Gerak geri Lia diperhatikan oleh senior sebilik. Dress merah cili tersarung cantik ditubuh. Lia melihat tubuhnya ke arah cermin. Ok mantap!
Pandangan dihalakan pula ke arah kakak kakak senior yang sedari tadi lagi melihatnya bersiap.
"Apa?"
"Kau nak pergi mana dengan pakaian seksi macam ni???"
Tanya Aisy. Amy disebelahnya hanya memerhati. Zira pula tak berkerlip mata melihat penampilan Lia yang tersangat wow itu.
"Ada hal.."
"Hal apa? Arfan tahu tak?"
Angguk.
"Dia yang bagi keizinan dekat aku..."
"Ooo...ok."
"Dan mungkin aku tak balik kot. Mungkin dalam 3 hari macam tu..."
Sambung Lia lagi.
"Hmm yalah...memang sekolah ni hotel pun...sesuka kau nak check in sesuka kau nak check out..."
"Hehehe muahhhh"
Ujar Lia lantas terus mencapai heels merah ditepi pintu. Mereka bertiga perhati dari dalam.
Klak!
Tersembul wajah Arfan dihadapan pintu. Arfan memandang Lia dari bawah ke atas. Fuhh pakaian. Boleh tahan ea perempuan ni.
"Kunci!?"
Minta Arfan.
"Untuk??"
"Aku akan ikut kau.. sekali jumpa sugar daddy kesayangan kau tu..."
Kata Arfan. Tanpa berkata apa apa , kunci diberikan. Mereka berdua terus menuju ke arah kereta Lia.
Sepanjang perjalanan ke sana hanya bunyi cengkerik yang menghiasi mereka berdua. Lia memandang ke kiri dan Arfan pula fokus kepada pemanduannya.
"Baju tu tak boleh nak elok lagi ke? Terdedah macam tu kau nak bagi siapa tengok!?"
Marah Arfan. Lia memandangnya.
"Siapa siapa la yang nak tengok badan aku ni...."
"Huh! Lupa pula aku yang kau ni perempuan murah..dah la miskin..lepastu murah..memang kena ah tu dengan pakaian kau...hahahahahah!"
Sindir Arfan.
"Murah? Seriously Arfan? Hmm kau tak nak tarik balik kata kata kau tu ke ,, sebelum terlambat??"
"Untuk apa aku tarik balik kata kata aku...dah memang betul kan..kau ni murah..."
Lia senyum. huh aku murah?bodoh tak dibuat buat la kau ni. Kepala Arfan ligat memikirkan sesuatu. Apa ni Fan! dia bukan perempuan murah! kalau dia murah , malam tu kau tak akan dapat apa yang kau nak la!
Minyak ditekan , kereta semakin laju ke hadapan. Setengah jam kemudian , mereka berdua tiba disebuah rumah agam milik keluarga Lia. Arfan terpana dengan rumah tersebut.
"Selamat kembali Cik Muda...Tuan Muda sudah menunggu Cik Muda ditempat biasa..."
Kata salah seorang pengawal peribadi disitu. Arfan mula mencurigai sesuatu. Cik muda? Lia segera meninggalkan Arfan disitu.
"Tuan Muda boleh ikut saya ke dalam..."
Kata Pengawal peribadi kepada Arfan.
"Dia..em maksud saya , isteri saya nak ke mana tu??"
"Ooo , dia ada urusan sebentar dengan Tuan Muda..."
Arfan terpinga. Tadi mamat ni panggil Lia , Cik Muda. Lepas tu mamat ni kata lagi dekat si Lia tu yang Tuan Muda dah menunggu. Hmm macam ada yang tak kena je ni . Setibanya di dalam , Arfan merenung ke arah seorang figura lelaki yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.
"Papa?"
"Ehh fan...bila sampai?"
Sambut Khairi , papa Lia.
"Baru je pa..."
"Ooo...mana Lia?"
"Oo Cik Muda ada urusan sebentar dengan Tuan Muda..."
Celah pengawal peribadi itu lagi sambil memandang ke arah Arfan yang gagal menjawab pertanyaan tersebut. Khairi hanya mengangguk faham. Huh ada juga , ingatkan tak ada tadi.
"Ha fan , kamu duduk la dulu ya...majlis lama lagi ni. Papa tengah tunggu seseorang...."
Jelas Khairi sambil menepuk bahu Arfan.
"er pa..."
Belum sempat Arfan ingin mengajukan soalan kelihatan Khairi sudah meninggalkannya disitu. Haish apa orang tua ni buat dekat sini? dan sebenarnya majlis apa yang aku datang ni!? Arfan mengambil tempat di sebuah kerusi kayu sambil memandang kesemua tetamu disitu. Semua orang orang yang hebat. Yang hartanya tak akan habis 7 keturunan. Tapi apa kaitan dengan Papa? ni bukan nya majlis sugar daddy si Lia tu ke. ke ...dia orang sedang rancang sesuatu ni. macam macam yang difikirkan oleh Arfan.
Tidak lama kemudian Lia masuk ke dalam dengan seorang lelaki. Lelaki itu memegang pinggang Lia erat. Lelaki semalam!? Sugar daddy Lia!! Wahh kau...sedap ek pegang pinggang bini aku! Arfan terus ke arah mereka berdua. Lia ditarik merapat ke arahnya. Lia memandang pelik.
"Arfan , husband Lia..."
Hulur Arfan. Angah tertawa kecil. Daripada riak wajah Arfan sudah menunjukkan bahawa dia sedang cemburu.
"Hahah muka tu jangan nak cemburu sangat la...abang adik je pun...haish."
Angahnya mengeleng gelengkan kepala. Arfan memandang Lia dengan seribu tanda tanya.
"Lepas la.."
"Siapa tu?"
"Angah aku! Eee..boleh tak kau lepas...rimas la!"
Arfan melepaskan pelukkannya. Lia berlari anak menuju ke arah Angah. Tapi semalam dia iya kan soalan aku. Dia sendiri cakap yang mamat tu , Sugar daddy dia. Sekarang dia kata...Angah dia. Mana satu ni! kusut la kepala aku.
"Ha fan...dah makan belum?"
Geleng.
"Ha makan la dulu..banyak lauk dekat depan tu..tak akan habis untuk 3 beradik macam kami ni.."
Kata Angah. Dahi Arfan bertaut. 3 beradik? Maksudnya? Dia ada seorang lagi adik beradik? Eh jap ,, dulu masa aku nikah dengan dia bukan rumah ni..rumah kampung! Dan ya semua orang kampung! Dan mamat ni tak ada! Ke diorang nak perangkap aku ni.
"Kau fikir apa tu...pergi la ambil lauk sana..ke kau nak Lia temankan.."
Kata Angah lagi.
"Huh cukup sifat an..pergi la ambil sendiri.."
Balas Lia bersahaja. Angahnya membesarkan mata. Marah apabila adiknya berkata begitu kepada Arfan.
"Er nanti la..tak lapar lagi."
"Ha ikut kau la...tapi serious , lauk banyak. Tak akan habis. Silap haribulan tiga hari kau duduk sini makan lauk pauk ni jelah haha."
"Tiga hari?"
"Ya...tak akan Lia tak cakap apa apa dekat kau?"
Geleng. Angahnya memandang Lia yang terus menerus membuat muka selamber.
"Apahal kau tak bagitahu Arfan..."
"Dah dia tak tanya...."
Kepalanya Lia ditunjal oleh Angah. Arfan perhati. Muka diorang ada iras. Tapi serious ah. Haish aku kena tipu hidup hidup ke macam mana ni!?
"Ngah...lambat lagi ke?"
"Entah...papa masih tunggu seseorang tu..kau kalau nak rehat pergi ah bilik..."
"Hmm ok. Nak tidur la..."
Luah Lia kepenatan.
"Ha fan..kau kalau nak rehat juga ikut la Lia tu.."
Arfan angguk. Belum sempat Lia berkata apa apa mulutnya sudah ditekup oleh Arfan.
Sampai dibilik Lia. Lia merebahkan diri ke atas katilnya. Arghh miss my bed! Di dalam biliknya terdapat beberapa bingkai gambar yang tergantung. Gambar Lia bersama Mama nya..angah dan seorang lagi lelaki. Tapi tiada satu pun gambar Papa yang tergantung disitu. Pelik.
Betul la aku kena tipu hidup hidup dengan dia. Hmm selama ni aku cakap dia miskin padahal aku yang miskin. Haish. Tapi apa motif dia?
Arfan duduk dibirai katil. Dia melihat lengkuk tubuh Lia. Air liur ditelan keras. Wow bahaya. Tak boleh tak boleh. Mata dipejam rapat. Bukan sekarang fan! Tahan!
"Apa motif kau?"
"Motif apa?"
"Sorokkan semua ni..."
"Ooo hahah saja.."
"Lia!.."
"Ish apa!"
Marah Lia. Arfan menunggu jawapan.
"Ok! Dulu masa kau nikah dengan aku tu memang aku sengaja meletakkan syarat. Syarat aku..aku nak nikah dekat rumah kampung dan pakai pakaian kampung...senang cerita semua kampung! Sebab aku nak tengok sejauh mana kau boleh tahan dengan aku! huh tapi tu laa bertahan juga ea. Biasa lelaki bandar..kaya macam kau ni...mesti tak akan tahan lama. Mesti malu dapat bini miskin."
"Perlu ke kau buat semua ni!?"
"Perlu la..sebab aku nak tengok kau ni lelaki yang macam mana? Yang pandang harta , rupa atau yang tak kisah...yang terima apa adanya. Tapi rupanya kau lelaki macam tu..haha pilih harta dan rupa. Dan syarat tu aku letak untuk kaburi segalanya. Aku pura pura jadi miskin sebab aku tak nak lelaki jenis kau ni kikis harta aku. Puas!!?"
Arfan terdiam lagi dan lagi. Lia rebahkan dirinya semula. Mata dipejam rapat. Dalam hati berdoa agar tiada soalan lagi yang muncul. Arfan mengalihkan badannya ke hadapan membelakangi Lia. Hmm patut la dia nampak tenang je kalau aku sebarkan cerita yang bukan bukan. Rupanya hmm...
Share this novel