan diri? hahahah merepek la kau ni..."

Balas Sara menyedapkan hati.

"Aku tak merepek. Aku cakap benda betul...terus terang jelah..."

Kata Lia lagi. Matanya tidak beralih ke arah Iman. Dia tahu Iman sedang ketakutan.

"Ya! Me-memang kitorang nak jauhkan diri dari kau...sebab...err sebab..."

Jawab Iman pula setelah sekian lama berdiam diri. Sara tepuk dahi. Haish minah ni. Ni bukan masanya la.

"Sebab?"

"Sebab kau tu menyeramkan! Dulu ya , kitorang rasa kau ni ok..Baik. Tapi sekarang...semua tu hilang! Kitorang tak kenal kau siapa. Kau bukan Lia."

Jelas Iman. Sara menunduk. Hadoi , berani pula minah ni cakap macam ni.

"HAHAHAHAHAHAHAHAH!!"
Ketawa Lia terhambur. Seisi kelas terdiam. Lia bangun dari tempat duduknya.

"Ikut korang ah nak kawan dengan aku ke tak. Aku tak kisah. Tapi nasihat aku ,, lebih baik jauhkan diri korang...bukan apa , takut nanti pisau aku dahagakan darah korang pula huh..."

Lia terus beredar keluar daripada kelas. Iman jatuh terduduk. Lututnya sangat sangat laa lemah.

"Wei kau ok tak?"

"T-tak.."

"Haish kau pun..pergi cakap macam tu dah kenapa? Kita tak tahu lagi jalan cerita dia macam mana..yang kau pula sesedap cili padi kau je sembur macam tu..."

"Dah! Aku tak nak cerita tentang dia. Kalau kau nak kawan dengan dia...kau pergi. Aku tak nak. Sorry."

Kata Iman. Dia bangun dari jatuhnya. Sungguh lututnya terasa lemah. Lemah yang teramat lemah. Diamnya tadi kerana mencari kekuatan untuk melontarkan kata kata itu. Tidak menyangka , seseram ini rasanya.

"Weii iman...haish. Lia tu manusia tau...sama macam kita.."

Pujuk Sara lagi.

"Aku tak rasa dia manusia...aku rasa dia lebih kejam dari segalanya. Ish entah la...dah jangan kacau aku!"

Giliran Iman pula keluar dari kelas. Sara terdiam. Haish apa aku nak buat ni. Seorang ke timur , seorang ke barat...Cuba la kalau keluar tu ke arah haluan yang sama. ha sekarang ni aku pening , kalau boleh belah badan ni jadi dua tak apa juga.

===

"Apa ni ri!? Sekarang Tiger dah hilang tau....saya tak tau siapa yang culik sama dia..."

Kata Nico kepada Khairi. Khairi memegang kepalanya. Kehilangan Tiger membuatkan kepala otaknya serabut.

"Tak akan kita nak berdiam diri je?"

Tanya seorang lagi lelaki disitu.

"Siapa cakap kita berdiam diri! ...aku dah suruh orang orang aku cari tiger..tapi sampai sekarang belum dapat apa apa berita.."

"Haish apa kita mau bikin sekarang??"

"U tenang laa! I confirm tiger hidup lagi...cuma kita tak tahu dia dekat mana"

"Wah lu suruh wa tenang? Macam mana? Tanpa tiger kita tak boleh hidup wo..."

Kata nico lagi. Khairi diam. Tidak dinafikan ,Tiger orang terpenting bagi mereka semua. Tanpa Tiger semua kerja akan jadi tergendala.

"Aku dapat cerita , Tiger tengah cari budak ni...kau kenal ke?"

Tanya lelaki yang sama lagi. Gambar dilempar kepada Khairi. Khairi mengambilnya. Matanya membulat besar. Lia? Apa kaitan dia dengan Tiger??

"kau kenal ke!?"

Soalan yang sama diulang. Kepala digeleng laju. Gambar diberikan semula. Lelaki itu pandang Khairi penuh curiga. Macam ada yang tak kena je ni. Khairi pula sudah memicit kepala nya yang mulai sakit itu. Tiger hilang. Ditambah lagi dengan satu masalah! Anak haram tu!! Apa kaitan dia dengan Tiger! Ke budak ni yang culik tiger?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience