Tamat sesi persekolahan , merata Sara mencari kelibat Iman. Di dalam perpustakaan tiada , bilik guru tiada , dalam bilik juga tiada. Sara hampir berputus asa mencari rakan baiknya itu.
Tiba dipertengahan jalan , Sara terdengar suara Iman ketawa. Pantas mata menoleh ke arah kirinya. Kelihatan Iman sedang berborak rancak dengan Amir dan Hakim.
Sara mendekat.
"Wei Iman..merata aku cari kau tau..dekat sini rupanya. Haish."
"Kenapa cari aku? Kenapa kau tak cari member baik kau tu?"
Soalan dibalas soalan. Ish tak habis lagi minah ni.
"Haii sayang..."
Sapa Hakim.
"Er hai..."
"Amboi nak tak nak ea balas hai kita...sampai hati.."
Rajuk Hakim.
"Sorry..."
"Sorry je?"
"Habis tu awak nak apa?"
"Nak kiss..."
"Ha??"
Sara pandang Hakim pelik. Hakim ketawa kecil.
"Gurau jelah...suka noh ambil serious en..."
"Oo hahaha..."
Balas Sara. Amir memandang kedua rakan itu.
"Korang ni kenapa? Gaduh ke?"
"Eh mana ada..ok je.."
Pantas Iman balas. Senyum. Sedaya upaya dia cuba menyorokkan perkara sebenar dari pengetahuan mereka berdua.
"Yakah?"
Tanya Amir. Curiga akan jawapan yang diberikan oleh Iman itu.
"Sini jap!"
Tarik Sara. Menjauhi mereka berdua. Amir dan Hakim memandang mereka. Confirm! Ada benda yang tak kena ni.
"Ish apa!!"
"Boleh tak kau ketepikan rasa takut kau tu! Lia tak macam tu laa!"
"Aku seorang je ke yang takut? Kau? Tak takut?"
Sara tunduk.
"Ehh dah laa...kau kalau nak kawan dengan dia..kau pergi. Tak payah ajak aku..."
Jelas Iman lantas berpatah balik ke arah Amir. Dia mula mengemas segala peralatannya.
"Eh nak pergi mana?"
"Balik bilik..penat..malam call tau..bye.."
"Byee sayang..hati hati..."
Kata Amir. Iman tersipu malu apabila Amir memanggilnya sayang. Sara pula memandang menyampah. Haish panggil sayang je pun dah macam ulat bulu kena panggang! Hakim pandang Sara.
"er tak apalah...saya balik bilik dulu ya..bye.."
"ehh nanti la dulu , Meh la sini kita borak borak kejap. Lagipun masih awal lagi ni nak balik ke bilik tu.."
Pujuk Hakim. Sara pandang Iman yang semakin jauh. Niatnya nak mengejar dibatalkan serta merta. Langkah Longlai diatur ke arah Amir dan Hakim.
"Kenapa ni? macam ada masalah je..."
"hmm entah la..tak tahu nak terangkan macam mana.."
"Aik? Berkaitan dengan?"
"Lia..."
Serentak mereka berdua pandang sesama sendiri. Amir memberikan Isyarat supaya teruskan mengorek.
"Kenapa dengan Lia?"
"Dia dah lain...sejak daripada kes hari itu , kitorang dua jadi seram nak dekat..."
Luah Sara.
"Kes hari itu? kes apa?"
"Eh korang tak dengar apa apa cerita ke?"
Geleng.
"Hmm macam mana ea nak cerita...."
"Ok..awak bertenang dulu...tarik nafas..lepas tu cerita k.."
"Kes Lia tikam tangan Aiman..."
Amir dan Hakim membulat. Terkejut. Mak ai tikam mat. Tapi kenapa kitorang tak tahu apa apa tentang kes ni?
" Ha lepas tu?"
"28 jahitan juga la mamat poyo tu dapat...siapa suruh menyampuk..tu la padahnya."
"Jap jap...tapi kenapa Lia buat macam tu? Berpunca dari?"
Hakim memulakan siasatannya. Amir pula dalam diam sudah merakam perbualan mereka.
"Punca daripada Ain je...Ain tak puas hati apa entah tapi ada kaitan dengan abang Ain juga..."
"Abang Ain!? Tiger?"
"er yalah kot...saya mana kenal abang Ain tu"
"Oo ok tak apa. .. haa lepas tu?"
Hakim meminta Sara meneruskan ceritanya. Amir pula diam dan memerhati. Perempuan ni cari fasal dengan Tiger ke apa siak. Kalau betul memang gempak isteri Arfan ni.
"Masa tu keadaan dalam kelas terus sunyi..yalah , masing masing tergamam kot dengan tindakkan Lia tu. meronta ronta juga la si Aiman tu. Tapi tak ada seorang pun yang bangun selamatkan si poyo tu hahahaha.."
"Lepas tu , ada siapa siapa ke report dekat cikgu?"
Celah Amir.
"Of course laa ada...kes berat kot..."
"Aik kalau ada..mesti cikgu bawa kes ni ke tengah..ke pihak polis.."
Kata Hakim pelik.
"Hmm yang tu tak ada dengar pula...yang pasti ada yang buat report dekat cikgu tentang kejadian tu...selang beberapa hari , nama Lia dengan Aiman dipanggil..lepas tu tak tahu jadi apa...tiba tiba senyap macam tu je..."
"aik senyap ea..pelik..."
Hakim pandang Amir. Amir pula mengerutkan dahi. Kes tikam tak boleh dibuat main. Mesti ketengah punya , tapi kali ini lain pula. Macam ada sesuatu yang tak kena.
"Hmm entah la awak...kadang tu pelik juga hahahah. hm ok la saya nak balik bilik...bye"
"Bye...hati hati.."
Sara senyum. Hakim duduk semula.
"Pelik bin ajaib ni. tak pernah pernah kes besar macam ni terus senyap macam tu je....kau tak rasa ada sesuatu yang tak kena ke?"
"Apa apa hal , kita kena bagitahu Arfan dulu tentang bini dia tu. Entah entah dia sendiri tak tahu kes ni...jom laa!"
Ajak Amir beredar. Hakim mencapai beg lantas melompat kerusi batu disitu.
===
Aisy dan Zira melihat video yang tersebar itu. Mata masing masing membulat besar. Selesai menonton , pandangan dihalakan ke arah Amy yang berada di dalam bilik.
"Apa?"
Tanya Amy. Pandang macam nak terkam. Padahal dah makan haish.
"Kau tengok ni!"
Sua Aisy. Amy melihat video tersebut. Mata Amy membulat juga. Mana diorang dapat video ni!
"Kau pendam sebab ni!? Kau cakap dengan kitorang hati hati sebab ni ke!?"
Tanya Aisy bertalu talu. Angguk. Aisy meraup mukanya. Sementara Zira , berkali kali mengulangi video tersebut.
"OMG!!Kita duduk sebilik dengan penjenayah ke!?"
Tanya Zira pula. Aisy diam. Dahinya berkerut. Patut la sikap Amy berubah seratus peratus. Tapi betul ke?
"Kita kena tanya dia dulu...tak boleh main tuduh je..."
Kata Aisy. Zira pandangnya. Seakan tidak percaya dengan kata kata Aisy.
"Biar betik!?"
"Ya! Aku rasa video edit je ni. Tak mungkin la Lia sekejam ni..."
"Weiii minah , edit apanya...kalau edit kita dah nampak ah wei...ni masalahnya tak edit!"
Marah Zira. Haish tak faham la aku. Nak juga menangkan budak tu.
"Sabar..tunggu Lia balik..kita tanya dia sendiri.."
"Huh? Kau nak tunggu dia balik? Lepastu tanya? Eh macam la perempuan tu nak jawab...entah entah dia pusing cerita..."
Kata Zira lagi. Aisy diam begitu juga Amy. Persoalannya sekarang , macam mana video macam tu boleh tersebar?? Ada orang yang khianat Lia ke? Pelbagai persoalan muncul di dalam fikiran Amy.
Share this novel