Tapp!!
Lia menutup pintu kereta nya keras. Dia memandang ke arah rumah agam tersebut. Melihat ke arah garaj dirumah , kelihatan kereta papa nya tiada.
Huh!Peluang! Lia terus mengorak langkah memasuki rumah. Mata melihat sekeliling. Senyap sunyi je. Mana mak lampir tu pergi.
"Kak! Ooo kak!"
Panggil Lia. Tiada sahutan. Lia ke arah dapur. Jari jemarinya menari disetiap kabinet dapur.
"Ehh Cik Lia....bila sampai?"
" Baru je...mana mak lampir tu kak? Senyap je..mati dah ke?"
Kak Hanum tergelak kecil. Aku yang paling bahagia kalau perempuan sewel tu dah mati.
"Ada je tu dekat atas..."
"Ooo...tak apalah..saya naik atas sekejap..nak ambil kunci rumah.."
"Ehh Cik Lia dah tak duduk asrama ke?"
Geleng. Lantas terus meninggalkan Kak Hanum. Hm macam ada sesuatu yang terjadi je ni. Satu persatu anak tangga dinaiki. Ada satu perasaan menampar tangkai hati Lia. Perasaan sebak menyelubungi.
Sampai di satu bilik , Lia menjeling. Kelihatan Maria sedang membuat aktiviti hariannya. Dia mengerakkan badannya ke kiri dan kanan mengikut apa yang dibuat oleh orang yang ada dikaca televisyen. Huh Tak padan dengan mengandung kau ni. Sekali jatuh tersungkur , baru kau tahu.
Lia menuruni tangga semula setelah selesai mengambil kunci. Di dapur kelibat Kak Hanum sudah tiada. Mana pula perempuan ni pergi. Haish. Dengan api terbuka , nak bagi rentung rumah ni pun agak agak la.
Tiba tiba...pap! Sebotol minyak masak tertumpah diatas lantai. Lia melihat lama ke arah minyak itu. Lantas idea jahatnya muncul. Botol minyak masak itu dinaikkan semula.
"Huh nasib la siapa yang kena ni...bukan salah aku k. Salahkan minyak masak tu hahaha!"
Lia pergi tanpa memberitahu Kak Hanum. Keretanya mengundur dengan laju. Rumah agam itu sekali lagi ditinggalkan.
Setelah penat membuat senaman , Maria turun ke dapur untuk minum air. Tiba dikawasan dapur. Dengan tidak disangka , Maria terpijak kesan minyak masak yang tumpah tadi.
Bukk!!
Maria mengerang kesakitan. Dia memegang perutnya. Nama Kak Hanum dijerit nyaring.
"Hanum!!!!"
Kak Hanum bertempiaran lari tatkala suara mak lampir itu memanggilnya. Tiba di dapur , mata Kak Hanum membulat.
"Woii! Kau termenung apa tu!! Tolong la cepat errrr!!"
Maria melihat celah kangkangnya dipenuhi cecair merah. Oh no! Anak aku!
"Ya allah Puan macam mana boleh jatuh ni..."
Maria memandangnya tajam.
"Kau ni , memang sengaja ea tumpahkan minyak atas lantai!!
"Ha? Tumpahkan minyak? Eh mana ada puan...daripada tadi lagi saya dekat belakang tengah sidai baju.."
"Ehh kau tak payah berpura pura tak tahu la!! Dalam rumah ni tinggal kita berdua je tau!"
Marah Maria. Kak Hanum berpaling ke arah api dapur. Mati. Sah , ni mesti Lia yang tutup.
"Ishhh!Apa yang kau tercegat lagi dekat sini!!! Pergi la call siapa siapa Haish!!"
"Ha ya.. ya.."
Kak Hanum meninggalkan Maria disitu. Dalam diam Kak Hanum tersenyum. Padan muka kau. Lepas ni impian kau nak dapatkan harta Khairi akan terkubur. Aku pasti anak yang kau kandung tu mati.
===
Arfan berjalan laju menuju ke arah Aisy dan rakan sebiliknya yang lain. Wajah tegang dipamerkan.
"Mana Lia?"
"Err kau tak tahu ke?"
Tanya Aisy. Arfan kerut dahi.
"Tahu apa?"
"Lia dah tak duduk sini...baru beberapa jam tadi dia ambil semua barang dia...katanya dia nak tinggal rumah dia sendiri.."
Mata Arfan membulat. Ish dia ni. Tak pernah nak hormat aku sebagai suami kau kan!
"Er fan...nak tanya sikit.."
"Kau nak tanya apa? Tentang video tu ke?"
Teka Arfan. Aisy angguk.
"Huh! Aku sendiri tak tahu sama ada tu dia atau orang lain. Tapi video tu seratus peratus original..tak ada edit apa apa pun. So , faham faham la sendiri.."
"Tapii dulu dia..."
"Apa? Kau nak kata dulu dengan sekarang dia dah lain. Macam tu?"
Angguk.
"Tentang tu , aku tak ada jawapan..."
Selesai menjawab , Arfan terus beredar. Telefon diambil lantas nombor Lia ditekan. Arfan menunggu penuh dengan kesabaran.
Lia melihat telefon pintar dari ekor matanya. Huh! Kau lagi. Tak bosan ke asyik cari aku. Lia terus mengaktifkan mood dnd.
FLASHBACK!
Dua bulan berlalu , nama Lia semakin menjadi topik bualan hangat dikalangan para pelajar sekolah itu. Sepanjang perjalanan menuju ke arah tapak perhimpunan sekolah. Banyak pasang mata memerhatikannya.
Segala perkataan kotor keluar dari mulut mulut pelajar disitu. Ada yang gelak kan dia..ada yang melemparkan makanannya ke arah Lia. Lia tunduk , teruskan berjalan.
Dari kejauhan , Arfan tersenyum sinis. Huh! Nasib kau la perempuan! Aku akan buat kau sengsara sampailah kau angkat kaki dari sekolah ni!
Niat untuk ke tapak perhimpunan segera dipadam. Langkah diatur ke sebuah bangunan yang agak terpencil. Pintu tandas ditutup keras.
Dang!!!
"Sabar Lia..sabar. kau kena ikut permainan jantan ni. Kau tak boleh tunjuk taring sekarang. Kena sabar."
Pujuk Lia kepada diri sendiri. Lia melihat wajahnya dicermin. Comot. Satu perkataan yang dapat diungkapkan. Nasi yang melekat di rambut , perlahan lahan dibuang ke dalam singki.
" APA KAU INGATT AKU NI TONG SAMPAH KORANG KE SIAL!!!! FUCK!! "
Lia diam seketika selepas habis menyumpah seranah. Dia cuba untuk tenangkan dirinya. Air dibuka , singki yang hampir penuhi air dipandang kosong. Untuk sekarang! Silakan bersuka ria dengan rancangan jahat kau ni. Mungkin pada masa yang akan datang , kau sendiri yang akan melutut..merayu rayu dekat aku!
Pintu dibuka , terserlah wajah Ain di depan pintu. Ain memandangnya sinis. Bahu Lia dirempuh kasar.
"Eeuu , bau apa yang busuk sangat ni! Wuuerkkk!!"
Ain berpura pura ingin muntah. Lia diam. Hanis pula mengekek ketawa.
"Haah la..bau macam sampah kan..tapi sampah yang dah bertahun lama tak diambil hahahhah!"
Tambah Hanis. Ain pandang Lia yang masih tidak berganjak itu.
"Ehh kau boleh berambus tak!! Tercemar la udara kitorang dekat sini! Err"
Lia melangkah setapak.
"Ooo ya , sebelum i terlupa...jauhkan diri u daripada Arfan k. U dengan dia tak setaraf! Tolong sedar diri tu sikit."
Lia diam. Dia terus gerak tanpa memandang Ain. Huh! Orang kaya sampah! Masing masing bodoh! Hidup menumpang harta mak bapak , tapi gaya macam tu harta kau! Huh kesian!
ENDFLASHBACK.
Lia bangun menuju ke arah berandar rumah. Angin petang menyentuh lembut rambut Lia.
"Miskin atau kaya , kau tetap bukan setaraf dengan aku! Harta yang kau sanjung tu tak selamanya akan ada."
Lia berpeluk tubuh.
"Dan kau Arfan! Jangan ingat , kau tu suami aku...kau dah dapat segalanya daripada aku..aku boleh terima kau macam tu je? Huhh dalam mimpi!! Aku akan buat kau lebih sengsara daripada apa yang kau buat pada aku!!"
Dendam dilubuk hatinya kian membara. Tak dinafikan , memang kau dah dapat tubuh aku tapi bukan hati aku. Kau! Hanya tempat permainan aku! HAHAHAHAH!!
Share this novel