BAB 49

Action Completed 78235

"Er Lia..."

"Apa?"

"Nak tanya ni.."

"Apa dia...tanya jelah..."

Kata Lia kepada Sara. Sara memandang Iman. Perasaan teragak agak menyelubungi dirinya.

"Err kenapa kau tak bunuh je orang orang yang pernah hina kau dulu? Lagi lagi yang lempar kau macam macam..."

Tanya Sara. Seisi kelas terdiam. Masing masing terkedu mendengarkan perkataan bunuh itu. Walaupun Sara sudah memperlahankan suaranya tetap juga didengari oleh semua yang berada di dalam kelas.

"HAHAHA soalan apa ni?"

Kata Lia sambil terbahak bahak disitu.

"Aku serious ni..."

Kata Sara lagi. Lia diam. Dia memperbetulkan kedudukkannya semula.

"Ok macam ni laa....setakat hina , lempar macam macam...aku tak kisah sangat...melainkan orang tu dah melampui batas..tu ya..."

"Tapi kan aku pelik la , kau ada banyak duit tau....kenapa kau tak guna je duit duit kau tu untuk halau je diorang tu semua?"

Tanya Iman pula. Yalah kebiasaan orang kaya , kalau tak puas hati atau tak nak tengok muka seseorang itu disitu ,, pastinya dia akan hulur duit. Atau buat apa saja asalkan dia tiada di depan mata. Tapi Lia? Sebaliknya.

" Eeee for what aku bazirkan duit untuk halau diorang? ok dengar ni , kemana mana kita pergi pasti ada yang tak suka..kau kaya..kau miskin..kau disanjung tinggi..kau dihina...tetap akan ada sepasang mata yang tak suka dengan cara hidup kau...so gunakan lah duit tu untuk kegunaan lain..bukan untuk perkara remeh macam tu...dia tak suka? Dia nak hina? Terpulang. Sikit pun tak menjejaskan harta benda aku hahahah!"

Mereka berdua angguk. Kagum dengan pendirian Lia. Walaupun seusia itu , fikirannya tersangat la matang bila disoal tentang perkara tersebut.

"Ada satu ayat ni arwah mama aku pernah bagi dekat aku...dan aku ingat sampai sekarang...mama aku cakap...nak jadi orang yang berguna kenalah bodoh...bukannya pandai tapi sebenarnya bodoh..."

"Ha maksud?"

"Kau nak orang pandang kau?..bukan dengan kau ada harta banyak...bukan juga dengan pangkat kau...tapi dengan hati..walaupun seribu orang layan kau dengan teruk...tetaplah berbuat baik dengan mereka. Sebab suatu hari nanti diorang akan terduduk juga. Hebat mana pun kau...berkuasa macam mana pun kau...suatu hari...pasti akan terjatuh juga..."

"Ooo..faham faham...tapi apa maksud dengan pandai tapi bodoh?"

Tanya Iman kurang faham.

"Huh! Kau berkuasa ..banyak harta...duit bersepah sepah , tak habis 7 keturunan..tapi bodoh sebab hambakan duit...tahu duit tu boleh buat macam macam..boleh dapatkan kau apa apa yang kau idamkan...tapi ingat satu...duit tu juga akan buat kau rugi...akan buatkan diri kau tu hancur. Cari duit pandai tapi bodoh dalam gunakannya. sebab tu aku kata , pandai tapi bodoh hahahah!"

Iman diam. Lia ni , betul betul lain daripada yang lain la. Walaupun dia seorang yang kejam , tapi dia baik. Mungkin dia ada sebab tersendiri menyebabkan dia jadi kejam.

"Lia...maafkan aku..."

Kata Iman. Lia senyum.

"Hahah tak ada hal la..."

"Nanti kau masuk balik asrama k...rinduu nak tidur dengan kau..."

Pujuk Sara pula. Walhal tempat tidur mereka berasingan. Lia bersama kakak senior manakala Sara dan Iman bersama rakan sebaya yang lain.

"Tentang tu tak boleh janji...hehehe"

"Haish yalah..."

Mereka berpelukkan disitu. Penghuni di dalam kelas hanya diam. Ada yang menyibukkan dirinya sendiri dan ada juga yang merasa kesal atas perbuatan yang dia lakukan kepada Lia.

===

Maria cuba membuat panggilan ke atas nombor seseorang tetapi tidak berjaya. Ishh mana kau ni!

Maria masih tidak berputus asa. Dia menghantar pula chat kepada nombor tersebut.

SAYANG

• U mana ni? I call bukannya nak angkat...haish.

SAYANG

• I tengah stress ni...anak kita...budak tu bunuh!

SAYANG

• I nak u bunuh budak tu secepat yang mungkin...kalau nak tunggu orang tua tu entah sampai bila nak simpan..

SAYANG

• U mana ni? I miss u...petang ni jom jumpa....

Akmal membaca segala chat yang dihantar oleh Maria kepada lelaki tersebut. Belum sempat laki kau bunuh Lia..Lia dah terlebih dahulu kenyangkan perut buaya dia. Hahaha kesian kau.

Ting!

HONEY

• Sorry..i sibuk..And i rasa kita dah tak perlu berjumpa kot. i dah ada perempuan lain..so hubungan kita sampai dekat sini je k..bye.

HONEY

• Ooo ya , tentang baby tu...takziah untuk u. Walaupun i ayah kepada baby yang u kandung tapi tak apalah , i redha. dah , jangan cari i lagi.

Maria terus melemparkan telefon ke dinding. Sial punya jantan! Tak guna! Huh! Kau ingat senang senang aku nak lepaskan kau? Tak semudah itu Haikal!

Akmal meletakkan telefon lelaki itu disitu. Dia melihat ke arah jam ditangan. Dah pukul 3 petang. Masa untuk makan. Akmal membawa bungkusan makanan kepada Tiger.

"Nah..makan.."

"Sampai bila kau nak kurung aku?"

Tanya Tiger.

"Entah...boss aku pun tak kata apa..."

Balas Akmal bersahaja.

"Aku nak minta tolong...itu pun kalau boss kau izinkan.."

"Apa dia?"

"Tolong jagakan adik aku , Ain...aku tahu Adik aku salah..aku pun salah sebab ganggu boss kau...tapi Ain tu satu satunya adik aku..dia jelah ahli keluarga aku yang tinggal..."

"Huh..nanti aku sampaikan dekat boss aku...kau makan ah"

Kata Akmal. Tiger meraba bungkusan nasi itu. Dia menghabiskan secara perlahan. Akmal pula terus menaip mesej dan di hantar kepada Lia.

AKMAL

• Tiger minta tolong jagakan adik dia..katanya ain tulah satu satunya ahli keluarga dia yang tinggal...

Lia ketawa kecil. Huh kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ada makcik lagi? Huh acah acah tersendu pula dalam dunia ni hahah.

Enjin kereta dihidupkan. Mata Lia memandang ke arah Ain dan Hanis yang baru saja lalu di depan keretanya. Huh seorang hampir gila. Seorang pula acah insaf. Hahaha memang kena ah korang ni jadi adik beradik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience