BAB 17

Action Completed 78235

Disebuah kafe yang mewah , kelihatan seorang lelaki muda sedang menunggu kedatangan seseorang. Matanya asyik memandang ke arah jam ditangan. Haish selalu sangat tak menepati masa.

"Hai baby..."

Sapa Lia. Angah memandangnya tajam.

"Babi...setengah jam kau sidai aku dekat sini! Sibuk buat anak dengan laki kau ke?"

Marah Angah. Lia hanya menayangkan senyuman. Tangan dilambai ke arah pelayan disitu dan segera memesan satu minuman.

"Er buat anak dengan jantan tu? Yerk! Not my taste."

"Bodoh. Suami sendiri kot. Hensem pun hensem. Sado pun sado. Semua sempurna. Apa lagi yang tak ada pada dia tu."

"Huh setakat ada semua tu buat apa? lagipun dia dengan aku , tak ada apa apa perasaan pun.."

"Alaa perasaan tu boleh dipupuk..."

"Huh. Macam mana nak pupuk kalau dia sendiri jijik nak dekat dengan 'perempuan kampung' macam aku ni. Hahahahaha"

"Kau cubalah dapatkan hati dia. Lepas dah dapat , kau tinggalkan dia. Hahahaha"

Lia memandang ke arah angahnya. Kata kata itu menyentuh tangkai hati Lia. Lepas dapat , blaa..macam menarik.

"Ha...fikir! Haish kau ni , kalau aku hempuk tak jadi apa tau..."

Lia tersengih. Air minumannya dihirup sekilas. Angahnya hanya merenung ke arahnya. Hadeh yang aku pun bijak pergi bagi idea yang mengarut tu. Haish jangan dia buat sudah ah , pishang aku kang.

"Ha ni apahal nak jumpa aku? Jangan cakap kau rindu aku..aku tak boleh terima benda tu. Menjijikkan."

"Ee siapa nak rindu kau. Perasan. Aku cuma nak tahu , betina tu ada masuk bilik aku ke?"

"Entah. Kenapa"

"Aku pelik , gambar mama tiba tiba terjatuh dekat lantai. Sebelum aku keluar dari rumah tu , gambar tu terletak elok tau dekat atas meja. Alih alih haritu aku tengok , dah terjatuh."

"Hmm angin kot."

"Ehh kolot. Celah mana anginnya kalau semua tingkap tertutup rapat."

"Err maybe a ghost."

"NONSENSE!"

Marah Lia. Tangannya mencapai beg. Mengambil sesuatu dari dalam begnya.

"Tolong pasangkan benda ala ni dekat setiap penjuru bilik aku..."

Angah melihat kamera kecil itu.

"Kau tahu kan , aku tak suka kerja kerja macam ni.."

"Please...."

"Err...ok. tapi aku nak upah."

"Ha ok. Asalkan kau tolong pasangkan. Terima kasih angah. Love u..."

Lia terus meninggalkan Angahnya. Angah diam sambil melihat kamera kamera kecil itu. Aik bukan sebelum sebelum ni dia ada pasang ke?

===

Arfan duduk disebuah kerusi , dihadapannya terhidang segelas limau ais. Dahinya berkerut kerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Tiba tiba bahunya ditepuk oleh seseorang.

"Sorry bro , jalan jem.."

Arfan diam tidak membalas. Selepas memesan makanan dan minuman , pandangan mereka terhala ke arah Arfan.

"Apa?"

"Sejak si Lia tu masuk , kau kerap kali termenung. Kau dengan Lia ada apa apa ke bro? Ada benda yang kau tengah sorokkan daripada pengetahuan kitorang ke?"

Tanya Amir bertalu talu.

"Apa yang kau merepek ni? Aku dengan perempuan murah tu tak ada apa apa hubungan pon. Lagi pun dia kampung wei , kau orang dua pun tahu kan citarasa aku macam mana.."

Terang Arfan. Maaf , belum masanya untuk aku ceritakan perkara sebenar.

"Tapi aku dengar ayam kampung ni sedap. Liar liar pun sedap di ngap. Hahaha"

Celah Hakim.

"Kau kalau nak dia , kau ngap saja lah."

Kata Arfan.

"Hmm sebenarnya aku dah pasang strategi untuk pikat si Lia tu , tapi tak lepas ah. Liat sungguh. Dia tu kalau aku dapat , tujuh hari tak keluar bilik bro. Hahaha"

Balas Hakim lagi menyebabkan api cemburu Arfan menyala.

"Kau kalau nak ayam kampung , cari orang lain. Lia tu aku punya. Jangan siapa siapa kacau!"

"Aik bro. Tadi kau kata , dia bukan citarasa kau la apa la..sekarang ni lain pula."

Kata Amir sinis. Arfan terkedu. Ahh shit!

"Err apa apa jelah! Yang penting , kau orang dua jangan usik Lia! Faham!"

"Kalau aku usik juga..."

Cabar Amir.

"Aku tanam kau hidup hidup..tak kira la kau siapa pada aku.."

Terang Arfan keras. Lantas Arfan beredar menuju ke tandas. Amir dan Hakim tersenyum. Sah ada sesuatu diantara diorang berdua ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience