BAB 29

Action Completed 78235

Hari yang berikutnya..

"Kau masuk kereta dulu...aku ada hal nak cakap dengan diorang.."

Arah Lia. Amy menurut. Pintu kereta dibuka perlahan. Amy hanya menundukkan pandangannya. Sungguh dia masih trauma dengan apa yang dia lihat semalam. Satu perkataan yang mampu dia luahkan hanyalah perkataan KEJAM!

Lia masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan lantas kereta bergerak laju seiringan detak jantungnya yang berdegup. Amy diam membisu.

"Apahal diam? Takut!? HAHAHAHAHAH!!"

Meremang. Amy menggosok lengannya.

" Jenis aku...kalau orang tu usik aku...memang akan kena. Kalau kau tak usik aku...aku pun tak akan kacau laa..Senang!"

Jelas Lia.

"Ta-tapi...Rizal kan nak kau...se-sebab aku juga...kau tak marah?"

"Marah sikit. Tapi tak apa ah. Aku dah anggap korang ni macam akak aku sendiri..."

"Hmm terima kasih. Dan aku minta maaf.."

Lia diam. Matanya terarah kepada jalan saja. Tidak sabar rasanya untuk memberi kejutan kepada Ain.

" Hai fan...."

Tegur Ain. Arfan memandangnya.

"Kau nak apa?"

"I cuma nak bagi u bekal ni. I buat sendiri tau..."

Kata Ain bangga.

"Kau makan jelah..aku tak ada selera."

" Eee u ambil la bekal ni. Mana la tahu bila u buka..selera u datang balik..."

"Eh kau faham bahasa tak!?? Aku cakap ..aku tak nak...tak nak lah!!!"

Tengking Arfan. Bahu Ain terhenjut. Ain menggenggam kain bajunya.

"Arfan! Untuk pengetahuan u! Lia dah mati! perempuan kampung aka sundal u tu tak akan balik lagi ke sini!"

"Apa yang kau mengarut ni!?"

" I tak mengarut. I cakap benda yang betul...so , u masih ada masa lagi untuk berbaik semula dengan i.."

"huh? berbaik? Atas sebab apa aku kena berbaik dengan kau. kau siapa pada aku?"

Ain memandang tajam.

"Aku dengan kau... HANYA KAWAN! tak lebih dan tak kuranglah Ain! kau je yang fikir aku ni milik kau tapi sebenarnya tak! tolong ah cari lelaki lain.."

krakk! hatinya hancur berkecai. Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya runtuh jua. genggaman dikain semakin dikuatkan.

"Apa kurangnya i? Apa yang ada pada sundal tu..Arfan!"

Sebab dia isteri aku! dan aku mula jatuh suka pada dia! Arfan mengepal penumbuk. Kata kata itu hanya terlafaz di dalam hatinya. Arfan terus beredar. Ain terduduk disitu. Kenapa kau susah sangat nak terima aku!! Apa yang istimewanya Lia tu dibandingkan aku!!

===

Perlahan lahan pintu dibuka. Matanya melihat ke arah sekeliling. Dia mencari kelibat seekor buaya jantan bernama Sam itu. Aik tak ada pun.

"Sam!!!"

Panggil Akmal. Aik betul betul kenyang ea. Mata menangkap ke arah baldi biru. Haish jauh pula kau. Segala doa pendinding dibacanya sebelum melangkah.

Baldi biru diambil. Akmal terpandang ke arah semak yang tidak jauh dari baldi yang diambilnya itu. Mata Sam memandangnya tajam. Gulp. Mak ai.

Akmal lari tak cukup tanah apabila Sam seakan mahu menerkamnya. Pintu segera ditutup dalam keadaan kelam kabut. Akmal menarik nafas dalam dalam. Dia meraba seluruh badannya. Alhamdulillah hidup lagi.

Sampai diatas. Angah menggelakkannya.

"Hahahahaha apa kau rasa kalau aku bagi Lia video ni .."

Kata Angah sambil memberikan rakaman itu kepada Akmal.

"Bagi la...kau ingat adik kau tu ada perasaan ke?"

"Eh ya tak ya juga ea. Lupa pula aku. Tapi serious kelakar wei. Sam tu hanya tenung kau je pun..yang kau...lari tak cukup tanah Hahahahah!"

Akmal mengendahkan. Dia keluar dengan baldi biru itu. haish terkadang penat nak layan perangai sewel abang dia ni. Makin dilayan makin gila dibuatnya. Huh! Lebih baik aku buat kerja aku. Lagi bagus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience