BAB 54

Action Completed 78235

Selang beberapa hari , pintu bilik Amir dan Hakim diketuk oleh seseorang. Bertalu talu , sehinggakan lena mereka terganggu. Hakim membuka sedikit matanya. Haish kenapa la pintu ni jauh sangat.

"Wei...buka la pintu tu...memekak la.."

Arah Amir. Nak tak nak Hakim terpaksa memaksa tenaganya untuk pergi ke pintu tersebut.

Klak!

Tersembul 4 orang anggota polis di depan matanya. Hakim menelan air liur. Tak akan secepat ini? Hakim memandang ke arah Amir yang masih terbaring diatas katil.

"Amir!"

Jerit Hakim.

"Eeishhh apa dia kau ni!!"

Marah Amir. Tatkala matanya sudah terbuka luas , dia terkejut. Kaki mengatur langkah perlahan. Amir menepuk bahu Hakim menyuruh Hakim berundur ke belakang.

"Ya encik?"

"Muhammad Amir dan Ikmal Hakim?"

"Ya kami berdua..."

Balas Amir bersahaja.

"Sila ikut kami ke balai , Anda berdua ditahan atas pertuduhan merogol dua orang remaja perempuan..."

Kata salah seorang anggota polis itu.

"Encik ada bukti ke untuk tangkap saya dengan kawan saya ni!?"

Nada suara Amir mulai tinggi. Bodoh punya perempuan! kau ingat aku main main ke ha!? ok tak apa , kau nak sangat kawan kau dua orang tu terkenal kan? kau tunggu!

"Segala bukti telah diserahkan oleh Puan Adelia ...sila beri kerjasama.."

Kata polis itu lagi. Amir sengih lantas matanya pandang Hakim. Hakim pula mula ketakutan. Tak pernah dia terfikir untuk hidup di tirai besi. Akhirnya mereka berdua akur. Mereka digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis.

Daripada kejauhan , Arfan memandang kedua rakannya itu. Berani buat , berani tanggung. Arfan menapak anak tangga satu persatu. Pintu bilik ditenung lama. Haish lantak la...berbuih dah mulut aku nasihat! Tapi tak nak dengar juga. Terpulang. Ni jalan yang korang pilih kan! So nikmatilah!

Arfan memasukkan baju bajunya ke dalam beg dengan ganas. Marahnya kepada kedua sahabat nya itu masih tersisa. Dia menumbuk berkali kali beg bajunya.

Setelah selesai segalanya. Pintu ditarik kuat. Dang! Semua penghuni terkejut dengan tindakkan Arfan. Dia melepaskan amarahnya dengan menghempas segala benda yang ada di depan matanya.

Sementara Sara dan Iman pula sudah berpelukkan disitu. Mereka berdua menangis teresak esak. Akhirnya , Amir dan Hakim ditangkap jua. Moga mereka berdua mendapat hukuman yang setimpal diatas perbuatannya itu.

===

Telefonnya menjerit nyaring. Maria pula sejenis perempuan yang liat untuk bangun. Maria meraba katil sebelah. Aik kosong. Dah pergi kerja ke?

Rambut yang mengerbang , air liur basi yang tersisa dilap. Maria ambil telefon nya. Dia tersenyum sinis. Huh baru sekarang kau nak cari aku balik!

Maria turun katil. Nombor Haikal ditekan. Dia menunggu panggilannya disambut.

"Morning honey...why call i ni? Rindu ke?"

Tanya Maria pura pura riang. Akmal yang berada ditalian tersenyum sinis.

"U? Kenapa senyap ni?"

"Satu nak cakap...Haikal kirim salam rindu pada kau..."

Suara garau itu mula berkata. Maria tersentak.

"Heii siapa ni! Mana Haikal!?"

"Scandel kau dah lama mampos! Kau je tak sedar..hahah kesian!"

Kata Akmal lagi. Maria diam. Dia dalam dilema antara nak percaya atau tidak. Kalau betul jantan tu dah mati , mana buktinya. Tak masuk dalam berita pun.

"Ehh kalau betul dia dah mati...mana buktinya!?"

Marah Maria. Akmal tersenyum sinis. Oo nak bukti. Ada. Kejap ea. Akmal menghantar video Haikal dibaham oleh Sam. Maria melihatnya dengan mata yang terbeliak. Segera panggilan tersebut dimatikan.

HONEY

• TAK LAMA LAGI KAU PULA AKAN MENYUSUL...

Makin besar biji mata Maria apabila baca mesej tersebut. Maria peluk tubuh. Lututnya sudah mengigil. Siapa pula yang bunuh Haikal ni? Tak akan la orang tua tu kot.

Macam macam persoalan mulai muncul dikepala. Maria merapatkan lututnya ke dada. Kalau Haikal dah mati , maksudnya dia dah dapat bukti yang kukuh. Oh no! Mati la i kalau khairi dapat tahu semua ni. Haish Maria , relax. Relax k. Kena fikir sesuatu ni.

Maria mundar mandir disitu. Ya! Sebelum apa apa jadi , lebih baik i tinggalkan malaysia. Lepastu putuskan semua hubungan dengan Khairi. Yes! Bijak kau Maria.

Maria terus mengemas baju bajunya. Segala barang berharga miliknya diangkut bersama. Bagasi ditolak ke depan , Maria menutup pintu perlahan.

Kak Hanum pula sedang sibuk memasak di dapur. Maria menoleh ke belakang. Yes!Peluang! Maria berjaya keluar daripada rumah tersebut. Dia tersenyum kemenangan.

Dia menoleh ke belakang semula. Senyuman sinis diukir. Nasib kau ah Khairi. Sebelum kau tahu semua ni , lebih baik aku blaa. Kaca mata Hitam dipakai , lantas terus bergerak ke hadapan.

Tiba tiba sebuah kereta hitam berhenti ditepi. Dua orang lelaki keluar dan terus mengheretnya masuk. Maria meronta ronta. Sesekali dia menjerit meminta tolong. Akmal bertindak memukul tengkuknya dek kerana suaranya yang kuat itu.

"Memekak! Haish!"

Kereta itu terus berdesup laju meninggalkan kawasan tersebut. Kini Maria telah pun berada dalam genggaman Lia. Akmal menekan nombor seseorang.

"Hello Lady Boss...Kami dah dapat dia.."

"Ok , buat macam aku suruh.."

"baik"

"Oo ya , tentang mama papa Amir dan Hakim tu macam mana?"

"settle boss..."

Jawab Akmal pantas. Lia tersenyum sinis. Apa yang aku cakap , aku buat! Jangan pernah bermain dengan kata kata aku!

Talian dimatikan. Akmal menjeling ke arah Maria yang sudah terkulai itu. Huh ada hati nak lari konon. Kau ingat kau boleh terlepas macam tu je ke? Tak semudah tu ya..hahaha. Mereka berempat terus menuju ke arah gudang. Sementara Lia pula sudah ketawa terbahak bahak di dalam bilik.

"Kau ingat kau dah cukup bijak? Dengan orang tua tu kau boleh la perbodohkan. Tapi bukan aku ya perempuan sundal!"

Telefon dilemparkan ke sisi. Mata menoleh ke arah katil. Aik pergi mana? ke menyaksikan detik detik sahabat baik dia kena tangkap? Hmm kalau betul pun ,, lantak la hahah.

===

Amir dan Hakim diletakkan disebuah bilik siasatan. Amir memandang lampu yang berada disitu. Cantik , tapi bodoh! Tak fikir dulu sebelum buat sesuatu! Hakim pula menunduk. Sedari tadi lagi , jantungnya berdegup kencang. Perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi diri.

Seorang anggota polis masuk ke dalam ruangan tersebut. Matanya memandang seperti harimau yang mahu menerkam mangsa.

"APA NAK JADI DENGAN KORANG NI!! MAK BAPAK KORANG PENAT PENAT HANTAR KE SEKOLAH UNTUK KORANG BELAJAR..BUKAN BUAT PERKARA YANG TAK SENONOH MACAM NI!!"

Marah anggota polis tersebut. Amir dengan reaksi bersahaja. Manakala Hakim pula masih menunduk.

Tiba tiba pintu diketuk. Setelah itu , muncul seorang lagi anggota polis disitu. Mereka berdua sedang berbincang akan sesuatu yang serious sehinggakan , anggota polis yang bercakap dengan mereka tadi memandang mereka berdua silih berganti.

Selang beberapa minit , Amir dan Hakim ditinggalkan. Amir pandang Hakim. Siku nya menyenggol lengan Hakim.

"Oii , kau relax boleh tak!? Aku yakin , yang sekarang ni mama papa kita sedang dalam perjalanan ke sini..."

Kata Amir angkuh.

"Kalau tak!! macam mana mir?? Kau boleh fikir tak , kata kata Lia tempoh hari!!?"

Marah Hakim. Amir berdekah.

"Woi bodoh...Lia tu junior kita ah!! Aku yakin , apa yang dia kata tempoh hari tu hanya ugutan sampah semata mata!! Remaja macam dia , tak akan mampu la buat semua ni"

Hakim diam. Dia berdecit kecil.

"Huh! Kau cakap macam kau dah kenal Lia tu lama an? Eh Mir , cuba la kau buka mata kau tu sikit!! Lia tu bukan remaja biasa wei. Dia tu lain kau tahu tak!!"

Hambur Hakim.

"Apa yang lain kim? Aku tengok sama je...sama sama bodoh macam member member dia tu hahahaha!!"

"Kau yang bodoh mir! Kita ni ha yang bodoh!!"

Selang beberapa minit , keadaan menjadi sunyi kembali. Hakim memandang ke arah kanannya. Fikirannya berkecamuk. Sementara Amir pula sedang santai disitu. Sedikit pun dia tidak risau akan kata kata Lia tempoh hari.

KLAK!

Dua anggota polis datang ke arah mereka membawa Amir dan Hakim keluar dari dalam bilik menuju ke arah kereta polis. Mereka berdua saling bertatapan.

"Kita nak pergi mana ni??"

Tanya Hakim. Perasaan tidak sedap hati semakin kuat. Sedaya upaya dia cuba mengusir segala fikiran kotor tetapi gagal. Dia masih memikirkan hal yang bukan bukan. Amir pandang Hakim. Dahinya berkerut tebal. Kenapa aku rasa tak sedap hati ea?

"Encik? Kita nak pergi mana ni?"

Tanya Amir. Soalan yang sama diulang. Anggota polis itu hanya memandangnya sekilas lantas pandangannya ke arah hadapan semula. Kereta bergerak membelah jalan raya disitu. Ishh aku tanya bukannya nak jawab err. Marah Amir di dalam hati.

Setengah jam kemudian , mereka tiba dihospital. Amir dan Hakim hanya menurut saja arahan anggota polis tersebut. Mereka berdua dibawa ke unit forensik.

Di dalam , terdapat empat orang mayat yang ditutupi dengan kain putih. Amir dan Hakim mendekati. Anggota polis itu berundur ke belakang sedikit. Doktor dan staff , masing masing berdiri dibelakang empat orang mayat itu. Dua anggota polis itu mengisyaratkan supaya membuka kain tersebut.

Membuntang besar mata Amir dan Hakim apabila empat orang mayat itu adalah kedua ibu bapa mereka sendiri. Amir terduduk. Dia terasa dunia nya seakan akan gelap. Hakim pula ke arah mama dan papanya. Ditatap wajah kedua orang tuanya itu. Ma , pa...ampunkan Hakim. Maafkan Hakim ishk ishk. Teresak esak Hakim disisi mayat mama nya.

"ARRRRRRGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!"

Raung Hakim di dalam bilik tersebut. Sungguh dia kesal tidak mendengar nasihat Arfan. Apa yang Lia kata tempoh hari benar benar dia tunaikan. Kini Mama papanya sudah tidak bernyawa. Amir berjalan perlahan menuju ke arah kedua orang tuanya. Wajah pucat papa dan mamanya direnung lama.

"Ma , bangun ma....Mama main main kan? mama tak mati lagi kan?"

Kata Amir kepada arwah mamanya. Badan Mama nya digoncang kuat , menyebabkan kain yang menutupi badan mama nya terdedah sedikit. Terlihat jelas dibadan Mama nya terdapat kesan lebam dan kesan tembakkan. Amir terkejut. Staff yang ada disitu segera menarik semula kain tersebut.

"Pa! Bangun la!!!! Benda ni tak lawak ah..."

Marah Amir. Dia tahu yang mama dan papanya tak akan bangun untuk selamanya. Dia terduduk sambil menangis. Kau ke yang bunuh mama papa aku!!? kau ke Lia!? kata kata kau tempoh hari......Arrgghhhhhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience