Khairi duduk dikerusi. Tangan kanannya menongkat kepala batu nya itu. Haish mana perempuan ni pergi! Aku call , mesej bukan nak balas. Bluetick tak sudah haish!
"Hanum!!"
Kak Hanum terus datang apabila namanya dipanggil.
"Ya Tuan.."
"Kau tahu mana Puan pergi!??"
Tanya Khairi. Kak Hanum geleng.
"Tak tahu Tuan...semasa Puan Maria keluar , saya sedang sibuk di dapur tengah siapkan makanan tengahari..."
Jelas Hanum. Khairi diam. Dia memicit lagi kepala batu nya itu. Kak Hanum pula meminta diri beredar untuk menyambung semula kerjanya.
Huh tak payah bazir tenaga nak cari..nak fikir tentang perempuan tu la Khairi oi...dia dah ada dalam genggaman anak kau tu ha. Memang tak akan terlepas laa hahaha. Kak Hanum tersenyum nipis.
Telefon diletak ke telinga. Dia menunggu panggilannya disambut.
"Hello..."
"Hello boss.."
"Carikan aku dekat mana keberadaan bini aku...aku nak secepat yang mungkin.."
"Baik boss.."
Talian dimatikan. Khairi membawa telefonya dan bajunya ke atas. Almari baju dibuka. Kosong. Semua barang sudah diangkut oleh Maria. Tiada sehelai pun yang tinggal.
Khairi duduk dibirai katil. Tak guna punya perempuan! Aku mandikan kau dengan wang ringgit. Pakaian mewah mewah. Kad yang tiada limit. Ini yang kau bagi pada aku!? Huh Jangan ingat kau boleh terlepas. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing!
Sementara Maria pula sudah diikat tangan kaki dan matanya. Apabila tiba waktu makan , baru la ikatannya akan dibuka. Sudah berkali kali dia cuba melepaskan diri tetapi gagal. Setiap kali dia cuba lari kan diri , setiap kali itu juga dia mendapat seksaan yang pedih. Badan nya dipukul dengan rantai..muka diseret dijalan tar...terkadang itu , tangan dan kakinya diikat dan ditarik sekuat hati.
Klak!
"Nah makan..."
Akmal membuka ikatan tangan dan matanya. Maria akur. Dia sudah tidak berani untuk melarikan diri lagi.
"Aik ok pula hari ni? Biasanya kau tendang aku la..gigit aku la...hari ini asal baik pula...ke , dah penat!?? Hahah"
Perli Akmal. Maria hiraukan. Dia melahap nasi itu. Sungguh perutnya terasa sangat kosong.
"Huh makan la puas puas..."
Akmal beredar. Sesekali matanya pandang ke arah tiger yang sedang meraba makanan nya itu. Akmal menunduk. Lantas pintu dikunci kembali.
===
Di sekolah , tiada lagi cacian mahupun hinaan yang diberi kepada Lia. Setiap kali Lia datang ke sekolah , semua menunduk memandang lantai. Seluruh warga sekolah dihambat rasa serba salah atas apa yang mereka lakukan kepada Lia dahulu.
Punggung dilabuhkan ke lantai. Beg yang digalas diturunkan , lantas sebuah buku nota dikeluarkan dari dalam beg. Lia fokus membaca buku nota itu.
"LIAAA!!!"
Laung Sara dan Iman sambil berlari anak ke arahnya. Dahi Lia berlapis. Apahal diorang ni tiba tiba jerit nama aku haish. Mereka terus duduk berhimpit ke arah Lia.
"Kau orang ni kenapa!? Demam ke?"
Sara dan Iman membuat muka.
"Eee mana ada..kami sihat je...cuma rindu dekat kau..."
Jawab Sara sambil menayangkan gigi putihnya. Lia memusingkan matanya.
"Dah dah...tepi sikit...rimas!"
Mereka berdua mencipta jarak. Lia fokus kembali membaca nota kecilnya.
"Lia...terima kasih tau , sebab kau sudi tolong kita orang dari awal sampai akhir..."
Kata Sara. Iman disisi tersenyum pandang Lia. Lia angkat muka.
"Tak ada hal la..."
"Cuma kita orang nak tanya sesuatu boleh?"
Lia menutup notanya. Dia mula fokus kepada Sara dan Iman.
"Siapa pengetua pada kau? Kenapa aku tengok kau orang dua macam akrab je...macam ada hubungan..."
Lia tertawa mendengarkan soalan yang diajukan oleh Sara.
"Dah habis dah gelak!?"
Nada bertukar serious. Lia memegang perutnya. Adoi tak ada soalan lain ke.
"Ok ok sorry...cuma aku macam terkesima dengan soalan kau...lawak pun ada juga hahaha!"
"Kita orang serious ni Lia..."
Lia diam. Dia melontarkan pandangannya ke arah hadapan. Keluhan dilepaskan.
"Macam mana aku nak cakap ea..."
"Cakap jelah..."
Paksa Sara.
"Pengetua tu kawan arwah mama aku...aku memang rapat dengan dia selain uncle man...aku tak bagitahu siapa siapa pun tentang benda ni...sebab tu kalau kau perasan cikgu cikgu yang ada dekat pejabat hari itu pandang aku semacam je...mungkin dia ingat aku ada hubungan dengan pengetua hahahah!!"
Terang Lia. Mereka berdua angguk faham. Akhirnya apa yang mereka berdua ingin tahu terlerai jua pagi tu.
"Oo ya...kenapa aku lalu kantin , lalu kaki lima..lalu mana mana la...semua orang menunduk ea?? Apa masalah?"
Tanya Lia tak puas hati. Tak mungkin la Arfan lunaskan syarat aku. Tak semudah tu.
"Hmm entah ah.."
"Atau mungkin diorang menunduk sebab dah tahu hal sebenar..."
Celah Iman. Sara dan Lia toleh ke arahnya.
"Kaitan?"
"Jadinya , diorang rasa serba salah la pada kau...apa yang diorang buat pada kau selama ni..ha faham tak?"
Lia diam. Mata terus mencari kelibat Arfan tetapi tiada. Haish biar betul? So maknanya nama aku dah bersih ah ni? Haish macam tak percaya je.
Klak!
Pulang dari sekolah , Lia disambut oleh Arfan. Lia pandang Arfan atas bawah.
"Kau tak sihat ke?"
"Ehh biy sihat je..kenapa sayang tanya??"
"Ooo...tak ada lah , tadi dekat sekolah aku tak nampak kau..tu yang tanya.."
"Alololo comel la sayang saya ni...."
Kata Arfan sambil mencuit hidung Lia. Pandangan Lia menghala ke arah meja makan. Segalanya sudah terhidang diatas meja. Bermacam lauk pauk Arfan masakkan untuk Lia.
"Kau masak ke??"
Arfan angguk. Baru saja tangan kanan Lia mahu menyentuh lauk pauk itu tetapi sudah dihalang oleh Arfan.
"Mandi laa dulu...lepas tu baru makan..."
Kata Arfan lembut. Lia terpaksa akur. Langkah sengaja dilambatkan menuju ke bilik. Arfan perhati.
"Kalau nak ajak biy mandi sekali , cakap...."
Usik Arfan sambil membuka apron yang tergantung dileher. Lia terus melayangkan penumbuk kepada Arfan. Arfan tertawa kecil. Pintu ditutup rapat lantas dikunci.
Tak guna betul! Ada je nak buat hati aku ni cair kan errr. Lia terus menarik tuala nya. Sempat dia menendang dinding dibiliknya asbab marah akan dirinya sendiri.
"Sedap tak?"
Tanya Arfan. Lia angguk perlahan.
"Hmm macam tak ikhlas je..."
Suara Arfan mulai kendur. Lia menarik nafas dalam dalam. Harap umur je tua tapi perangai mengalahkan budak budak err!
"Sedap biy...lain kali kita masak sama sama k..."
Puji Lia. Mata Arfan terus bersinar apabila Lia memanggilnya 'biy'.
"Apa dia sayang? Tak dengar la..."
"Sudah! Ada yang makan pinggan ni kang..."
"Alooo garangnya bini kita ni..."
Arfan tersenyum pandang Lia. Lia pula menunduk. Bermacam macam soalan yang muncul dalam fikirannya.
"Arfan..."
Panggil Lia lembut. Arfan angkat muka.
"Apa yang kau buat sampaikan nama aku dah bersih??"
"Ehh dah bersih ke sayang? So maknanya semua pelajar dah tak cakap buruk tentang sayang la ni??"
Lia angguk.
"Apa kau buat!?"
"Biy tak buat apa pun...biy cuma cakap yang sayang ni anak orang trilion..."
"Aku serious ni fan..."
Arfan menunduk sambil tersengih. Nasi digaul bersama lauk lantas dimasukkan kedalam mulutnya.
"Biy buat apa yang patut je...biy tahu biy punca utama nama sayang buruk. Biy sebarkan benda yang bukan bukan...."
"Aku tak nak dengar tu...aku nak tahu apa yang kau buat?"
"Kenapa sayang nak tahu sangat ni? Sayang sepatutnya happy tau sebab nama sayang dah bersih..lepas ni diorang dah tak perlekehkan sayang lagi.."
"Yang tu aku tahu...masalahnya sekarang ni...apa yang kau buat sampai diorang semua menunduk bila pandang aku?"
Arfan angkat pinggan ke arah singki. Pinggan dibasuh dengan teliti. Soalan Lia dibiarkan berlalu. Haish kecil besar aku tengok mamat ni. Nasib sayang. Opss..apa ni Lia adoi.
===
Malam itu , Lia berkunjung ke gudang yang menempatkan Tiger dan Maria. Akmal yang baru saja ingin melahap roti terus tersembur dengan kehadiran Lia.
"Aku nak jumpa Tiger..."
Kata Lia dan terus meluru masuk. Lia duduk dikerusi biasanya sambil menunggu kehadiran Tiger disitu. Akmal dengan pantas terus melaksanakan arahan.
Pintu yang mengurung Tiger dibuka. Badan besar itu dipaksa bangun. Tiger akur tanpa bantahan.
"Kau nak bawak aku ke mana ni???"
Tanya Tiger kepada Akmal.
"Ladyboss aku nak jumpa kau..."
Tiger diam. Dia berjalan berpandukan Akmal. Tiba dihadapan Lia , Akmal menjauhkan dirinya. Tiger meraba lantai.
"Dia dah makan belum?"
Akmal angguk. Tiger mencari suara itu.
"Aathif adli..."
Nama penuh Tiger dipanggil.
"Kau nak apa?"
Tanya Tiger.
"Saja nak jumpa kau...."
Tiger cuba bangun dari duduknya.
"Oo ya...aku tak ingat bila...tapi ada la hari itu...adik kau , Alysa Ainan...merayu dekat aku supaya aku lepaskan kau...dan sanggup gantikan tempat kau..dia kata semua ni salah dia hahahaha!"
Mendengarkan nama adik kesayangannya disebut. Tiger berlari ke arah Lia. Mencuba untuk menangkap Lia tetapi gagal apabila dia badannya terlanggar dinding. Ketawa Lia meledak.
"HAHAHAH TAK PADAN DENGAN BUTA KAU NI KAN..."
"KAU TAK PERLU AMBIL ADIK AKU!! AKU SANGGUP TANGGUNG SEGALA KESALAHAN DIA PADA KAU!!"
Kata Tiger. Kepalanya yang berdarah itu dipegang. Lia mendekati.
"Auchh hati aku tersentuh pula dengan kata kata kau ni...seorang nak gantikan tempat , sebab salah sendiri...seorang lagi , rela tanggung kesalahan yang orang lain buat..."
"Aku sanggup buat apa saja asalkan kau tak sentuh adik aku..."
"Kenapa kau tak bagi aku sentuh adik kau?? Ke kau takut adik kau tak boleh hidup dekat sini? Tak mampu bertahan dengan seksaan aku , macam tu? hahahahah!!"
Tiger mengenggam pergelangan tangannya. Kuat sehingga kulit kasarnya terluka. Tiger kehilangan kata kata untuk menjawab. Lia duduk kembali. Tiger dibawa ke hadapan Lia semula.
"Macam ni jelah...aku pun malas nak simpan lama lama bangkai tak guna macam kau ni...."
Tiger menunggu Lia menghabiskan ayat. Apa maksud dia ni? Ke dia nak bunuh aku?
"Aku boleh lepaskan kau...tapi bersyarat."
Akmal tergamam dengan keputusan Lia. Dia cuba membantah tetapi Lia menyuruhnya supaya diam.
"Huh? Lepaskan? Kau tak menyesal ke?? Kau tak takut , kalau lepas ni aku balas dendam ke kau??"
Tanya Tiger sinis. Lia tersenyum.
"Sebelum kau buat , kepala kau dah bersepai dulu...aku lepaskan kau daripada sini bukan dari genggaman aku!"
"Apa maksud kau?"
Tiger merasakan bilik tersebut sudah tiada penghuninya. Lia sudah pun beredar. Akmal mengekori langkah Lia.
"Esok pagi....kau lepaskan dia...hantar dia dekat rumah...tapi aku nak korang semua perhatikan dia...Dia buka je mulut dekat polis...pomm! Faham!?"
Akmal angguk. Nak bebas dari genggaman aku teramat sukar ya. Tak semudah yang kau sangka. Nak balas dendam? Dalam mimpi hahahah!
Share this novel