Completed
81554
Sebuah kereta mewah hitam dan dua buah trak tiba di kawasan gudang terbiar itu. Segaris senyuman sinis diukir apabila ekor matanya memandang tepat ke arah Along dan Angah. Lia keluar dari perut kereta. Along dan Angah hanya memberikan sebuah tatapan yang kosong kepada satu satunya adik perempuan mereka , Lia. Lia tidak menunggu masa yang lama , kaki nya terus diatur masuk ke dalam gudang tersebut. Serentak Khairi dan Arfan mengalihkan pandangan ke arah hadapan apabila mereka terdengar bunyi derapan kaki menuju ke arah mereka berdua. Mereka saling membalas pandangan. Kini , seorang perempuan berpakaian serba hitam sedang berdiri dihadapan mereka. Dahi berlapis. Siapa pula dia ni? Tanya Khairi. Perempuan itu menghenyak punggungnya diatas kerusi yang dibawa oleh orang orangnya tadi. Dia membuka kain yang menutupi wajahnya. Membuntang besar mata Khairi dan Arfan. "So? Nak cepat atau nak borak borak dulu?" Tanya Lia bersahaja tetapi matanya cukup tajam menikam ke dalam anak mata Khairi. Khairi berdecit kecil. "Huh?? kau merepek apa ni?" Tanya Khairi bersahaja. "Ok , borak borak dulu la k...tak syok pula kalau permainan ni habis macam tu je kan.." Kata Lia sinis. Sarung tangan dibuka. Khairi melihat segala tindak tanduk Lia. "Ehh , kau ingat aku ada masa ke nak main main dengan semua ni!!?" "Aku pun!" Suara Lia bergema disitu. Khairi terdiam. aku? Wah melampau! "MANA BINI AKU!!?" Lia menunduk. Dia ketawa perlahan disitu. "Perempuan sundal tu kau anggap bini?? Habis tu arwah mama aku , apa? Balaci kau!? Penyedap kau!?" "Syirah tu layak jadi pelacur je...mana layak dapat gelaran isteri kalau perangai macam tu!? Dah ada suami tapi main dengan jantan lain! Isteri jenis apa macam tu!??" Kata Khairi berani. Zuppp!!! Sebilah pisau laju melayang ke sebelah kanan Khairi menyebabkan telinganya berdarah sedikit. Matanya pandang ke arah pisau tersebut , air liur ditelan kelat. Arfan pula sudah lama menjadi patung cendana disitu. Hanya mata dan nafasnya saja yang berfungsi. "Ciss tak kena pula!! Tadi kalau kau kesini sikit , hilang dah nyawa kau HAHAHAHAH!!!" Khairi terdiam seketika sambil memegang telinganya yang berdarah itu. Dia pandang Lia. Lia menghampirinya , Kini dia berdiri ditengah tengah gudang. "Oo ya lupa pula aku tentang betina sundal tu...Mal , bawa dia masuk..Orang tua ni dah tak sabar sangat nak jumpa 'ISTERI SOLEHAH' dia tu.." Perli Lia. "Macam banyak je darah kau tu , nak tisu?" Khairi tidak menjawab. "Oo diam tu makna tak nak ea? hm faham!.." Akmal mengheret seorang perempuan lingkungan 30 an masuk ke dalam gudang. Dia memaksa perempuan itu melutut ditepi Lia. Khairi pandang Maria. "Auchhhh pandangan apa tu? pandangan rindu ke? HAHAHAHAH!!" "Lepaskan dia kalau kau nak suami kau ni selamat!!" Ugut Khairi. Lia memberikan pandangan kosong kepada Khairi. "Eeuuu apa ni? zaman bila main ugut ugut ni?" "Ehh budak! kau ingat aku main main ke!?" Khairi ke arah Arfan. Senjata L diacukan tepat ke kepala Arfan. Mata Arfan pandang Lia. Mereka saling berpandangan. Lantas ketawa Lia terburai disitu. Dahi Arfan dan Khairi menebal. "Sejak bila bini kau ni gila??" Tanya Khairi kepada Arfan. Arfan tidak menjawab , matanya masih renung ke arah Lia. "Yang gilanya perempuan ni! aku waras lagi k. Cuma ,, aku tergelak sebab kata kata kau tadi...hahahah LAWAK!!" Tiba tiba Maria meronta ronta. Dia memegang kaki Lia kuat. Khairi perhati. "tak nak tak nak...aku tak nak mati...nanti aku jumpa Syirah! nanti syirah bunuh aku! tak nak tak nak!" Racau Maria. Dua tiga hari lepas Maria disahkan gila. Lia menarik rambut Maria. Khairi terkelu. Dia pandang Maria lama. Apa dah jadi? Apa yang budak ni dah buat pada dia? "Laa kenapa kau tak nak jumpa dia? kau buat salah apa dengan dia?" Tanya Lia. Mata Maria melilau. "Tak! Aku tak buat apa apa pun. Aku tak buat salah!" Kata Maria kuat. Matanya terarah ke Khairi yang masih terkelu itu. "Dia!!! Dia yang salah. Siapa suruh dia bodoh! Hahahah bodoh sebab dengar kata kata aku!!" Luah Maria. Lia tersenyum. Dia duduk kembali. "lagi?" "lagi....hm dia bunuh bini dia sebab percaya yang bini dia curang padahal aku sengaja reka cerita macam tu , tak sangka pula dia percaya hahahah bodoh kan dia..." Khairi dan Arfan terkejut mendengarkan pengakuan Maria itu. "Bukan tahap bodoh dah tu..bebal! tak reti beza mana yang betul dan mana yang palsu..." Selambe Lia kata begitu. Maria mengigit jari kanannya , sementara tangan kirinya memintal rambut yang kusut itu. "Kau nak tahu...Dna anak dia pun aku palsukan tau Hahahah!! Aku tak cintakan dia pun...aku cuma nak duit dia je...Hahahaha! Tapi tu la..dah tua tua pun bodoh.." Seloroh Maria lagi. Khairi yang kelihatan berang itu terus menerpa ke arah Maria. Tubuh Maria segera diangkat. Matanya membulat besar seperti mahu menelan Maria. "KURANG AJAR PUNYA PEREMPUAN!!! SELAMA NI APA YANG KAU NAK AKU TUNAIKAN! AKU CINTAKAN KAU , SAYANGKAN KAU..TAPI INI YANG KAU BALAS!!?" Marah Khairi. "siapa suruh kau percaya aku? salah kau sendiri laa..werkkk!!" Ejek Maria. Lia tergelak. Adoi , gila gila pun masih sempat kau perli dia ea. Dalam diam , ikatan Arfan dileraikan. Arfan dibawa keluar dari dalam gudang itu. Arfan pandang pelik ke arah lelaki itu. "kenapa kau lepaskan aku? bukan kau orang suruhan Papa ke?" "huh? aku orang suruhan Khairi? hahahah mati hidup balik pun aku tak nak! Selama ni aku ikut arahan Lia..bukan Khairi!" Dia menghantar Arfan ke arah Along dan Angah. Setelah itu dia masuk kembali. Arfan sengih ke arah along dan angah sambil memegang tangannya yang lenguh itu. "Bila nak habis ni?? Mengantok laa.." Celah Lia. "Kalau mengantok tidur laa...pergi balik rumah..tidur k..good night.." Balas Maria. "Hmm cadangan yang bagus ,, tapi selepas aku selesaikan kau orang dua k ..." Lia bangun. Dia merenggangkan badannya ke kiri dan kanan. Khairi toleh belakang , Kelibat Arfan sudah tiada. Matanya mencerlung ke arah figura lelaki yang berdiri di satu sudut. "PENGKHIANAT!!!" Jerit Khairi kepada figura lelaki itu. Lelaki itu tertawa kuat. dia berjalan perlahan mendekati Khairi , Lia dan Maria. "pengkhianat? siapa yang kau cakap tu? selama ni aku tak pernah bekerja dengan kau pon , Khairi. Selama ni , aku kerja bawah arahan Lia bukan kau...HAHAHAH!!" Khairi tergamam. Lia pula tersenyum sinis. Apa yang di rancang selama ni semuanya berjalan dengan teratur. Lelaki itu segera berdiri dibelakang Lia. Khairi menunduk. Jari jemarinya digenggam kuat. "Apahal tunduk? tengah cari idea untuk lari ke!?" Tanya Lia. Diam. Tiba tiba kaki kanan Khairi dipeluk kuat oleh Maria. Maria pandangnya. "U...baby kita...anak kita dah mati..." Pandangannya tertuju pula ke arah Lia. Dia berlari ke arah Lia. "Budak ni!!!! Budak ni ha yang bunuh baby kita...bunuh dia u!! i tak nak tengok muka dia...tolong hapuskan dia!!" Jerit Maria. Panggg!!!! Lia memberi tamparan kuat kepada Maria akibatnya dia jatuh terduduk dan terdiam disitu. Khairi biarkan. Huh anak kita? Tu anak haram kau dengan Haikal bukan dengan aku , dasar perempuan sundal!!! "So orang tua?" "Bagi papa peluang Lia.. papa nak tebus balik kesalahan papa...papa menyesal..." Ujar Khairi. "Papa? Siapa anak kau??" Tanya Lia sinis. Khairi tersentak. "Lia kan anak papa...anak kandung papa...Papa tahu , papa dah buat kesalahan yang teramat besar...Papa dah bunuh orang yang tak bersalah..." "Heii orang tua...Papa aku dah mati ah...dan! kalau masih hidup pun aku tak hingin nak ada papa perangai bangkai macam kau ni...Sanggup bunuh Isteri dan sahabat baik kau sendiri...manusia jenis apa kau ni?" Luah Lia disitu. Khairi menunduk. Ada butiran jernih sedang bergolek dipipinya. "Papa tahu , papa salah....izinkan papa tebus balik semua salah papa...tolong Lia...maafkan papa..." "Maaf!? Maaf kau boleh hidupkan mama aku balik ke!!? tak kan?" Khairi diam. "Macam ni sajalah ea...Hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa. So , bye bye..." Khairi tergamam , dia terus berdiri. Matanya pandang tepat ke arah Lia. "A-apa maksud Lia? T-tak mung-mungkin Lia akan bunuh Papa kan? Lia dah tak sayangkan papa ke?" Tanya Khairi. Lia memicit kepalanya. Dia pejam mata. "Selepas kau ambil nyawa mama aku tanpa belas!! apa kau ingat aku akan anggap kau ni papa aku lagi ke!!!? Tak , Khairi..Bagi aku , papa aku dah lama mampos!" Khairi hilang kata kata. Teringat kembali apa yang dikatakan oleh dua anak bujangnya tadi. Khairi memukul dirinya sendiri. Syirah , maafkan abang. Man , maafkan aku. Aku sememangnya sahabat yang tak berguna! Nak menyesal sekarang dah tiada guna , segala galanya sudah terlambat. Bukti yang menunjukkan kecurangan Maria juga sudah ada di depan mata. Haikal , orang yang paling dia percayai dalam diam mengkhianatinya. Dan , Lia. seorang remaja yang dia sangka lemah itu ternyata tidak seperti apa yang dia fikirkan. Kini nyawanya sudah berada dalam genggaman Adelia Syafinaz , seorang remaja perempuan yang penuh dengan misterinya. "aummmmm!!!!" satu Ngauman mengejutkan Khairi. Lia tersenyum. "Yeahhhh!! Time to lunch. Dan kau orang dua , tersangat la bertuah sebab akan jadi makanan utama Leo dan Ash HAHAHAHAH!!" Biji mata Khairi seakan mahu terkeluar apabila dia melihat dua ekor Harimau berbadan sasa berada dibelakang Lia. Khairi mengigil. "Lia tu lagi kejam dari papa" kata kata Angah berputar difikirannya. "Lia....tolong maafkan papa Lia....beri papa peluang...papa janji papa akan jadi papa yang terbaik untuk kamu..." Rayu Khairi. Lia mendekati , wajah Khairi diraihnya. Segaris senyuman manis diukir. "Papa yang terbaik? Hmm sewaktu mama hidup , boleh. For now!? pergi mampos..chaw..." Lia segera keluar dari gudang tersebut. Khairi berlari ke belakang mencari jalan keluar. klak! Pintu dua sangkar segera ditarik naik ke atas. Dua ekor Harimau keluar memandang ke arah Khairi dan Maria. Seekor Harimau bernama Leo segera menerkam ke arah Maria. Seekor lagi ke arah Khairi. Khairi melepaskan berdas das tembakkan tetapi harimau itu tidak mati sama sekali. "ngauummmm!!" Lia tersenyum puas. Selesai! **MAAF SYA TERPAKSA PENDEKKAN CERITA NI DISEBABKAN DAH LAMA SANGATT TERTANGGUH. SYA MOHON MAAF SEBAB BUAT KORANG SEMUA TERTUNGGU TUNGGU. YANG MANA MASIH SETIA NGE SYA TU , SYA HARGAI SANGAT2. MASYEHH SEBAB SUDI SUPPORT SYA. SEGALA Y BURUK DTGNYA DRI SYA Y BAIK SMUANYA DNGN IZINNYA. SYA BKANLAH SEORANG NOVELIS Y PRO , SYA MSIH BERJINAK DLM BIDANG NI. MAAFKAN SYA KORANG. MASYEH UTK SMUANYA. JMPA DI MASA AKAN DTG. INSYAALLAH. LOVE U ALL
Share this novel