Lia sedang duduk santai ditepi kolam. Kakinya di masukkan ke dalam air. Dia mencari ketenangan secara bersendirian disitu.
"Nahh"
Segelas air jus oren diberikan kepada Lia. Lia memandang Arfan yang sudah mengambil tempat disebelahnya.
"Minum la...bukannya aku letak racun pun..."
"Sekalipun racun , aku rela je minum..."
Arfan diam tidak menjawab.
"Kau ok?"
Air diteguk sekilas. Mata pandang Arfan kembali.
"Ok. Kenapa tanya? Kau nampak aku tak ok ke?"
"Yup...aku dapat rasa kau tengah sorokkan sesuatu daripada aku..."
"Hahaha...nanti nanti kau tahu la...aku malas nak cerita sekarang."
"Ok..aku tuntut...."
Lia diam. Arfan melihat kakinya yang berada di air. Lia pula menghirup udara yang segar disitu. Tenang. Dah lama tak rasa macam ni. Ma , Lia rindu. Rindu sangat!
"Wahhhhhh santai!! Macam mem besar kau ya..."
Sapa Maria dari arah belakang. Lia pejam mata. Haish memekak dah biawak hidup ni.
"Jom..."
Ajak Lia.
"Kemana?"
"Mana mana la...asalkan tak ada sebarang gangguan terutama dari jelmaan biawak hidup. Dengar cerita biawak hidup ni bahaya."
Arfan diam. Hanya mengekori langkah Lia.
"Wah kau....biawak hidup kau kata ya...."
"Laaa terasa ke??"
Balas Lia selamber.
"Kau ni kan....memang tak ada adab dengan orang tua ea...mama kau tak ajar kau beradab ke!?"
"Mama aku ajar aku beradab dengan orang yang beradab , bukan biadap macam kau!"
Arfan dibelakang Lia hanya membisu. Ni bukan Lia yang aku kenal. Dia bukan macam ni.
"Huh kau ni sepatutnya dah lama lenyap dari muka bumi ni tau ...tapi aku tak tahu la apa yang orang tua tu sayang sangat dengan kau ni.. sampaikan payahh sangat nak ambil nyawa kau err..."
"Hmmm mungkin dia masih mengumpulkan bukti kot....yalah , orang tua tu jenis yang teliti. Kot kot laa salah jalan...dah menyesal seumur hidup sebab bunuh darah daging sendiri hahahah!!"
Kata Lia sengaja membakar Maria. Maria ketap rahang.
"Oo ya sebelum aku terlupa ,, saja jelah nak cakap an...nikmati la kebahagiaan kau ni dulu k...kot kot la sementara hahahahahah!"
Lia beredar sambil menarik tangan Arfan. Keretanya menderum laju meninggalkan kawasan perumahan. Sementara Maria sudah meroyan tidak tentu fasal. Segala barang yang ada di depan matanya dijatuhkan.
Kak Hanum perhati daripada arah dapur. Huh padan muka kau. Kau ingat , kau dah cukup kuat ke nak lawan Lia tu? Huh untuk pengetahuan kau , dia tu lagi kejam dari kau tau. Untuk hapuskan kau pun mungkin celah jari dia je hahahah. Setelah itu , Kak Hanum menyambung semula pekerjaannya.
===
Iman dan Sara duduk berhadapan sebuah tasik yang ada di kawasan sekolah mereka. Mata merenung ke arah para pelajar yang melakukan aktiviti riadah disitu.
"Wei iman , kau tak rasa seram ke dengan si Lia tu..."
Sara memulakan perbualan mereka setelah sekian lama mendiamkan diiri. Iman pandang Sara , lama. Seperti sedang mencari jawapan kepada soalan tersebut.
"Err...jujur la...dulu ya aku ok je dengan dia..rasa selamat. Rasa nak kenal lebih mendalam lagi. Tapiiii baru baru ni aku jadi seram bila jadi kes macam tu. Aku betul betul tak sangka dia berubah sekelip mata."
Luah Iman.
"Hmm kau tak rasa ke dia tu macam tengah sorokkan sesuatu daripada kita semua."
"Maksud kau?"
"Yalah. Tak akan kau tak perasan apa apa kot. Dia baru pindah kan...awal awal dulu dia tak macam ni tau. Lepas tu bila dah beberapa bulan ni , dia terus jadi lain. Bukan Lia yang kita kenal dulu."
"Memang lain laa....sebab tu aku cakap aku seram dengan dia.."
"Haish bukan tu laaa!"
Marah Sara.
"Habis tu?"
"Tak akan kau tak perasan apa apa kot?"
Geleng. Sara menepuk dahinya.
"Dalam sekelip mata dia berubah jadi Lia lain. Lia yang kejam yang tak ada hati perut. Kau tengok tak cara dia baling pisau tu ke arah jantan poyo tu..."
"Ha perasan...terer gila kot..."
"Haa....dekat situ aku jadi pelik tau...aku jadi tertanya tanya , bila masa Lia belajar semua ni. DAN , tak mungkin secepat ni tau..ni bermaksud dia dah lama berlatih benda macam tu ..sebab tu aku kata , dia tu macam tengah sorokkan sesuatu daripada kita semua.."
"Wei meremang...haish. dah ah cakap tentang orang lain. Kang tak pasal pasal dia muncul dekat sini..."
"Bodoh la kau ni. Haish."
Mereka berdua bangun , langkah mula diatur meninggalkan kawasan itu. Dalam diam , Iman terfikir akan kata kata Sara tadi. Hmm betul juga ea. Nak belajar benda tu , memakan masa bertahun kot baru tepat kena sasaran. Tapi Lia ni belum setahun lagi dekat sini..tapi balingan dia tu haish..seram laa.
Share this novel