BAB 15

Action Completed 78235

"Mummy..."

"Ya sayang.."

Sahut shahida , mummy
Sara. Sara duduk dikerusi sambil melihat ke arah mummy nya yang sedang sibuk didapur itu.

"Keluarga Lia kaya kan?"

Keluar soalan bodoh daripada Sara.

"Ha? Soalan apa ni sayang..."

"Ya atau tak?"

Api dapur dimatikan. Shahida menghampiri anak perempuan nya itu.

"Ya. Memang Lia tu anak orang kaya. Bukan kaya la..tapi anak orang trilion..."

"What!? Trilion!????"

"Iyaa..kenapa kamu terkejut sangat ni.."

Tanya shahida pelik.

"Er tak ada apa apa la mummy...hehehe"

Gila kentang. Anak trilion kot. Harta bersepah sepah. Duit yang boleh beli sebuah negara. Fuh gempak ah. Tapi kenapa Lia lebih suka orang ejek dia miskin ea? Berkerut kerut dahi Sara memikirkannya.

Makan.

"Err..sara..lepas ni aku nak keluar tau. Aku nak balik rumah sekejap. Nak ambil barang."

Kata Lia.

"Nak ikut..pleasee!!!!!"

Rayu Sara. Haish perempuan ni kan. Tapi kalau tak bawak pun mesti mummy dia dah ceritakan segalanya tentang aku. Hadoi la.

"Ok."

"Sekali Iman tau. Sekejap lagi dia sampai.."

Sambung sara lagi. What the. Hadoi la. Nasib la kau laa Lia , dapat kawan macam diorang ni. Sabar jelah.

Setengah jam kemudian , kereta GTR hitam menderum laju membelah jalan raya itu. Sara merenung Lia tajam.

"Apahal kau pandang aku macam tu?"

"Kenapa kau suka orang ejek kau miskin sedangkan kau anak orang trilion..TRILION kot!"

Marah Sara. Lia tersenyum sinis. Dah agak. Ni mesti aunty shahida yang cerita.

"Untuk apa aku cerita dekat satu dunia yang aku ni anak Trilion? Aku tak suka. Lebih baik aku diamkan status aku."

"Tapi sampai bila wei? aku tak boleh ah tengok member aku kena pijak , dihina , dibaling macam macam.."

"Sampai bila bila la. Nanti dah sampai masanya diorang akan tahu juga dan masa tu aku akan gelakkan diorang puas puas!"

Tidak lama kemudian , mereka bertiga tiba dikawasan rumah Lia. Mulut Sara dan Iman ternganga seluas luasnya.

"Wei ni rumah ke istana do...besar gila...."

Kata Sara sambil mulutnya melopong luas begitu juga Iman. Lia mengelengkan kepala melihat gelagat dua rakannya itu.

"Besarkan lagi mulut tu supaya gajah , haiwan haiwan yang besar boleh masuk dalam mulut korang tu errr.."

Sara dan Iman tersengih. Lantas telefon diambil. Niat dihati ingin mengambil gambar tetapi segera dihalang oleh pengawal peribadi Lia. Sementara Lia sudah menghilangkan diri masuk ke rumah itu.

"Maaf , kawasan ni dilarang mengambil gambar.."

Kata pengawal peribadi itu.

"Alaa sekeping je..boleh laa bang.."

Rayu Sara.

"Jika berdegil juga , kami akan jalankan tindakkan yang keras terhadap kamu berdua."

"Ehhh...mana boleh sesuka hati buat macam tu. Kami bawah umur tau. Encik tak boleh dakwa kami atau saman kami."

Kata Sara yang mahu mengalah itu. Belum sempat pengawal peribadi itu bersuara , muncul suatu suara dari arah tepi mereka.

"Lepaskan diorang."

Pengawal peribadi itu mengangguk lalu beredar. Sara dan Iman terkaku. Hensemnyaaaaaaa.

"Kawan Lia?"

Angguk.

"Mana Lia?"

"Err dah masuk dalam....by the way..abang ni siapa?"

Angah tersenyum. Oh no , iman aku bertaburan.

"Angah Lia..."

Pehh Angah dah hensem macam ni. Alongnya? Adik beradik dia yang lain entah macam mana hensemnya. Argh yang penting Angah dia aku cop. Hahahaha. Sara tersengih sengih. Iman disebelah segera membuat mata ke atas tatkala melihat gelagat Sara yang kegedikkan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience