BAB 8

Action Completed 78235

Hakim dan Amir duduk disebuah pondok bacaan. Sambil mengulangkaji sambil berborak borak kosong.

"Wei kau tak rasa pelik ke dengan Arfan tu.."

Tanya Hakim.

"Pelik juga laa , aku tak pernah nampak dia tengking Ain tau..tiba tiba hari tu fuhhh..."

"Kan..ha lagi satu dengan pelajar baru tu. Dia macam tengah sorokkan sesuatu dari kita la.."

"Haah aku perasan juga tentang tu. Dia dengan Lia tu macam ada apa apa je. Macam dah pernah jumpa."

Balas Amir.

"Yes!! Tapi aku seram sikit dengan budak Lia tu..aku tak tahu kenapa wei tapi aku rasa dia lebih menyeramkan daripada Ain.."

Luah Hakim sambil mengosok lengan apabila bulu romanya menaik.

"Aku rasa biasa je. Mungkin kau fikir sangat kot."

Sengaja Amir kata begitu untuk menenangkan Hakim walhal dia turut merasai perkara yang sama. Cukup la Ain seorang yang membawa kesengsaraan dalam sekolah ni. Tak usah ditambah dua tiga orang lagi.

===

Selepas rehat , tatkala kaki melangkah masuk ke dalam kelas semua memandangnya dengan pandangan yang sinis. Lia pula hanya mempamerkan wajah selamber.

"Eeeuu jijiknya perangai , jual diri semata mata nak masuk sekolah ni...ee dasar sampah!"

Selar Ain.

"Kan..apa punya perangai la. Dah tahu diri tu miskin buat la cara miskin , ni tak! ada hati nak sama level dengan kita semua..."

Kata rakan baiknya Ain pula. Ain hanya tersenyum memandang ke arah Lia.

" Nak buat macam mana geng , tu je dia mampu. HAHAHAHAHAHAHAH!!"

Tambah si Aiman pula. Seisi kelas turut mengikuti gelak tawa Aiman dan Ain. Sara dan Iman tergesa gesa memasuki kelas. Lia dipandang dengan penuh tanda tanya dikepala.

Telefon disua. Lia merupakan seorang perempuan yang miskin sanggup gadaikan maruah demi memasuki sekolah kayangan. Mata membulat besar tatkala membaca kenyataan tersebut. Malaun mana yang buat cerita sampah ni!!

"betul ke?"

Tanya Iman. Lia diam. Matanya memerhati sekeliling. Berita itu sudah tersebar luas. Kalau berkata benar sekalipun tak akan ada yang percaya.

"Terpulang dekat korang laa nak percaya atau tak."

Senafas jawapan diberikan. Sara dan Iman terdiam. Tapi jauh dilubuk hati mereka ,, mereka mempercayai Lia bukan orang yang sebegitu.

Miskin ea? Siapa je yang tahu aku miskin selain Arfan. Haih kau kalau nak bermain pun carilah sama level dengan kau hahahahaha! tapi tak apalah , aku ikut je permainan kau ni. Dalam diam Lia tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience