BAB 35

Action Completed 78235

PAGI..

Arfan turun sendirian ke bawah menuju ke arah meja makan. Di atasnya sudah terhidang pelbagai jenis pilihan sarapan untuk dimakan oleh penghuni dirumah itu.

"Selamat pagi Tuan Muda..."

Sapa seorang perempuan 40 an itu.

"Pagi kak..."

"Nak kopi , teh , susu atau jus??"

"Err...kopi la.."

Kak Hanum melemparkan senyuman. Cawan kosong ditarik , air kopi dituang ke dalamnya.

"Lia belum bangun ke??"

"Belum..."

"Penat la tu..."

Arfan diam tidak membalas. Tangannya laju mengambil bihun goreng singapore yang ada di depan matanya itu. Kak Hanum perhati.

"Kenapa akak pandang saya macam tu??"

"Tak ada apa. Saja. Cuma akak nak pesan ,, hati hati dengan semua orang dalam rumah ni. Tak semua orang yang kamu boleh percaya. Tersilap orang , nyawa kamu dalam bahaya. "

"Maksud akak?"

"Lama lama nanti kamu akan faham. Akak tak boleh bagitahu dengan jelas , nanti ada yang mengamuk. Tak fasal fasal rumah ni jadi tsunami pula hahaha"

Kata Kak Hanum seraya terus beredar memasuki ruangan dapur. Arfan memandangnya pelik. Penuh tanda tanya. maksud?? siapa yang mengamuk? haish macam macam la.

"Uish awal..."

Sapa Angah. Arfan tersenyum.

"Lia mana?? Jangan cakap dia masih terbongkang atas katil tu.."

Arfan angguk. Angah mengelengkan kepalanya. haish dari dulu sampai dah jadi bini orang pon..perangai tak pernah nak berubah.

"Kerja ke??"

"Eh mesti la. Kalau tak , makin senang la orang luar nak rampas harta kita nanti."

Arfan sengih.

"Dia macam ni tau , dalam hidup ni kita kena ada dua ni...iaitu bodoh dengan bijak. Senang cerita..kena seimbangkan dua dua ni. Baru laa tak mudah orang luar kikis harta kita nanti."

"Yang kikis harta keluarga ni ,perempuan yang ada dalam bilik tu!!"

Selar Khairi yang baru saja menuruni tangga bersama isterinya Maria. Angah memberikan reaksi muka bersahaja.

"Perempuan dalam bilik tu ada hak ke atas harta ni...yang tak ada hak tu perempuan sebelah kau tu...Tak sedar diri , menumpang! Lepastu ada hati lagi nak kikis harta keluarga ni ..huh..syedih!"

Arfan tergamam. Semalam elok je. Kenapa hari ni tiba tiba jadi macam ni? Khairi memandang Angah tajam.

"Awal awal aku nak minta maaf dengan kau fan , bukan apa...aku tahu kau terkejut. Tapi inilah realiti keluarga kami"

"Eh tak apa...ok je."

"Mula mula je kau akan rasa ok. Lama lama nanti kau akan rasa nak bunuh semua orang dalam rumah ni..hahah"

Celah Along dari belakang. Arfan melihat lelaki yang mendekati Angah itu. Apa ni? semalam lain harini lain? dan mamat ni , mesti Along dia.

"Aku bukan nak takut kan kau k. Tapi ni lah kenyataan. "

Sambungnya lagi. Arfan angguk lemah. Cuba untuk fahamkan akan situasi yang sedang di hadapi ini. Tapi hakikatnya , satu apa pun dia tak faham.Terasa jauh sangat dari keluarga ini.

"Morninggggggg!!"

Ujar Lia. Matanya melirik ke arah Khairi. Tidak semena mena punggung Lia selamber mendarat diatas peha Arfan. Arfan terkedu.

"Morning biy...kenapa tak kejutkan sayang tadi.."

Kata Lia sambil merangkul batang leher Arfan.

"Er sorry. Nak kejut tapi nampak kau err...awak.. macam penat sangat..tu yang tak sampai hati nak kejut"

"Udah la tu..menyampah nya la aku tengok korang dua ni. Tolong k. Hormat sikit orang single ni."

Sampuk Angah. Lia menjuihkan lidahnya. Sudu dihempas ke atas meja. Khairi terus bangun dengan muka yang marah.

"Aik pa..dah ke? Saya tengok tak terusik pun nasi tu "

Tanya Arfan.

"Putus selera! Papa nak makan dekat luar."

"Huh dia ingat , ada dia dekat dalam rumah ni semua orang ada selera ke? Makin loya ada ah! Nak berambus tu silakan!! Nak keluar dari rumah ni pun tersangat la..dialu alukan!"

Kata kata Lia itu membuatkan Arfan terkedu. Along dan Angah hanya tersenyum nipis. Apakah? Semalam aku tengok bahagia je keluarga dia ni. Siap gelak gelak bagai. Tapi harini? Segalanya berubah!? ke...diorang wayang je semalam? Tapi kenapa!? Dahi Arfan berlapis memikirkan segala persoalan yang muncul di fikirannya.

===

Disebuah bilik terpencil. Terkurung seorang lelaki berbadan sasa. Lelaki itu hanya boleh menggunakan deria pendengaran sahaja apabila kedua belah matanya buta akibat disiksa.

Akmal mendekat , menatap lelaki itu dengan tatapan yang sinis. Kacang di tangan perlahan dimasukkan ke dalam mulut. krap kruk krap kruk!

"Apa lagi yang kau nak ha!?"

"Ehh aku tak nak apa apa pun. Tapi bos aku nak kau...jadi , aku hanya jalankan tugas aku je HAHAH!"

"SIAL! KORANG SEMUA MEMANG SIAL!!"

"Shhss! kau boleh diam tak! Serabut la aku dengar suara kau ni!"

"Mana bos kau yang pengecut tu!! Jadi bos tapi pengecut dari awal aku kena siksa , batang hidung bos kau pun tak muncul. asal!? takut ke!? Goyang!? HAHAHAHAH!!"

Akmal menjadi berang , pintu besi dibuka. Dia mencengkam leher lelaki itu. Kuat!

"Wahh kata kata kau...memang tak sayang lidah ea!!"

Lelaki itu berdecit kecil.

"Bos aku tu sikit pun tak takut apatah lagi goyang dengan gangster celup macam kau ni! Cuma dia ada kerja kena selesaikan dulu. Tapi memandangkan kau dah tak sabar sabar nak jumpa dia...sekarang juga aku suruh dia datang!! Tapi nanti kalau kau dah jumpa dia , Jangan terkencing pula ya HAHAH! Bukan apa , dah terlampau hancing dah tempat ni. Jadi , tolong ya."

"HAHAHAHAHAHAH!!!! wa takut bos lu yang terkencing bila jumpa wa nanti!"

"Jngn terlampau yakin Boss ku.. ."

Akmal keluar , menyandarkan dirinya ditempat tadi. kacang dikunyah lagi dan lagi.

"Huh Budak budak aku dalam perjalanan ke sini!! dan korang semua akan mati!"

"Budak budak kau?? maksud kau , adik perempuan kau yang bodoh tu ke??"

"JAGA PERCAKAPAN KAU!!"

Akmal kembali mendekat. Rambut lelaki berbadan sasa itu ditarik membuatkan dia terdongak ke atas.

"Ehh bukan la..silap!! kau dengan adik kau , sama sama bodoh! sendiri gali lubang kubur untuk diri sendiri. Apa dah bosan sangat ke nak hidup dekat dunia ni?"

"PUIIII!!"

Akmal diludah.

"SIAPA YANG GALI LUBANG KUBUR SIAPA!? WA ATAU LU ORANG!!"

"Wuishh pekat sangat ni bro , Simpan sikit untuk cucu kau k...Hahaha..."

Pintu ditutup dan dikunci semula. Akmal menyerahkan kunci itu kepada rakannya yang lain. Sempat Akmal menjeling ke arah lelaki tersebut. Apalah nasib kau Farid dapat boss pon benak! patut pun kau masuk kumpulan dia , kau pun sekali benak! hahaha kesian!

"WOI AKU TAK HABIS LAGI DENGAN KAU LA SIAL!! DASAR PENGECUT!! PUII!"

Marah Lelaki itu lagi. Akmal meneruskan langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience